Monday, January 30, 2012

UPS 2 Day1

Assalamualaikum

Tajuk entri seperti aku yang amik exam, tapi hakikatnya aku jaga exam ja.

Dapat tugasan menjaga exam bukanlah sesuatu yang membahagiakan walaupun dapat elaun.
Serius ta bahagia.
Bosan woooo...
Bosan sebab aku cuba tuk jadi jujur, setia dan amanah.

Tapi aku dah dapat cara tuk mengurangkan kadar kebosanan itu.
Aku telah membuat aktiviti menghafal nama students samada yang aku sedang ajar atau yang pernah aku ajar.
Yang ta da kaitan... errrr aku cuba juga nanti.
Tapi tunggu aku ingat dulu yang mana patut aku ingat ya.
Sungguh mencabar dan memenatkan otak.
Sekian.

Friday, January 20, 2012

OneSentence Friday

Lima hari macam lima minggu!

Thursday, January 19, 2012

Peribahasa Khamis

Situasi :
Kita telah membuat banyak kebaikan, terlalu banyak, banyak sangat, giler banyak (sama je maksud)
Tapi kenapa ketakbaikan yang sedikit tu jua yang terkesan di hati?

Soalan :
Apakah peribahasa Melayu yang sesuai dengan situasi di atas?
A. Gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut nampak
B. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga
C. Seperti menanam tebu di tepi bibir
D. Bagai cincin dengan permata

Wednesday, January 18, 2012

Speechless Wednesday : Time After Time


0620 -> 0640 -> 0700 : Wake? -> Cold? -> Get-Set-Go?

0800 : Start?
0930 -> 1000 : Break?
1300 -> 1340 : Rest?
1700 : End?

