Sekali lagi, seperti yang diidamkan semasa aku bertugas di SMK SS17 dahulu. Kali keenam Allah izinkan aku bawa team basketball. Dari pengurus, update jadi coach, update jadi pengurus-coach. Tak kisahlah apa pun jawatannya, tetap aku akan datang bantu selection, tengok-tengokkan latihan, terkini (tahun ini) aku upgrade diri aku jadi pengadil jelmaan. Hehe
Kali ini KAKOM kembali jadi centralized seperti tahun 2012 di KM Kedah dan 2014 di KM Pulau Pinang. Maknanya, kembali bertanding 16 buah kolej matrikulasi. Maksudnya, bertambah besar jurang nak mendapatkan pingat.
Waktu latihan aku tengok player perghhhh tersusun cantik taktik, teknik dan strategi. Waktu semakin suntuk tapi tup tap tup tap peroleh rezeki nak friendly match tiga kali dalam masa enam hari sebelum menjelangnya KAKOM.
Pertama dengan Sains Tuanku Jaafar.
Kedua dengan kakak senior silver KAKOM 2016.
Ketiga dengan SJKC Chung Hwa.
Waaaa... aku rasa ini ialah friendly match terbanyak kami pernah buat sepanjang-panjang aku bawa team basketball. Satu dari tiga friendly match, kami menang. Selebihnya pihak lawan.
Takpe. Kata friendly. Jadi kita chill relax ajelah kan. Aku pun rendahkan expexctation. Sebelum friendly berangan jugalah dapat bulan ke bintang ke matahari ke. Selepas friendly, barulah berpijak dibumi yang nyata dan rata. Aku pun tah pesal rasa plain. Kalau dulu punya berdebar-debar, sekarang... faktor umur agaknya.
Khamis pagi gerak ke KMS. Patut tengahari. Awalkan sebab nak test court kunun. Dah sampai sekali tengok court baru nak prepare daaaaa... Apa nak buat. Jam 3.00 petang khabarnya boleh test court. Sekali datang, satu court ja boleh test. Dua lagi court still in progress. Untunglah juga KMNS sampai awal. Dapatlah cuba sejam. Kolej lain? Berebut-rebut.
Ketika kolej lain menderu-deru turun. Kami bersurai pergi jalan-jalan tengok gerai. Erata. Budak-budak basket yang pergi merayau.
Aku naik Bukit Jugra bertemankan Moi dan Fida. Heii sempat ja. Hendak kan seribu daya...
Jumaat, game peringkat kumpulan bermula. Kami Kumpulan D bersama KM Perlis, KM Kelantan dan KM Kulim. Game pertama dengan KM Perlis, menang berdebar 19 - 6. Game kedua menang lagi 13 - 2 bertemu KM Kelantan. Game ketiga, aku baru tau jam 1230 tengahari bahawa KM Kulim tak hantar team perempuan. Tak tau nak gembira ke nak apa. Gembira la kot sebab selamat main dua game ja hari pertama. Maka jadilah kami juara Kumpulan D, bakal bertemu KM Perak di suku akhir esok.
Teng teng teng... masa ni expection aku ialah, tolonglah dapat pingat buat kenangan. Lepas suku akhir sah dapat bronze. Jadilah kan dari tiada. Bukan untuk aku, tapi untuk budak-budak. Aku punya pingat dah banyak aicehhhh... Bila expectation aku begitu, maka stres lah aku menjadi. Aku selalu macam ni. Bercakap kemain ngan player, my intention is to grant you with experiences that you can bring forever and ever in your life. Medal is bonus... cehcehcehhhh.
Dalam hati, tolonglah dapat pingat warna apa tak apa, janji sesuatu untuk kenangan. Biarlah aku stres sorang-sorang. Player tak payah. Lilin sangat kan?
Suku akhir yang berdebar itu, Alhamdulillah menang lagi 17-14. Alhamdulillah, tadi aku kata nak pingat kan? Allah izinkan. Tapi sebagai manusia biasa... alang-alang dapatlah masuk final. Tapi separuh akhir tahu dah jumpa siapa. KM Labuan. Hahaha. Tak tahulah apa badi asyik jumpa KM Labuan setiap tahun (kecuali 2017 sebab basketball tak dipertandingkan).
Permainan adalah sangat mendebarkan, fight orang putih kata. Aku puas hati sebab KM Labuan menang tak mudah. KM Labuan menang dengan mata 24-20. Beza dua basket dengan dua player utama kami penalti kena keluar court. Masa tu tak tau nak kata apa. Walau pun puas hati sebab game fight tatap rasa... Alahaiii kalaulah menang... Manusia biasa aku ni rupanya belum sampai tahap wali-wali... Sedarlah engkau, bersyukurlah...
Allah beri gangsa. Alhamdulillah. Tempat ketiga dari 15 buah kolej. Heiiii u alls awesome lah!
Team aku tahun ni quite good. Aku ada player yang boleh main dengan baik. Bukan satu tapi lebih dari itu. Cuma rezeki kami nakkkkk juga jumpa KM Labuan di peringkat separuh akhir, maka tersekatlah kami kerana aku minta pingat apa-apa warna kan tadi. Allah dah bagi jangan merungut haaaaippppp!
Tahun depan InshaAllah ke Perlis pula. Siap-siap bawa passport lah. Mana tau Allah izinkan, bolehlah aku bersawadikap di sempadan sana. Jommm bersawadikap bersama-sama. Jom.
No comments:
Post a Comment