Friday, July 13, 2012

Pasar Teluk Bunut : Rutin Juga

Actually ini kesinambungan dari entry lepas. Sebab kejadian ini berlaku selepas hike Bukit Jugra. Disebabkan aku mengadalah sangat, maka aku pecahkan jadi dua entry. Terserlah betapa kreatifnya aku. Tapi aku janji entry kali ni akan menyebabkan kita-kita jadi excited bangat. Mau ta excited, mau citer pasal shopping ni. Bukan sebarang shopping tapi shopping yang kau dapat banyak barang dengan kos yang kecik.

Tidakkah ia meransang deria bau? Eh?
Ah malas nak mukadimah panjang. Zoom to the main point.


Yes, this is the place where you get lotsa things with small amount of money. Awesomelah!


Now guess, to get all this, how much will you spend?
Guess la...Guess la...HikHik(excited ntahapaapa)

RM30!Super awesome!
"Eh RM30 jer, banyak ni RM30 je..." (sekali lagi excited ntahapaapa)


Gerai sempoi ni berada di pasar Teluk Bunut. Tetapi diingatkan, barang-barangnya ta stabil. Mean dari hari ke hari jumlah, jenis barang takkan sama. So, permainannya disini ialah kalau kau nampak barang yang kau memang nak la pulak, cepat-cepatlah grab. Tayah nak pikir panjang sampai 7.5 kilometer. 7.5 meter ja dah cukup panjang tu. Ya cukup panjang, sebab nak sampaikan ke 0.5 tu, orang lain dah amik. Padanlah muka! Pastu next time kau datang tak tentu lagi barang tu akan ada.

Barang-barangnya banyak dari Emirates Airline, Sudan Airline, Singapore Airline, Japan Airline dan Airline-Airline yang lain. jadi ta perlulah nak mempertikaikan kualitinya. Selain tu ada jugalah macam2 mende yang ta reti aku nak sebut kat sini.

Tetapi yang terpaling popular, kira berada di tangga pertama carta hati ialah jus buah. Diluar harganya RM5.60 disini hanya RM2.50! (Pengsan)

Antara barang yang aku rasa harganya murah bangat dan aku berpeluang beli ialah :-

1. jus buah RM2.50
2. coklat cadbury (small size) RM0.50
3. sudu stainless steel yang maha keras RM6 sedozen
4. kasut pakai kat umah yang berbulu tu dari Japan Airline RM1 satu
5. selimut yang selembut sutera dari Emirates Airline RM10 satu
6. stokin adibas RM2 sepasang.
7. sticker 3D comel-comel RM5 tuk 3 unit.
8. set comel ada sikat ada (isk tatau nak citer) dari Japan Airline R10 satu


Sebelum aku mengakhiri entryku pada hari yang berbahagia ini, aku mau tanya sesuatu...
Wujudkah Sudan Airline?

TuAjeKali.Bye.

No comments: