Wednesday, March 30, 2011

Nak Resign Jadi Pensyarah!

Aku nak jadi fotographer sebab berjaya amik gambar2 ni guna kamera 5MP!!
Perasan best. Lantakla aku!


... Bajet tangan comey!


... Bangga giler sebulan!

Tuesday, March 29, 2011

Ni Dia Kedai Cendol Idaman Kami tu

Entri lepas aku citer pasal kedai ni tanpa gambar. Hari ni aku citer dengan gambar. Ada bezakan? Kan? Kan? Sebab baru korang tau hensem ke idak ownernya. Hensem macam Hritik Roshan? Huh? Tipu... Alaaaa.. macam hero filem Tamil tu... Ta tau nama, kenal wajahnya...


Sempoi kannnn?


Malu plak dia... Sini yang paling best -> teda alatan mekanikal. Man power totally 100%. Antik tu alat menggarut @ menggaru @ memparut @ ais... ta jumpa ayat yang sesuai. Tanya lak ngan Sabahan ni...Adehhh...lagi mencelarukan pikiran.


Lin kata... mesti adil dan saksama. Dah amik abe cendol yang macam Kamal Hassan. Kena amik la abe rojak yang macam Suriya...(hahaha baru google nama hero filem tamil kejap tadi)


Close up, up and away!
(sori kowang aku ta nak amik gamba korang sebab aku ta da - dengki kelas pertama)


Dan sebelah kiri ada lak BMW S300. Kami duk gosip...
1. Berapa bayar sebulan nih...RM2K?...Lebih...Lebih
2. Tu tayar saiz berapa? Besarnya?
3. Ni kalau pecah side mirror mau beribu kena bayar
4. Nak paking pun susah..Besar sangat...(ayat perempuan yang tipikal)
5. Road tax lagi...Haishhh... ta mampu la weiii

tangan menggeletar amik gambar sebab lapa gila tapi stil ok kan?

Bahulu Comey

Semalam semasa mud aku kejap ke laut, kejap ke awan biru... Kak Ila offer aku bahulu yang comey sesangat...Nape la dua tiga menjak ni, sume mende di sekeliling aku adalah yang comey2 aje... Tunggu aku transform jadi comey gak ke? Tapi aku memang nak comey dah!


Comeykan?Siap ada filling tu. Kalu warna oren, filling orange, kalu warna pink, filling strawberry, kalu warna purple, filling yam kot... Tapi bila tengok lama2, macam badan dinasour lak...

Monday, March 28, 2011

Kenapa?

1. Kenapa berkata benar rasa ta best? Bukan patut rasa bahagia ke sebab berkata benar?

2. Pakai contact lens di benarkan menangis ta?

Tu jer, mud ke laut. Sekian Terima Kasih.

Saturday, March 26, 2011

Tak Sampai Hati...

Masa Majlis Persaraan Pengarah, aku ke kami yang paling sesuai ha...? Korang join aku mengada kan... So, kami...telah cuba mencari isu-isu panas untuk di debatkan supaya mengantuk itu go go awayyyy.....

Isu H.O.T nya.....?

...

...

...

...

...

Ini la isu HOT yang kami debatkan.
1. Perlukah dimakan?
atau...
2. Simpan balik dalam plastik dan framekan pastu gantung kat dinding?

Comelkan? Ta sampai hati rasanya nak makan....


Tapi akhirnya aku makan gak...
"Selain comey, aku noti dan ngada gak...Sekian..."

Friday, March 25, 2011

Isi Minyak Macam Siput Sedut

Hari Rabu yang lepas... Besa la entri tertunda. Banyak sangat citer terkumpul, tapi citer la gak sebab akan menjadi pengajaran dan suri teladan pada yang membaca dan yang dipaksa baca.Eh, apa tadi? Ooo Rabu lepas gi la isi petrol kat tempat feveret - Petronas Kanchong Darat. Cintaila Barangan Buatan Malaysia kan?

Pastu besa la, sesi berebut2 petrol pam akan terjadi sebab aku isi time peak hour. Petang. Dan terpaksala queue. Depan keta aku ialah keta Proton Wira Hensem yang lebih hensem dari ownernya. Ta kesah la kan sapa yang paling hensem. Tapiiiiiiiii... time dier isi petrol Ron 95 tu, Masyaallah lambat giler macam siput. Sian siput! aku rasa ada banyak lagi menatang yang lembap dan lengai di alam semesta ni tapi siput gak yang menjadi idaman Malaya.

Aku dan rakan setugas (nasib aku bawa rakan setugas)... stat la membebel dan mempersoalkan kredibiliti sorang lelaki yang ta sehensem ketanya mengisi petrol. Memang giler ah kami membebel-bebel kan. Dan untuk pengetahuan sumer...membebel-bebel memang best kalu secara berjemaah. Sapa setuju ngan aku sila angkat ibu jari kaki...

