Salam Dari Jugra,
Tadah tangan, mata tengok tapak tangan , kepala tunduk sket, mulut doa -
Ya Allah, berikanlah daku kekuatan untuk terus mengemaskini perjalananku di tanah Vietnam secara istiqamah. Aamiiinnn.
*Flashback 14 November 2012*
Seperti biasa, jam 6.45 pagi perjalanan diteruskan. Kali ni kami akan bersiaran dari Mekong Delta. Ceh da macam deejay radio.
Tour kami ni sekali pakej dengan hotel dan kebanyakan hotel pun memang menawarkan macam-macam pakej kalau nak travel di Vietnam. So, ta payah nak booked awal pun tapa sebenarnya.
So, dari Thien Thao Hotel hanya kami berdua dan tourist guide kami sangat penyabar sebab dia menunggu kami agak la jugak sebab pertama kami ingat tour start jam 6.45 am padahalnya dia sampai jam 6.30 am. Kedua, sebab kami baru nak web check in flight balik ke KL. Pastu printer problem la plak. Macam-macam hal.
Pastu dari hotel kami singgah hotel itu ini sekitar Ho Chi Minh amik tourist yang lain siap tukar-tukar van, dan barulah sebenar-benarnya bergerak ke destinasi seterusnya. Perjalanan mengambil masa dua jam setengah...jer.
Kali ni tak tidur la plak aku, maybe sebab kami duk belakang driver jadi khusyuk jugala aku dengar penerangan tourist guide kami. Kalau tak silap nama dia Feng.
Perjalanan kami dari bandar ke kawasan kampung.
Antara view yang terbest aku dapat tengok yang tiada di Malaysia ialah - kubur tengah sawah. Alkisahnya dorang memang akan tanam nenek moyang dan keturunan mereka di tanah mereka sendiri. jadinya tiada tanah perkuburan yang setempat. Sumer kubur bertebaran di merata tempat even dalam kebun atau pun kawasan kilang.
Grave in the middle of paddy field.
Grave in the factory that produce mee.
They produce mee from paper rice. All the whitey whitey circle is paper rice. They dried it on the woven bamboo .
Grave in the middle of the orchard.
On the way, kami singgah di satu tempat damai tenang yang aku ta hingat namanya. Info dari Feng lebih kurang macam tempat ni dulu ialah tempat tinggal keluarga Jepun jadi seni bina bangunan macam Jepun kekdahnya. Skang jadi tempat jual barang cenderahati.
Beautiful!
Paling comel, depan toilet ada pokok epal Vietnam. Kami diri lama kat situ jakun tengok epal dan matsaleh sekalian ta heran pun ngan segala epal ni. Pekerja kat situ lak sangatlah ramah dan rajin petikkan epal tuk kami tanpa henti. Setangan jugaklah epal penuh aku dapat. Sedap epal dia. Biji epal macam biji kedondong.
Vietnam apple.
Pastu menyambung shopping kat dalam kedai. Beli slingbag dan puppet dari kain yang dibuat oleh akak di bawah.
Pastu menyambung shopping kat dalam kedai. Beli slingbag dan puppet dari kain yang dibuat oleh akak di bawah.
Satu gi, sepanjang perjalanan kami ni banyak hammock di bawah pokok kira macam tempat berehat sebelum sampai ke Sungai Mekong sambil feeling minum air kelapa memang bestlah. Dan berbayar okeh.
Sesampai di jeti dalam jam 10 pagi gitu dan naik bot tuk ke pulau-pulau sekitar Sungai Mekong.
Pulau pertama aku tak ingat nama tapi Feng gelarkan ia sebagai Coconut Island. Kat sini orang kampungnya menguasahakan coconut candy tuk tujuan import mahupun dijual dalam negara. Macam Industri Kecil dan Sederhana la konsepnya kalau di Malaysia.
Coconut candy yang diimport ya hamat keras kalau baling atas lantai, lantai mungkin retak. Tuk pasaran tempatan lebih lembut kasi rahang mulut kau exercise lebih dan mungkin candy tu akan melekat di celah-celah gigi. So pilih yang mana satu nak dibawa balik sebagai souvenir. Aku pilih yang lembut sesuai dengan personaliti aku yang juga lembut lagi bersopan orangnya.
Pastu sambung naik bot ke tempat lunch. Menu kami ialah telinga gajah goreng. Gempak ja bunyinya padahal itu nama ikan. Kat tempat makan ada orang demo cara-cara nak makan spring roll yang memang tersohor di Vietnam. Mesti makan. Bahan utama rice paper. Isi dalam ko letaklah apa pun janji ada protein, vitamin dan garam mineral.
