Monday, May 23, 2011

MPPB Di Kolej Matrikulasi Selangor

Hari ni 23 Mei 2011 adalah hari pendaftaran pelajar bagi semua Kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia dan ta ketinggalan Kolej Matrikulasi Selangor. Dah nak dekat sebulan kolej ni kosongggg.... senyap dan sunyi dan sepi sesepi sepinya... kalau ko batuk di Blok Pensyarah boleh dengar kat Basketball Court... Jauhhhhhh tu... Ta caya cuba lari pecut 100m dari blok pensyarah ke basketball court. Kalau da lama ko ta exercise gerenti semputttttt.....

Aku ta da apa2 pun hari ni. Pepagi gi round satu pusingan dari Dewan Antares hinggalah ke library dengan Nits Adore. Tapi disebabkan En. Kama minta aku duk kat department dia so aku sebagai SU yang taat pun duk la kat area Urusetia. Perghhhh...Jadi GRO jap kat situ. Letih giler melayan ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai, suri teladan dan sebagainya... nak gi toilet pun ta sempat. Kul 1230 baru berkesempatan.

Ni ja yang sempat aku snap. Kalau ta jadi GRO mesti banyak lagi gambar yang aku snap...snap...


Jalan menuju urusetia yang sangat bz d'bomb


Eh Eh ada gerai jualan...baju dia cantik dan murahhhhh...
Tapi sok baru gaji! Cane tu??


Tu dia keta parking sampai ke dataran... Cane la diorang masuk ke sini?

Petang ni aku lari ikut Lin sebab Lin kat pendaftaran di makmal komputer...SEJUK
Tempat urusetia? PANAS!!! Maaf En. Kama...He he he

Thursday, May 19, 2011

Lunch Di Gerai Nasi Kukus Bawa Kolong (Bak Kata En. Kama)

Hari ni saya promote tempat tuk lunch yang leh tahan sedap gak di Banting nih. Promote habis-habisan dari KU Sains Komputer dan Soulmate-nya. First time nak gi tempat ni, gerai tutup la plak. Memang frust sambil melutut menahan geram ta leh makan kat gerai ni dek kerana promotion yang superb dan fabulous oleh KU tadi.

Semalam kami lunch di McD. After lunch g Megah beli hadiah tuk baby baru Hafiz. Tetiba tetiba sekilas pandang kat nfon nampak ad MMS masuk.
Uiks...sapa lak yang anta MMS nih?


Gagah KU kami hantar pic nasi kukus yang kami kempunan makan hari tu.
MMS ja ka? Aiyaa...Kalau belikan tuk kami pun apala salahnya kannnn???

Pastu kami pun berjanjian tuk makan kat sana hari ni tanpa kompromi.
Dan...Jeng Jeng Jeng...


Akhirnya kami berjaya makan di sini... Posing...Posing skett
Lihat Amoi si Vegeterian... Pegang plastik kuah pun kira OK ba...

Memang sedap laaaa...Puas hati ayam besar giler. Memang berbaloi-baloi makan sini especially time hujung-hujung bulan ni bila nafsu makan is inversely propotional dengan duit dalam poket.


Punyala ramai orang beratur nak beli nasi ni
Yang paling ta tahan ada gak yang kurang kesedaran sivik gi potong queue...
Beratur apala salahnya kan?

SMS semalam ngan KU selepas beliau hantar MMS

SU : Wahhh...dengki2... Bagtau pakcik tu, sok tolong buka sbb 3 gurl cun nk mkn sana...hehe

KU : Sorry aa..gurl cun tak leh makan sana. Hanya guy macho n handsome2 je dibenarkan. Gurl kena bungkus je

SU : Jgn risau...wpun kami mkn dsana,,,hati kami masih milik KU tercinta...hehe. Errr...hensem ka pkcik ns kukus tu?

KU : Bukan pakcik. Tapi Atok...

Tau da? Hari ni kami gi sana...Yang jual nasi itu bukan pakcik, bukan Atok tapi tiga pemuda Kelate yang kacak2 belaka. Patut la KU kami suruh kami tapau ja. Jgn makan sana...Tapi kami??? Makan disana gak. Degil la katakannnnn...

p/s : Hati kami masih ta berubah walaupun yang jual nasi tu memang serius kacak...