1900 -> 2000 -> 2100 -> 2200 -> 2300 -> 2400 : ?????????

~~~missing line~~~
debug error

Tuesday, January 17, 2012

Imageless Tuesday : Hidup Tanpa Pembantu RumahTangga

Salam dari Jugra (bajet pembaca berita)

Saya merujuk kepada perkara di atas dan di atas (mean title entri). Alhamdullillah setakat ni dah nak masuk minggu ketiga tanpa pembantu rumahtangga (up sket jawatan dorang dari bibik kan?). Dan segalanya berjalan lancar malah aku rasa aku lebih bahagia. Bahagia sebab aku kena buat sumer urusan rumah tangga sendiri.

Balik ja rumah terus bersilat mau prepare diner, basuh kain (errr atau lebih tepat uruskan kain tuk dibasuh oleh mesin basuh), angkat baju, lipat dan humban dalam almari, sapu rumah dan tengok budak2. Penat? Yup agak penat tapi maybe sebab anak2 pun da besar2 maka aku rasa OK ja nak wat sumer tu.

Cuma ada dua kekurangan.... Nombor satu masa nak beriadah tu jadi kurang. Skang da ta pergi aerobik gi. Jam 5 da standby mau amik twin. Tapi itu bukan alasan untuk tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Pa yang aku wat skang ialah selepas hantar twin ke rumah babysit aku akan paking keta jauh2 kat blok kediaman pensyarah dan aku akan gi ofis jalan guna kaki sendiri. Tengahari kang aku balik umah, lunch, solat dan kembali ke ofis, pun guna kaki sendiri. Abis keja aku jalan kaki balik semula tuk amik kereta. Tu la rutin aku hari2. Sabtu aku gi joging dan Ahad aku akan basuh keta. Lengkap uda rasa2nya. Dan satu lagi, makan kena kontrol. Ta leh ah membujur lalu melintang sapu ja sumer makanan2 tu.

Dan nombor dua ialah masa nak bergurau senda, bergelak ketawa dan mau berbicang mau shopping online apa dengan member2 berkurangan. Jadinya kena find out how. Setakat ini aku ambil masa waktu rehat panjang hari Jumaat untuk kuar bersama member2. Dan maybe perlu ada extra trip rasa2nya. Instead of Vietnam, maybe perlu tambah ke Kerabi Thailand juga???? Ho Ho Ho....
Eh, macam best2 ja idea nih.

Moral citer, setiap kekurangan yang kiter hadapi perlu cari penyelesaian untuk menyeimbangkannya. Keputusan di tangan anda. So apa lagi? Vote la pa yang terbaik tu diri sendiri.

Pilihlah untuk ceria ya.... Chiow!

Sunday, January 8, 2012

Kursus Pertama 2012

Assalam dan Salam Sejahtera

Buat entri semasa kejadian sedang berlansung. Ta mau tertunda kan?(nampak sangat ta fokus). Kursus ni namanya Kursus Pengaturcaraan C++. C++ tu ialah satu bahasa pengaturcaraan. Mau tau selebihnya? Sila Google la. Fakta paling menarik tentang kursus ni ialah ia diadakan pada hari sabtu, malam sabtu dan hari ahad.


Dalam ramai2 yg redha ni aku la yang paling redha
Dalam ramai2 yg fokus ni aku la yang paling ta fokus
(aktiviti sabtu dan ahad)

Kalau ditanya pa perasaannya ada kursus time weekend. Jawapan redha aku ialah aku OK. Ta marah tapi bahagia dapat timba ilmu. Serius redha. Redha tu kan ikhlas? Sekurang2nya kursus tu diadakan di kolej dan aku masih ta berjauhan dari anak2comelsekalian. Bayangkan member2 yang datang dari Johor, Melaka, N.Sembilan dan Kedah. Syukur kan? Tapi sebenarnya kalau diadakan di Labuan pun aku ta kisah sebab masa interbiu nak jadi pendidik da cakap akan akur dengan arahan. Jangan cakap ta serupa bikin eh...Lagi satu di Labuan coklat murah.

Mudah citer, ko marah, ko redha, ko stress kerja mesti dilaksanakan juga. Baik pilih bahagia, redha, gembira dan yang gud gud ja tuk melaksanakan tugasan tu. Senangkan? Hati lebih tenang. Tapi kalau ditakdirkan partner jenis yang ta memahami, bagitau dia baik2 ..."Oh sayangku, kalau ta suka ai gi kursus selalu, ai berhenti keja ya?". Tengok pa reaksi dia. Kalau stil ta berubah macam kayu... errrr selamat menangani stres dengan sukses ya.

Tapi kursus ni memang sangat berguna tuk ajar students nanti. Sangat2 berguna. Rugi sapa yang yang ta dapat hadir. Alhamdullillah diberi peluang untuk menimba ilmu. Dan penceramah, En. Amran pun sangat2 best bila dia ajar kami cara tuk mangajar. He is born to be an educator.

Tau pa yang paling best tentang kursus ni?
Makan Besar Free...Ho Yeahhhh....
(aktiviti malam sabtu)


Hasil keja budak nakal yang ta fokus...Ehemmmmm

Trip Bajet To Melaka Yang Bersejarah

Entri Tertunda. Tarikh Trip: November 2011 (2 hari 1 malam)

Siap2 bagitau di awal entri, aku letak secara spesifik berapa RM yang di spend di sepanjang perjalanan untuk rujukan sahaja. Tiada niat lain.
Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah (eh tada kaitan)

Perjalanan bermula pagi Sabtu. 2 jam travel sampai Ayer Keroh.


Sampai uda. Sambil drive sambil capture pic...(jangan diikut jejak pemandu comel ni)

Petrol [RM50] dan Tol [RM15.9 + 5.9]
