Sunday, December 2, 2012

Notre Dame, Post Office, Diamond Plaza & Night Market (Again)
Ho Chi Minh Day2

Salam dari Jugra,

Okeh sambungan lagi tuk hari kedua (terus tegakkan badan)

Memandangkan lawatan ke Chu Chi Tunnel hanyalah tiga per empat hari maka kami decide tuk menyambung perjalanan ke bandar Ho Chi Minh.

Ikutkan plan, nak gi Notre Dame dan Post Office jer. So kami mohon van kami tu drop kami di Notre Dame instead of hotel kami. 

Notre Dame Cathederal constructed between year 1863 and 1880.
Apart from the religious meaning that attracts tourists, the even more special captivating point of Notre-Dame Cathedral is its special neo-Romanesque style of architecture.

Aku kalau boleh tanak tepek gambar banker aku ni, tapi kena letak gak sebab nak point kat kanan gambar tu, yang nunnnnn hujung kanan sana tu. Diamond Plaza.

Tapi citer pasal Post Office dulu. Pelik juga mula tu, apa ke hal Moi senaraikan pejabat pos tuk gi lawatan. Apa cerrrr? Aku dah terbayang pejabat pos Teluk Intan...Tapi...

 Nah...bapak besar pejabat pos dia
Notre Dame and this Post Office just side by side.

Inside...Magnificient Architecture! Look at the tourist...Seriously the architecture just mesmerizing!

My banker sibuk belek sampul surat hari pertama la, setem la. Aku kejanya capture gambar guna handy cam dia.

Souvenirs also had been sell in the post office. 
Kat pejabat pos Teluk Intan ta da pun jual souvenirs tau! (sengal)

Aku rasa souvenir ni yang agak unik ta nampak kat tempat lain. Aku rasa lah. Ta tau la plak kot ada kat tepi ja tu tapi mata aku asyik pandang kain baju specially kat night market.

Selepas habis bertapa kat Post Office hebat ni, kami patah semula ke Notre Dame sebab tadi dia tutup. Tapi yang tak syoknya pihak pengurusan tak benarkan tourist tuk masuk sampai dalam. Just di luar. Agak frust la jugak Moi aku rasa. 

Setel amik gambar dalam Notre Dame, dan bermulalah episod shopping secara besar-besaran di Diamond Plaza. 

Moi memang dari Malaysia dah wat survey (tu sebab aku suka gi travel ngan dia), kalau nak shopping barang branded kena gi shopping complex supaya dapat barang yang betul-betul genuine. Dia mention Diamond Plaza 17 kali since dari Malaysia.

Sebelum masuk ke Post Office pun aku dah notice, "Moi, Diamond Plaza" . 
Terus mata bersinar-sinar macam SailorMoon.

Dalam Diamond Plaza ta capture apa pun, alah sama jer macam shopping complex di Malaysia cumanya - pembantu kedai dia tak reti nak komunikasi dalam Bahasa Inggeris lansung. Zero.

Aku beli Levi's, Casio Beside, Clarks. Kat situ ja banyak jugalah aku, eh Moi habiskan tuk aku lebih tepat...Hehe (tima kasih kredit kad Moi ). Moi beli juga Casio dan Clarks. Tak taula nak kata murah atau tak. Tapi sesungguhnya aku memang susah nak kuar gi shopping complex di Malaysia sebab aku kan rajin. Kejanya kemas umah ja dan tido.

Setel kat Diamond Plaza...

Eh...Eh...Dah malam? Macam tak biasa lak kan?
Duk dalam shopping complex siang malam tiada bezanya.

Dari Diamond Plaza kami berjalan (yang leh tahan jugalah jauhnya) ke night market yang bersebelahan ja dengan Ben Tanh Market. Alaaaaa...kami dah pergi semalam. Hari ni gi lagi. HoHoiii...

 Dan seperkara yang best bila berjalan, kita akan dapat melihat banyak view yang menarik! Tu sebab aku suka travel dengan amoi ni. Walau pun dia tersangatlah sinis. Tapi dia adventure, yakin dan berani. Okeh, dua kali da aku puji dia.

On the way tu kami jumpa teater apa ka namanya. Cantik tempat tu, tapi ta tau pesal aku tak capture pic.

Dan sebelah teater tu ada Parkson. Aku sebenarnya nak beli sport shoes yang aku tak jumpa kat Diamond Plaza so lencongkan dulu diri ke sini. Pencarian masih tidak berhasil tapi amoi teringat yang kat dalam Parkson ni ada halal stall.

Ya, Indian Muslim stall (dia juga yang survey pasal restoran halal). Dia memang sangat prihatin dan peka (tak macam aku yang relax jer. Cool dulu gelabah kemudian). Tu sebab aku suka travel dengan dia walaupun ta tentu gi dia suka travel dengan aku. Kihkihkih. Nampak? Tiga kali da aku puji dia.

Lepas makan, perjalanan kami diteruskan ke night market. Target nak beli baju kurung sarat ngan labuci, selendang half moon mysis pesan tuk akad nikah dia dan telekung.

Sampai ja kat night market tu, teringat pasal satu kedai Champa yang memang jual baju kurung labuci. Masuk kedai nampak la pulak jubah kain lycra berlabuci hebak. Rambang mata! Jumpa jugak selendang half moon. Yeay! Setel cari barang orang. Lega.

Kedai ni terima RM. Maka habiskan RM Moi tuk beli 2 jubah dan 1 tudung half moon. Memang banker sejati Moi malam tu. Bagi pinjam tanpa teragak-agak. Tima kasih kawan yang baik. Berapa kali aku puji? Empat.

Gi beli telekung pulak, stil guna RM tapi aku punyalah. Tu sebab aku tak beli banyak sebab aku tak bawa banyak RM. Nasib.

Night market aku belikan kain sutera Vietnam tuk BesFrenzForever. Dompet tuk BesBesFrenzForever dan baju kurung.

Shopping berabis sebab bajet ini malam terakhir yang kami leh datang sini.

Seperti biasa, kami balik hotel naik teksi. Kena USD2 lak. Layankan aje. Penat bai. Ingat katil, tilam, selimut jer masa tu.

Setakat dua malam di Vietnam, memang kami spend most of the time outside. Serius berbaloi travel cenggitu. Dan dia ialah teman travel yang terbaik. Nah...lengkap lima kali aku puji dia sebab dia memang bagus.

For the next three days we are going to leave Ho Chi Minh City. Phew.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

No comments: