Salam dari Jugra,
Fakta paling menarik di Laban Rata ialah cuaca super duper sejuk. Sangat menarik dan tertarik sebab tahap kesejukannya adalah sangat-sangat sejuk hingga menyukarkan proses hibernasi. Pakai baju 5 lapis dan siap selimut, siap dengan stokin pun masih tidak mampu untuk menaikkan suhu badan. Aku tidur siap pakai tudung tu, pun masih sejuk sesejuk sejuknya. Aku hanya mampu lena dalam 3 jam ja. Selebihnya aku terkebil-kebil sambil mendengar rakan sebelah katil menggeletar kesejukan.
Satu lagi fakta menarik, aku boleh online di Laban Rata. Jadi para pengguna CELCOM silalah gembira awal-awal lagi kerana anda boleh whatsapp, LINE, WeChat dan KakaoTalk dengan kenalan sekalian mengadu domba hal kesejukan melampau yang telah terjadi di Laban Rata di kala tak mampu nak tido. Hasilnya mungkin anda akan rasa kebengongan dan kepeningan sebab sah-sah anda tidak cukup tidur macam aku. Itu juga mungkin akan memberi impak maksima terhadap prestasi pendakian anda.
Tidur jam 10 malam dan terbangun jam 12 lebih. Jam 2 wajib kena bangun, standby tuk sambung hiking dalam 2.7km. Hoih. Lebam mata. Tapi sejuk sangat sampai taleh nak tido. Tah apa nama tidurku malam tu. Lebih teruk dari tido-tido ayam. Whatever. Yang aku tau, jam 2 lebih memang sumer dah bangun. Ada sarapan di Laban Rata. Tak kuasa nak turun sarapan sebab pendakian akan bermula dari Gunting Lagadan, tempat dimana kami menginap.Maka makan aja lah apa yang ada, yang di bawa dari Mesilau Resort.
Jam 2.30 pagi, ada taklimat. Kami menyibuk dengar taklimat dari guide kumpulan lain. Aku yang menyibuk adalah lebih tepat sebenarnya. Oh, seperkara. Syukur tak hujan. Tapi malam tu dalam jam 11 malam hujan macam turun sikit dan angin aku sure sangat-sangat kuat. Syukur sangat-sangat. Mungkin sudah tertakdir, rezeki kami nak sampai puncak Gunung Kinabalu.
Pendakian bermula dari pintu belakang tempat kami menginap. Orang sumer ada head lamp. Aku? torchlight. Tu pun Momo punya. Sarung tangan pulak macam mana? Sarung tangan aku sarung tangan stroberi, Moi punya. Beg pinjam Melor punya. Bag aku tertinggal di Jugra. Hehe. Kalutnya la aku kan? Apa pun pendakian bermula juga dalam kegelapan malam, sambil tumpang kasih cahaya dari head lamp orang. Malas nak pegang torchlight. Sementara leh tumpang, maka tumpang ajelah. Masa ni, aku macam tak larat. Seperti ta leh nak dapat rentak lagi. Berenti-renti juga aku di awal-awal pendakian.
Rentak mendaki semakin baik bila start hike guna tali di kawasan berbatu. Sesungguhnya, tak sia-sia aku mengada-ngada guna tali masa nak naik turun Bukit Jugra yang takdelah tinggi mana. Sekurang-kurangnya, aku tau cane nak lean your body backward from the rope. Sangat-sangat membantu. Alhamdulillah. Laju ja aku naik guna tali. Masa ada tali jelah. Masa tali tak sesuai digunakan, aku kembali menyiput. Hehe.
Jalan dan jalan, kejap tali, kejap guna tongkat akhirnya sampai juga aku di Sayat-sayat Hut. Mendaftar, dan aku boleh tersenyum sebab dapat sijil berwarna uda. Hip Hip Hoorayyyy! Namun perjalanan diteruskan lagi sebab aku mesti sampai Gunting Lagadan. Itu yang kawan-kawan aku pesan, "Kau mesti sampai Gunting Lagadan". Apakah rupanya Gunting Lagadan aku sendiri tak pasti. It must be top of the Kinabalu. Melur yang baik hati pinjamkan beg pulak pesan, "Orangnya tak dapat naik sampai puncak, tapi beg dapat naik pun jadilah". Orang kat kolej pulak suh tangkap gambar dengan bendera KMS . Wah! Banyaknya misi yang nak di selesaikan.
Insiden paling best ialah bila aku hampir kehilangan cermin mataku di atas Gunung Kinabalu. Aku tayamum nak solat Subuh. Tapi aku solat cari tempat lain sebab tempat tayamum tu tak berapa rata. Cermin mata selamba badak aku tinggalkan kat tempat aku tayamum tadi. Lepas solat yang aku rasa macam solat gajah ja, dah gabra tak jumpa cari cermin mata. Menggagau-gagau aku mencari. Ah sudah. macam mana ni? Nasiblah Allah nak tolong, dalam kekaburan mata aku tu, aku seperti nampak kelibat manusia pakai seluar celorang celoreng. Macam Rahman. Tapi tak leh nak sure. Macam Korean pun ada. Terus aku speaking, "Excuse me, can you help me ?". "Haaa, napa?". Baru aku tau itu memang Rahman. Lega aku. Story sket. Rahman tunjukkan cermin mata aku. Syukur! Kalau idak...Malas lah nak fikir. Boleh kot? Hehe.
Dan bersama-samalah kami menuju ke puncak. Rahman cakap ini kali pertama dan terakhir dia nak naik Gunung Kinabalu. Aku kata kalau terakhir, meh kita naik sampai atas. Bulat dah nekad ni. Aku sekali sekala pandang ke belakang. Seperti aku insan yang terakhir naik. Aku tak kira. Aku mesti naik!
Dalam kira-kira 150m, puncak dah nampak. Tapi kudrat dah sangat-sangat tada. Sekarang mental mengambil peranan. Aku kena amik gambar di atas puncak. Mesti-mesti jugak. Dah nak sampai tu, ada lagi orang yang sudi menghulurkan tangan tuk tolong aku naik ke atas. Nampak sangat betapa prihatinnya dia dengan momentum aku yang nampak sangat dah nak sangat hampir kepada nombor sifar. Sebenarnya ada lagi insan yang menghulurkan tangan membantu aku masa di bawah lagi. Phewww. Seperti pertolongan itu macam kecik sebesar kuman. Tapi di saat itu, pertolongan seumpamanya memang sangat-sangat diperlukan. Thank you new friends.
Selesai sesi bergambar sampai hati puas, barulah turun semula ke Laban Rata. Check Out jam 1030 pagi. Breakfast jam 9.30 pagi. Masa tu jam menunjukkan jam 8.00 pagi. Berdasarkan pengalaman, aku tak rasa aku akan turun begitu laju seperti Superman.Maka redha jela ta dapat sarapan. Nasib ja aku dah siap-siap kemas barang-barang. Jadi hal check out tu jadi hal picisan je lah. Tak heran pun. Janji sumer selamat.
Perjalanan turun ditemani Robin dan Juan. Sebagai guide terpaksalah dorang temankan kami-kami yang lambat ni turun. Nak wat cane kan? Keja dorang. Maka layan je lah bersembang sampai ke Laban Rata. Dari hal gunung sampai hal anak-anak. Tapi respect kat dorang yang tak paksa-paksa kami turun laju-laju. Cool ja dorang melayan kadar kelembapan kami yang turun pun lebih kurang macam siput.
Tidur jam 10 malam dan terbangun jam 12 lebih. Jam 2 wajib kena bangun, standby tuk sambung hiking dalam 2.7km. Hoih. Lebam mata. Tapi sejuk sangat sampai taleh nak tido. Tah apa nama tidurku malam tu. Lebih teruk dari tido-tido ayam. Whatever. Yang aku tau, jam 2 lebih memang sumer dah bangun. Ada sarapan di Laban Rata. Tak kuasa nak turun sarapan sebab pendakian akan bermula dari Gunting Lagadan, tempat dimana kami menginap.Maka makan aja lah apa yang ada, yang di bawa dari Mesilau Resort.
Tutup muka sebab sejuk yang bukan main-main punya!
Pendakian bermula dari pintu belakang tempat kami menginap. Orang sumer ada head lamp. Aku? torchlight. Tu pun Momo punya. Sarung tangan pulak macam mana? Sarung tangan aku sarung tangan stroberi, Moi punya. Beg pinjam Melor punya. Bag aku tertinggal di Jugra. Hehe. Kalutnya la aku kan? Apa pun pendakian bermula juga dalam kegelapan malam, sambil tumpang kasih cahaya dari head lamp orang. Malas nak pegang torchlight. Sementara leh tumpang, maka tumpang ajelah. Masa ni, aku macam tak larat. Seperti ta leh nak dapat rentak lagi. Berenti-renti juga aku di awal-awal pendakian.
Rentak mendaki semakin baik bila start hike guna tali di kawasan berbatu. Sesungguhnya, tak sia-sia aku mengada-ngada guna tali masa nak naik turun Bukit Jugra yang takdelah tinggi mana. Sekurang-kurangnya, aku tau cane nak lean your body backward from the rope. Sangat-sangat membantu. Alhamdulillah. Laju ja aku naik guna tali. Masa ada tali jelah. Masa tali tak sesuai digunakan, aku kembali menyiput. Hehe.