Pergi balik RM50 ja nek Savvy. Murah kan? Tol pergi mahal dari balik sebab pergi guna highway memanjang, balik half jalan dalam half highway.

Trus gi Zoo Melaka dengan bayaran masuk [RM18] tuk 2dewasa 3budaks.
Orang belum ramai gi sebab kami sampai agak awal.
Tips : Ada baiknya nek train dengan sedikit bayaran tambahan specially yang ada anak kecik.
Kalau tada budak tecik, jalan ja la. Sekurang2nya dapat menyahut cabaran 10 000 langkah sehari. Menapak dalam tu dah leh cover 4 hari punya tau. Pastu ada alasan nak mencekik A&W tanpa rasa bersalah kan?


First time tuk twin AminIman, 2nd time tuk Amni, dan berkali2 time untuk Ana


Generasi SangKancil ni la yang tendang anjing Parameswara yang masa tu sedang bersandar di bawah pokok Melaka. Dari sinilah Melaka mendapat namanya
(Wowwww mesti bangga cikgu sejarah aku kan?)

Nek kuda tawaf dua pusingan [RM4 x 2]
Bagi sket pengalaman tuk budak2 kan. Dan jangan lupa tengok pertunjukan burung2 kakak tua di situ ya.


Yang dewasa leh amik kesempatan join nek kuda sekali.

Lunch Day 1[RM32]
Makan Ayamas - ntah apa2 kan? Patut cari makanan specilly made from Melaka. Nampak gak asam pedas duk promote di tepi jalan. Tapi ntah pa sal Ayamas gak jadi pilihan.

Penginapan (Ayer Keroh Resort) [RM190 + 10 tambah 1 bdak kecik buffet bfast]
Dan seperti biasa realiti tidak seindah kenyataan. Dalam internet gambar gempak habis! Janji ada swimming pool.

RiverCruise [RM35]
Malam tu gi sini. Best sangat. Walaupun orang ramai sebab banyak rombongan cik kiah, tapi nasib bek pihak pengurusan asing2kan rombongan cik kiah dengan rombongan2 kecil. So, ta da la lama sangat menunggu. Dapat tengok heritage from the rivercruise and the view is so nice.
Tapi pada pandangan daku lebih best kalu ke hujung sungai nek cruise then patah balik guna car-key. Lebih2 gi kalau ada DSLR. Memang best dapat menikmati suasana malam di sepanjang jalan Melaka yang happening.


Diner [RM18.6]
Diner dekat2 dengan RiverCruise tu ja bila perut2 sekalian mengamuk sakan mau makan

Cencaluk, Belacan & Kuih Beras [RM10]
G Melaka ta beli cencaluk n belacan so ta best (alaaaa kat Selangor melambak ada jual) tapi saja la kan mau feel lebih makan cencaluk n belacan dari Melaka.

Day2
Beca [RM7]
Dekat ja nih. Dari Bandar Hilir ke A Famosa. Saja tuk pengalaman anakanda. Excited dorang dapat nek beca. Pakcik tu pun ramah tamah terangkan itu dan ini.

Leh jadi interior decorator pakcik beca ni

KeyChain [RM15] TShirt [RM30] Bag [RM20]
Souvenir wat kenangan

KetaLembu [RM10]
Bukan harga kereta lembu tu RM10. Mak aiiiii... kalu macam tu, banyak dah keta lembu paking kat kolej nih. Ni harga ride KetaLembu. Masukla berapa orang pun tetap RM10. Tawaf dekat2 ja tapi tuk pengalaman kan... (First time tu aku ride KetaLembu)

LunchDay2 [Rm14.65]
Makan McD ja. Kenyang makan bfast tadi... (mau bajet maaaa.... makan bfast banyak2)

Kudapan [RM14]
Makanan yang kurang berkhasiat wajib ada supaya perjalanan lebih umpphh gitu

Total Bajet Trip Kali ni ialah sebanyak RM 504.05 tuk 2dewasa dan 3budaktateciksangat

Banyak lagi tempat yang leh dilawati tapi ta sempat nak gi macam MuziumMaritim, KampungMoten, MenaraTamingSari, PerigiHangTuah dan banyak lagi tempat. Jadi pada hemah saya, patut amik hotel di tengah bandar Melaka then jalan ja kaki ke tempat2 yang terdekat.

Yeay... Akhirnya yang tertunda berjaya di sudahkan... Lepas ni no more tertunda2.
(No more kunun!!!!)

Saturday, January 7, 2012

Trip To Penang Yang Bajet Bangat

Entri tertunda. Tarikh Trip 24 - 26 December 2011

Hari ni saya mau bagi tips kalau mau melancong ke Pulau Pinang
(Bajet traveller la sangat kan?)

Siap2 bagitau di awal entri, aku letak secara spesifik berapa RM yang di spend di sepanjang perjalanan untuk rujukan sahaja. Tiada niat lain.
Redha, ikhlas, pasrah, menyerah (eh tada kaitan)

Tips paling penting, tada yang ta penting melainkan yang penting2 ja
1.Jangan pergi time cuti sekolah. Time weekend pun ramai. Tapi time cuti sekolah + weekend double ramai, double jem... Sumer mimpi ngeri pun jadi double!

2.Kalau mau naik kereta kabel Bukit Bendera, pergi hari biasa melainkan awak mmg suka beratur pnjg2 di bawah terik mentari tuk dapat extra vitamin E
(dibuka pada setiap hari dari jam 9 - 7 petang)

3.Perbelanjaan yang menyumbang kepada kejayaan Trip Pulau Pinang

Petrol [RM 20 + 30 + 20]
Kalau naik keta wajibla guna petrol melainkan guna hybrid car yang so enviromental
Ni bajet tuk Savvy yang comel. If guna Lavina, Mazda, Vios maybe lain

DurianManggis [RM7 + 10]
