Sunday, March 10, 2013

Tangan Hijau @ Tangan Sejuk Atau Apa Saja Nama Seupamanya

Salam Dari Jugra, 

Memblog dari laptop. Dah lama tak guna laptop ni. Ingat nak kasi clear sumer fail sebelum di format semula. Tapi semakin di godek dan di belek, macam semua nak simpan. Nak delete terasa sayang. Aiyoooo...bikin pusing kepala nak pilih-pilih. Kang aku format ja nanti, senang citer. Apa yang hilang tu pandai-pandai la aku cari kat mana-mana nanti. Kan?

Di atas tu namanya set induksi. Kalau pembaca tersayang ialah seorang pendidik, pastu tahu apa itu set induksi. Kalau tak tau, silalah google tanpa was-was. Hari ni, aku tak gi jalan-jalan cari pasal seperti biasa. Jadi melepak di rumah merupakan suatu opsyen yang sangat tipikal. Nak ke gym seperti sesetengah orang, mungkin aku takan jumpa gym yang setara Fitness First di sini. Okay, sangatlah demand

Maka, dengan semangat membara dan sehangat api aku pun mulalah mengemas umah. Kemas punya kemas. Jumpa satu objek. Aku pandang dua puluh lima kali kat objek ni sambil geleng kepala kiri kanan enam kali. Terbukti aku hanyalah seorang manusia biasa yang hanya hebat lompat bintang ,tapi bila sampai satu kemahiran yang bagi sesetengah orang tahap kesenangan tu  mungkin sama tahap macam nak kopek kulit kuaci, tapi aku gagal. Ini bukan percubaan yang pertama. Ini mungkin percubaan kali ke 35. Ahhh aku sendiri tak kira sebenarnya.

Kemahiran apa? Perkara seperti di atas dirujuk. Ceh, ayat ta leh nak lari dari ayat-ayat surat kiriman rasmi. Tangan hijau maksudnya tanam pokok senang ja nak membesar bagai johan. Tak johan pun mungkin naib johan atau tempat ketiga. Aku ni tanam apa saja pokok, nak dapat saguhati pun ta tentu lagi. Eh, memang ta dapat rasanya. Seingat aku, tak pernah ada lagi pokok yang aku tanam hidup!

Aku pelik dan terasa keajaiban terjadi bila ada orang main campak, tekan, cucuk sesuka hati. Esok lusa tengok. Eh dah hidup, dah membiak. Ehhhhh. Aduh, jeles ai. Ada orang cakap kena senyum ngan pokok-pokok ni. Aku bukan setakat senyum, siap bercakap lagi tau. Dah macam apa je cakap dengan pokok. Akhirnya pokokku jadi cenggini. Tan ta daaaa...
Hati mana yang tak sayu. Tanam pokok taugeh je pun. Adoiiiii.


Alangkah bahagianya jika rumahku penuh ngan kehijauan seperti pokok-pokok kat atas. Pesanan tak kurang ringkas - Kalau aku tanam pokok jadi subur hijau macam ni. Tolong dan silalah terkejut. Aku merayu.^_^
pic sumbangan ehsan dari kekasih hati -------> talian internet

Aku syak mungkin ada doa-doa khas untuk menanam pokok-pokok ni. Aku mungkin tersalah doa kot. Tersalah? Hehe. Lebih kepada tak berdoa apa-apa rasanya. Baca Bismillah jerk. Hehe. Agak-agak kalau aku baca doa seperti di bawah ni, macam manalah keadaan pokok-pokok ku agaknya. 

Memang takde kaitan kan? Hehe. Lawak giler aku baca doa ni. Ketawa aku sampai bergenang air mata. Setakat bergenang je la. Kalau nak di buat hantaran meminang Puteri Gunung Ledang , setempayan air mata memang aku tak mampu. Hehe.

