Saturday, January 7, 2012

Trip To Penang Yang Bajet Bangat

Entri tertunda. Tarikh Trip 24 - 26 December 2011

Hari ni saya mau bagi tips kalau mau melancong ke Pulau Pinang
(Bajet traveller la sangat kan?)

Siap2 bagitau di awal entri, aku letak secara spesifik berapa RM yang di spend di sepanjang perjalanan untuk rujukan sahaja. Tiada niat lain.
Redha, ikhlas, pasrah, menyerah (eh tada kaitan)

Tips paling penting, tada yang ta penting melainkan yang penting2 ja
1.Jangan pergi time cuti sekolah. Time weekend pun ramai. Tapi time cuti sekolah + weekend double ramai, double jem... Sumer mimpi ngeri pun jadi double!

2.Kalau mau naik kereta kabel Bukit Bendera, pergi hari biasa melainkan awak mmg suka beratur pnjg2 di bawah terik mentari tuk dapat extra vitamin E
(dibuka pada setiap hari dari jam 9 - 7 petang)

3.Perbelanjaan yang menyumbang kepada kejayaan Trip Pulau Pinang

Petrol [RM 20 + 30 + 20]
Kalau naik keta wajibla guna petrol melainkan guna hybrid car yang so enviromental
Ni bajet tuk Savvy yang comel. If guna Lavina, Mazda, Vios maybe lain

DurianManggis [RM7 + 10]
Kalau ta lalu highway, lalu jalan kampung, bulan December memangla musim durin di Perak. Sepanjang jalan - durian (yang panas) dan manggis (yang sejuk) melambak2... So makanlah sampai puas wahai Hantu Durian!


Di gerai yang jual durian dan manggis together gether

TolFeri [RM7.7]
Gi Penang pa kata masuk pulau guna feri dan kuar guna jambatan (or vice versa)
Barula lebih bermakna gi Penang, and one more thing silalah sediakan kesabaran yang menggunung tinggi ya...
Kenapa? Sebab beratur ya amat panjang dan ada la manusia yang sangat babun gi potong queue!

Panjang kan? Panjang kan mau beratur?


Akhirnya sampai uda selepas memberi senyuman manis pada manusia yang kurang sivik sekalian

Tol [RM10.7]
Dari jalan kampung, guna la juga highway tuk sampai ka Sg Dua dengan lebih cepat
(di sini ada mi udang banjir yang femes)

Kudap [RM12 + 12 + 20]
Kalau berjalan ta da kudapan atau orang jawa panggil jajan, makanya ta best kan?
Twisties, 100plus, mentos, mister potatoes dan pelbagai lagi jajan yang tinggi kalori tuk mencekik sepanjang perjalanan

MasukPestaPulauPinang [RM6+6]
Rugi gi Penang ta gi Pesta Pulau Pinang. Orang memang ramai giler babun. Tapi barang di dalam sangat murah
(yang aku perasan kapet la.... hadoiiii murah tapi ta beli pun!)

FerrisWheel [RM30] - Kalau tempat main tu, aku cadangkan buat kaki mabuk macam aku ni, naiklah ferris wheel. pusing2 dengan coolnya 5 kali, dapat tengok orang menjerit, tunggang-terbalik dari pandangan udara...
Wow...'udara'... macam naik heli la plak kan...

Pandangan dari udara, manusia...ramaiiiiiiii...
(kagum bila aku yang benci sesak leh lalui sumer tu)

Car [RM18] - dari gi men tikam2 yang so ta berfaedah tu bek gi men car (tuk anak2 ja ya)

DinnerProvinsiThailand [RM25] - Excited nak makan makanan Thailand yang tulen kunun bila penjual tu terserlah kesiamannya (Ta fasih berbahasa Melayu)

Telekung [RM45] - Pengumpul telekung yang tegar dengan harapan khusyuk bertambah

Ben10 [RM20] - present kenangan tuk twin
CkakAmni [RM4] - present kenangan tuk Amni

Jeruk [RM20 + 14] - Jeruk pun jangan lupa beli terutamanya jeruk pala dan salak, especially jeruk Pak Ali yang femes amos tuh (Masa study di USM ta tau pung!) Bila baca nampak sangat hygiene cara penyediaannya

FridgeMagnetik [RM10] - Beli Pulau Pinang n Melaka punya sekali di Pulau Pinang...
Masa gi Melaka ta jumpa fridge magnetik pun...eh ya ka? Ka ta perasan? Errrr...

Sosej + Vico [RM9] - Jajan @ makanan ta berkhasiat sangat la wajib di mana2 berada

BfastRoti Canai [RM12] - bfast rakyat malaysia yang sangat tipikal

Bukit Bendera [RM21]
Cari signboard ke relau o ayer hitam. maka pasti ketemu dengan Bukit Bendera. Train skang super laju. Nasib laju kalau idak pengsan nak tunggu. Orang ramai giler babun.

Info about Penang Hill


Taman Burung [RM19] - Atas bukit ada taman burung. Burung ta banyak mana pun tapi harga masuk punyala mahal

Kacang [RM6] - jajan lagi dan lagiiiiiiiiii....


NasiKandar [RM12]
Gi penang ta pekena nasi kandaq, errrrr.... rugi la wei...

PanadolRoti [RM4.8]
Extra expenses (kalau da jem memanjang, orang pun ramai sesak mesak mau ta demam?)

Tokong Ular [RM 9]
Penjaga umah ular tu sangat ramah tamah tau! Yang paling best leh pegang ular secara LIVE!
Dahlah ular albino tu comel ja bila dia kelip2kan mata...Heheee

Comel kan?

Tol [RM43.50]
Balik ke KL ikut highway sepenuh hati

Pusing2 USM [RM 0]
Bila penah jadi ex-student USM, ofkos mau jejak kaki di tempat ilmu di timba kan?
Nostalgia tul! Kalaula masa leh diundurkan...Kalau lahhhhh

HadiahPengantin [RM50]
Kes malas nak beli hadiah dan lagi malas nak balut hadiah. Bagi ja duit. Beli or guna la apa yang patut.

RumahHomestay(Kamal) [RM50]
Tumpang rumah adik ja masa di Penang. Bagi jugak pada dia suruh pas pada anakandanya Abqari. Kalu bagi pada dia kata buat bayar umah mampus dia ta nak amik.

So, total : RM 583.70
Untuk 2 dewasa dan 3 budak tecik yang comel dan ta lupa Savvy kesayangan n paling penting tido umah adinda,
jimat banyak di situ!

Banyak lagi tempat menarik di Penang ta sempat nak gi macam BatuFeringgi, Muzium Perang, PadangKota, JalanGeorgeTown (Hari ahad no vehicles, so leh jalan kaki tengok bangunan2 lama), KOMTAR (ramai foreigner) dan macam2 lagi. Ta cukup 3h2m... Maybe seminggu n leh la tawaf Penang dengan jayanya. Jadi ada sapa2 mau gi Penang cuti nanti?

1 comment:

mohd jais said...

Ada ultraman tu.....