Cuti matrik yang baru berlalu hari tu. (Chettt saja nak perincikan perkataan baru berlalu supaya u all tau yang I gigih taip entri yang up to date), aku telah berjaya menumpang kasih Family Day Unit Sains Komputer KMS di Port Dickson, Negeri Sembilan. Yeay. Tapi itulah yang dinamakan keep in touch ngan kawan lama...kan? Selain tumpang kasih, aku juga berjaya bergambar sakan di Alive 3D Art Gallery, Port Dickson (citer kat sini). Happiness berganda duaploh hari tu...
Aku tumpang kasih bukan sebarangan k, dengan segala hormatnya telah dilantik menjadi AJK Sukaneka tau. Gigih aku fikir apa sukaneka yang nak dilansungkan dalam kereta masa nak bergerak ke Port Dickson. Gigih aku beli bahan-bahan sukaneka di Giant, Port Dickson. Gigih sangat-sangat sebab buat kerja last minute. Muahahaha.
Banner siap. Organizer memang daebak.
Puteri Beach Resort ialah resort yang menguruskan Rumah Peranginan Persekutuan. Bekerja dengan kerajaan selama hampir 12 tahun, aku baru tau sal Rumah Persekutuan ni 2 tahun lalu. Syukur 12 tahun. Kalau esok nak pencen, hari ni baru tau...?
Tentatif program kata, jam 5.30 petang sukaneka akan dimulakan. Aku la kepalanya. Gigih sekali lagi aku fikir apa nak dimulakan dulu sebab tak mungkin semua orang akan turun jam 5.30 serentak. Syukur aku dapat idea tuk mulakan aktiviti dengan istana pasir. Kumpulan ikut family ja. Jadi siapa yang datang awal leh mula ngan istana pasir. Bila semua orang dah berkumpul, baru mula dengan acara-acara sukaneka yang lain.
Maka yang lambat tu, timbunkan je la pasir macam bukit tuk nampak cam istana kunun.
Aktiviti membina istana pasir berjalan lancar seperti dirancang.
Anwar buat istana pasir sorang-sorang. Gasaklah, janji ada penyertaan.
Acara pertama ialah acara feveret. Isi air dalam botol.
Tapi isi air dalam botol tanpa span, tanpa sudu, tanpa alat bantuan. Botol semata. Namun ideaku suh bawa air laut dalam mulut untuk memenuhkan botol telah direalisasikan oleh anak-anak Laili. Adehhhh...akak melawak je tadi tu dik. Akak? Puiiii...
Acara seterusnya ialah tiup tepung amik gula-gula. Pastu pecahkan belon.
Hasil dari sukaneka ialah gelak ketawa...Gelakkan anak masing-masing yang comot ngan tepung. Tapi aku gelakkan juga bila tengok anak-anak kawan-kawan yang lain. Hahahahaha
Dikira-kira, boleh tahan jugalah aktiviti yang aku rancangkan ni. Istana pasir pun siap diadili oleh En. Zahar dan isteri. Kemain kau ada panel penilai. Tapi, sadis tul tiada hadiah. Tak terfikir atau tak sempat nak fikir sebenarnya. Waaaaa...Kalau ada hadiah mesti lebih best. Kan?
Mau tak sedih. Juara istana pasir kot....Uwaaaaaaa.
Senja di Port Dickson. Diambil dari balkoni bilik kami. Rate semalam dah la murah. Bahagi dua ngan Lin, sorang baru bayar RM88 semalam. Bilik ada tiga, rumah besar boleh main lari-lari, main ketinting dan main konda kondi. Berbaloi-baloi dapat Rumah Persekutuan ni. Tapi nak mendapatkannya...Fuhhhhh kemain susah hoih...
Meraba-raba memanggang ayam. Raba ayam yang aku maksudkan...:P
Malamnya wat BBQ kat tepi pagar dalam kesamaran. Lampu tak cukup. Tapi makan masih kekenyangan. Ni ja satu-satunya pic yang ada sebagai bukti nak masuk dalam SKT. Hehe. Tu pun Akram hubby Fida yang terfikir nak amik. Yang lain-lain fikir nak melahap je. Happening malam tu. Budak-budak sibuk main play ground. Yang dewasa, makan dan makan lagi. Ayam BBQ ada, satay ada, nasi goreng ja dua jenis. sosej, whipped potato, buahan, kek, kuih...Burppppp...
Esok pagi, aku dah menggediks nak swim kat swimming pool. Semalamnya kan aku busy uruskan sukaneka, sempat mandi laut ja. Tu pun sekejap, sebab dah nak senja. Aku usha baik punya dari balkoni bilik. signal-signal bila leh mula guna swimming pool. Elok ja pekerja hotel angkat papan tanda jam 7.30 pagi, terus aku ajak semua orang turun. Hohoho...Excited is harus. Jatuh wajib.
Hasilnya, kamilah kumpulan pertama yang menguasai swimming pool. Yes, luaskan kuasamu. Puas aku mandi barulah mula acara pertama pada hari kedua.
Mewarna ikut kategori.
Acara mewarna ada hadiah. Masa gift ceremony tu lah baru aku perasan, betapa seronotnya kalau sukaneka pun ada hadiah.
Ada juga hadiah untuk semua family yang terlibat.
Last sekali, capture pic ramai-ramai. Moga jumpa lagi tahun depan...Insha Allah
Tah kenapa bila aku tengok pic ni, sekali imbas aku terasa seperti aku seorang retis yang sedang meningkat naik, menganjurkan aktiviti bersama-sama kelab peminatnya. Dua kali imbas pun macam tu aku rasa. Tiga, empat, lima imbas pun masih macam tu. Ah, aku redha je lah.
Aku tau korang nak muntah... Gi bilik air cepat-cepat k. Bye korang.
No comments:
Post a Comment