Tuesday, December 18, 2012

ChinaTown Vietnam Day5

Salam dari Jugra,

Dengan keazaman yang menggunung tinggi maka ini cerita perjalanan aku yang terakhir di bumi Vietnam. Phew. Akhirnya.

Seperti di entri lepas aku dah bagitau yang kami terpaksa/dipaksa pulang ke Ho Chi Minh dan entah dari mana datangnya idea, rakan seperjalanan mengajak aku ke ChinaTown dan aku ok ja.

Bangun kali ni ta awal mana sebab kami tak terikat dengan mana-mana tourist guide. Oh ya, lupa nak kasi tau awal-awal yang kami bajet ke China Town naik bas.

Breakfast kami ingat ta da sebab ya lah hotel lorong belakang ni. Tapi rupanya ada! Very simple meal tapi tuk orang yang tak memilih macam aku ni, ok ja.

Berjalan kaki ke hentian bas, diberitahu oleh orang hotel tuk naik bas nombor 1. So, sila pahat dalam otak - bas 1...bas 1. Nampak bas, tahan dan cakap ngan driver bus "China Town", dia angguk-angguk dan naiklah kami duk belakang sekali bajet remaja belasan tahun yang suka rebut tempat belakang.

Pastu, dah kaget tak tau nak turun kat mana. Jadi lain kali tayah lah nak duduk belakang sangat. Duk ja belakang driver. Mudah, cepat dan mesra. Paling penting tak sesat.

Diturunkan di ChinaTown dah terkebil-kebil sebab peta yang kami ada tak cover sampai kawasan ni. Maka lagak gaya traveller bertauliah redah ja jalan ikut nafsu.

Nampak kedai-kedai tepi jalan pamer baju comel lote, tapi bila ditanya berapa harganya, dorang tak faham pa yang kami cakap. English tak faham. Mandarin tak faham, sebab China Town kan so try and error ja cakap Mandarin mana tahu kot dorang faham. Tak gak faham. Kacau.

Mencari-cari tapak kawasan China Town yang tak diketahui di mana. Tetiba terjumpa masjid dan restoran Cina Muslim kat sini. Masa tak lapar dan bukan time solat terjumpalah pulak tempat ni dengan lajunya. Baik. Dugaan.

Jalan lagi dan lagi, jumpa satu kedai jual kopi. Disinilah sinar harapan bersinar sampai silau mata. Yeah. Mereka ialah orang cina dan dapatlah berkomunikasi seperti manusia biasa menggunakan Mandarin. Yes. Ni hau ma? Tu ja yang aku tau. Selebihnya Moi setelkan.

Tokey kedai kopi dan anak perempuannya bagi kami nama tempat yang tersohor di China Town ni tuk shopping. Ok shopping lagi. Bersungguh beriya suh kami naik teksi, sebab jauh katanya. Tapi kami? Jalan kaki juga. Dasar degil.

Berkesempatan berjumpa 3 budak ni wat kelakar tengah jalan yang sibuk.

Pastu duk tepi jalan minum air kelapa. Giler haus. Nak suh makcik tu snap pic pun susah bangat. Sumer guna kuasa isyarat tangan.

Selepas berjalan tah mana hala, akhirnya kami sampai juga ke tempat tu. Ta capture pun gambar. Tapi bayangannya sama macam Tanabang di Jakarta Indonesia. Beza sikit tempat ni lebih sesak. Lebih sempit. Lebih ramai orang.

Jual macam-macam. Kain ela yang banyak dengan t shirt. Selebihnya ada gak kedai sovurnier, kasut, baju luar, baju dalam...macam-macamlah. Aku ingat aku tak membeli. Tapi rupanya aku beli juga. Kain ela sepapan raya 2013 tuk satu familli besar aku. Tema akulah yang setkan ~ pinky! Dan maaf tak dapat nak kasi free sebab nak beli ni pun aku pinjam duit Moi.

Nak balik semula ke Ben Tanh kami gagahkan diri naik bas juga padahal depan mata berderet teksi. Aku sebenarnya dah takde duit nak bayar tambang teksi.
 Bukan telur ja yang berada di hujung tanduk, duit pun reti berada di hujung tanduk.

Baik hati sorang pakcik bermotorsikal tunjukkan kami bus stop. Maka selamatlah kami Ben Tanh Market.  Berjalan ke Halal Saigon, solat dan lunch. Balik semula ke hotel kami dan ao dai semalam yang kami tempah dah siap. Satu perkataan ja yang dapat membayangkan ao dai kami tu. Sempurna.

Sebelum tunggu teksi tuk ke lapangan terbang kami melagha dulu di taman rekreasi betul-betul depan lorong hotel kami.

Sampai di airport. Check-in. Lebih muatan. Kena extra charge USD36. Hampir RM100 juga lah tu. Duit lagi. Nasib kredit kad ada. Errrr Moi punya.

Naik AirAsia. Makan dalam flight. Lapar nasik. Tu pun tebalkan muka pinjam duit Moi gi RM10 demi perut tercinta. Sadis tul perjalanan aku T_T.

Sesampai di LCCT, ada ka dorang suh kami nek teksi asing-asing. Mengong padahal 7 km ja pun nak ke kolej dari rumah Moi. Sudahnya, nak jimat punya pasal amik ja satu teksi dan aku balik umah pinjam keta Moi.

Apa-apa pun syukur perjalanan selamat sejahtera. Hepi aku dapat menambah satu lagi destinasi pelancongan dalam wishlist aku. 

Okeh, kalau ada sesiapa nak aku jadi tourist guide ke Ho Chi Minh, Vietnam? Aku rela. Bayarkan tambang aku pergi balik ja. Selebihnya aku tanggung sendiri. Biarlah walaupun tido guna sleeping bag kat koridor hotel sekali pun. Obses nak shopping lagi. KihKih.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

No comments: