Thursday, December 15, 2011

Trip To Surabaya Part III

27 November 2011

Catimore Homestay -> Kawah Ijen, Banyuwangi - Air terjun Batu Besar -> Eddy Bakso -> Lava View, Mt. Bromo, Probolinggo

Bangun seawal 4.30 pagi. Tapi Juliet telah kunci jam ikut waktu Malaysia maka mereka-mereka telah bangun sejam awal

Bfast dengan roti bungkus telur rebus. Ta lalu nak makan lak. Awal sangat. So simpan telur dalam poket seluar (sebab bijak sangat) n roti bungkus dalam beg. Ta lupa sesikat pisang.

Sebelum bertolak sempat gi memposingkan diri.

Ya, aku degil ta mo wat macam yang dorang wat.

Dan Antok membawakan perkhabaran kurang best. Mat-Mat Jerman yang berebut kolam air panas ngan kami semalam ingin tumpang kasih untuk ke Kawah Ijen sebab jeep dorang rosak.

Tapi disebabkan kami baik hati, kes perebutan n kalah itu kami lupakan. Maka agak bersempit jugalah kami ke Kawah Ijen. Nasib baik ta jauh. Kalau idak mau lenguh pinggang daku.

Sesampai di sana, first thing gi kamar kecil. Antok kata nak buang air kecil bayar Rp2000, air besar Rp3000, mandi Free (bijak tul free, sapa nak mandi sejuk2 macam tu kan?)

Oh! Sebab bijak sangat simpan telur dalam poket tadi n duk lak dalam van bersempit2 maka telur retak. (nasib baik telur rebus). Maka haruslah makan. Rugi woooo ta makan.

Pendakian ke Kawah Ijen hanya 3km. HANYA la sangat kan...

Muka ceria baru sampai Kawah Ijen dan tengok signboard 3km kunun


Pendakian bermula dengan riang gembira. 1km da mengah, 2km semput, 3km?....Yahoo!!!
Akhirnya sampai juga dengan penuh kepenatan.
(baru sampai pondok berehat ya, bukan Kawah Ijen gi)


Tempat berehat


Dan tempat timbang sulfur

Diperjalanan jumpa sulphur miner yang menjual sulphur dalam bentuk yang comel sebagai cenderahati
Sulphur itu ialah belerang. Sekian, terima kasih.


First time tengok bongkahan sulfur. Di Malaysia tengok serbuk ja.

Belajar naik lereng bukit dari seorang pakcik sulphur miner supaya idaklah mengah sangat.
Sila la jalan dalan bentuk zig zag.

Aku ialah juara naik gunung. Hip Hip Horey...

Tunggu sumer member sampai dan kami teruskan lagi pendakian. Kali ini tak begitu penat sebab kecerunan lereng agak rendah ta macam tadi.

Posing itu wajib bila ta penat sangat nak mendaki

Dan akhirnya (dengan drum roll) kami dapat lihat...Subhanallah... Kawah gunung berapi. Di tengah2 ada tasik yang berwarna hijau. Cantik bangat.

Nampak kuning dan berasap tu? Tempat sulfur berkumpul beramai-ramai

Mula tu, bau sulphur sangat la kuat sampai terbatuk-batuk, sesak nafas. Rupanya aku n lin telah berdiri dengan bangganya di kawasan laluan angin yang membawa bau sulfur tu. Bijak kan kami?

Sulfur dikutip oleh sulphur miner jauh nun di bawah. Dan mereka mengangkut sekitar 70 - 80 kg menaiki dan menuruni bukit untuk mendapatkan kira-kira RM16.00 sahaja. Terinsaf kami di situ. Bersyukurnya punya kerja yang baik di Malaysia. (Patutla jugak dorang sangatla slim)

Saja interframe MatJerman yang berebut kolam air panas tu

Sulfur dikutip untuk diimport ke Jepun dan itu pun ta cukup (Antok yang bilang)

Sulfur untuk apa ya murid-murid? Buat bom ya. B.O.M!!!

Lagi satu info penting bila aku berbual dengan sulfur miner. Dorang minat bangat sama Upin & Ipin. Patutla Antok panggil Kak Rose..Kak Rose... Bahagia sangatla kena panggil Kak Rose dari Opah kan? Haih

Aku sebenarnya telah dijemput oleh seorang pakcik sulfur miner tuk turun sampai bawah, di kawasan sulfur tu mengalir, tapi Antok pesan jangan pergi. Ta boleh berdegilkan? Jadi ta turun.

Pakcik inilah yang melobi aku suruh turun nun ke bawah. Dia jugala yang mendaki secara zig zag (Pastu aku tiru-Rahsia sampai cepat ke atas) dan dialah yang angkat 70-80 kg sulfur. They survive to survive. Insafnya!!!!!