Jalan dan jalan, kejap tali, kejap guna tongkat akhirnya sampai juga aku di Sayat-sayat Hut. Mendaftar, dan aku boleh tersenyum sebab dapat sijil berwarna uda. Hip Hip Hoorayyyy! Namun perjalanan diteruskan lagi sebab aku mesti sampai Gunting Lagadan. Itu yang kawan-kawan aku pesan, "Kau mesti sampai Gunting Lagadan". Apakah rupanya Gunting Lagadan aku sendiri tak pasti. It must be top of the Kinabalu. Melur yang baik hati pinjamkan beg pulak pesan, "Orangnya tak dapat naik sampai puncak, tapi beg dapat naik pun jadilah". Orang kat kolej pulak suh tangkap gambar dengan bendera KMS . Wah! Banyaknya misi yang nak di selesaikan.
Sayat-sayat Hut
Mula tu aku ingat ini pengakhirannya, tapi kenapa tali putih masih panjang?
Pandang depan...Okay depan dan naik lagi. Okay...Okay...T_T
Pandang depan...Okay depan dan naik lagi. Okay...Okay...T_T
Dan bersama-samalah kami menuju ke puncak. Rahman cakap ini kali pertama dan terakhir dia nak naik Gunung Kinabalu. Aku kata kalau terakhir, meh kita naik sampai atas. Bulat dah nekad ni. Aku sekali sekala pandang ke belakang. Seperti aku insan yang terakhir naik. Aku tak kira. Aku mesti naik!
Rahman macam perompak profesional, aku perompak amatur.
Hampir dah nak sampai puncak, tapi aku memang tak larat dah masa ni.
Untung bertembung dengan Azim, so dia tolong capturekan pic ni.
Lebih suka dengan candid pic lately. Looks natural.
Akhirnya...Aku on the top of Mount Kinabalu!!!
Perasaannya sampai ke sini sukar tuk di ceritakan. Pergilah sendiri dan korang akan tahu apakah rasanya. Perkenalkan - dari kiri beg Melor, sarung tangan stroberi Moi dan tongkat ajaib Sir Hafiz. Hiks. Sumer barang pinjam. Tunggulah aku jadikan hiking sebagai aktiviti tahunan, akan ku beli semua sendiri nanti.
Bendera KMS pun di angkut sekali. Antara pembakar semangat tuk aku sampai ke atas. Hiks.
Muka insan-insan terakhir yang sampai ke puncak gunung pada hari tu. Dah takde orang lain dah. Maka dapatlah kami bergambar dengan tenang lagi aman.
Rahman yang menjadi penyelamat aku pada hari tu. Tada dia...meraba-rabalah aku gamaknya nak naik ke atas. Tenkiu Rahman!
Selesai sesi bergambar sampai hati puas, barulah turun semula ke Laban Rata. Check Out jam 1030 pagi. Breakfast jam 9.30 pagi. Masa tu jam menunjukkan jam 8.00 pagi. Berdasarkan pengalaman, aku tak rasa aku akan turun begitu laju seperti Superman.Maka redha jela ta dapat sarapan. Nasib ja aku dah siap-siap kemas barang-barang. Jadi hal check out tu jadi hal picisan je lah. Tak heran pun. Janji sumer selamat.
Awal tahun 2013, aku capture puncak ni dari Kundasang. Jun 2013 aku capture puncak ni yang berada di depan mata aku. Alhamdullillah.
Perjalanan turun ditemani Robin dan Juan. Sebagai guide terpaksalah dorang temankan kami-kami yang lambat ni turun. Nak wat cane kan? Keja dorang. Maka layan je lah bersembang sampai ke Laban Rata. Dari hal gunung sampai hal anak-anak. Tapi respect kat dorang yang tak paksa-paksa kami turun laju-laju. Cool ja dorang melayan kadar kelembapan kami yang turun pun lebih kurang macam siput.
Trail berbatu yang kami lalu pagi tadi cerun rupanya. Pagi tadi gelap tak nampak. Bila cerah macam ni. Ohhhhh....Seram aiiii. Nasib aku bukan species yang gayat.
Di bawah tu Pekan Kundasang aku rasa. Heavennya tengok pemandangan macam ni. Subhanallah
Pandangan Laban Rata dari atas
Setakat ni dulu. Last part aku cuba sambung malam ni dengan gemuruh jiwa, semangat membara. Serius rasa nak naik lagi ke Gunung Kinabalu tahun hadapan!
Eh!TuAjeLahKali.Bye!
No comments:
Post a Comment