Assalamualaikum dan Salam Dari Jugra
Hari ini aku berjaya membaca sebuah buku bertajuk The Secret oleh Rhonda Bryne. Ya, aku gerenti dan berani kerat kuku jari kelingking aku yang kau (sambil jari telunjuk aku tuding ke arah kau), kau lah - Nits dah baca. Aku mencari buku untuk di baca pada hujung minggu selepas melalui hujung-hujung minggu yang maha membosankan sebelum ini. Dan pada hujung minggu ini, masih juga bosan tapi tak sedahsyat minggu-minggu lepas.
Pendekkan citer, buku ini tentang the power of thinking atau dengan ayat lebih mudah, berfikirlah positif sepanjang masa. Fikirkan yang baik-baik sahaja, dan silalah visualisasikan diri sendiri berada dalam keadaan yang best, wow dan wahhhhhhh best giler ah itu walau pun kau belum lagi mencapainya. Tetapi apa yang di olah dalam buku ini memang benar pun dan aku sebenarnya dah pun melaluinya dan mengaplikasikannya tanpa aku sedari.
Bukti #1 : Your thoughts become things.
Masa aku kecik, mean dalam sekolah rendah, setiap kali aku balik kampung di Sabak Bernam, keta abah aku mesti akan lalu depan Sek. Men Sains Teluk Intan. Dan tau apa yang aku akan cakap setiap kali kami lalu depan skul ni? "Nanti Ana nak sekolah di sini". Setiap kali lalu. Tak pernah miss. Mesti kakak dan adik-adik aku menyampah agaknya bila feel-feel dah dekat ngan skul ni. Dan aku dengan bangganya ingin menwar-warkan bahawa aku ialah bekas pelajar SEMESTI batch processing tahun 1991 - 1995.
Bukti #2 The creative Process helps you create what you want in three simple steps: ask, believe, and receive.
Bila aku di sekolah menengah lak, even dari tingkatan dua aku rasa, dalam kepala aku dah pikir mahu masuk USM. Padahal waktu tu ta da sapa pun ahli-ahli keluarga aku, makcik, pakcik, sepupu, atuk atau nenek aku pernah masuk universiti. Tah mana aku kenal USM, aku pun tak ingat. Maybe dalam surat khabar kot. Tapi masa nak isi borang UPU aku dengan bangganya tanpa pikir dua kali, tanpa tanya orang apatah lagi tanya kaunselor, mak abah aku lagi la, kawan-kawan pun aku tak tanya (bukan macam budak sekarang, nak masuk U mana pun nak carik geng... chettt) aku pilih USM. Pastu yang selebihnya aku letak mana dan ja U mana aku nak masuk. Dalam hati hati kecil aku, aku sangat yakin akan dapat USM. Dan tak payah bersusah payah mahu teka U mana aku dapat. Yeahhh aku dapat masuk Program Matrikulasi USM. Dan ketika di U, ambil pula subject membunuh Sains Komputer, sampai satu ketika bila aku start tak dapat nak run programming C++, aku dah start cuak. Takut tak grade der. Mau tak takut? Masa tu aku dah set dalam otak, malah aku tulis dan tampalkan pada board kat rumah sewa aku kat U-Heights nun, GRADE ON TIME. Tak kira dah masa tu berapa CGPA yang aku akan dapat. Janji graduation tahun 2001. Dan apa yang aku nak aku dapat.
Bukti #3 Nothing can come into your experience unless you summon it through persistent thoughts
Masa aku bekerja lak, aku memang bekerja dengan... tak tau camana mau describe. Masa di SANZAC, Kota Kinabalu, Sabah mahupun di SMK SS17, Subang Jaya. Di SANZAC aku gi kerja jam 6.30 pagi balik 6.30 petang. Di SS17 lak gi jam 6.30 pagi balik 4 tak pun 5 petang. Hampir setiap hari cenggitu. Bila kerja macam tu, mesti akan ada orang menegur. Ye lah, sesi sekolah petang dah start, tapi aku cikgu sesi pagi, duk tekun gi dalam bilik guru. Bila orang tegur kenapa balik lambat, secara melawak aku akan cakap, "Aim mahu dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang". Konsisten aku jawab macam tu hampir setiap masa, padahal sejujurnya aku tak mengharap anugerah tu pun. Kenal pun tak sangat. Dan tahun 2005, sebaik aku disahkan dalam jawatan, aku dapat APC.
Bukti #4 Expectation is a powerful attractive force. Expect the things you want, and don't expect the things you don't want
Bila keja di skul mula menggila, mengganas, memenatkan dan sangat-sangat stres. Aku mula memikirkan untuk tidak akan bersara di sekolah. Aku mula membahagikan hidup dan kerjaya aku kepada tiga bahagian. 1/3 bahagian di sekolah, 1/3 lagi naik pangkat jadi pensyarah ka (aku aim sebenarnya untuk jadi pensyarah di maktab perguruan sebenarnya), dan 1/3 bahagian lagi aku nak kerja di pejabat untuk urusan pentadbiran. Dan ketika itu, aku mula memasang impian untuk sambung master sebagai satu jalan untuk aku membuat perubahan. Aku apply master di UITM, dan aku dah dapat tempat pun sebenarnya. Tetapi pada masa yang sama, aku apply juga jawatan pensyarah di Kolej Matrikulasi. Sungguh nekad dan tekad memang bulat sebulat-bulatnya untuk membuat perubahan hingga bersedia jika aku tercampak ke KM Labuan sekali pun. Dan sesungguhnya, Yang Maha Esa mengatur yang terbaik untuk aku. Makanya jadilah aku sekarang pensyarah di KM Selangor. Walaupun tercepat 3 tahun dari sasaran, tapiiii... eh ok jer. Naik pangkat kan? Rezeki jangan di tolak.
Cuma bila baca buku ni, mungkin ada sesetengah chapter yang kurang sesuai tuk di adaptasikan sebagai seorang Muslim. Seperti membayangkan diri kita sebagai Tuhan yang berkuasa kepada perjalan hidup kita. So, be creative. Kita amik yang bagus-bagus ja, dan lebih menarik bila kita gabungkan dengan unsur islamik sekali. Kita aim, bayangkan yang positif, yang best, yang WoHoooo ja tuk hidup kita. Dan bila kita tak dapat apa yang kita mahu itu, just cakap "Yang Maha Esa lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita".. Rukum iman tu, percaya kepada qada dan qadar. Jadi kita takan berhenti menjadi MatJenin, dan tidak berputus asa untuk berangan.
Masa berlalu, dan aku tak putus-putus gi memasang impian. Menarik juga bila penulis tu kata, adalah lebih baik visualisasikan apa yang di impikan. Nak tau? Automatik aku visualizekan aku di KM Labuan tahun 2015. Dan dalam visual aku tu, aku nampak Siew Moi dan Lin sekali. Heheee... Nits aku tak nampak. Maybe ko kat KM Sarawak... Hohooooo....