Salam dari Gambang,
Hehe. Rare pulak rasa kasi salam dari Gambang. Aku skang bersiaran dari Pahang. Kerana SIPMA. Baru ja sampai hari ni. Penat hoiiii menguruskan lebih kurang 200 orang pelajar. Bawa dari Jugra ke Gambang naik bas berjujuk tujuh. Bas Kolej Matrikulasi Perlis dua bijik, Perak, teknikal Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Ta tahu pula begini penat menguruskan budak. Note aku berdering-dering dari hari Isnin dengan macam-macam hal. Dalam bas, tidur adalah haram sama sekali untuk aku. Mengadap wasap tak habis-habis. Itu dan ini. Semua hal SIPMA. Sebelum ni bawa juga budak keluar tapi sebab KAKOM. Kalau KAKOM semua urusan pensyarah KOKO uruskan. Kali ni kena urus sendiri...pening mabuk aku jadinya.
Patut gerak jam 2 petang, tapi seperti kuduga jam 3 petang. Sudahnya jam 930 malam baru sampai ke Kolej Matrikulasi Pahang. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan walaupun aku agak trauma dengan simpang masuk ke Gambang ni. Masih terbayang-bayang lagi kisah budak terbang terbaring atas jalan.
Sesampai KMPh, tiada apa-apa sambutan. Tiada hamparan kapet merah, tiada paluan kompang, tiada lambaian bunga manggar. Konsepnya sangat mudah. Pandai-pandailah kau membawa diri. Syukur sangat ja kami tak pasang khemah, tido dalam sleeping bag, pasang unggun api, masak air dalam mask tin. Kerna kami dianugerahkan bilik asrama yang awesome. Yeay.
Inilah bilik asramaku untuk 6 hari 5 malam. Kemas. Terpelihara. Jemput masuk meh adik kakak.
Seikhlasnya aku tak kisah duk kat asrama. Aku suka. Feel muda 22 tahun gitu. Berkongsi bilik air dengan students pun aku tak heran sangat. Dah muka macam students, so wat pa nak heran kan? Haha. Best pa perasan. Kalau korang nak perasan pun, eh apa salahnya?
Giler gigih aku study timetable pergerakan pelajar pensyarah sepanjang SIPMA sambil TERpaksa makan nasi lemak beli di RnR Temerloh tadi. Pas makan aku tidur. Macam bagus ja, macam healthy ja tidur lepas makan. Hehe
Pagi pertama di Pahang, kami semua berkumpul dengan semangat waja membara di jiwa. Tak sabar nak wat latihan senamtari kunun. Tau apa yang terjadi? Kalau malam tadi, sampainya kami di sini dengan konsep pandai-pandailah kau membawa diri. Rupanya konsep tu berlarutan sampai ke siang. Cuma tajuk konsep ja jadi lain sikit. Konsep "Kajang Pak Malau Kajang Berlipat". Berdikari sungguh kami di rantauan. Cari portable audio sendiri, guna portable audio macam hapa. Sumer main try & test. Main tekan ja sumer butang. Mikrofon tada. Healer tada. Yang ada hanyalah suara original yang di high pitch kan untuk mengawal 200 orang pelajar. Tempat berlatih panasnya Masha Allah. Bukan setakat mekap cair, kulit muka pun leh tersiat. Panas dia lain macam. Menyucuk-nyucuk. Di minta carikan tempat yang teduh, tak dapat. Maka...
Bertebaranlah semua pelajar berlatih membawa diri. Campaklah mana-mana kami ni wehhhh.
Leh ja kami wat latihan. Lalalalalalaaaaa.
Tapi pandai Kolej Matrikulasi Pahang amek hati kami tau. Bagi lunch ayam masak kari Masha Allah sedap giler. Sampai menjilat kaki kata students. Lapar sangat lettew sampai menjilat kaki. Aku steady ja. Alhamdulillah memang sedap. Tapi belum sampai tahap nak jilat kaki kot. Tehehehe.
Eh!TuAjeLahKali.Bye.
No comments:
Post a Comment