Bila dier abis isi petrol... Jeng Jeng Jeng... turn aku lak. Dannnnnnnn.... memang lembap giler petrol tu kuar. Rupa2nya tekanan petrol rendah!!!! Dan tika itu aku menjeling manja pada keta Proton Waja yang tengah queue kat belakang Savvy aku. Sah...Sah...Sah... dier pun akan membebel dan aku rasa aku macam tau je apa yang dier bebelkan kerana die sorang lelaki...

"Apa la lembap sangat gurl comey depan ni isi minyak,
PEREMPUAN MEMANG MACAM TU..."

Aku tau la......Lantak, berdosa kau! Tapi leh tak aku anggap itu sebagai balasan dari Allah atas segala bebelan aku wat sebentar tadi. Kita kira 0 - 0 ye owner Wira.....?

Thursday, March 24, 2011

Aku Benci Kau...!

Wahhh... Emo nampak pagi-pagi ni. Mana ta emo, ni sume pasal D.I.A.... dia dan dia... Skandal barukah?(macam la aku ada banyak skandal....tehehehe). Sebelum follower tegar yang tegar dan tegar membuat spekulasi, dakyah2 palsu serta fitnah membabun buta baik aku berterus terang dengan sapa yang aku benci...

FACEBOOK!

Oh, am very sorry Mark Zukerberg. I didn't mean to hurt you. You know how much I love you. just hate your... your... your PET. Can we consider it as your pet, dear? (Memang patut cakap English kan sebab aku rasa Mark Zukerberg ta amik subjek Bahasa Melayu kat Harvard nunnnnn...)

Semenjak aku perasan giler yang ad orang stalker aku kunun, aku memang da deactivate FB ku. Tapi semalam result SPM kuar, aku sengaja active kan balik sebab mengharap kalau2 exstudent aku ada hapdate apa2... tapi bila aku active kan aje...

Aku rasa seram sejuk, kaki dan jari-jari ku kebas macam kena jarum ngan ubat bius. bulu roma semua berdiri dan berais. Rasanya lebih seram dari masuk rumah hantu kat Pesta Pulau Pinang (ok.. aku sebenarnya ta penah masuk mana2 rumah hantu mahu pun rumah jin di mana2 tempat pun. aku ta suka bukan sebab aku penakut...ecececehhh) Rasa ta selesa, rasa ta best, ta best dan memang sangat ta best!

Padahalnya dulu, FB la tempat aku bermanja ngan ladang, haiwan ternakan, pohon buah2an yang merimbun...Penat aku bergigihan mengusahakan Spa... Tah napa sume itu da ta da dalam hati lagi. Normalkah aku? Atau sebenarnya... FB ni berpenunggu... he hehehe he he heheheeeeee....... Ngeri ah!!!

moral of the story : aku leh hidup tanpa FB. dan dengan ini aku umumkan..... aku telah deactivate baik FB ku.... jangan dicari2 lagi aku di sana. ta mungkin kau ketemu... Dah! Gi wat keje balik! Babai....

Wednesday, March 23, 2011

Dasar Budak Nakal!

Sapa yang nakal? Bukan aku... Fine memang aku. Tapi bukan noti sorang2 tau. Sila baca notis ni dengan penuh kasih sayang mahabbah wa rahmah...

Aku baca ni dengan Mom-To-Be. Habis baca tau apa Mom-To-Be cakap...
"Jom...Jom tengok heli tu..."

Tengok...Tengok sapa sebenarnya yang noti? Bukan aku kan? Aku ada Tok Guru Berganda tau. Ilmu tinggi sebab fizikal ada satu tapi batinnya ada dua. In and Out...Dah terang-terang tulis ANDA DIKEHENDAKI MENJAUHI DATARAN...Tapi nak gak dekat2 sebab nak tengok secara live! Dan seperti yang aku tulis dalam entri terdahulu .. yang over ialah aku! Yang datang dekat ngan dataran tu ialah aku. Yang capture, capture, capture heli tu ialah aku. Tok Guru? Of course dok diam2 memerhatikan anak buahnya yang noti wat keje. Eh! Aku ngaku aku noti ek... Leh tak aku wat noti lagi kata yang Tok Guru aku yang paksa aku ngaku aku noti...

**Baru lepas wat noti. Ok, memang aku Mastermindnya.. Tapi..Tapi... Apa korang dua wat ngan aku tadi haaaa....? Pom Pom Gurl?

Tuesday, March 22, 2011

Edisi Ilmiah 1 : Maxis Broadband + UBuntu

Hari ni aku pening kepala sebab selepas aku install Ubuntu dalam laptop menggantikan Windows yang bengong diserang bertubi2 oleh virus durjana. Maxis Broadband aku ta leh pakai. Ruginyaaa... Dah la berbayar. Nasib baik bapa segala bapa kepada Ubuntu iaitu En. Kama. Ketua Unit yang berdedikasi, berhemah, bertanggungjawab dan pelbagai lagi nilai-nilai murni yang memang sudah sebati dalam dirinya membantu aku menyelesaikan masalah aku ngan Ubuntu ni.

