Wednesday, July 27, 2011

Wordless 27July #20 : My2ndDoodlePublished (Better)

Tuesday, July 5, 2011

Napa wordless Wednesday?

Errr... aku ta tau pa sal bila hari Rabu ja...
kebanyakan blog akan wat entry wordless Wednesday.
Ada apa2 eventkah? Atau ada apa2 yang specialkah pada hari Rabu??????
Disebabkan aku ni memang kreatif lagi inovatif,
leh ta aku nak wat Wordless Month... Eh eh...Macam best ja!

So, stat esok aku akan mulakan Wordless Month ku....
Errr...Wordless Year leh gak kottt...Heheheheeeee....

Cehhhhh stat Wordless Month on Wednesday gak!!!

Monday, July 4, 2011

Oh Idaman Hati...


Hai...Saya sebuah teko. Ta da jin pun dalam teko ni. So janganla gosok saya...

Ini sebuah teko comel yang sangat comel. Eh pe ka penjodoh bilangan bagi teko? Sebuah ka sebiji? Ah lantaklahhh. Ofkos ia ialah sebiji teko. Eh...Eh...Nampak sangat kecelaruan penjodoh bilangan disitu. Heheeeee...Memang blog aku ta sesuai lansung tuk dibuat bahan rujukan untuk subjek Bahasa Melayu gitu.

Back to the point. Teko di atas diperbuat daripada sejenis besi yang dipanggil stainless steel. Memang bersinar2 dilihat dari jauh. Menggoda tul. Aku dah usha teko ni dari 3 minggu lepas. Sangat2 menyentuh hati tuk membelinya. Tapi bila dengar ja harganya, berfikir gak aku 7.5 kali. Cer teka berapa? Teko tu sangat2 comel. Siap ada penapis dalamnya. Aku dok imagine aku rendam green tea aku dalam tu. Leh la aku nikmatinya ngan anak2 aku sambil santai2 di dry area. Dan ta da la nanti Amin minum green tea ngan daun2 tu skali...

Cer teka? Cer teka?
Jeng...Jeng...Jeng...

Harganya RM30. Tambah RM9.90 leh beli sepsang baju kurung yang bolehla digayakan g kelas. Kalau dibandingkan lak ngan belanja makan aku, leh cover 2 minggu tu. Hahahaa.... sampai bila2 la aku takan tergamak nak beli kalu duk wat perbandingan camtu kan?

So, aku decide tuk beli dengan berjimat tis week. Cara berjimat? Bawa la bekal ke ofis... Sometime membeli barang idaman dengan mengumpul duit secara susah payah adalah lebih bermakna dari dapat something dengan senangnya semudah swept credit card.... Heheheeee.... Jangan terasa lak pengguna credit card ye...Aku wat analogi jerk...

Bila orang len sibuk update belog beli handbag Gucci, Coach di Paris rega ribu-ribu, aku lak sibuk citer pasal nak beli teko comel yang dijual di pasar pagi Ahad Banting. Baru pikir nak beli, belum pun beli lagi tu. Chillllll la....

Rajin lak mengupdate belog bila daku dilantik jadi penasihat terhormat kelab blogger.

Friday, July 1, 2011

Wo de ming xi shi Siti Norhana

Last week kami bagi kuiz pada student computer science satu kuiz yang kalau korang baca ta sangka itu boleh jadi soalan kuiz. Punya la senang soalan pertama. Suruh budak tulis nama lecturer dorang. Then setakat yang aku marking ok la dorang letak nama aku Siti Norhana walaupun ada gak yang letak nama abah kesayanganku Abdullah la, Abdul Rahman la. Tah mana dapat idea letak nama abah aku camtu... Memang lawaks...

Dan ada lak satu student tu....


...leh letak nama aku Siti Nur Farhana

Ok gak la, ada Siti, ada Nur, ada Na...
Kira leh dimaafkan tapi stil ta leh nak bagi markah.
Daripada Aida bila nama sebenar ialah Siti Haslina....kuang kuang kuang...