Tuesday, May 17, 2011

M.A.L.A.S

Bila M.A.L.A.S menjelma...
Gerenti aku ta kan wat apa2...
Nasib baik ja ada bibik...
Malas-malas pun, rumah stil dalam keadaan terbaekkk...

M.A.L.A.S itu...
Memang muka ta malu...
Relax ja M.A.L.A.S tu dok kat sofa wat muka ta tahu...

Aku ta jemput pun dia datang,
Aku jeling-jeling, tarik muka panjang-panjang...
Ta gak reti nak pulang-pulang...

M.A.L.A.S ini...
Kalau dibiarkan akan menjadi-jadi
So, aku mesti buat sesuatu
Supaya M.A.L.A.S itu...
Akan meluat gak nak melekat dengan ku...

M.A.L.A.S....
Shoooo...Shoooo...
I hate U..

go away, go away...
don't you ever dare...
to come again the next, and the next, next day...

THE END and THEY LIVED HAPPILY EVER AFTER...
(tada kaitan ending ngan isi entri...LaLaLaLaLaaaaaLaaaaa)

Saturday, May 14, 2011

Cuti? Dan Cuti Lagi??

1. Sabtu, Ahad dan Selasa depan cuti.
2. Nak buat apa cuti yer?
3. Cuti sangat bsan kalau ta da pengisian
4. Dan aku ta berapa suka isikan cuti aku ngan tidur walaupun kekadang-kekadang aku wat gak
5. Tau ta kalau aku tido balik lepas solat Subuh pe yang akan terjadi?
5.1 Katakan aku bangun semula kul 10 pagi. Wat aktiviti2 asas then kul 12 lebih aku tido lg
5.2 Aku bangun lepas tido dalam 30 min, wat aktiviti kecil2an pastu kul 2 lebih aku tido lg
5.3 Tido dalam 15 - 30 min, bangun dan gerenti malam tu aku akan tido awal lagi...
6. Aku suka gi jenjalan kalau cuti, tapi kalau ta da duit memang ta best nak jalan pun
7. So, aku akan isikan dengan g gymnasium, g jog kat Astaka Kolej, men basketball, hike Bukit Jugra, jenjalan ngan anak2 gi playground, p pantai kelanang o pantai morib... sket ja duit yang kuar dan aku pun happy...

sekian, terima kasih.

Wednesday, May 11, 2011

Citer Dari Pantai Kelanang



Suatu petang di Pantai Kelanang
Berjalan-jalan mengambil angin
Udara nyaman hati pun tenang
Tapi kat tepi pantai kannn...banyakla angin...


Hahaha...Aku jual pantun, sapa berani beli...?? Saja menyusuri pantai, air keruh tapi memang best tengok ombak menghempas pantai. Seronok kat Banting, ada pantai tuk disusuri, ada bukit tuk didaki...Sapa yang duk kat Kota Metropolitan tu....Errrr... jangan jelessss.

Tetiba, tetiba aku jumpa ini!
Aiyaaaa...gambar terbalikk. Korang pusingkan aja monitor tu ek tuk gambar yang lebih jelas gitu...hehe


Ini ialah belangkas atau naima saintifiknya errr...jap nak google...tachypleus gigas


Diberi nama belangkas sebab ke sana ke mari mesti berdua2an...Mean jantan n betina akan selalu bersama. Aku bajet yang besar betina yang kecik jantan...

Info tentang belangkas agak menarik... Ta sangka punya nilai komersial. Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar. Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.

Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.

Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK. Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.

Tingin lak nak rasa sedap ka idak...
(sumber dari wikipedia. IluvU Wiki)

Saturday, May 7, 2011

Hepi B'day To Me

Hari ni 7 Mei 2011. 33 tahun yang lalu aku dilahirkan di Dangi Negeri Sembilan..
(Aku orang nogori tapi jangan suruh aku cakap nogori..aku ta tau!)
Dilahirkan ja kat N9, membesar di Perak, menetap di Selangor.

