Thursday, June 28, 2012

Aku Dan Kuliah Jam Satu

Aku ta tau macam mana mau istiqamah dalam penulisan blog. Bila aku ada masa nak tulis, idea ta datang dan bila idea datang aku ta da masa mau taip dalam belog lak. Haihhhhhh... Alasan tul! Untuk pengetahuan semua dan aku juga yang aku sebenarnya ada dua belog. Dan dua-dua pun aku ta istiqamah. Baik...dengan penuh semangatnya aku mahu menwar-warkan ke seluruh alam yang aku akan istiqamah. Sekali seminggu. Means aku akan update belog dua kali seminggu.
Semangat!Semangat!Semangat!

Baik, sesi motivasi dah berakhir. Skang baru nak masuk isi penting.

Aku ada kuliah jam satu. Hari ni aku tak berdebar seperti selalu-selalu sebab hari ni aku wat kuiz Topik Satu masa kuliah. Asalkan ada mende nak dibuat jer aku akan cukup bahagia dan aku bercadang mau datang lambat nanti dengan niat tulus murni supaya students akan ada masa tuk study sampai dorang muntah. Wah pasti nanti jawapan yang dorang berikan sangat sebijik macam ayat-ayat nota dan memudahkan aku untuk menanda kelak. Semua mende pun aku nak senangkan kerja aku. Aku memang jual ikan (selfish omputih cakap).

Pa sebenarnya yang nak sampaikan di sini pun aku ta tau... Kan aku dah cakap, bila aku ada masa taip di blog, idea aku jadi jumud. Baik aku basuh pinggan mangkuk. Mungkin lebih bermanfaat tuk sekalian alam.

TuAjeBai.

Friday, June 8, 2012

Snow White and The Huntsman

Salam dari hujung dunia (yang sebelah sini)

Kami-kami gi tengok wayang Rabu lepas yang konon-kononnya PopCorn Day. Citer Snow White and The Huntsman.


Bestkah?

Personally aku rasa hepi bila dapat tengok wayang. Dah lama ta gi cinema. Last gi last year tengok citer Rio. So apa-apa citer pun dah buat aku bahagia. Dan aku ta tau pulak yang Kristen Stewart ialah heroinnya. Kami pilih citer berdasarkan yang terkini launch dan hasilnya nasib baik ada Salleh yang tolong belikan tiket. Kalau idak mau kami-kami duduk bawah sekali sambil kepala terdongak 75 darjah nak tengok skrin.

Aku berpuas hati ngan citer ni (lebih-lebih lagi tiket free). View sangat cantik specially bila SnowWhite, Huntsman dan 8 Dwarfs sampai di Angle's Land. Ya...Orang kenitnya ada 8 bukan 7. Aku ta tersalah taip pun. Dan bila SnowWhite makan epal beracun cer korang teka sapa yang dapat hidupkan dia semula?

Huntsman of course! Nasib baik hensem lagi perkasa kalau bandingkan dengan William. So ta da lah rasa macam nak bako panggung. Tapi benarlah memang endingnya kurang dramatik. Ada ka sekali cucuk mak tirinya dah mati? Ehmmmmm....bagi lah kali ke 17 cucuk baru mati, barulah tragis. Dah alang2 kategorikan citer ni sebagai PG13 kan?

Akhir kalam. Citer ni takan buat ko tertidur. Tetapi kena tau jugak genre citer pa yang korang minat. Kalau ko leh layan Harry Potter, Pirate of Carribean, Narnia, Lord of The Ring, aku gerenti ko leh layan jugak citer ni. Sekian.

Brave macam best jugak!Jom next time... tapi pastikan dapat tiket jam 5.45 petang!