Snap gambar secara menggila, barulah kami turun

Kami happy dapat peluang untuk melihat semua ini. Alhamdullillah


Lihat tasik di belakang tu. Cantikkan? Warna hijau gi. Asap kat belakang tu datang dari sulfur

Jika naik aku juara, turun juga aku juara. Juara Jatuh. Bukan sekali tapi berkali2
(Diva kan, memangla kena juara selalu!)

Juara dari segala juara-juara ialah aku!


Teka...ni pic masa kami naik o masa kami turun?

Walaupun aku jatuh memanjang, Moi ta berjaya pun memvideokan aksi hebat aku tu. Heheee...

First time aku jatuh? Di hadapan segerombolan Mat-Mat Salleh. (Saja nak tengok dorang gentleman ka ta)

Tapi akhirnya kami sampai jua di bawah dan sempat memborong sulfur comel tuk souvenir.
Kerana di sebaliknya banyak cerita yang menginsafkan.

Pastu sibuk gi tempat terakhir sulfur miner tu letak sulfur dorang yg berat tu. Rasanya sama berat ngan sebiji tayar kapal terbang.

Memfoto disana, dan balik minum teh n makan pisang goreng.

Tempat terakhir sulfur miner bawa sulfur dorang


Sabar menunggu pisang dan air teh datang.

Journey di Kawah Ijen dah berakhir. Maka kami skang menuju ke Air Terjun Batu Besar. Dekat ja ngan Kawah Ijen tu.

Kami wakil dari KMS


Cantikkan?

Airnya so greeney dan berbau sulfur. Sempat gak aku celup kaki dan tangan. Dalam van tangan dan kaki itu gatal-gatal. Nasib ta lama.

Air dari air terjun yang menggigit-gigit kaki dan tangan

Perjalanan diteruskan ka Mount Bromo. Dalam 4-5 jam perjalanan juga la. Tapi enjoy ja tengok scenery.Lunch sekali lagi di Pantai Pasir Putih.

Antok bawa kami makan buah se kua (se kua dalam mandarin maksudnya tembikai) dan Siew Moi beli manggo


On the way, sibuk cakap nak makan Bakso, nak makan Bakso. Bernanah agaknya telinga Antok, maka dia bawak kami ke Eddy Bakso. Yeayyyy...Skang aku boleh kaya Bakso Indonesia sedap (ta macam kat Jakarta)

Bakso yang enak

Sampai Mount Bromo da malam pun. Gi bilik penginapan kami yang sangat la Wow! kalu bandingkan dengan Catimore Homestay.

Muka panat banar bha! Tapi posing punya pasal. Layannn...



Aku - Lava View Lodge - mafla rebutan (milikku) - ahaks

Mount Bromo sangattttttttt sejukkkkkkkkkkkkkk

Dinner makanan best tapi ta abis pun, maybe kenyang g makan bakso tadi.

Balik bilik, penat, mau tido (sok pagi kena bangun jam 3.30pg), tapi ta leh nak tido lena. (Kepenatan melampau kali)

Sebelum tido sempat bungkus sulfur, sebab kalau ta dibungkus dengan baik, akan berbau habis sumer baju-baju

Satu info tentang kopi tahi musang. Apa ka namanya Belawak? Hehehe...Luwak rupanya. (baru Google)
Musang tu hanya akan makan kopi yang perfect. Tanpa satu bintik hitam pun pada kopi tu. Pastu dia buang air besar. Biji kopi tu ta hadam pun dalam perut Si Musang. Pastu nanti dorang mean pekerja ladang kopi akan cari tahi tu, bersihkan, proses dan tadaaaaa..... Kopi Luwak sedia untuk diminum. Tu sebab kopi Luwak ni mahal sangat. 1 paket almost Rp3 juta. Duit Malaysia dalam RM100++. (Errrr...aku ta minum ya. Dibelanja pun ta mau minum)

Akan sambung lagi journey ke Mount Bromo dan Air Terjun Madakalipura di entri akan datang.
Tunggguuuuuuu!!!!

3 comments:

lin said...

ade yg salah la beb susunan photo ko tu...

ye.. ko menang dapatkan mafla tu sbb aku sian kat ko.. hahaha...!!!

bakso tu MEMANG S.A.N.G.A.T sedap
(aik... telebih puji ke?) expecially yg rangup2 tu.. asyik!!

Anonymous said...

errr...sulfur tu boleh guna buat kuih BOM tak????




ns

Ana said...

salah susun gambar? sengaja....

sian ka dengki sebenarnya... hikhikhik

asyik kan? semakin makan semakin asyik...

kuih bom? eh lehhhh sangat....