Aku sebenarnya malas nak update belog sebab suasana yang ta kondusif
(mean anak2 aku kacau daun). Baru ja tadi Iman naik keta mainannya dan gelek laptop aku sewenang2nya...Aiyaaaa!

Tapi disebabkan hari ni bday aku, aku nak gak tulih something buat kenangan la.
Pe ke lagi? Takan nak wat bisnes lak.

Malam 7 Mei kul 12.04min dapat call. Aku angkat n ....

"Happy B'day, May Allah bless you"...

Huh? Aku buka mata...Cehhh..Mimpi!
Masa bercinta dulu bolehlah kan macam tu...Hahaha

Aku kul 5 lebih da terjaga. Try tidur ta leh gak. Mandi n bersiap2.... Sorry, aku ta bermimpi! Actually aku dapat jemputan tuk terima anugerah kat SMK SS17. Tuk subjekkkk...Hahaaha nanti aku tempek gambar sijil yang aku dapat tuh. Aku sendiri macam ta percaya aku leh dapat penghargaan atas subjek yang paling aku benci satu masa dulu.


Fizik maaaa... Sampai skang aku gosok2 mata ta percaya

Sampai ke skul lama, agak awal. Tapi sempat la beramah mesra ngan kengkawan yang banyak memberikan dorongan, dengan kawan bergosip, dengan kawan tempat mencurahkan perasaan...

Masa majlis berjalan...Mak aiiii...banyaknya anugerah. Ada 400 penerima anugerah. Leh imagine? Ta yah memenatkan otak nak imagine. Bayangkan ja..hehe

Aku yang taleh nak dok diam, secara senyap2 menghasut kawan bergosip tuk merayap dan merayau ka tempat len...hahaha. Bagus dak? Da la datang tempat orang, siap hasut menghasut lagi tu...

Dan terjumpa dengan Korean Pop Star yang baru abis shooting filem dengan Taiwan Popstar yang baru abis buat konsert...Hehehe.. Budak2 skang memang ikon dorang ta Korean, Japan, paling cincai Taiwanese....


Tengok rambut...tengok rambut...Stylo giler
Kanan sekali Musyir Rain, Kiri sekali Jay Wei Liang...hehehe

Kul 12 lebih, da terkulat2... hati berbelah bagi nak balik ke idak ni. Majlis lum tamat ni... Nak balik ke idak ni?? Ikutkan sebenarnya nak gi Empire Shopping Complex dan nak carik Whisk Cafe, nak makan Humming Bird n Red Velvet Cake... Tapi.... bila ta da kawan jadi malas yang teramat la plak. Da la panasss... Panas cuaca, panas luar dan dalam... Aku amik keputusan tuk bergerak awal. Takut aku jalan jam kat bulatan Kewajipan yang memang sokmo wajib nak jam!

Stat enjin keta, bawa penuh berhemah dengan bekas nasi ayam kat paha. Sambil drive sambil makan nasi ayam... Bayangkannnn...nak tunggu lepas traffic light ja da banyak minit. Cane la aku leh tahan duk kat Subang Jaya satu ketika dulu? Lepas ja Hospital Sime Darby...Jeng Jeng Jeng....JALAN TA JAM!!!! Magical World Of Disney! Pukul 12.37 di Bulatan Kewajipan jalan ta jammmmm...!

Masuk KESAS aku da leh senyum sampai telinga. Nasi ayam pun da abis. Aku bawa 120km/h.... Sampai Matrikulasi Selangor....

Indah dan tenangnya kat sini!!!!...

Tu ja citer pada besday aku yang ke 33.
Skang duk lepak kat umah, bc FB, taip entri tuk blog...

Tuesday, May 3, 2011

Sebelum dan Selepas...

Sebelum balik kampung
-> lompat atas weightscale
-> 56.6kg
-> YESSSS...!!!


Selepas balik kampung
-> ~hati berdegup kencang~
-> langkah pelan2 atas weightscale
-> ~takut spring tercabut~
-> 56.7kg
-> ~mata bersinar2~
-> "weightscale sayang...U memang pandai amik hati I..."
-> ~terus makan nasik sepinggan~

Tu jer citer hari ni...Sekian! Nak gi gym!!