Salam dari Jugra,
Terus tampal gambar ni tuk menunjukkan yang aku telah berada di Gaya Street, Kota Kinabalu, Sabah dengan mata panda sebab tak cukup tidur malamnya. Gaya Street hanya berlaku pada hari Ahad jadi jika anda-anda ingin ke sini silalah luangkan masa Ahad anda. Seperti biasa, mungkin sepanjang aku taip entri pasal aku ke Sabah korang akan ulang-ulang baca ayat ni ~ ini bukan kali pertama aku ke sini. Ya betul, aku pernah ke Gaya Street sekali sebelum ni.
Dan berdasarkan pemerhatian aku pada masa lampau seperti tiada apa yang istimewa di sini. Jadi selaku event manager tuk trip ini aku telah mengarahkan sumer orang tuk spent masa selama 30 minit sahaja. Sepertinya korang jalan laju-laju di pasar ni. Sekadar feeling-feeling yang pernah juga ke Gaya Street ketika melawat Sabah. Sekali tu, 30 minit hanya untuk memilih key chain di gerai kedua yang kami jumpa di Gaya Street. Berubah sungguh Gaya Street berbanding 10 tahun yang lalu. Ke aku sebenarnya yang berubah? Konpiusla kunun. Hehe
Macam-macam ada di Gaya Street. Apa yang ada di Pasar Filifin. Ada kat sini. Malah lebih lagi kot. Dan boleh jumpa dengan harga yang lebih murah. Contohnya macam keychain tu RM1 satu. Kat Pasar Filifin mampus nak jumpa harga cenggitu. Tapi kena pandai cari gerai la. Ada gak gerai yang jual agak mahal. Barang-barang lama, gong lama, coral memang susah nak jumpa kat tempat lain. Gagah aku beli seketul coral tuk letak dalam akuarium umah aku, walhal dah tahu beli excess baggage 20kg jer. Aku memang suka jalan-jalan cari pasal.
Dari 30 minit jadi 2 jam 30 minit. Haha. Gasaklah. Janji puas hati meronda Gaya Street. Seterusnya sambung perjalanan ke Kundasang yang ambil masa dalam 2 jam kalau konsisten drive tanpa sesat. Alahhhh pe da hal? Papa Go dan Google Maps kan ada. Selagi kekasih setia berada di sisi, rasa lebih secure dan disayangi selalu.
On the way ke Kundasang wajiblah singgah sini... Rumah Terbalik.
Ini ialah new attraction ke Sabah. Since last year kalau tak silap. Memang betul-betul tepi jalan nak gi Kundasang. Rugilah tak singgah walaupun di dalam snap pic adalah diharamkan. Tapi at least kami dah gi sini.
Kereta juga diterbalikkan
Selain basikal. Kreatif dan unik.
Dalam dunia yang fana ini, ini ialah rumah terbalik yang keempat yang kita boleh jumpa. Selebihnya di Jepun, dan ...errr apa ke lagi 3 negara yang dia cakap. Lupa udaaa. Korang google je la eh. Dan satu lagi, souvenir Rumah Terbalik hanya boleh ditemui disini aje. Tak jumpa di tempat lain di Sabah ni. Aku suka keychain dia. Comel sungguh. Maka silalah beli tanpa was-was.
Itu dah beli, ini dah beli...Mana lagi yang belum aku beli???
Settle down di Rumah Terbalik, kami teruskan perjalanan ke Kundasang. Specialnya Kundasang sebab disinilah tempat orang start nak hiking ke Gunung Kinabalu. Pendek citer, the main attraction there is Mount Kinabalu. Nanti aku sambung lagi citer kami another half day di Kundasang. Tahu apa moral citer setakat satu setengah hari kami Sabah?
Sightseeing & Shopping. Cocok sungguh mereka digandingkan bersama. Kan?
Eh!TuAjeLahKali.Bye!
Eh!TuAjeLahKali.Bye!
No comments:
Post a Comment