Tuesday, September 11, 2018

Kejohanan Futsal 2018: KM Johor


Pada tarikh yang sama ada Matrix Viper Challenge di KM Negeri Sembilan. Pilih di pilih. Tak kena di sini pasti kena di sana. Konsep pasti aku akan terlepas boleh la pergi Uganda nak bercuti panjang (kunun) tiada okay. Tiada.

Asalnya coach bola KAKOM yang ajak aku gi KM Johor. Alasan kerana ada budak perempuan. Ye juga, takkanlah cikgu lelaki (Syuk dan Reza) ja yang nak iring pelajar walhal ada budak perempuan. Roommate pun bagi greenlight. Jadi on la kita.

Sepatutnya kami gerak ke Johor Jumaat tengahari, tukar jadi pagi jam 7, tukar lagi jam 5 akhir sekali jam 4.30 pagi. Kes menumpang bas KM Perlis sebab bas kami rosak lalalala. Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang kami menumpang lalu. Tak usahlah banyak bunyi, kita redha ja.

Haruslah redha sebab aku kena tinggal dengan bas. Kesian agaknya Syuk nak suruh aku bersilat jam 4.30 pagi naik bas. Aku pulak sejenis offline handphone kalau tidur, memang jam 6.00 pagi la aku baca mesej. Syuk ajak aku tumpang kereta dia, bersama-sama anak dan isterinya. Alamak lomah kaki den.

Mungkin aku blur sampai aku boleh terlupa yang aku boleh ja drive bawa Savvy ke Johor. Sejak ada driver, paling jauh aku drive sendiri sampai pekan Pilah menyebabkan aku terkedu pagi tu. Jam 8.30 pagi kami gerak ke Johor berkonvoi. Ketika melalui jalan Dangi yang tenang dan sunyi, aku ketawa sendiri. Baru ja dua ke tiga hari lepas, terdetik hati nak drive seorang diri membawa diri lah lebih kurang. Bukan merajuk lebih kepada nak me time, drive layan lagu layan scenery.

Terima kasih Ya Rabb. Betul-betul aku drive seorang diri layan lagu layan scenery, bezanya berkonvoi dengan Syuk.

Game bermula jam 3.30 petang. Badi basketball membawa sampai futsal bila budak perempuan dapat satu kumpulan dengan KM Labuan. Untung ja KM Labuan tak bawa team lelaki. Kalau tak, sekali juga agaknya. Haha

Futsal team bersama the real coach, Reza, Syuk dan Kama. Aku? Invisible coach, itu sebab aku tak kelihatan dalam gambar.

Peringkat kumpulan, futsal lelaki layak ke suku akhir. Perempuan? Kalah dengan lambungan syiling. Haaaaa part yang ini memang aku menyampah. Walau pun sekarang aku dah cool down, tetap aku rasa kenapa kami tak terfikir nak keras ja buat sepakan penalti. Tak tahu apa nak cakap pada team perempuan masa tu, bayangkan... kalah kerana lambungan syiling. Untung sangat beragama Islam. Bolehlah aku cakap, Allah belum izinkan sebagai penyembuh hati.

Alangkan yang basket aku bawa enam tahun pun aku tak berapa nak pandai, inikan pulak futsal! Dah... Tanak aku bawa game lain selain basket... dan guli. Congkak pun boleh(kot) aku pertimbangkan.

Futsal lelaki Alhamdulillah layak ke final menentang KM Kedah, dan akhirnya menyandang Naib Johan Kejohanan Futsal dengan aggregat 3-1. Hei okay sangat tu. KM Kedah bawa tiga budak KAKOM bola sepak, manakala player KM Negeri Sembilan sungguh pure, semuanya pertama kali menglibatkan diri dalam aktiviti ala-ala KAKOM ni.

Tahniah guys.

Jam 1230 majlis tamat. Ahhhh sudah, nak buat apa lepas ni. Budak-budak tak lepas nak balik. How? Nak menumpang pun tak tahu macam mana. Jenuh aku arrange dengan KM Selangor, lepaslah tiga orang. Enam balik sendiri, berbaki sembilan orang, syukur Reza volunteer nak handle dan akhirnya jam 4.30 petang hari yang sama aku sampai Pilah, dan terus...

...ke kolej makan mihun sup. Sempat weiii.

Seperkara yang aku dapat kali ni ialah, aku dah tanak bawa kejohanan seketul macam ni. Aiyoooo... pishang. Asyik dengar students sebut pishang la cikgu, pishang la cikgu. Masa tu aku bukan faham sangat, yang aku tahu boring super gila. Gila mana lah sangat budak-budak ni maksudkan... haaaa amik kau memang boring tahap tak tahu nak mention macam mana. Itulah dia pishang!

Bila pishang, aku makan banyak 😂

1 comment:

yosabrams0918 said...

There are certainly a lot of details like that to take into consideration. That is a nice point to deliver up. I provide the thoughts above as common inspiration however clearly there are questions just like the one you carry up the place a very powerful thing will likely be working in trustworthy good faith. I don?t know if best practices have emerged round issues like that, however I am sure that your job is clearly recognized as a fair game. Each girls and boys feel the impact of only a moment’s pleasure, for the remainder of their lives. best online casinos