Friday, May 17, 2013

Bandung Part III - Tangkuban Parahu, Rumah Mode, FOS, Kartika Sari

Salam dari Jugra,

Hari ketiga di Bandung. Ini pun aku dah plan awal-awal yang hari ketiga kami akan ke Tangkuban Parahu tuk melihat kawah gunung berapi. Aku dah pernah tengok di Surabaya, tapi nak tengok juga lagi kawah gunung berapi version Bandung. Tak mengada rasanya. Seperti biasa, google siap-siap jam berapa wisata alam ni di buka. Yeahhh, buka jam 8.00 pagi. Dan jarak perjalanan yang aku baca di internet sepertinya 30 minit. Jadi timing suh driver datang amik jam 7.45 pagi. So dalam jam 8.30 pagi bajet kami patut tercongok di sana. Ta nak lah awal sangat kan. 

Kos sewa supir pusing-pusing Bandung untuk 12 jam ialah sebanyak Rp500 000 bagi satu MPV. Anggaran duit Malaysia ialah sebanyak RM155.00. Itu harga biasa. Kalau minta hotel aturkan kosnya lebih tinggi dalam Rp 300 000 (RM92.00) untuk 4 jam je. Jadi, buat la kali darab sendiri berapa kalau nak amik 12 jam. Paling murah leh dapat Rp400 000 (RM123.00). Tapi sebab aku rasa supir kami yang Rachmat Ramadhan tu baik hati (dan comel), maka kami upah dia je lah. Kos RM155.00 bahagi 3, jadi tadalah banyak sangat nak bayar. Kalau pergi dalam 4 orang lebih jimat. Tapi 3 orang pun dah okay.

Sekali tu, rupa-rupanya hampir 1 jam juga lah nak sampai Tangkuban Parahu. Silap aku tak baca habis agaknya artikel tu. Mungkinkah yang 30 minit jarak perjalanan ialah jika naik helikopter atau naik kereta F1? Mungkin la agaknya. Jadi redha jela bila timing dah lari sikit kat situ.

Sepertinya tiada orang, hakikatnya penuh orang di tepi-tepi. 
Tunggu giliran nak amik gambar kat papan tanda ni. 
Ye lah, bukan hari-hari nak datang Tangkuban Parahu.

Di Tangkuban Parahu, aktiviti utama ialah jadi model sambilan bagi majalah...majalah Rapi sesuai kot, takkan majalah Kuntum plak kan? Hiks. Sejuk, cantik, nyaman dan ada bau sulfur di situ. Apa lagi bau yang diharapkan bila pergi ke kawah gunung berapi? Tak mungkin ada bau ala-ala perfume J'adore takpun Celine. Kalau lah ada juga korang terbau wangi di Tangkuban Parahu, ada baiknya korang balik hotel laju-laju. Seram tau aiii. Selain bergambar, aktiviti lain yang korang leh buat di sini ialah jungle tracking kot, ke apa ke namanya lebih tepat aku tak pasti la pulak. Tapi tujuannya memang untuk tengok kawah gunung berapi yang lebih private

Tak sia-sia booking Rachmat jadi supir. Dia amik pic pun leh tahan cantik.

 Cantik kat sini!

Tangkuban Parahu baru je dibuka kepada public dek kerana kawah ni aktif start November 2012. Aku redha ja kalau tak dapat datang sini. Syukur bila kami tiba di Bandung, kawah ni gud-gud ja, dah tak aktif dan boleh dilawati. Rezki kami sangat.

Dahsyat supir kami, siap bagi arahan suh bergambar cenggini. Tapi aku suka pic ni. Chantek!

Pic of the Day. Sporting tau mbak ni. I like!