Cara-caranya...
1. Klik pada Applications -> Accesories -> Terminal
2. Taip sudo apt-get install usb-modeswitch
3. Pastu enter la...

Dia akan kuar yang memanjang2, merepek2, ta yah faham En. Kama kata. Aku angguk2 setuju jer.... Siap sume

4. Restart
5. Lepas restart cucuk broadband tercinta anda.
6. System -> Preferences -> Network Connection -> Click Tab Mobile Broadband -> klik button Add dan ikutla Wizard Step by Step tu....
**Pastikan anda update dulu Ubuntu kesayangan

Selamat Berjaya... Huhu.. Ta sangka masukkan entri pasal IT... Bangga jap tumpang En. Kama punya kepintaran...

Pada Suatu Hari...

Pada satu hari yang aku ta ingat datenya tapi aku ingat harinya, hari Isnin sebab hari ni la besanya aku akan kebuluran kesengsaraan sebab ta makan lunch. Disaat itu aku hanya minum air banyak2 dengan harapan kebuluran aku tu dapat dikurangkan. Iskkkk.. sedey dengan kemalasan diri sendiri pergi lunch. Padan muka aku. Tetapi...Tetapi...Tetapi... Ni yang aku terharu giler ni. Si Bongsu telah datang dengan senyuman dan kecomelannya membawa berita gembira semesta alam... Yeay Yeay... kebuluran aku rupanya boleh didengari oleh SiBongsu...Huh? Hebatnya kuasa psikik kitorang eh? Bukan dari hati ke hati, tapi dari perut ke perut...


Apa ituuuuuu.... Cuba tekaaaaa.......


Alahai SiBongsu ni wat aku terharu je. Aku memang da lama minta ketupat palas ni ngan dier. Ta mengharap pun. Tapi dia bawakan disaat2 aku memerlukan...Thanx


Sebelum ke gym melantak dulu. Tinggalkan satu (satu je bukan dua...hehe) tuk BFF. Sharing is Caring maaaa....


On d way ke kubikel nak melantak. Ikutkan perut memang aku nak melantak kat makmal komputer je. Tapi melampau eh. Kepimpinan kan melalui teladan. Kang student aku bukan setakat makan, siap bawa tong gas, kuali, sudip... masak keoy teow goreng kang, sapa nak disalahkannnn?

Friday, March 18, 2011

First Impression

Lawak gak malam tadi dapat SMS dari BFF. Bersembang pasal orang tempat amni akan transit bila dier dah stat sekolah next week. Hehe. First impression - aku cerewet..huhu sangat sangat ta betul! Nasib baik BFF yang selalu aku fitnah, tikam, kerat 17 di blog telah back up baekkk punya... I luv u la bebeh...Ini yang baru dikatakan BFF sejati...Walaupun dikeji tetap back up...Terharunya aku...

Dalam seumur hidup aku, jarang-jarang orang bersangka baik dengan aku ketika pertama kali bertentang mata yang berwarna hazel nut ni. Standard, yang paling besa ialah SOMBONG, BERLAGAK, QUEEN CONTROL, GANGSTA PARADISE @ SAMSENG KG PISANG pun turut sama memeriahkan senarai semak. Takde yang baik-baik. melainkan yang kejam-kejam aje. Dan campur yang terkini di atas CEREWET.. Memang best tul. Masa BFF SMS... aku ketawa je. Walau pun aku pembunuh bersiri yang comey tapi aku tetap coooolllll... Rilek je aku dengar ancaman tu... Aku Sudah Biasa. Setakat CEREWET..ta heran la...

Tapi ada sorang je yang first impression nya len macam sikit...
"Ketika pertama kali kita bertemu, saya jatuh hati pada awak... Tertarik ngan awak tanpa sebab. It's just happen..."
...insan itu sangat la sweet. Kiranya menjadi idaman Miss Universe tahun semasa
Siapa? Huh rahsia....

Lokasi kejadian : Di sebuah stadium kurang ternama.
Cuaca : Sejuk Salju

Ketika itu, aku terkayu tak percaya... Macam dalam mimpi...Pastu aku cubit, tampar muka sendiri... Sah... Sah ... Sah... AKU BERMIMPI... Jangan harap la weeiiii..... Kalau dah dasar gangsta tu, gangsta la juga....^__^

Thursday, March 17, 2011

Kau, Aku dan Dia

MAAF...Rasa-rasanya perpisahan itu sudah pasti. Sangat-sangat pasti. Apa daya, Jodoh pertemuan itu di tangan Yang Maha Mengetahui. Jika sudah tertulis di dalam takdir bahawa jodoh kita sampai disini aku redha. Ta perlu menyalahkan sesiapa kerana satu-satunya insan yang patut dipersalahkan ialah AKU. Hanya AKU...

MAAF..Aku ialah insan biasa. Ta mungkin kering dari kesilapan. Aku bukan insan sempurna yang kau dambakan. Dan aku takan menjadi insan sempurna. Menjadi sempurna sangat menyakitkan. Aku lebih rela begini... Maaf, cintaku telah beralih arah. Cinta itu ta diundang. Ia terjadi dengan sendirinya. Sehingga kini teda tau bila berputik, bagaimana terjadi dan kenapa ta dapat mengelakkannya...

MAAF... Jangan salahkan dia. Dia hadir sudah lama. Banyak kali mengetuk hati tapi aku yg ta ambil peduli. Tapi bila terpaksa membuat pilihan, hanya wajahnya yang terbayang di mata, di hati. Hadirnya membawa bahagia, membawa sirna baru dalam hidupku...

MAAF...Kau terpaksa ku tinggalkan... Babai bebeh....

K.A.U

MAAF... Dia pilihan hatiku... Welcome Dear...

D.I.A

Now, I declare myself as UBuntu user. Guess who is more excited than me?....
Guess la.. Guess la... Bahahaha... Siap offer date petang ni sebab da guna UBuntu...

Wednesday, March 16, 2011

Hari Ini....

Kalula aku ta hap-date belog aku ni...
Agak-agak ada tak orang yang akan hiking Bukit Jugra pastu jeritttt....

"Anaaaaa..... Anaaaaa... Aku cinta pada mu...
iskk.. teda kaitan
"Anaaaaaaa.....nape ko tak hap-date belog kooooo......?"..
lepas jerit terjun dari Bukit Jugra

...
...
...
...
...
...
...
...
guna para glide maaaa...


gi sini nak tau lebey pasal paraglide
http://adventure.howstuffworks.com/paragliding2.htm

uishhh dosa besar bunuh diri...giler per... setakat aku ta hap-date belog, nangis sambil peluk pokok pun ok..jangan peluk pokok... baru nak idup pokok tu... kang ngan air mata berasid tu mati lak pokok tersebut..pe kata peluk tiang basketball, fine jauh sangat... tiang netball... ta tau katner? Tu la len kali g tinjau2 kolej ni mana netball court... ok la peluk tiang batu je la tuk melepaskan perasaan. ok pe.. sejuk, siap ada habuk lagi... kalau ad astma aku taknak jamin kalu lepas peluk tiang korang semput malam nanti....

Lantakla aku nak perasan kan... hehe.. Sebelum babai di Jugra memang ada paraglide.
Tingin sangat2 nak terjun guna paraglide. Amoi...Bila mau pegi bha...?
Dah.. Nak wat keje sampai kul 6 petang Malas nak layan ko blog....Bye

Tuesday, March 15, 2011

Punyala Jakun Tengok Helikopter...

Hari ni kan... Hari ni.. Ada heli yang ensem landing di kolej. Rasa excited sangat2 especially mom-to-be. Bukan dier yang nak tengok tapi baby dier.. Huh? Leh caya ke? Tapi bila heli ensem tu datang, teka sapa yang excited terOVERRRRR... lebih over dari mom-to-be tu.... HAKU...!


Heli ensem tu tawaf kolej 2-3 kali baru landing. Menurut sumebr yang leh dipercayai heli wat mcm tu sebab nak membuang masa (mcm ta betul je info...) dan tuk tengok tempat nak landing tu safe ke idak (yang ni nampak lebih logik...)


Dia nak landing, dia nak landing... ensemnyaaa... *sigh*


Rasa nak hug dan kiss Si Macho ni... Tepi skett...tepi skett...


Jangan tengok yang len... tengok aku ngan heli tu... Macam cincin dengan permata tak... Oh hensem, am falling in love with u.... (nasib warna skirt aku matching ngan warna skin dia..)
Nits - takkan ko nak kurus cam aku? Ko ngandung... Haissshhh... Pe la Mom-To-Be nih... Sabau je la ngan kenyataan kau!


Punya la excited nak tangkap gambar... Lambak kan aje barang2 kat tepi tiang nih... Murah-murah... Lelong2.. Sapa nak beli... Yang beg merah tu... FREE... Bahahaha


Kredit tuk fotographer yang comey lote lagi sporting melayan lecturernya yang mabuk cinta (aku...aku.. aku la tu)

Tiba masa kekasih hati nak berangkat aku tak nak tengok. Giler per... Mau aku melolong peluk tiang kat tepi Makmal Komputer menyaksikan Si Dia berlalu pergi meninggalkan aku...

"Ehmmm... contact saya ye malam ni...I Love You So Much....Muah Muah Muah..."

