Sunday, January 8, 2012

Trip Bajet To Melaka Yang Bersejarah

Entri Tertunda. Tarikh Trip: November 2011 (2 hari 1 malam)

Siap2 bagitau di awal entri, aku letak secara spesifik berapa RM yang di spend di sepanjang perjalanan untuk rujukan sahaja. Tiada niat lain.
Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah (eh tada kaitan)

Perjalanan bermula pagi Sabtu. 2 jam travel sampai Ayer Keroh.


Sampai uda. Sambil drive sambil capture pic...(jangan diikut jejak pemandu comel ni)

Petrol [RM50] dan Tol [RM15.9 + 5.9]
Pergi balik RM50 ja nek Savvy. Murah kan? Tol pergi mahal dari balik sebab pergi guna highway memanjang, balik half jalan dalam half highway.

Trus gi Zoo Melaka dengan bayaran masuk [RM18] tuk 2dewasa 3budaks.
Orang belum ramai gi sebab kami sampai agak awal.
Tips : Ada baiknya nek train dengan sedikit bayaran tambahan specially yang ada anak kecik.
Kalau tada budak tecik, jalan ja la. Sekurang2nya dapat menyahut cabaran 10 000 langkah sehari. Menapak dalam tu dah leh cover 4 hari punya tau. Pastu ada alasan nak mencekik A&W tanpa rasa bersalah kan?


First time tuk twin AminIman, 2nd time tuk Amni, dan berkali2 time untuk Ana


Generasi SangKancil ni la yang tendang anjing Parameswara yang masa tu sedang bersandar di bawah pokok Melaka. Dari sinilah Melaka mendapat namanya
(Wowwww mesti bangga cikgu sejarah aku kan?)

Nek kuda tawaf dua pusingan [RM4 x 2]
Bagi sket pengalaman tuk budak2 kan. Dan jangan lupa tengok pertunjukan burung2 kakak tua di situ ya.


Yang dewasa leh amik kesempatan join nek kuda sekali.

Lunch Day 1[RM32]
Makan Ayamas - ntah apa2 kan? Patut cari makanan specilly made from Melaka. Nampak gak asam pedas duk promote di tepi jalan. Tapi ntah pa sal Ayamas gak jadi pilihan.

Penginapan (Ayer Keroh Resort) [RM190 + 10 tambah 1 bdak kecik buffet bfast]
Dan seperti biasa realiti tidak seindah kenyataan. Dalam internet gambar gempak habis! Janji ada swimming pool.

RiverCruise [RM35]
Malam tu gi sini. Best sangat. Walaupun orang ramai sebab banyak rombongan cik kiah, tapi nasib bek pihak pengurusan asing2kan rombongan cik kiah dengan rombongan2 kecil. So, ta da la lama sangat menunggu. Dapat tengok heritage from the rivercruise and the view is so nice.
Tapi pada pandangan daku lebih best kalu ke hujung sungai nek cruise then patah balik guna car-key. Lebih2 gi kalau ada DSLR. Memang best dapat menikmati suasana malam di sepanjang jalan Melaka yang happening.


Diner [RM18.6]
Diner dekat2 dengan RiverCruise tu ja bila perut2 sekalian mengamuk sakan mau makan

Cencaluk, Belacan & Kuih Beras [RM10]
G Melaka ta beli cencaluk n belacan so ta best (alaaaa kat Selangor melambak ada jual) tapi saja la kan mau feel lebih makan cencaluk n belacan dari Melaka.

Day2
Beca [RM7]
Dekat ja nih. Dari Bandar Hilir ke A Famosa. Saja tuk pengalaman anakanda. Excited dorang dapat nek beca. Pakcik tu pun ramah tamah terangkan itu dan ini.

Leh jadi interior decorator pakcik beca ni

KeyChain [RM15] TShirt [RM30] Bag [RM20]
Souvenir wat kenangan

KetaLembu [RM10]
Bukan harga kereta lembu tu RM10. Mak aiiiii... kalu macam tu, banyak dah keta lembu paking kat kolej nih. Ni harga ride KetaLembu. Masukla berapa orang pun tetap RM10. Tawaf dekat2 ja tapi tuk pengalaman kan... (First time tu aku ride KetaLembu)

LunchDay2 [Rm14.65]
Makan McD ja. Kenyang makan bfast tadi... (mau bajet maaaa.... makan bfast banyak2)

Kudapan [RM14]
Makanan yang kurang berkhasiat wajib ada supaya perjalanan lebih umpphh gitu

Total Bajet Trip Kali ni ialah sebanyak RM 504.05 tuk 2dewasa dan 3budaktateciksangat

Banyak lagi tempat yang leh dilawati tapi ta sempat nak gi macam MuziumMaritim, KampungMoten, MenaraTamingSari, PerigiHangTuah dan banyak lagi tempat. Jadi pada hemah saya, patut amik hotel di tengah bandar Melaka then jalan ja kaki ke tempat2 yang terdekat.

Yeay... Akhirnya yang tertunda berjaya di sudahkan... Lepas ni no more tertunda2.
(No more kunun!!!!)

1 comment:

Anonymous said...

ye//len kali duk kat hotel dktt dlm bandar..dkt bandar hilir tu..lagi senang citer....

ns