Jamboree penutup bagi tahun 2019. Kira pertama kali menghadiri Jamboree di Gemencheh Negeri Sembilan. Tahun ini penyertaan jamboree untuk aku agak perlahan. Itu pun nasib-nasib suami bersemangat hiler. Dia yang beriya, ikutkan aku malas.
Macam biasa, aku memang malas nak MULA bersenam. Tapi bila selesai bersenam, seronok pula. Perangai-perangai menghampiri usia emas agaknya. Kahkah.
Jamboree Moncheh ialah jamboree paling seronok aku sertai setakat ini. Walaupun jaraknya menghampiri 40km tapi okay. Aku suka. Selama aku sertai jamboree tak pernah tak sengsara. Terpaling sengsara di Jamboree Kota Warisan 2017. Taubat lahum aku tak mahu sertai lagi jamboree sebegitu.
Bukit ada (nama pun jamboree) tapi pandai penganjur selang seli kan bukit-bukit ni. Naikkkkk.... pastu turunnnnn... naik turun naik turun lebih kurang pattern nya. Suka suka suka. Aku pesan ke suami, nak jamboree macam ni. Suami kata, jamboree ni dipanggil jamboree fast trail. Tak kisahlah apa namanya. Tapi aku nak yang macam ini juga di masa hadapan. Insha Allah, moga masih dikurniaiNya kekuatan ini.
Medal pun comel dan colourful!
Lemang dan rendang maman u ollls.
Suami paksa berhenti di checkpoint ni. Ikutkan aku malas, nak cepat habis kayuh. Disebabkan keinginan untuk jadi isteri mithali tu tinggi, aku turutkan jua. Bila dah berhenti, dah hiler nak amik gambar lak. Berapa kali take ni, marah pula suami kita. Haha.
Jamboree kali ni banyak gambar sebab banyak jurufoto. Yang ini dari Engku Iskandar.
Dari mzn (nama singkatan, nama penuh tak tahu)
Dari Lynn.
Menjerit ketakutan bukan kegirangan apatah lagi keterujaan.
Suami kita rajin cari dan sorting gambar kami dari ribuan gambar-gambar di Facebook.
Selain rajin, suami kita juga eksyen... Gambar dia terlentang lepas eksyen di atas tak sempat pula dirakam.
Kalau tak, pasti lejen...
Kalau tak, pasti lejen...
23 November 2019
Gemencheh, Negeri Sembilan
No comments:
Post a Comment