Monday, March 14, 2011

Bila Pensyarah IT jadi Chef Hotel Jula Juli Bintang3

Pada Hari Jumaat yang lepas, kami (ceh aku ngan Lin jerr dan Nits..Amoi jual mahal!)
Wat open door kat umah aku... Malaih nak citer lebey2 pe yang kami masak... Tengok gambar... Wohooooo..... Presentation yang paling aku tak tahan...



Gempak ke tak gempak tu... Paling gempak bila time aku nak balik bekerja... twin melolong2 nak ikut. So thats why Bibs tak bagi aku balik time lunch...!!
Top Chef sekalian alam, toksah la berduka cita lebey2... kami (kami ke aku sebenarnya....bahahaa) lebih rela memegang keyboard, mouse, dan sewaktu dengannya dari memegang sudip dan kuali... Sekian!

Friday, March 11, 2011

Geng IT yang C.H.I.L.L

Kamila Geng Pengembaraan IT yang CHILL


Ini ialah Kapten Pengembaraan yang menggilai UBuntu melebihi Proton Exoranya
bersama-sama Setiausaha Comey yang jatuh cinta dengan blognya sendiri



Ini dia antara member IT
Yang purple tu Ceti@Along Terhormat. Tapi kami tak takut pun...
Itu Amoi, Sabahan. Cute mute bha! Teda soulmate lagi.
Yang sipi2 tu, insan paling bertuah di Unit IT. Selalu je dapat jawatan-jawatan tahap Diraja.
(aku rasa dia yang offer diri mintak jawatan tapi ta mau ngaku...)
Yang comey tu... ^__^ (malas nak riak lagi)
Meja kat belakang tu.. milik Si Bongsu yang sama serabut ngan meja dier..hehe

Jangan tengok sapa yang layak jadi Miss Universe IT 2011
Tapi tengok KAT SCREEN LAPTOP tu, MIS tuuuuu..
Bahahahaha..... wat keje last minit. Padan muka bersama-sama...

*sorang lagi best frenz amoi teda dlm gamba. Sabahan juga...

Thursday, March 10, 2011

Aku di sini...

Shhhh... Jangan senyum... Nanti orang dengar
Teka aku dimana?
Hari Khamis kul 11.00 hingga 1.00

Di kelas ini sekali lagi
Maintain SENYAP
Korang memang konsisten

Shhhh....

Nak tunggu kul 12 sebab aku nak ngajar
Baru puas hati aku....
Senyap macam ni...
Dah la sejukkk

Aku serammmmm....

Wednesday, March 9, 2011

Special Dedication To Somebody Special

Kami la geng aerobik tegar!


Yang sentiasa ada di sisi, di depan, di belakang waima di atas gym sepanjang masa, sepanjang waktu.


Kak Jem : Jangan berhenti mencintai kami kerana kami akan menjadi igauan Kak Jem sepanjang zaman

Encik Adik Hafiz : Jangan buat2 tak angkat call kami, kerana kami sangat2 memerlukan awak di sepanjang perjalanan hidup kami.

Pensyarah KOKO yang lain : Pandanglah kami dengan penuh kasih sayang, penuh perasaan cinta... Hidup kami tak lengkap tanpa kehadiran kalian

Tanpa korang sumer siapala kami.....di GYMNASIUM....

Tuesday, March 8, 2011

Aku ialah Pensyarah IT bukan Penterjemah

Aku mengaku yang English aku memang tak hebat mana. Buat ayat ikut sedap tekak, sedap bunyi. Aku dah tak heran la pasal grammar ke, subject ke, predikat ke. Belasah je. Tapi bila nak menterjemah IT term dari English ke Bahasa Melayu (BM) atau vice versa memang aku fail! Pening tau!

Pepagi dengan semangat waja aku terus bukak soalan nak menterjemah soalan IT dari English ke BM. Ayat pertama je dah berjaya menghuru harakan bendalir dalam otak aku. AUTHORING TOOL...? Ayat-ayat IT tidak boleh diterjemah secara direct sebab... sebab...sebab... sebab ini IT bukan ayat English biasa. Ayat English biasa pun aku tak lepas. Huh...! Guna Google translate pun die surrender. Takleh nak terjemah. So, aku amik keputusan untuk translate ayat2 biasa yang lain. Jumpa satu lagi MULTIMEDIA PRODUCTION TEAM...? Arghhh...Skip lagi...

"Fuhhh, siappp..."

Tapi dua ayat itu....? Aku fikir... baca blog... fikir... capture imej... buka buku...

dan akhirnya aku buat direct translation.

AUTHORING TOOL ---> Alatan penulisan + Multimedia untuk menyedapkan lagi ayat
MULTIMEDIA PRODUCTION TEAM ----> Pasukan Pengeluaran Multimedia

Bley? Tak Bley? Bley laaaaa..... pening ni!

Monday, March 7, 2011

Enjit enjit Semut... Sapa sakit naik...?

