Salam dari Jugra,
Perjalanan kami bermula seawal jam 7.30 pagi. Masa di Sarawak seperti juga Sabah, awal jika dibandingkan dengan Semenanjung. Jadi 7.30 pagi tu consider pagi lagi di sini. Awal-awal lagi kami dah konpius-konpius. Malam tadi aku dan Moi macam terdengar Mr. Bagley kata packing semua baju siap-siap. Tapi yang lain-lain kata, tak payah sebab mungkin akan balik semula ke camp untuk angkut barang-barang. After breakfast, kebenaran terbukti. Nahhhh...betullah apa yang kami cakapkan. Tulah, degil tau u alls ni...^_^
Kiter breakfast dulu. Lepas breakfast...
...kiter shopping. Lepas shopping...
...kiter bergambar.
So, bila nak mulakan perjalanan ni? Itulah sebabnya, orang yang selayaknya dapat Anugerah Insan TERsabar dalam ekspedisi ini, tak lain tak bukan ialah...
Mr Bagley, our touris guide. Kaum pribumi Berawan. Umur dia 60++. Nampak sangat muda kan? Mesti sebab oksigen yang dia sedut oksigen yang paling pure. Kerja dalam hutan kot...
Hari ni, kumpulan kami bertambah seorang lagi ahli, dari Ireland, Aiko. Dia seorang yang tidak sabar. Umurnya dah nak cecah 60++ juga tapi stamina macam umur 20++. Suka mengembara, suka adventurous trip. Dah berkahwin tapi tiada anak. Isteri dia lebih suka membeli belah dari ikut dia memanjat gunung. Kesimpulannya, aku rasa kalau kau rajin keluarkan peluh kau akan sihat walafiat Insha Allah. Jadi marilah kiter mengamalkan gaya hidup sihat k.
Aiko and me...
Ikut tentatif program, kami akan ke Wind Cave, Clear Water Cave dan terus ke Camp 5 dengan menaiki bot panjang. Bot kami adalah bot paling besar, paling panjang, paling hebat kalau dibandingkan dengan bot kumpulan-kumpulan lain. Namun hukum alam menyatakan inertia bergantung kepada jisim bot per pecutan, maka jadilah kami bot yang paling lambat dan paling sopan sebab mengangkut penumpang seramai 14 orang sedangkan yang lain angkut tak sampai 10 orang...T_T.
Kemain excited nak memulakan perjalanan
Sebelum sampai ke Clear Water Cave, kami menyinggah ke perkampungan orang Penan. Untuk shopping...Yeayyyyy. Di sini ada dijual kraftangan yang cantik-cantik, yang unik-unik. Kalau berhajat nak bantu kaum pribumi membelilah macam aku dan Moi yang borong key chain buaya Mulu sampai 20 ekor.
Nak shopping lagi excited...
Makcik tu memang cool habis. Dia leh tiup seruling tu guna hidung.
Abaikan entiti sebelah kiri makcik tu. Dia eksyen ja lebih...^_^
Abaikan entiti sebelah kiri makcik tu. Dia eksyen ja lebih...^_^
Abang Penan ni ensem...Dahla pemalu, pandai mengukir lak tu...^_^
Perkenalkan adik Penan porter yang gagah perkasa. Angkut beg berat macam angkut cikedis.
Selepas membeli belah di hutan rimba, perjalanan kami teruskan. Sampai tempat dituju, Mr Bagley arahkan kami memanjat tangga untuk mengeksplorasi Clear Water Cave pula. Clear Water Cave adalah sangat indah kalau dibandingkan dengan dua gua yang kami lawati semalam. Indahnya bila ada sungai yang deras di dalam gua, selain seronok tengok stalagtit dan stalagmit lagi dan lagi yang bentuknya takan sama antara satu sama lain. View dari mana-mana arah pun sangat cantik untuk di abadikan. Indahnya ciptaan alam, besar dan gah kuasa Penciptanya. Subhanallah...
Air kat sini jernih giler, tapi Mr Bagley tak bagi kami mandi...T_T
Macam mana air sungai dalam gua kan? Kalau baca info yang disediakan, berjuta tahun yang lalu ia sebenarnya sebiji batu besar yang mengandungi air terperangkap di dalamnya. Air tersebut akan mengakis batu besar sangat tu sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa sehingga batu tu berlubang dan menjadi gua. Boleh bayangkan tak betapa besarnya batu tu. Besarrrrrrrrrrrrrrr saaaaaaaaangat...
Selesai dalam Clear Water Cave, kami turun semula di tempat awal kami sampai tadi untuk lunch. Menu dia sangatlah hutan, nasi, kari ayam, pucuk paku goreng dan rebung goreng. Sedapnya pucuk paku dan rebung tu sampai aku terkenang-kenang sehingga sekarang. Gulp...Telan air liur.
