Wednesday, November 28, 2012

Gi KAKOM 2012 Best!

Salam dari Jugra,

Ya masih berkisar dengan KAKOM lagi, Vietnam nanti dulu sebab Vietnam banyak gambar. KAKOM haram satu gambar pun aku tak capture. Sibuk nak tengok game dan sibuk nak menyorak. Terasa muda masa menyorak ta hingat di KAKOM hari tu.

Best weiiii gi KAKOM sebab :-
1. Dapat t-shirt free banyak. Adala dalam 5 - 7 helai t-shirt. Murah pun stil t-shirt kan. Cer bayangkan wat kerja rumah pakai tshirt sukan. Bergaya sporty sangat kan?

2. Kulit jadi dark. Ceh tanak cakap hitam, mo mention jugak dark.Kalau kulit ko tak berubah warna memang nampak sangat ko tak wat keja masa gi KAKOM. Apa cerrrr gi bawa budak bersukan tapi kulit menjadi semakin suci, putih, mulus dan gebu berseri? Ingat gi kursus mak andam pa?

3. Leh melancong ke tempat berdekatan atau melencong lebih tepat? Macam kami hari tu sempat gi melencong ke Kuala Perlis makan seafood. Kalau langkah dan kewangan ko lebih panjang dan mantap, pergilah Hatyai, Langkawi atau Padang Besar - shopping. Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun tu memang dekat sangat dah ngan tempat-tempat tu.

Kuala Perlis waktu malam (ke waktu pagi yang lebih tepat?).

Sedap dan murah. Semua ni hanya RM175 ja.
Rempah masak ketam tu teringat-ingat aku sampai skang.
Psstttt...gossip. Pembantu kedai ni lelaki tapi jambu habis. Kulit muka fulamak licin, halus, mulus, gebu. 
Ada ka En. Awang ingat perempuan. Aku tengok sekali pun dah tau lelaki...;)

4. Leh main hujan sesuka hati tanpa risau orang akan kata ko buang tebiat. Aku last men hujan adalah dalam 24 tahun dahulu. Duk dalam hujan pun leh cool ja. Alahhhhh air je pun. Bukan batu.

5. Dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan duk asrama. Berebut bilik air, air tadak,  panjat bilik sampai tingkat empat. Pastu nak gi toilet jam 2-3 pagi rasa seram semacam ja specially bila nak pandang cermin. Takut terlihat makhluk-makhluk yang sewaktu dengannya. Kalau comel macam Taylor Swift  tak pun ensem cam Taylor Lautner ta pa gak. Niiiii...Fuhhh sebijik perasaan masa nak gi toilet masa zaman budak-budak dulu. Memang terimbau sangatlah kenangan duk asrama tu buat ex-gangster asrama macam aku ni tapi penakut.

Kesimpulannya gi KAKOM memang syiok habis. Jadinya, marilah kita beramai-ramai menyerahkan diri untuk menjadi pengurus tak pun coach pada KAKOM 2013 yang akan berlansung di Pulau Pinang plak. Aku rasa aku nak rehat tahun depan. Kasi can orang lain menikmati kebahagiaan ke KAKOM. Bukankah kebahagiaan harus dikongsi bersama-sama?

Errrr...ayat di perenggan atas ta da double meaning. Serius happy terpilih ke KAKOM! 

Lebih-lebih lagi..
.

...secara tak sengaja terbawa pulang 'silver' la pulak...;)

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

2 comments:

winadore said...

Tak mo.ltak mo..aku nak citer vietnam gak

Ana said...

hahahaaa...memang gelojoh. wehhh citer la pasal bandung lak!