Wednesday, February 15, 2012

Erti dan Mengerti

Aku sudah pandai mengerti
Apa perasaan Dr. Tajudin ketika mengajar aku Programming C++

Kerana
Itulah perasaan yang aku alami kini

Dan

Sesungguhnya aku benar- benar mengerti
Apa perasaan pelajar-pelajarku yang sedang belajar Programming C++ kini

Kerana
Itulah perasaan yang telah aku lalui ketika belajar Programming C++ dengan Dr. Tajudin

Mengertikah dikau?
Masih tidak mengerti?
Mungkin flow chart atau pseudocode dapat membantu dikau mengerti erti itu...

Monday, February 13, 2012

Bila Marah

Bila kau marahkan seseorang/sesuatu maka fikirkan lah sehingga 72 kesalahannya sebelum kau lontarkan kemarahan itu kepadanya, jika kau temui 72 kesalahan itu, fikirkan lagi 72 kesalahan...


Lihat angry birds, nama ja angry tapi tetap cool

pesanan penaja : ayat bold tu maksudnya tips tersebut boleh juga dipakai terhadap benda-benda lain seperti kau marah kan minyak panas yang terlompat dari kuali dalam kadar pecutan 0.0075 saat ketika menentang daya gravity atau kau marahkan seterika panas yang menyimpan tenaga haba sebanyak 7510J telah berjaya melubangkan tudung ariyani yang kau baru beli semalam

Semoga kita sama-sama jadi cool sedunia... Amiiiinnnnnnn

Thursday, February 9, 2012

Bila beribu pejabat dari rumah

Ya aku beribu pejabat dari rumah
Sebelum u all u all melemparkan puji-pujian terhadap daku baik aku lemparkan dulu motto aku pada hari ini
Ehemmmmmm

Anak-anak didahulukan
Pelajar-pelajar diutamakan

Faham? Ofkos ta faham kan? Kalau faham mungkin u all u all ada ilmu2 mistik.
Citer sebenarnya akan diungkaikan sedikit masa lagi. Sedikit g... heheeee

Amni demam yang agak panas malam tadi. Siap menggeletar2 lagi bikin aku jadi kaget sejenak. Tapi aku telah membuat langkah berjaga2 dengan memberi ubat dan mengelap badan dia dengan kain lembap setiap 4-5 jam. Risau juga kalau terlalu panas. So, hari ni dia ta sekolah. Meninggalkan anakanda sesorang di umah bukanlah sesuatu yang membahagiakan. Risau apa2 jadi semasa ketiadaan daku. Maka that's why aku berulang dari umah ke kelas2 yang super full hari ini. Memang terbaik tapi ta mampu la aku nak menapakkan diri ke setiap kelas. Maka aku berkereta ke sana dan ke sini...

Eh, apa kesimpulan dari citer ni? Recently aku perasan yang aku memang berminat nak mengajar. Sangat2 berminat sebab aku suka membebel agaknya. Dan bila berminat maka aku ta kisah pun nak berulang ke kelas2 tu dari rumah, naik turun tangga berkali-kali-kali. Kalau ikutkan, leh ja batalkan kelas2 tu, tapi aku ta mau sebab aku masih ada kekuatan tuk mengajar sebab yang ta kuat tu Amni (sebab dia ta sihat).

Pendek citer ---> kalau kita berminat untuk sesuatu perkara maka kiter akan melakukannya sebaik mungkin. Kita enjoy, orang di sekeliling kita juga akan enjoy.

Pendekkan lagi citer----> hendak seribu daya, ta hendak seribu dalih

Mesej ta pasal-pasal :
Jadi student-student ku (sebab ada 2 orang student ja yg follow kan??? hehee) pilih la kursus yang u all berminat, gerenti u all akan enjoy belajar dan akan melakukannya sebaik mungkin dan final output u all akan score cgpa 4 felat (ta pun hampir-hampir 4 felat)

(Ya aku tau tajuk entri ta kena dengan isi kandungan entri tapi aku suka jewwww)
Heheeee