Oh, apa tadi? Kena wat kesimpulan ya? Kesimpulannya aku memang tak leh tanam pokok agaknya. Orang kata tangan panas. Mau tak panas, kerjanya mengadap komputer ja. Tu agaknya panas, kot. Alasan memang taleh pakai. Aku sedar dan aku tahu hakikat itu. Nak kena berguru ngan siapalah ni agaknya. Sapa sudi jadi tok guru aku, sila angkat tangan tinggi-tinggi. Aku janji akan belajar bersungguh-sungguh. Silalah kenakan bayaran yang berpatutan.

Tetiba teringat kat arwah abah. Abah tanam pokok terung dalam pasu pokok orkid yang kecik giler tu, siap berbuah lagi terung tu tau. Abah... T_T

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Tuesday, March 5, 2013

Last Day at North Borneo - Muzium & Dot Dot Dot

Salam Dari Jugra,

Akhirnya sampai juga kami di hari terakhir di Sabah. Sedih. Sayu. Sebak. Banyak lagi tempat nak pergi di Sabah ni. Nak ke Pulau Sapi, Pulan Mamutik, Simpang Mangayau, Gunung Kinabalu, Lahad Datu...Eh? Jangan wat main-main ini isu. Melibatkan keselamatan negara bah ni. Tapi serius mau datang lagi. Walaupun nanti mungkin hanya dapat makan beras pulut cicah ikan masin je.

Hari terakhir ni, plan jadi agak kacau bilau. Barang dah membiak dengan jayanya walaupun tak melalui proses pembenihan. Kereta lak kereta Viva. Cane nak angkut barang gi, orang gi. Arghhhhh kacau! Hati giang je nak minta tolong dengan owner homestay yang cute cam bintang Korea, tapi segan. Kerja nak menyusahkan orang jer. "Ingat dia tada kerja lain ke?", ayat-ayat warning Nita yang aku masih ingat terngiang-ngiang kat cuping telinga macam lagu Sayang nyanyian Shae. Takan aku nak ulang alik dua kali angkut barang, angkut orang. Waduhhhh...gawat.

Pendek citer, apa-apa hal aku gi swimming dulu ngan Amni. Ni la bahana berjanji ngan Amni nak swimming. Jadinya swimming la dulu sampai muka terbakar. Whoaaa...serius aku sendiri terperanjat tengok muka di cermin after swim. Jam 9 - 11 di Sabah adalah sangat berbeza dengan jam 9 - 11 di Semenanjung. Even aku biasa swim jam 3 petang gi di Semenanjung. Tada lak hitam berjelaga aku menjadi.

 Nasib aku swim last day. Kalu first day,mungkin orang ingat gambar di atas nak tunjuk pemandangan laut jer. Ta perasan pun aku berdiri posing punya cantik kat situ.
Credit to the photographer. 

Habis swim, kemas-kemas barang, kami gi Muzium Sabah. Muzium Sabah aku gi tuk kali ketiga sepanjang hidup aku. Betapa terasa seperti aku berjiwa seperti seorang ahli arkeologi terkemuka. Terkini di muzium yang aku perasan ialah ada tulang ikan paus melepak di tengah-tengah Muzium. Dari pembacaan aku, ikan paus ni terlantar di persisiran pantai Sabah tahun 2008. Aku membaca? Wahhhh aku sudah berubah. Baru 4 hari 3 malam di Kota Kinabalu. Kalau 4 tahun 3  bulan. Mau aku jadi novelis agaknya.

Antara gambar dalam rumah-rumah suku kaum yang sempat kami terjah di Taman Kebudayaan, Muzium Sabah.

Yang agak terkilan ialah, bila Taman Kebudayaan dekat Muzium ni sangat tidak terjaga. Rumah-rumah suku kaum di Sabah ada yang tak boleh dimasuki sebab dah rosak. Terkilannya. Tapi berita baiknya, kami mempunyai lebihan masa ke ... Teka pa? Pasar Filifin la. Tempat dimana para shophaholic melampiaskan nafsu shoppingnya. Ekekekek...gelak miang seorang shophaholic sambil mata bersinar-sinar macam Sailormoon.

