Sunday, November 3, 2013

Resepi Mudah: Donut

Salam dari Jugra,

Seperti yang di janjikan, aku bagi resepi wat donut yang super senang. Aku berdoa dengan penuh harapan agar janganlah sebarang chef tersohor yang TERbaca blog picisan aku ni. Besar kebarangkalian aku akan di hantam secara bertubi-tubi kerna mencabul cara pembuatan donut tradisional. Cara aku wat donut memang seperti orang malas wat donut dengan motto tersemat kejap ~ "Asal siap. Asal sedap". 

Ah, mainan perasaan aku je ni. Perasan tak habis-habis. Jangankan chef, tukang wat beger pun tak tentu lagi nak baca blog aku.

Meh wat donut dengan cara yang mudah meh.


Bahan-bahannya :-
Tepung Gandum
Mauri Pan Instant Yeast
Susu Pekat Manis
Sebiji kentang sederhana besar
dan
sebatang senduk

Sebatang senduk sangat penting disini sebab sukatan aku berdasarkan senduk ajaib IKEA tu. Maknanya kalau nak guna senduk yang sama, carilah di IKEA. Pasti ketemu.


*sila baca dari kiri kekanan*

3 senduk tepung gandum
3/4 senduk Mauri Pan Instant Yeast
Kentang sederhana tu rebus dan lenyek dan campurkan dalam adunan
1 senduk susu pekat manis

Gaul sebati dan uli dengan penuh kasih sayang

Rehatkan doh untuk memberikan peluang kepada Incik Mauri Pan bertindak pantas. Oh, sebelum saya terlupa, sila tutup doh anda kerna sejarah telah membuktikan ia seorang yang sangat pemalu. Selepas 15 minit doh akan mengembang sekali ganda. Kemudian  barulah buat bentuk bulat-bulat atau bentuk donut tu

Lepas tu, biarkan lagi dalam 10 minit ke. Jangan lupa tutup ia lagi k.

Kemudian, goreng dan gaul-gaul dengan gula icing.

Tan ta daaaaa... siap! Magik bukan? Bentukkan bulat tapi selepas digoreng jadi cenggini.
Hahahaaa...Aku tipu. Ini gambar sebelum aku jadi bertambah bijak.

Selepas jadi bertambah bijak aku wat bulat-bulat. Kerja yang senang, bertambah senang.

Kan aku dah kata. Motto aku dalam bidang masakan ialah ~"Asal siap, Asal sedap"
Sila jangan ambil hati.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

1 comment:

Anonymous said...

thanks ya infonya !!!

www.bisnistiket.co.id