Disebabkan memberku kali ni bukan jenis yang adventureous sangat. Maka kami pergi tuk bergambar je lah. Tapi atas desakan aku, jauh jugaklah kami menapak ke atas sikit dari orang ramai berkumpul. Aku kata sampai pagar merah baru patah semula. Hehe. Dengan Rachmat, Rachmat sekali kena ikut menapak sebab dia aku lantik secara adhoc sebagai photographer. Hehe. Tapi bagus gak dorang. Mau juga ikut aku sampai pagar merah. Aku rasa dorang sebenarnya leh tawaf satu pusingan kawah Tangkuban Parahu ni, tapi masa la agaknya mencemburui kami. Banyak tempat lagi nak pergi hari ni weh.

Baru sampai pagar putih. So, depan lagi...please.

Pokok-pokok ni nampak misteri sangat. Nama dia pun leh tahan seram.
Pokok Keramat.

Kat Tangkuban Parahu pun shopping lagi. Dasar perempuan. ^_^

Lepas tu supir kami sarankan kami ke Rumah Mode, Jalan Setiabudi. Aku sebenarnya awal-awal lagi dah bagitau tempat yang kami nak pergi satu hari ni. Jadi dia aturkan tuk kami supaya tidaklah dia memusing-musing nanti. Comel je perangai kami kan? Ta mo susahkan orang dan lebih tepat sebenarnya untuk kepentingan sendiri, mo menjimatkan masa. Macet woooo jalan kat Bandung ni.
Suasana dalam Rumah Mode, jeans department. Rate harga less than RM100.00 for branded items.
Department lain tak menyempat aku nak snap pic. Sibuk membelek barang.

Yeahhhh...aku dah shopping di Rumah Mode, Jalan Setiabudi, Bandung Indonesia.
(Sambil pegang paper bag member sebab aku tak beli apa sangat di sini.)

Di Rumah Mode ada macam-macam barang. Contoh macam jeans, blouse, beg, handbag, pakaian anak-anak dan macam-macam lagilah. Original ke tak, aku sendiri tak pasti. Tapi nampak macam eksklusif tempat ni, jadi aku anggap original lah. Tempat makan dan musholla pun ada. Jadi kami shopping, makan dan solat jamak takdim di sini.

Lepas tu, Rachmat bawa kami ke Kartika Sari di Jalan Dago Atas. Kartika Sari femes dengan brownies. Banyak kali aku baca dan dengar pasal brownies Bandung yang tersohor ni. Jadi wajiblah masuk dalam itenary kami kan? Sampai sana, banyakla pulak jenis brownies yang ada. Brownies kukus pun ada macam-macam perisa. Brownies bakar pun. Pisang bollen lah. Eh, peninglah pulak nak beli yang mana satu. Sudahnya aku amik brownies kukus perasa original dengan pisang keju. Bagusnya expired date dia memang pendek. Bagi aku lebih pendek expired date, maka kuranglah bahan pengawet di dalamnya. Betul kot konsep memandai-mandai aku tu. Balik Malaysia, si kembar ulang-ulang kata sedapnya...sedapnya yang perasa original tu. Dan memang sedap pun. Yang perasa pisang keju tu, aku belikan tuk member. So, taleh nak komen pa rasanya.

Amik pic ngan pose yang sama macam kat Rumah Mode. Nampak sangat idea jumud.

Di Kartika Sari tak lama, kami ke Factory Outlet Store (FOS) di Jalan Dago pula. Rupanya macam kedai-kedai jual pakaian atau beg atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Kalau di Rumah Mode aku hanya beli beg Kipling ja. Kat FOS...aku borong baju anak-anak bagi memenuhi misi, visi dan motto aku ke Bandung yakni "Membeli Baju Raya Anak-anak Yang Murah Dengan Kualiti Yang Baik". Lebih kurang begitulah misi, visi dan motto yang aku gabung jalinkan dengan sebegitu kreatif. Apa? Raya lama lagi? Hiks. Aku dah belajar dari kesilapan tahun lalu yang sengaja mencabar diri gi shopping time berpuasa. Hoiiiihhhh memang mencabar tul. Maaf, takkan ku ulangi lagi kesilapan itu.