Kalau ta lalu highway, lalu jalan kampung, bulan December memangla musim durin di Perak. Sepanjang jalan - durian (yang panas) dan manggis (yang sejuk) melambak2... So makanlah sampai puas wahai Hantu Durian!


Di gerai yang jual durian dan manggis together gether

TolFeri [RM7.7]
Gi Penang pa kata masuk pulau guna feri dan kuar guna jambatan (or vice versa)
Barula lebih bermakna gi Penang, and one more thing silalah sediakan kesabaran yang menggunung tinggi ya...
Kenapa? Sebab beratur ya amat panjang dan ada la manusia yang sangat babun gi potong queue!

Panjang kan? Panjang kan mau beratur?


Akhirnya sampai uda selepas memberi senyuman manis pada manusia yang kurang sivik sekalian

Tol [RM10.7]
Dari jalan kampung, guna la juga highway tuk sampai ka Sg Dua dengan lebih cepat
(di sini ada mi udang banjir yang femes)

Kudap [RM12 + 12 + 20]
Kalau berjalan ta da kudapan atau orang jawa panggil jajan, makanya ta best kan?
Twisties, 100plus, mentos, mister potatoes dan pelbagai lagi jajan yang tinggi kalori tuk mencekik sepanjang perjalanan

MasukPestaPulauPinang [RM6+6]
Rugi gi Penang ta gi Pesta Pulau Pinang. Orang memang ramai giler babun. Tapi barang di dalam sangat murah
(yang aku perasan kapet la.... hadoiiii murah tapi ta beli pun!)

FerrisWheel [RM30] - Kalau tempat main tu, aku cadangkan buat kaki mabuk macam aku ni, naiklah ferris wheel. pusing2 dengan coolnya 5 kali, dapat tengok orang menjerit, tunggang-terbalik dari pandangan udara...
Wow...'udara'... macam naik heli la plak kan...

Pandangan dari udara, manusia...ramaiiiiiiii...
(kagum bila aku yang benci sesak leh lalui sumer tu)

Car [RM18] - dari gi men tikam2 yang so ta berfaedah tu bek gi men car (tuk anak2 ja ya)

DinnerProvinsiThailand [RM25] - Excited nak makan makanan Thailand yang tulen kunun bila penjual tu terserlah kesiamannya (Ta fasih berbahasa Melayu)

Telekung [RM45] - Pengumpul telekung yang tegar dengan harapan khusyuk bertambah

Ben10 [RM20] - present kenangan tuk twin
CkakAmni [RM4] - present kenangan tuk Amni

Jeruk [RM20 + 14] - Jeruk pun jangan lupa beli terutamanya jeruk pala dan salak, especially jeruk Pak Ali yang femes amos tuh (Masa study di USM ta tau pung!) Bila baca nampak sangat hygiene cara penyediaannya

FridgeMagnetik [RM10] - Beli Pulau Pinang n Melaka punya sekali di Pulau Pinang...
Masa gi Melaka ta jumpa fridge magnetik pun...eh ya ka? Ka ta perasan? Errrr...

Sosej + Vico [RM9] - Jajan @ makanan ta berkhasiat sangat la wajib di mana2 berada

BfastRoti Canai [RM12] - bfast rakyat malaysia yang sangat tipikal

Bukit Bendera [RM21]
Cari signboard ke relau o ayer hitam. maka pasti ketemu dengan Bukit Bendera. Train skang super laju. Nasib laju kalau idak pengsan nak tunggu. Orang ramai giler babun.

Info about Penang Hill


Taman Burung [RM19] - Atas bukit ada taman burung. Burung ta banyak mana pun tapi harga masuk punyala mahal

Kacang [RM6] - jajan lagi dan lagiiiiiiiiii....


NasiKandar [RM12]
Gi penang ta pekena nasi kandaq, errrrr.... rugi la wei...

PanadolRoti [RM4.8]
Extra expenses (kalau da jem memanjang, orang pun ramai sesak mesak mau ta demam?)

Tokong Ular [RM 9]
Penjaga umah ular tu sangat ramah tamah tau! Yang paling best leh pegang ular secara LIVE!
Dahlah ular albino tu comel ja bila dia kelip2kan mata...Heheee

Comel kan?

Tol [RM43.50]
Balik ke KL ikut highway sepenuh hati

Pusing2 USM [RM 0]
Bila penah jadi ex-student USM, ofkos mau jejak kaki di tempat ilmu di timba kan?
Nostalgia tul! Kalaula masa leh diundurkan...Kalau lahhhhh

HadiahPengantin [RM50]
Kes malas nak beli hadiah dan lagi malas nak balut hadiah. Bagi ja duit. Beli or guna la apa yang patut.

RumahHomestay(Kamal) [RM50]
Tumpang rumah adik ja masa di Penang. Bagi jugak pada dia suruh pas pada anakandanya Abqari. Kalu bagi pada dia kata buat bayar umah mampus dia ta nak amik.

So, total : RM 583.70
Untuk 2 dewasa dan 3 budak tecik yang comel dan ta lupa Savvy kesayangan n paling penting tido umah adinda,
jimat banyak di situ!

Banyak lagi tempat menarik di Penang ta sempat nak gi macam BatuFeringgi, Muzium Perang, PadangKota, JalanGeorgeTown (Hari ahad no vehicles, so leh jalan kaki tengok bangunan2 lama), KOMTAR (ramai foreigner) dan macam2 lagi. Ta cukup 3h2m... Maybe seminggu n leh la tawaf Penang dengan jayanya. Jadi ada sapa2 mau gi Penang cuti nanti?

Sunday, January 1, 2012

Hi 2012

seriously my mood is down to the earth
eventhough
just now i feel like to type 1000 words
to welcome 2012...but then...&^%#@!$#@*&

very seriously...mood down down and down

anyhow...

WELCOME 2012

conclusion:
lappy should not left at office... it is not belong here!

sorry, no allignment, no joke, no pic...no no no....