Aku :
....angin... Weiiii la semut... nape ko berkeliaran dengan jayanya kat laptop aku ni. Ko wat rumah banglo ke, rumah teres ke, rumah teres berkembar ke rumah panjang dalam laptop aku nih...

Semut :
Oh owner laptop yang comey... sapa suruh ko makan biskut mazola, kerepek pisang, kerepek ubi pastu tadah lak kat laptop ko ni... Sapa salah? Sapa salah?

Aku :
Nak gaduh semut ni... (sambil sinsing lengan baju). Bukan aku je yang makan tau, orang len pun makan gak. Nape ko tak gi kat laptop orang len... Kenapa?

Semut :
Sebab awak comey...

Aku :
Oh ye ker. Okla awak Duk la dalam laptop ni bebaik ye. Kalau lapar, bagitau saya tau....Nah amik ni, num fon... 019XXXXXX3. Call ye kalu u free. I tunggu. Luv u..

Tu je sesi temubual ngan semut2 sedunia. Kalau tak puas ati buatla temubual sendiri!

Mampukah Aku?

Skang dah ada dua blog...Fuhhh... sambil mengesat peluh betina!
Seronok berbelog dan memang seronok la. Tapi takut ada lak yang terabai...
Kih kih kih... Cuba untuk konsisten sedaya upaya. maybe selang sehari?

Hidup seharusnya adventure kan? I like...
Jengah2 la blog khas dedicate tuk anakanda 3justnice.blogspot.com

Sunday, March 6, 2011

Aku Rela...

Rela Dipujuk... Ceh ayat tak bley blah

Aku rela tidur lambat dari terjaga pagi-pagi. Pagi bukan sebarang pagi... kul 2.30 - 4.30... dan tidur balik. Sok sah2 kepala aku akan berpusing2...

Ok.. nak tidur... Lena lah aku...Lenaaaa.....Sampai pagi sok kul 7.05 min pagi!

Saturday, March 5, 2011

Entri Fening

1. Celik mata
2. Tengok jam
3. Apa..? 2.27pagi?
4. Teringat...
5. Muka tak cuci lagi (dah la make up bagai)
6. Cuci muka (dah takleh tido)
7. Teringat lagi...
8. Tak diner
9. Hot Milo + Blog
10. 3.27 pagi
11. Lelapkan mata (saya C.U.B.A)

p/s akhirnya tido kul 4 pagi... terbangun kul 7.30 pagi dan takleh nak tido dah...

Friday, March 4, 2011

Rutin Hari Jumaat...

Dalam satu minggu ada dua hari yang menyentuh jiwa
1. Abang Isnin 2. Adik Jumaat

Hari Isnin citer pasal Isnin (of course la kan...)
Hari Jumaat? Cuba teka...(Saja nak bagi soalan tahap kacang kuda supaya tak give up nak teka!)

Rutin Jumaat hampir sama setiap minggu. Kalau Isnin terkejar2 sampai siap angkat kain nak gi punch. Hari Jumaat leh lenggang kangkung, lenggang bayam, lenggang kailan ikan masin sebab aku memang takkan minum, takkan makan, takkan potong memotong buah2an tempatan mahupun oversea di umah. Siap2 (w/pun twin secara berjemaah melolong nak ikut) then terus angkat kaki gi ofis. Memang perut standby dalam keadaan lapar.

Destinasi bajet yang tetap dan berpencen pagi Jumaat ialah Dewan Kuliah Besar 1. Hari ni ada bacaan Yasin dan sedikit tazkirah tentang 'Pujaan Hati' dari Ustaz Kecil2 Pakai Cermin Mata Yang Ramah Tamah - gelaran yang aku bagi sebab tak tau nama dulu, skang dah tau.. nama dier Ustaz Azami.

"Ustaz, walaupun saya asyik dok belek nfon tapi saya tau pe yang Ustaz tazkirah kan. Tak caya, Ustaz buatla Ujian Penilaian.... Saya gerenti lulus dengan cemerlang Ustaz..."....

Abis tu, Gi bfast di Orion. Hari ni turn roti canai kosong banjir giler dan teh tarik, sebab last week turn nasi lemak ayam merah... Seronot ari Jumaat ni sebab ni la... dapat makan roti canai o nasi lemak. Memang menu tetap bergilir2. Kena adil maaaa... So, next week turn nasi lemak ek....

p/s Tak penah dan cuba takkan makan nasi lemak dan roti canai dalam satu bfast... Gilerr pe! Mau koma....^__^

Thursday, March 3, 2011

Rasa Nak Menangis...

Dalam seumur hidup aku... Inila satu-satunya kelas yang paling senyappppp pernah aku jumpai Sepanjang aku jadi pelajar dan jadi pengajar. Terharu sampai aku betul-betul rasa nak menangis.

Kelas ini sangat SENYAP. SENYAP! SENYAP!! SENYAP!!! Sampaikan kalau ko senyum pun diorang leh dengar. Ko menaip...ketik ketik ketik... pun leh dengar.. Leh dengar dengan jelas berapa kali ko ketik huruf Y, huruf N, huruf A, huruf D...giler tak? Ko berbisik pun leh dengar. kalau menjeling pun, leh dengar lirikan mata ko dalam berapa darjah... 45 darjah atau 47 darjah? Kalau ko kunyah chewing gum pun leh detect samada ko ada wat checkup kat dentist ke idak tahun ni. Kalau ko ketawa macam hantu Kak Limah Balik Kampung apatah lagi... Aku nak senyum ni pun seram. Bayangkan...Bayangkan... Bayangkan.... Aku ketawa sinis pun leh dengar. Weiii la... seramnya...

"I want to give your class an award..." pun senyap.. leh imagine?
"The most silence class I had ever met..." senyap lagi...sampai aku tertanya-tanya, betul ke English aku ni?
"I wonder... either you all doing your work or not ..." senyap gak...
Hanya kedengaran bunyi ketik ketik keyboard....

Aku pun round table, sambil jengket2 kaki...takut woooo.. nanti dengar bunyi tapak kasut aku.
Memang sume wat keje.... Inilah kelas tersenyap di alam semesta. Masa buat Audacity (ini ialah satu software untuk edit musik) pun leh senyap...Imagine la weii... Imagine!

Rasa macam nak tabik selaku terima sijil ngan dorang ni...!

Declaration Perasan Lagi...


Leh tak camni... Walaupun baru S.E.M.A.L.A.M aku keje ngan gilernya dan berjaya menyiapkan keje ikut target...WOW!!! Hari ni nak giler keje lagi.... Leh tak? Leh tak?


Aku suka tengok wajah ceria aku dicermin besarrr giler. Terus terang aku cakap, aku akan melupakan SEMUA MENDE ulang suara (siap bold) SEMUA MENDE!! bila beraerobic. Lebih2 lagi biler leh ikut step ngan jayanya. Siap dapat compliment dari student tau! "Suka tengok madam di gym...." Cane tu? (Ehmmm.. aku gi aerobic tidak seVOGUE itu.. lebih sopan, lebih ayu...Weeeee....)


Aku suka shopping ikut keadaan cuaca. The golden rule is....'Jangan Mulakan'... Sekali bermula habislah D.U.I.T aku! Tak dapat gi Sunway Pyramid o Jusco Bukit Tinggi, gi Kedai E Fatt Banting Baru o Pusat Pelajar Kolej pun jadiiiii.... Memang best bershopping!! Next month turn aku dapat duit banyak... Belum dapat lagi pun tapi dah tampal sticker tepi cermin meja make-up pe nak dibeli.... Huhu..


Ini penyakit terkini hinggap ala2 manja kat aku! Baru dapat tahun 2011. Suka menulis, suka membaca blog orang, suka, suka dan suka sangat... Paling takleh tahannn... Membaca blog sendiri ... Satu hari membaca entri terkini mesti tak kurang dari 10 kali. Kalau kurang.... Mandi tak basah, tidur tak lena... Declare skandal la... I LOVE YOU...! Muahhhs' Muahhhs' Muahhhs' (Nasib takleh bawa blog gi tidur, kalu idak leh wat gantikan bantal peluk)

Wednesday, March 2, 2011

Apakah Apa...?

Pernah tak korang rasa macam nak menangis sebab rindukan seseorang?

Ok... Tu set induksi mengada yang takde kaitan lansung ngan entri yang aku nak tulis bawah ni.
Perasaan aku skang ni... cane nak describe... menyerahkan seluruh jiwa raga tuk keje.. Rasa nak keje tu bertimpa2...Apakah apa yang aku tulis ni...? Lebih kurang kalau En. Kama suruh aku keje sampai kul 10 malam pun aku rela...^__^

Tapi sempat lagi aku berbelog... huhu.. Apakah apa kau ni Siti Norhana!

Jiwa Kacau Bilau Tapi Keje Onnnn...
Dah!Malas nak layan korang. Bye..
P/s : Lunch nanti aku jangan dilupa... Apakah apa kau ni... Dah tulis B.Y.E tu...

Tuesday, March 1, 2011

Aku Perasan Glamerrr.....

Aku rasa kan.. kan... kan... ada stalker-walker telah mengintai2 profile FB aku. Bajet perasan! Aku rasa hidup aku tak selamat. Takde privacy. Takde kedamaian. Takde ketenangan. Takde ketenteraman. Takde penapisan. (Tapis or tepis?)Aku rasa... Aku rasa nak deactivate akaun FB aku. Nanti orang kata...

"Apala..nama lecturer IT, tapi akaun FB pun takde. Tak COOL, tak CHILL la..."