Di Rumah Mode pun ada baju anak-anak tapi harga lebih mahal dari FOS ni. Kalau di Rumah Mode selai t-shirt dalam RM40 - RM50. Di FOS dapat dalam RM20 dan ke bawah. Dengan pattern pelbagai, kualiti memang baik. So, ikut korang la ya. Bila misi, visi, motto tercapai. Start lah aku shopping tuk diri sendiri bagi menghabiskan rupiah aku. Membawa pulang rupiah ke Malaysia adalah sangat tidak berbaloi. Tak macam dollar. Bawa balik Malaysia leh wat investment. Jadi? Beliiiiiii...Beliiiii...

 Sampai-sampai bilik, nahhhh lambak kan terus barang-barang yang dibeli.

Beg Kipling shocking pink tu je yang aku beli di Rumah Mode. Selebihnya di FOS, Jalan Riau.

Ngam jam 7.30 petang lebih kurang. Kami kembali ke hotel. Perut lapar giler, tak makan nasi tengahari tu. Dasar perut rakyat Malaysia. Nak gak carik nasi. Sekali lagi saja mengada nak cuba makan di tempat makan yang ada 1100 menu. Rachmat memang dah bagitau dari awal kami sampai ke Bandung sal tempat makan ni. Nak cubalah malam ni. Dari hotel, kami jalan kaki ja ke situ. Agaklah jugak jauhnya, tapi tak seorang dari kami pengsan ketika berjalan ke sana. Maka logik kot kalau aku kata korang leh jalan kaki ja gi tempat ni dari Carrcadin Hotel.
Pascal Food Market namanya.

Betul ke ada 1100 menu? Aku tak kira. Tapi memang baaaaaaanyaaaakkkkkkkk gerai dia. Konsep macam food court di JUSCO bezanya tempat makannya open dan ada live band gitu. Punya la banyak gerai, maknanya banyaklah menu. Sampai tak tau nak makan apa. Sudahnya kami pilih menu yang takkan di jumpai di Malaysia.

Ta jumpa menu ni di Malaysia...kot.

Kenyang. Balik. Tidur. Esok? Shopping di Pasar Baru. Lagi.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

7 comments:

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit, semoga kebaikan hati Tuan/Puan menjadi amal ibadah hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Muhamed Riyaz said...

Salam , nak tanya beg kipling tue brape harga dia? Byk pilihan design tak? Kecik ke besar? Thanks.

Ana said...

beg kipling tu ialah antara barang yang paling menyesal saya tak borong banyak2 di Rumah Mode... harga memang sangat2 berpatutan, kalau tak silap kurang RM25, ada banyak design, ada yang back pack, ada yang sling bag...

Unknown said...

Salam. Saya Nak tnya. Mana satu FOS yg murah jalan dago atau jalan riau? Terima kasih

Ana said...

amy...FOS di jalan dago atau jalan riau tiada banyak beza. Sebenarnya FOS ni ialah deretan kedai2 yang menjual macam2 terutamanya tekstil. kena rajin survey dari kedai ke kedai tuk dapatkan barang yang kita mahu dengan harga yang berpatutan. Yang saya pergi ni di sarankan oleh driver kami sebab kira satu jalan tak perlu pusing-pusing. Bandung terkenal dengan jam/'macet' nya..Happy shopping...^_^

~MaMa RX SToRYMoRY~ said...

Good news untuk peminat Brownies KARTIKA SARI & AMANDA

Pre order dibuka sekarang.

Pick-up point area: Putrajaya, Nilai, PetalingJaya, Bangsar, Setapak, Gombak, Kota Damansara.

Brownies ETA ✈✈✈ on 17th nov 14

Yummy & Fresh from Bandung, Indonesia

WhatsApp/sms dazlina +60192633431

Anonymous said...

salam..ada no tel rahmat tak?? plan nak jalan2 bandung bulan 2 ni :) terima kasih..