Harus letak resepi di sini sebab dalam banyak-banyak versi kek batik, yang ini paling menepati citarasa aku dan paling penting anak-anak, termasuk kawan anak-anak. Bila ada student mesej dan tanyakan resepi, gigih selak jurnal 2018. Masa aku menyelak helaian jurnal, dah terdetik nak abadikan di blog. Biasala tu, masuk dua bulan baru betul-betul aku tulis ni haaa...
Bahan-bahannya:
1 butter (aku guna jenama Buttercup)
1.5 cawan milo
0.5 cawan koko (aku guna jenama Van Houten)
0.5 tin atau kurang susu pekat (aku guna jenama pelbagai mana ada)
Biskut Marie (aku selalu guna jenama Tiger)
Kaedahnya pulak:
Panaskan butter dengan api perlahan
Sementara tunggu butter cair, patahkan biskut jadi empat bahagian
Ngam siap patahkan, butter cair masukkan milo, koko dan susu pekat
Kacau sampai mesra sebati
Masukkan biskut
Kacau sekejap sampai semua biskut bersalut coklat tutup api.
Masuk dalam bekas. Mampatkan. Bila dah suam baru masuk peti es. Sejukkan dan siap untuk dimakan. Versi aku (kami) ni, crunchy sket, ikut bacaan kalau mahu yang chewy, masak biskut lama dalam kuali. Katanyalah. Aku tak pernah cuba.
Tiada gambar sebab aku rasa seluruh dunia tahu tentang kek ini 😀
Tiada gambar sebab aku rasa seluruh dunia tahu tentang kek ini 😀
1 comment:
permisi min numpang share ya :)
DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :)
:)
Post a Comment