Saturday, March 2, 2013

North Borneo Day3 - Sabah Tea, Memorial War of Kundasang

Salam dari Jugra,

Aku ada citer pasal hikmah ke Sabah Tea kan? Hikmahnya ialah akhirnya aku tersedar yang kami belum lagi lunch walhal dah jam 1 lebih. Hikhik. Semangat untuk menjelajah itu telah mengaburi mata semua pihak rupanya. Itupun bila kami nampak iklan teh kat tepi restoran tu. Kelihatan sangat mengiurkan dan menghairahkan. Setakat nak minum teh je, baik terus lunch. Jimat masa. Sebab memang dah bajet kena kuar dari kawasan Kundasang menjelang senja atas dasar keselamatan. Kabus bah tu ~ bahaya nak drive rasanya.


My mum and Nits' meal


Tea plantation spectacular view

Amni and I. Dan topi itu hasil dari program membeli belah di Gaya Street dengan harga RM10. Rasa nak gi lagi ke Sabah tuk shopping. Kalau ada sesiapa yang berminat tuk support tiket flight saya ke Sabah, sila jangan malu. Tolonglah  PM saya dengan kadar segera. Sekian, terima kasih.

Aku pernah pergi ke Sabah Tea sebelum ni. Siap menginap di situ dengan member-member masa mengajar di SANZAC lagi. Tapi punyalah ta tahu ini cerita. Elehhhh tah-tah u alls yang IC Sabah pun tak tau pa citer ni. Citer pasal Sandakan - Ranau Death March. Nasiblah ada member yang kaki buku. Sebab dia boleh membaca dengan kepantasan yang sangat tinggi sama pantas dengan kelajuan cahaya. Sedangkan aku?


Aku akan baca part LEST WE FORGET dan tengok gambar tu aje tanpa ada keinginan nak tahu dengan lebih lanjut...T_T

Sungguh tipikal aku ni rupanya. Walau pun aku begitu, tolonglah sayangi aku seperti biasa. 

Di sini juga mereka menyediakan kedai untuk kita-kita membeli belah. Jadi jangan risau k para pembeli belah sekalian. 

Selepas itu kami meneruskan perjalanan balik dan singgah di sini; Kundasang War Memorial. Di sinilah tempat terakhir mereka-mereka yang dipaksa sertai  Sandakan - Ranau Death March berakhir. Actually tiada siapa pun yang survive. Yang survive tu pun sebab dapat melarikan diri dari tentera Jepun. Bayangkan, berjalan kaki dari Sandakan ke Ranau. Lebam kaki baiiiii. Untung kalau kaki yang lebam. Aku ni pun, bila drive kereta ke Kundasang, nampak perbatuan Sandakan 342...Mampus aku ta nak drive. Rela aku baik flight je. Diorang? Jalan kaki! Gulppp

 Pintu masuk. Alaaaa...mak ni...busy telefon lak.

 Beautiful landscape

 Sejarah dan history
Nits rajin baca dan aku paksa dia citer sebab aku malas nak baca...T_T


 The best landscape ever. Mount Kinabalu as a background.
Model dia pun leh tahan...^_^

 "Cuba buat muka sayu", arahan dari fotographer.
"Baik, aku yang menurut perintah"

Dan nak tahu tak, duhai pembaca budiman. Barulah aku faham kenapa di sekolah tempat aku first posting tu nama SMK SANZAC. Dan kenapa setiap tahun akan ada orang-orang dari Australia dan New Zealand yang akan datang melawat. Sungguh terasa diri sangat useless. Bayangkan, selepas 10 tahun baru faham ceritera di sebaliknya...T_T Aku patut datang ke Sabah lebih awal...dengan Nits. Kalau aku sorang-sorang, tiada maknanya juga. Sebab aku bukan rajin nak membaca pun! Hehe

Peace No War!

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

No comments: