Thursday, December 22, 2011

Trip To Surabaya Part IV

28 November 2011

Mount Bromo -> Madakalipura Waterfall -> shopping time -> Juanda Airport -> LCCT

Bangun ya amat la awal - 3.30pagi (dah la malam tadi ta tido lena!)

Ngantukkk...tapi mau tengok sunrise. Bfast dengan megi buatan malaysia
Promosi over dari Amoi (tapi ya banar aku ta dengar pun dia offer tau!)

Sejuk ya amat yg teramat amat la sejuk
Sejuk giler babun!

Black bawa kami nek van halfway, jalan halfway

Jakun tengok bintang-bintang yg sangat banyak di angkasa. (macam di Malaysia takan jumpa bintang)
Tapi sumpah memang banyak bertaburan. First time dapat lihat (aku la tu)

Tapi gambar bintang ta dapat nak capture sebab tada sapa bw DSLR dengan lens serupa teleskop tu

Da lah sejuk, angin bertiup lak...haihhh memang terbaik di alam semesta

Tunggu punya tunggu sunrise, at last ta dapat tengok sebab awan berarak la pulak. Frust sket

Bila hari mulai terang, jeng jeng jeng...nampak la crater, Mount Batok, Mount Bromo yang kejap gi mau gi. View sangat indah.
Mount Batok di atas kepala Lin. Kiri sket ialah Mount Bromo.
Yang sebelah Lin tu model sambilan. Cantikkan dia?

Di situ kami sempat gak minum kopi. Tapi disebabkan aku kan ellergic ngan kopi maka aku minum ja air suam. Nampak so menjaga kesihatan dan keremajaan kulit kununnya. Ta mau ah spoil lak journey ka Bromo dek kerana secawan kopi.
Model sambilan tu pun minum air suam. Sama lak macam aku...

Bergambar ngan pakcik bancuh kopi. Ah malas nak kenalkan yang mana satu. Teka sendiri.

Kami dan Mount Bromo

Time nak bergerak ke next destination (which is Mount Bromo) ada plak abang jual Tshirt Mount Bromo. Ah beli ja lah tuk ole-ole ke Malaysia kan. Rp100 000 dapat 6 helai baju. Murah tu!
"Kalu ta bagi Rp100 000 tuk 6 helai baju....saya..." (Sambil keluarkan pistol)

Pastu balik ke Lava Lodge, dan da ada jeep menunggu. Comel ja jeep tu.

Kami melalui Sea of Sand sebelum sampai ke tempat kuda-kuda kami menunggu
(sejak bila beli kuda ntah)
Yang saujana mata memandang tu la Sea of Sand
(Dua kali letak pic yang sama sebab cantik sangat ah model sambilan ni)

On the way tu, banyak gak penunggang-penunggang kuda berebut2 suruh kami nek kuda dorang. Rasa macam dalam filem koboi plak. Serupa macam dalam adegan kunun gurl tu mau meninggalkan tempat yang gersang tu tuk ke tempat yang lebih best, dan kekasih hati mahu memujuk supaya gurl tu stay. So menyentuh jiwa dan perasaan kan. Ah da larik tajuk ni...Heheee.

Tapi Antok da pun book kuda tuk kami. So melepas la dorang. So, pity!

Sesampai, terus menuju ke toilet.

Then pilih kuda tuk ke Mount Bromo.

Anugerah kuda yang paling ensem :
Kuda Lin sebab punya bulu yang so cantik

Anugerah kuda yang paling gagah perkasa :
Kuda Moi sebab tinggi, dan memang gagah ah

Anugerah kuda yang ada extra sekuriti :
Kuda aku sebab akan ada dua, eh tiga ekor anjing yang mengiringi perjalanan pergi dan balik

Kuda tu bawa kami sampai ke kaki tangga ja yang digunakan tuk sampai ke Mount Bromo
Bahagia dulu sebelum nak panjat tangga

Then kami akan menapak ke atas tuk tengok kawan gunung berapi tuk pertama kalinya

Naik tangga dah serupa tangga naik Batu Caves. Mengah ka? Ofkos mengah!