Sapa kata tak COOL, tak CHILL takde FB? Wei kami pakai ORKUT tau...!

Tapi bila pikir2 balik maybe aku patut customize setting privacy. Aku dah ubah sume jadi "Only Me" yang leh preview. Fuhh lepas ni Mark Zuckerberg gerenti call aku dan nasihatkan aku supaya deactivate kan aje akaun tu. Wat semak database jerrrr...

Glamerkah aku? Still tertanya-tanya dan terpinga-pinga. Dah! Nak solat!

Port team Jalan-Jalan Cari Makan : Part II

Sambungan dari Part I... Alaa .. yang korang tunggu2 tu...(Aku tau mesti akan ada yang komen aku perasan, tapi korang malu nak ngaku kan?)

Area covered : Banting, Jugra
Time : Biasanya waktu rehat 1 -2 petang.(perkataan 'biasa' di boldkan. Ertinya? Jeng jeng jeng...
Hari : Ikut suka hati perut yang ada kaitan rapat gak ngan duit.Faham kan?kan?kan?

4. Secret Recipe : Tempat yang PALING xklusif di Banting sebab makanan dier yang paling mahal n presentation memang ala2 hotel la. Baru pegi sekali (di Banting ni la...)bersama Lin n Nits yang sampai termimpi2 dua kali nak belanja kami di Secret Recipe. Makanan? Macam tu la... Sama seperti di mana2 cawangan. Masa paling sesuai gi sini, 1 hari selepas gaji dan hari Jumaat sebab rehat dier panjang sket. So dengan bayaran yang ala2 WOW tu... dok la lama2 baru berbaloi2...(Bila lagi nak mimpi Nits...hehe)Dan gi Secret Recipe kalau skandal belanja memang sangat2 best dan WOW dan rasa nak lari setempat sambil lompat bergalah!!!

5. Sup Tuuuu Dia 888 : Ini gerai yang sempoi sedunia aku jumpa di Banting di perkenalkan oleh pakcik ku yang ala2 gengster gitu... (jgn la dier baca belog aku ni!pkcik aku memang garang gilerrrrr) Di bawah pohon geti, diatas bangku kayu buatan sendiri, dipayungi plastik yang diikat di pohon geti itu... memang mengimbau kembali zaman kanak2 ketika aku memanjat pokok rambutan. Eh eh, pe kaitan pohon geti dan pokok rambutan? (pohon dan pokok lain ek?) Menu memang sempoi, sume berasaskan sup, yang paling spesel teh lapis dier. Memang jadi igauan sedunia buat aku dan skandal2 ku... (Sorry aku panggil korang skandal, daripada aku cari skandal lain... Jeng Jeng Jeng...)Anak2 dier memang comel dan garang. Paling tak tahan bila anak lelaki dier pakai kasut high heel comel adik dier... Eh, back to the main point, sup dier + teh lapis dier memang Tuuu Dia.... Sedap!

6. Gerai Depan Kolej Komuniti : Kitorang (aku ngan Lin je pun) gi gerai ni sebab dapat promosi sangat over dari Si Bongsu. Aku pun gi la, dengan harapan makanan dier seperti yang diwar-warkan. Banyak pilihan rupanya, dan paling best dihidangkan fresh dari bekas plastik sebesar2 alam (Ok, mengaku yang Ct Norhana memang suka describe over2) Rasanya ok macam kafe Orion tapi stil ok tuk yang mencari kelainan.

7. Gerai atas Kompleks Kat Pekan Banting Dekat Stesen Bas: Macam food court. Banyak gerai2 kecik. Nak makan nasi campur ke, nak mee + mihun pelbagai rasa ker, nak itu ker, nak ini ker, pilih la mana2 yang korang suka. Suasana ok2 jer, tempat memang tak dinafikan sangat bersih tapi nampak comot.. Tak tau pesal. Rasa2nya sebab warna lantai dier yang macam... malas nak describe lah. Kang aku wat fitnah lak.... Rasa, ok la. Nak dating kat sini memang tak best, tapi nak bergosip? Best!Best!

8. Restoran Abe Nawie : OK... Abe tu aku memandai tambah sendiri. Lokasi di Banting Baru. Tempatnya macam mana-mana restoran tipikal. Ada kerusi, ada bangku, ada makanan, ada minuman, ada cashier, ada tukang masak...of course! Ada banyak pilihan. Dan kira ok la jugak kalau dah jemu dengan masakan di Kolej. Ubah angin, ubah selera. Yang paling best ada kedai yang 'lagha' bahasa arabnya, bahasa melayunya yang melalaikan dekat2 situ. Kedai tudung, kedai runcit, leh la cuci mata sebab nak beli tak mampu. Fuhhhh.. terrible la kewangan kitorang together gether bulan lepas....

Puas ati korang skang kan..... Baca. Jangan tinggal satu ayat pun tau....