Friday, November 30, 2012

Chu Chi Tunnel Day2

Salam dari Jugra,

Ya ini citer yang ditunggu dari seseorang. Harap-harap aku dapat meningkatkan tahap keghairahan kau dan orang-orang yang membacanya tuk datang ke Vietnam. Serius best!

*Flashback 13 November 2012*

Hari kedua bermula seawal 5.30 pagi. Solat Subuh jam 6.00 pagi tu dah kategori subuh gajah.

Breakfast di hotel yang dikatakan halal food (tapi ada lak vavi goreng kat situ) terus rasa was-was memuncak. Maka jadilah aku vegi seperti Moi juga.

6.45 pagi dah ada tourist guide yang menunggu kami sebab kami dah booked tour half day ke Chu Chi Tunnel. Glamer woooo ini tunnel. Ta gi Vietnam kalu tak gi sini baik lipat kain baju dan pulang ke Malaysia dan dan tu jugak.

Chu Chi Tunnel (pronounce as ku-ci ta-nel)

Perjalanan ke Chu Chi Tunnel mengambil masa 1 jam dan our tourist guide yang comel and muka sooo Vietnamese tapi nama Englishnya Jerry sangat berinformasi. Nama Vietnam tuk tourist guide kami sangat susah tuk disebut tu agaknya dia laju-laju ja suh kami panggil dia Jerry sebelum dia menyampah dengar kami panggil nama Vietnamnya.

Antara fakta menarik yang dia citer sepanjang perjalanan ke Chu Chi ialah bangunan di Ho Chi Minh,Vietnam sangat lansing-lansing tinggi-tinggi macam model. Dan bangunan-bangunan itu milik persendirian. Bawah sekali ialah perniagaan keluarga biasanya dan rumah pemiliknya berada di tingkat atas. Kalau ada anak yang dah berkeluarga maka top up ja lah tingkat kedua dan seterusnya.


Can you see differences between those buildings?
The size of each buildings was difference of each other because it belong to individual. If you have more money - your land is wider. If less - your land is smaller.
Anugerah bangunan paling lansing jatuh kepada Hotel Mai Phai...(sila tepuk tangan)
Aku paling ingat itu, selebihnya aku tidur dan Moi bising. Haha

On the way ke Chu Chi Tunnel, singgah di kilang kraftangan tuk generasi mangsa Agent Orange. Apa itu silalah google tanpa was-was dan tanpa malas.

Crippled people but very talented in handicraft
 
 
 One of the mesmerizing handicraft. Beautiful!
Banyak barang kraftangan yang cantik-cantik, aku tak beli satu pun dan aku tak menyesal sebab duit aku habis ke lain selepas itu.

Sesampainya ke Chu Chi Tunnel gi masuk terowong yang besar feeling macam back to the 1959 - 1975 masa perang Vietnam terjadi. Ya, kami berpijak di atas tanah yang pada satu ketika dulu mayat bergelimpangan, serpihan bom bertebaran di sana sini.

Oh, seperkara, sebelum ke Chu Chi Tunnel baik gi War Museum dulu supaya lebih faham pa yang berlaku waktu itu.

Masuk kena bayar berapa tah (sebab sekali ngan pakej) dan terus tengok video. So oldies, dilakonkan semula ka betul ka pada waktu kejadian aku pun ta pasti.

Tapi fahamlah apa yang terjadi. 

Chu Chi ialah nama kampung dan terowong mahsyur ni di gali oleh Chu Chi villagers la lebih kurang gitu.

Tools that had been used to dig. 
Yes, they only used this tools to dig tunnel as shown below...

 Cross section of Chu Chi Tunnel. Can you see the triangle bunker on your left side? They put a newborn baby there so American's soldier can't hear anything when the baby is crying (more on security purposes).

This is not an ant mound. But this mound had been made for ventilation inside the tunnel. It had been build like an ant mound to prevent American soldiers from identify the tunnel.
Tanah di sini ialah tanah liat makanya jadi sangat keras dan sesuai la tuk orang menginap tanpa risau tanah runtuh bagai.

American soldier tahu pasal tunnel ni tapi ta tau cane nak explore sebab tunnel ni sempit muat badan Vietnamese ja yang amatlah comel. Dan sangatlah bersimpang siur. Kebarangkalian tuk sesat bagi orang asing adalah sangat tinggi.

 
Shows on how they run away from the American soldier and that thing made by wood and still intact until now.

So, permainannya di sini ialah bila di serang oleh American, Chu Chi villagers akan lari menyorok dalam tunnel ni.

Dan dorang buat banyak hand made perangkap. Hand made bomb pun dorang buat juga dari serpihan bom yang Amerika sesuka hati nak campak.


 One of the handmade trap. Inside is a sharp bamboo.

Acting on how to do a bomb using American shrapnel.

Their handmade bomb

Ada padang sasar menembak. Aku malas nak menembak (atau sebenarnya aku ta tau menembak) jadinya aku gi makan jagung bakar.

Pastu gi tengok demo cane dorang wat rice paper. So nice. Kukus bancuhan tepung beras. Agak-agak dah masak golek gelek apa tah nama mendenya - terus melekat dan golek gelek lak atas hamparan buluh yang dianyam. Jemur dan bila kering dia berbunyi krik krik (haha aku tipu) tapi memang ada bunyi dan rice paper tu tertanggal dengan sendirinya.
Demonstration on how to produce paper rice.
 
Pastu yang dinanti-nantikan tiba. Masuk tunnel. 100 meter jerk tapi matsaleh depan group kami sangat mengada jap nak kuar jap nak teruskan. Kasi jem jalan dalam tunnel. Cis! Tapi pengalaman yang menakjubkan.

 Entering the tunnel

 Inside the tunnel

After 100metre ~ ending was here
 
Pas menyusup dalam Chu Chi Tunnel yang legend ni. Gi makan casava. Alah senang citer ubi kayu. Cicah gula, asam, lada. Sodap sebab lapar! Matsaleh agak excited la makan ubi kayu. Aku? buat-buat excited jugak.Hehe

 Casava or ubi kayewww

Australian, American, African and Malaysian
 
Dan berakhirlah perjalanan ke Chu Chi Tunnel dalam jam 2 ke 3 aku pun ta berapa ingat. Yang pasti aku tido lagi dan kali ni Moi juga join masa van balik semula ke bandar Ho Chi Minh.

Tu dulu perjalanan separuh hari kedua di bumi Vietnam. Separuh lagi nanti. Mau lunch. Sumer orang dah merayau ntah ke mana. Aku ja setia di ofis hapdate blog. Cis.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

1 comment:

nits said...

yeay.. i like....