Oh, di sana ramai penganut Hindu. Thats why ada kuil di tengah2 Sea of Sand tu.
Dan dorang menyembah gunung-gunung tu.
Pakcik ni jual bunga tuk dicampakkan dalam kawah gunung berapi sambil berdoa tuk apa2 la.
(Kepercayaan dorang)

Kawah gunung berapi tu ta berwarna merah sebab nga tido. Time dia ta tido, akan leh nampak sparks dari dalam kawah tu.
Lohong yang amat dalam

Risau ja kat lereng atas tu. Da lah sempit. Ramai gak orang. Sume bajet nak tangkap gambar.
Eiiii kalau jatuh... Eiiiiii ngeri
Bergambar di lereng sempit itu sambil pura-pura hepi padahal ngeri

Nama ja tengok gunung berapi tapi cuaca sejukkkkkkkk

Pastu kami turun dan bergerak semula ke jeep kami
Jeep kami yang comel

Disini penjual2 tshirt berebut2 lak suruh kami beli Tshirt Bromo padahal kami da beli pun awal tadi.
Tshirt yang Lin borong. Bahagia la tewwww dapat habiskan duit ratus2 ribu

Lin : Eh takkan banyak ni ja aku shopping t-shirt? Ana, ko rasa cukup ka ni?
Ana : Ah malas nak layan. Mau bergambar ni...Haihhhh
(Nampak ta ke'obsesan' seorang shophaholic pada dialog di atas?)

Sempat singgah jap kat kuil dan bergambar ja (aku doa kuil ta buka sebab aku ta mau masuk. nasib ta buka...Yeay)
Inilah kuil itu.

Sampai di jeep kami, bagi tips kat bapak2 yang guide kami, sambung shopping dan main tangkap2 gambar seperti biasa

Info tentang Mount Bromo, Mount Batok dan Sea of Sand
Asalnya ada satu gunung berapi yang besar, meletus dan membentuk crater dengan 5 gunung yang kecil di dalam crater tu termasuk Sea of Sand. Batok dan Bromo adalah salah satu dari 5 gunung tu. Tapi yang still aktif ialah Mount Bromo. Baru ja meletus November 2010 yang lepas.

Balik hotel, bfast dan laju-laju mandi, tukar baju dan check out.

Next destination - Air Terjun Madakalipura dan masa semakin suntuk!!!! Oh noooooo!

Ikutkan, aku pikir ta gi pun ta pa kot, tapi Juliet beriya-iya mahu gi. So, kami turutkan ja.

Sesampai di sana, terus ada orang tempatan serbu suruh beli selipar la plak. Tapi Black kata pakai sport shoes. So, kami pakai sportshoes.

Kebetulan ada majlis keraian, macam memuja2 patung pun ya
(sebab disitu memang ada patung pun dengan siap makanan kat kaki patung tu)
Statue Majapahit

Jamuan untuk statue itu

Antok bilang dorang mohon supaya kawasan air terjun tu selamat dari mala petaka. Mohon pada sapa? Patung? Ntah aku ta tau. Tapi beragama Islam. Betulla kata pepatah jauh perjalanan, luas pandangan. Dah jangan pikir panjang-panjang.

Journey bermula. Wowwwww so adventurous. Melintasi sungai dengan sportshoes? Cadangan Black memang terbaik. Basah abis kasut dan kembang la jari jemari kaki.

Kami melintas sebanyak...errrr 5 kali rasanya.
Thanx to our guide yang membantu kami berjalan dengan laju dan mengelakkan kami dari tergolek, tergelincir dan terjatuh dalam sungai seterusnya dibawa arus deras. (exxagerate)

One more... siap guna payung tu. Kalau idak abis basah satu badan.
Comel kan pakai payung dalam hutan?
Ingat Siti Muslihat dalam citer Musang Berjanggut ja ka guna payung dalam hutan

Sampai di sana... Wowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww....cantiknya pemandangan. Cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..... Subhanallah. Memang hebat!
Nampak ini di depan mata

Hilang suma sesalan jari jemari kembang, hilang sumer penat lelah
(sebab guide kami bawa laju giler) mentang2 dorang da biasa. sabau ja la.

Posing posing posing posing posing posing macam biasa
Say cheeseeeeee....

Antok: Cepat...Cepat...Sudah... Sudahla tu...
(Tapi kami wat ta reti ja)

Antok masa tu aku tengok gelisah abis. Sebab masa semakin suntuk. Dah la ada hati gi tu nak gi shopping.

Pulang semula ke van, Antok ta bagi kami tukar baju. Tukar kasut ja dia bagi.

Info tentang Air Terjun Madakalipura
Dipercayai Maharaja dari Majapahit datang ke air terjun tu untuk mandi manda. Maharaja tu rupanya ialah Patih GajahMada dan rupanya dibayangkan oleh penduduk tempatan macam statue tu

Now, kami menuju ke Tanggulangin lak. Tempat barang kulit.

Black bawa ya amat laju (Alahhhh selama trip kami ni pun memang Black bawa laju) dan lunch di kedai makan yg agak eksklusif la gak. Minum jus alpukat di situ. Sedap tapi kurang creamy sebab bukan musim avocado. Amoi la kata kurang creamy. Aku rasa dah creamy sangat ah. Kalori da sah2 tinggi menggunung.
Jus Alpukat@Avocado. Tinggi kalori.

Jumpa gerai Pisang Gober ni depan kedai makan. Kami pilih PisangGoberCoklat.
(Pisang Goreng Letak Susu Tabur Coklat)
Pun tinggi kalori

Sampai Tanggunlangin Antok bilang 1 jam ja. Tapi kami gi dalam kompleks kulit tu.... 15 minit ja
(Aku sempat beli jaket kulit tuk Jais n bear besar tuk Amni)
Kompleks Tanggulangin

Then singgah lak kedai kain tuk cari kain yang member pesan.
(Aku sempat sambar telekung budak tuk Amni dan kain batik tuk diri sendiri)

Pastu singgah lagi di Kompleks Kraftangan Surabaya. Eh betul ka namanya itu? Lupa uda.
(Aku sempat sambar beg, senduk dan baju batik member pesan)

Kesimpulan shopping dalam keadaan sangat rushing. Dan sudahnya sampai skangggggg.... menyesal ta beli itu, menyesal ta beli ini.

Dan, perjalanan akhirnya selamat sampai di Lapangan Udara Juanda. Sempat gi capture pic kenangan dengan van kami, Antok dan Black
Muka masing2 ke laut uda...

Flight delay gi 1 jam. Oh AirAsia lengkap la - datang delay, balik pun delay - baru balance

Kesimpulannya sampai umah jam 3pagi, dan esoknya ada kelas. WoW!

Akhir kalam... tour ini sangat berbaloi2 dan aku (rasa2nya sumer member) sangat2 enjoy, hepi, bahagia dan puas hati. Alhamdullillah, Subhanallah... So, tahun depan? Vietnam please.

Kos keseluruhan: RM1750. Paid start from April 2010. Sket2 lama2 jadi bukit2.

Thursday, December 15, 2011

Trip To Surabaya Part III

27 November 2011

Catimore Homestay -> Kawah Ijen, Banyuwangi - Air terjun Batu Besar -> Eddy Bakso -> Lava View, Mt. Bromo, Probolinggo

Bangun seawal 4.30 pagi. Tapi Juliet telah kunci jam ikut waktu Malaysia maka mereka-mereka telah bangun sejam awal

Bfast dengan roti bungkus telur rebus. Ta lalu nak makan lak. Awal sangat. So simpan telur dalam poket seluar (sebab bijak sangat) n roti bungkus dalam beg. Ta lupa sesikat pisang.

Sebelum bertolak sempat gi memposingkan diri.

Ya, aku degil ta mo wat macam yang dorang wat.

Dan Antok membawakan perkhabaran kurang best. Mat-Mat Jerman yang berebut kolam air panas ngan kami semalam ingin tumpang kasih untuk ke Kawah Ijen sebab jeep dorang rosak.

Tapi disebabkan kami baik hati, kes perebutan n kalah itu kami lupakan. Maka agak bersempit jugalah kami ke Kawah Ijen. Nasib baik ta jauh. Kalau idak mau lenguh pinggang daku.

Sesampai di sana, first thing gi kamar kecil. Antok kata nak buang air kecil bayar Rp2000, air besar Rp3000, mandi Free (bijak tul free, sapa nak mandi sejuk2 macam tu kan?)

Oh! Sebab bijak sangat simpan telur dalam poket tadi n duk lak dalam van bersempit2 maka telur retak. (nasib baik telur rebus). Maka haruslah makan. Rugi woooo ta makan.

Pendakian ke Kawah Ijen hanya 3km. HANYA la sangat kan...

Muka ceria baru sampai Kawah Ijen dan tengok signboard 3km kunun


Pendakian bermula dengan riang gembira. 1km da mengah, 2km semput, 3km?....Yahoo!!!
Akhirnya sampai juga dengan penuh kepenatan.
(baru sampai pondok berehat ya, bukan Kawah Ijen gi)


Tempat berehat


Dan tempat timbang sulfur

Diperjalanan jumpa sulphur miner yang menjual sulphur dalam bentuk yang comel sebagai cenderahati
Sulphur itu ialah belerang. Sekian, terima kasih.


First time tengok bongkahan sulfur. Di Malaysia tengok serbuk ja.

Belajar naik lereng bukit dari seorang pakcik sulphur miner supaya idaklah mengah sangat.
Sila la jalan dalan bentuk zig zag.

Aku ialah juara naik gunung. Hip Hip Horey...

Tunggu sumer member sampai dan kami teruskan lagi pendakian. Kali ini tak begitu penat sebab kecerunan lereng agak rendah ta macam tadi.

Posing itu wajib bila ta penat sangat nak mendaki

Dan akhirnya (dengan drum roll) kami dapat lihat...Subhanallah... Kawah gunung berapi. Di tengah2 ada tasik yang berwarna hijau. Cantik bangat.

Nampak kuning dan berasap tu? Tempat sulfur berkumpul beramai-ramai

Mula tu, bau sulphur sangat la kuat sampai terbatuk-batuk, sesak nafas. Rupanya aku n lin telah berdiri dengan bangganya di kawasan laluan angin yang membawa bau sulfur tu. Bijak kan kami?

Sulfur dikutip oleh sulphur miner jauh nun di bawah. Dan mereka mengangkut sekitar 70 - 80 kg menaiki dan menuruni bukit untuk mendapatkan kira-kira RM16.00 sahaja. Terinsaf kami di situ. Bersyukurnya punya kerja yang baik di Malaysia. (Patutla jugak dorang sangatla slim)

Saja interframe MatJerman yang berebut kolam air panas tu

Sulfur dikutip untuk diimport ke Jepun dan itu pun ta cukup (Antok yang bilang)

Sulfur untuk apa ya murid-murid? Buat bom ya. B.O.M!!!

Lagi satu info penting bila aku berbual dengan sulfur miner. Dorang minat bangat sama Upin & Ipin. Patutla Antok panggil Kak Rose..Kak Rose... Bahagia sangatla kena panggil Kak Rose dari Opah kan? Haih

Aku sebenarnya telah dijemput oleh seorang pakcik sulfur miner tuk turun sampai bawah, di kawasan sulfur tu mengalir, tapi Antok pesan jangan pergi. Ta boleh berdegilkan? Jadi ta turun.

Pakcik inilah yang melobi aku suruh turun nun ke bawah. Dia jugala yang mendaki secara zig zag (Pastu aku tiru-Rahsia sampai cepat ke atas) dan dialah yang angkat 70-80 kg sulfur. They survive to survive. Insafnya!!!!!

Snap gambar secara menggila, barulah kami turun

Kami happy dapat peluang untuk melihat semua ini. Alhamdullillah


Lihat tasik di belakang tu. Cantikkan? Warna hijau gi. Asap kat belakang tu datang dari sulfur

Jika naik aku juara, turun juga aku juara. Juara Jatuh. Bukan sekali tapi berkali2
(Diva kan, memangla kena juara selalu!)

Juara dari segala juara-juara ialah aku!


Teka...ni pic masa kami naik o masa kami turun?

Walaupun aku jatuh memanjang, Moi ta berjaya pun memvideokan aksi hebat aku tu. Heheee...

First time aku jatuh? Di hadapan segerombolan Mat-Mat Salleh. (Saja nak tengok dorang gentleman ka ta)

Tapi akhirnya kami sampai jua di bawah dan sempat memborong sulfur comel tuk souvenir.
Kerana di sebaliknya banyak cerita yang menginsafkan.

Pastu sibuk gi tempat terakhir sulfur miner tu letak sulfur dorang yg berat tu. Rasanya sama berat ngan sebiji tayar kapal terbang.

Memfoto disana, dan balik minum teh n makan pisang goreng.

Tempat terakhir sulfur miner bawa sulfur dorang


Sabar menunggu pisang dan air teh datang.

Journey di Kawah Ijen dah berakhir. Maka kami skang menuju ke Air Terjun Batu Besar. Dekat ja ngan Kawah Ijen tu.

Kami wakil dari KMS


Cantikkan?

Airnya so greeney dan berbau sulfur. Sempat gak aku celup kaki dan tangan. Dalam van tangan dan kaki itu gatal-gatal. Nasib ta lama.

Air dari air terjun yang menggigit-gigit kaki dan tangan

Perjalanan diteruskan ka Mount Bromo. Dalam 4-5 jam perjalanan juga la. Tapi enjoy ja tengok scenery.Lunch sekali lagi di Pantai Pasir Putih.

Antok bawa kami makan buah se kua (se kua dalam mandarin maksudnya tembikai) dan Siew Moi beli manggo


On the way, sibuk cakap nak makan Bakso, nak makan Bakso. Bernanah agaknya telinga Antok, maka dia bawak kami ke Eddy Bakso. Yeayyyy...Skang aku boleh kaya Bakso Indonesia sedap (ta macam kat Jakarta)

Bakso yang enak

Sampai Mount Bromo da malam pun. Gi bilik penginapan kami yang sangat la Wow! kalu bandingkan dengan Catimore Homestay.

Muka panat banar bha! Tapi posing punya pasal. Layannn...



Aku - Lava View Lodge - mafla rebutan (milikku) - ahaks

Mount Bromo sangattttttttt sejukkkkkkkkkkkkkk

Dinner makanan best tapi ta abis pun, maybe kenyang g makan bakso tadi.

Balik bilik, penat, mau tido (sok pagi kena bangun jam 3.30pg), tapi ta leh nak tido lena. (Kepenatan melampau kali)

Sebelum tido sempat bungkus sulfur, sebab kalau ta dibungkus dengan baik, akan berbau habis sumer baju-baju

Satu info tentang kopi tahi musang. Apa ka namanya Belawak? Hehehe...Luwak rupanya. (baru Google)
Musang tu hanya akan makan kopi yang perfect. Tanpa satu bintik hitam pun pada kopi tu. Pastu dia buang air besar. Biji kopi tu ta hadam pun dalam perut Si Musang. Pastu nanti dorang mean pekerja ladang kopi akan cari tahi tu, bersihkan, proses dan tadaaaaa..... Kopi Luwak sedia untuk diminum. Tu sebab kopi Luwak ni mahal sangat. 1 paket almost Rp3 juta. Duit Malaysia dalam RM100++. (Errrr...aku ta minum ya. Dibelanja pun ta mau minum)

Akan sambung lagi journey ke Mount Bromo dan Air Terjun Madakalipura di entri akan datang.
Tunggguuuuuuu!!!!