Makan sampai kenyang dan sambung naik bot gi tempat perusahaan madu lebah.
Kat sini kami ada peluang cocok tangan dalam sarang penuh lebah dan makan madu lebah dari jari itu. Dua kali aku try, lebah tu tak sengat pun. Dan adik yang pegang sarang tu leh tahan gak comelnya.
Pastu makan royal jelly yang dikatakan banyak khasiat. Moi pulak ulang-ulang cakap, "Murahnya, murahnya...". Aku mana leh dengar perkataan murah ni. Gatal ja hati nak beli. Lagi-lagi dia kata leh jadi awet muda. Tambah gatal tangan aku nak kuarkan duit. Akhirnya? Ofkos la beli.
Photography session with the lovely pet while the other member of the group run away. Hahahaaaa...
Ok, muka cuak la jugak. Ular tewwww...
Dari bot naik sampan pulak ke satu lagi tempat. Phew, naik sampan tada safety jacket. Satu-satunya alat keselamatan yang kami guna ialah topi Vietnam yang macam tudung saji zaman Hang Tuah.
Nak dekat sampai tempat dituju makin banyak sampan. Dah lah sempit ja anak sungai tu. Bergesel-gesel sampan antara satu sama lain. Ohhh kalau nak adventure, volunteer lah kat brader tu nak dayung sendiri. Aku tengok dia yang biasa kayuh pun mengah. Aku sayang tapak tangan. Nanti kasar. So, biarkan ja lah dia dayung.
Sampai. Duduk. Makan buah-buahan. Sambil dorang mendendangkan lagu rakyat dorang yang menceritakan kisah cinta terlarang. Tak sedih sebab tak faham. Disini? Kami beli barang lagi. Hohohoooo. Setiap tempat yang kami singgah, kami jalah pembeli yang setia. Ta penah miss lansung membeli belah. Pengalaman di Surabaya mengajar supaya ta menyesal setahun sebab tak membeli apa-apa.
Dan di sini kami berpisah dengan Feng. Diserahkan pulak kepada tah sapa namanya. Tak hingat sebab dia tergolong dalam kategori tourist guide yang berat mulut.
Kali ni kami naik bas mini. Aku duk depan sekali sebab aku memang tak suka duk belakang-belakang dalam bas. Nanti bikin pusing.
Aku jamak zohor dan asar dalam bas guna gerak mata. Darurat. Mesti Moi heran tetiba aku senyap ja. Hanya aku sorang Muslim dalam rombongan tu. So, pandai-pandailah nak solat macam mana. Dimana. Yang penting aku ingat aku wajib solat. Selebihnya biarlah Allah nilaikan.
Perjalanan disambung selama dua jam setengah lagi. Masa tu hujan turun sepanjang jalan. Antara view yang menarik ialah tengok budak sekolah naik basikal pakai ao dai dalam hujan renyai. Comel ja bila dia ikat ekor ao dai yang meleret tu kat handle beskal.
Selebihnya aku habiskan masa dengan tidur. Dan sampai ke destinasi seterusnya pada waktu malam. Ada 5 orang dari dalam bas yang akan tinggal di homestay iaitu kami dan satu keluarga dari New Zealand tapi tinggal di Kota Kinabalu Sabah.
Kami meneruskan perjalanan naik bot malam buta ke homestay lak.
Sesampai di homestay, tak nampak pa yang berada di sekeliling. Yang aku pasti homestay ni tepi sungai.
Sepatutnya di homestay ni kami berpeluang tengok cara hidup kampung dorang, tapi dah lambat sampai, dah malam pun. Apa ja yang boleh dibuat malam-malam kat kampung tepi sungai. Takan nak wat aktiviti mengail buaya lak kan? So, dinner ja la.
Dinner sekali lagi makan spring roll dan nasi. Tapi aku ta makan nasi sebab masih kenyang. Sembang-sembang ngan famili New Zealand tu dan masa yang ditunggu akhirnya tiba - solat, rehat, tidur.
Oh, kalau berminat nak tengok video di Vietnam gi ja lah tengok kat facebook ya. Aku set sebagai public. So, seluruh dunia leh tengok (bajet blog ko glamer).
Dan kowang perasan tak aku letak caption di setiap gambar guna English walaupun English aku ke laut. Niat murni aku cuma nak bagi informasi pada yang nak ke Vietnam. Manalah tau kalau-kalau rakyat Sudan yang terbaca blog ni. Nak berblog full in English memang ta mampu la ai.
Eh!TuAjeLahKali.Bye!
3 comments:
yaaa..aku terhibur baca blog ko...hehehehe
hohoiiii...mana citer bandung ko??
aku malas la nak menaip
Post a Comment