Masa ni nga break, so makan biskut dalam tin cicah air nescafe jer
Selesai makan, sambung jalan ke Wind Cave. Napa namanya Wind Cave? Sebab ada satu laluan dalam gua ni, pabila kau lalu kau akan rasa angin bertiup, maka secara tak lansung laluan tu jadi sejuk. Tempat yang menarik selain laluan tu ialah satu kawasan yang dinamakan King's Chamber. Kawasan tu sangat cantik macam bilik tidur raja. Susah nak ceritakan lebih-lebih, kena pergi dan lihat sendiri.
Kena jalan kaki ke Wind Cave. Mulanya rasa seperti dianiaya, tetapi...
Nasib baik berjalan, boleh jugerlah bergambar bawah kolong macam ni.
"Macam pendatang haram" Hafiz kata...mulut kau memang...
"Macam pendatang haram" Hafiz kata...mulut kau memang...
Dapat jumpa arca batu kapur ni sepanjang perjalanan...cantik kan?
Ambil apa sahaja peluang untuk bergambar iaitu antara penyumbang utama kepada kelewatan pergerakan kami...hehe
Sampai sudah... |
Ekspedisi meneroka gua berakhir di sini. |
Hafiz, Anita, Me, Jenny, Ting, Mr. Kean Ashley, Ivy, Moi |
Muka hepi sokmo kerna tidak menyedari apa yang akan berlaku sebentar saja nanti... |
Acara tolak bot berjalan dengan lancar. |
Selain tolak kami juga dikehendaki berjalan di persisiran sungai untuk refleksologi katanya... |
Snap photo as usual... |
Sambil tolak bot sambil ketawa we olls tau... |
Selepas bergembira menolak bot dan berjalan dalam sungai berselang seli, tibalah pengembaraan di jalan darat pula. Kegembiraan ini kami teruskan dengan memikul beban seberat purata 8.5 kg seorang dengan berjalan kaki sejauh 8 km. Jenny dan Ashley terkecuali sebab dorang upah porter. Rupa-rupanya antara kami ada super woman yang bawa beban lebih berat dari aku telah berjogging tuk sampai ke Camp 5. Aku syak dorang tu terlebih glukosa.
Aku terlambat sikit ja masa nak pakai stoking, terus dorang hilang dari pandangan. Maka berjalanlah aku keseorangan dalam hutan ni menikmati alam sekitar. Seram juga rasanya sebab tak nampak orang lain. Kejap kang hujan, kejap kang angin...Aku ikut ja tiang belang merah putih sebagai panduan. Beban semakin terasa di bahu...Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil sayup-sayup kedengaran..." Hana...Hana..." Aku toleh ke belakang. Anita rupanya bersama-sama Hafiz dan Mr Bagley. Lega rasanya meneruskan perjalanan lagi 2 km berteman.
Sampai di Camp 5, kami adalah orang yang terakhir. Terus cari tempat nak tidur yang nampaknya lebih mencabar dari asrama di HQ Mulu. Hanya ada tilam, maka berbantal lenganlah tidurku malam ni. Maaf, drama je lebih. Aku bawa sleeping bag daaaaa. Maka harapnya selesa sikitlah tidurku nanti. Camp 5 ni letaknya betul-betul di tepi sungai. Haruslah mandi pun di sungai kan? Airnya sangat seeeeeeejuk. Tapi Hafiz kata bagus rendam badan tuk melegakan kesengalan membawa beban berat tadi. Sambil berendam sambil aku dan Moi melobi insan-insan yang bercadang tak nak ikut naik Pinnacle tuk turut sama naik keesokan harinya.
Cuba ikut logik akal, apa ke cer ko dah menempuh macam-macam dugaan, berjalan sejauh ini dengan beban yang berat, sekali tu esok ko nak lepak kat Camp 5 ja? Wat de hal? Ini sudah anti klimaks namanya. It cannot be like that...Puas meracun, nampaknya seperti mereka-mereka ini akan berubah fikiran...Yes! Hehe
Ya, aku rasa seperti mahu pengsan...Beg-beg itu telah membebani aku tanpa belas...T_T |
Inilah Camp 5 yang tersohor itu |
Bilik kami nun sebelah kanan gambar.
Sebelum tidur kami dinner. Rebung goreng dan ayam kari lagi. Melantak je kerja aku kat sini walaupun tak sempat nak rasa lapar lagi. Risau kelaparan kat tengah-tengah hutan belantara ni. Biskut cicah teh pun aku belasah bertubi-tubi. Janganlah nanti aku naik atas penimbang, berat bertambah...Please
Mr Bagley bagi penerangan untuk perjalanan esok. Selesai sumer maka tidurlah kami dengan diiringi deruan air sungai yang mengalir deras...Oh tak lupa, ada bunyi cengkerik juger. Gud nite Mulu.
Tomorrow, the real journey begin...I is excited!
Pic masuk nanti-nanti...^_^
Mr Bagley bagi penerangan untuk perjalanan esok. Selesai sumer maka tidurlah kami dengan diiringi deruan air sungai yang mengalir deras...Oh tak lupa, ada bunyi cengkerik juger. Gud nite Mulu.
Tomorrow, the real journey begin...I is excited!
Pic masuk nanti-nanti...^_^
Tamat sudah. Terima kasih sebab baca sampai habis...^_^
No comments:
Post a Comment