Thursday, February 14, 2013

North Borneo Day 2 - Kinabalu Park, Desa Cattle Farm & Nabalu Market

Salam dari Jugra,

Tah apa jenis steroid yang aku makan menyebabkan aku gigih hapdate blog hampir setiap malam. Dah masuk 3 malam dah ni. Harap-harap berkekalan selamanya. Fuh fuh fuhhhh ~ feeling seperti menjampi monitor PC sendiri. Hikhik. Okay sambung citer gi Sabah bha ni. Hari kedua, naik Viva manual atau dalam erti kata lain aku ialah driver tegar menghala ke Kundasang. Selepas singgah Rumah Terbalik di Tuaran - the next destination was Kinabalu Park.

Why Kinabalu Park? Sebenarnya di sinilah permulaan untuk hiking Gunung Kinabalu. Gunung tertinggi di Asia Tenggara. Untuk tourist seperti kami, tiada apa-apa yang menarik di sini sebenarnya melainkan amik berkat ja. Berkat tuk mendaki Gunung Kinabalu pada masa akan datang. Secara seriusnya, aku memang nak nak nak nak nak sangat hike Gunung Kinabalu. Tapi aku tak tau macam mana. Nak buat group agak susah la jugak. Aku nak join group tapi tah bila. Aku nak buat baik pada semua orang. Bantu orang, gembirakan  hati orang untuk mencapai apa yang dorang nak dengan harapan apa yang aku nak aku akan dapat juga nanti. Aaamiiinnn. Ahh melalut sudah.

On the way ke Kundasang, seperti jakunla pulak bila nampak puncak Gunung Kinabalu. Dulu-dulu aku takdela pulak berperangai macam ni. Gi Kundasang dua kali dah sebelum ni. Tapi macam cool ja bila nampak gunung tersebut. Tapi tidak kali ini. Adakah kerana DSLR? Adakah? Ehmmmm... 

Selepas berejam drive akhirnya sampai ke Kinabalu Park. Hujan la pulak. So, perjalananan agak terhad, agak terbatas. Mana sempat posing, kami posing.


 Starting point tuk mendaki Gunung Kinabalu. Masa ni hujan dah start nak lebat.

Amik berkat je la yang mampu. Okay, sila masukkan dalam wishlist.

Puas bergambar, kami menuju ke Desa Cattle Farm dalam keadaan hujan lebat macam chipsmore. Kejap lebat, kejap okay. Dari hasil pembacaan aku di blog-blog orang, katanya view disini seperti ladang tenusu di New Zealand. 

Aku dah sampai sini ~ ladang tenusu Desa Cattle Farm Kundasang Sabah berlatar belakangkan Gunung Kinabalu...


Amik pic lembu je la nampaknya. Ta sanggup berkuyup demi kau lembu.

 Sopan sumer lembu-lembu ni tau, beratur elok-elok ja masa proses pemerahan dijalankan.


Proses pek kan susu pun dorang tunjukkan. Bagus tul. Dah kira macam lawatan sambil belajar ja tuk budak yang dipontengkan sekolah dua hari ni. Jadi kuranglah jugak rasa bersalah. Hikhik.

Belilah berkotak-kotak susu wat bekalan di sini. Kan dah kata, di mana tempat di singgah, di situ tempat bershopping. Tanpa gagal. Dah setel di sini. Kami bergerak ke Nabalu Market. Di sini ada jual sayur-sayuran dengan banyaknya. Beli madu ja aku. Sebab tak dapek la nak angkut sayur-sayuran nek flight. Kalau boleh, aku rasa banyak dah mak aku borong sayur-sayur kat sini. Tersangatlah murahnya.

Dari hujung ke hujung gerai, sayurrrrrrrrrrrr ja memanjang.

Setel window shopping, kami gi Pine Resort, antara penginapan tersohor di Kundasang sebab kawasan dia sangat cantik. Nampak Gunung Kinabalu. Style resort. Tapi harga agak mahalla jugak. Tumpang kasih bergambar je la kami. Tapi petang tu, gunung agak berkabus. So, kami decide nak gi lagi sok pagi. Pastu gi dinner di pekan Kundasang yang sangat mengkonpiuskan. Kalau nak senang citer gi makan KFC jer. Nampak dari jalan lagi. Tapi apa cerrrr gi Kundasang makan KFC. Kat Jugra pun ada KFC. Aku yang paling keras nak jugak makanan Sabah. Akhirnya makan kepak ayam lah kami. Sabahlah sangat kan? Hikhik.

Sampai tempat penginapan, apa ke lagi. Tidurlah. Nasib baik di sini aku dapat tidur. Lena lah jugak berbanding semalam di Kota Kinabalu. Dan satu lagi mesej penting sebelum berakhirnya hari kedua di Sabah ~ Kundasang tersangatlah sejuk. Burrrrrrrrr...

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

1 comment:

Anonymous said...

Wahh...nampak best jer pergi Sabah. Sabah memang ahh banyak benda yang nak tengok, rasa dan lihat.

Ada rasa masih nak pergi ka tak?

Kalau ada, ni ada laman webnya.

https://www.facebook.com/sarawakborneotour?fref=ts