Gi Pasar Filifin. Shopping itu ini. Nasib flight jam 9.25 malam. Kalau jam 11.05 malam aku rasa kami-kami akan tolong sumer para peniaga kemas tempat meniaga dorang. Nasibbbb. Puas hati atau buat-buat puas hati di Pasar Filifin, dan bergerakla kami ke airport. Pulangkan Viva. Pulangkan kunci homestay kepada ownernya dan fly pulang ke Semenanjung dengan AirAsia. Everyone Can Fly. Dan yang paling menakjubkan flight kami cepat 10 minit. Apa?

~ doakan keadaan di Sabah cepat aman, damai, tenang. aamiiinnn ~

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Saturday, March 2, 2013

North Borneo Day3 - Sabah Tea, Memorial War of Kundasang

Salam dari Jugra,

Aku ada citer pasal hikmah ke Sabah Tea kan? Hikmahnya ialah akhirnya aku tersedar yang kami belum lagi lunch walhal dah jam 1 lebih. Hikhik. Semangat untuk menjelajah itu telah mengaburi mata semua pihak rupanya. Itupun bila kami nampak iklan teh kat tepi restoran tu. Kelihatan sangat mengiurkan dan menghairahkan. Setakat nak minum teh je, baik terus lunch. Jimat masa. Sebab memang dah bajet kena kuar dari kawasan Kundasang menjelang senja atas dasar keselamatan. Kabus bah tu ~ bahaya nak drive rasanya.


My mum and Nits' meal


Tea plantation spectacular view

Amni and I. Dan topi itu hasil dari program membeli belah di Gaya Street dengan harga RM10. Rasa nak gi lagi ke Sabah tuk shopping. Kalau ada sesiapa yang berminat tuk support tiket flight saya ke Sabah, sila jangan malu. Tolonglah  PM saya dengan kadar segera. Sekian, terima kasih.

Aku pernah pergi ke Sabah Tea sebelum ni. Siap menginap di situ dengan member-member masa mengajar di SANZAC lagi. Tapi punyalah ta tahu ini cerita. Elehhhh tah-tah u alls yang IC Sabah pun tak tau pa citer ni. Citer pasal Sandakan - Ranau Death March. Nasiblah ada member yang kaki buku. Sebab dia boleh membaca dengan kepantasan yang sangat tinggi sama pantas dengan kelajuan cahaya. Sedangkan aku?


Aku akan baca part LEST WE FORGET dan tengok gambar tu aje tanpa ada keinginan nak tahu dengan lebih lanjut...T_T

Sungguh tipikal aku ni rupanya. Walau pun aku begitu, tolonglah sayangi aku seperti biasa. 

Di sini juga mereka menyediakan kedai untuk kita-kita membeli belah. Jadi jangan risau k para pembeli belah sekalian. 

Selepas itu kami meneruskan perjalanan balik dan singgah di sini; Kundasang War Memorial. Di sinilah tempat terakhir mereka-mereka yang dipaksa sertai  Sandakan - Ranau Death March berakhir. Actually tiada siapa pun yang survive. Yang survive tu pun sebab dapat melarikan diri dari tentera Jepun. Bayangkan, berjalan kaki dari Sandakan ke Ranau. Lebam kaki baiiiii. Untung kalau kaki yang lebam. Aku ni pun, bila drive kereta ke Kundasang, nampak perbatuan Sandakan 342...Mampus aku ta nak drive. Rela aku baik flight je. Diorang? Jalan kaki! Gulppp

 Pintu masuk. Alaaaa...mak ni...busy telefon lak.

 Beautiful landscape

 Sejarah dan history
Nits rajin baca dan aku paksa dia citer sebab aku malas nak baca...T_T


 The best landscape ever. Mount Kinabalu as a background.
Model dia pun leh tahan...^_^

 "Cuba buat muka sayu", arahan dari fotographer.
"Baik, aku yang menurut perintah"

Dan nak tahu tak, duhai pembaca budiman. Barulah aku faham kenapa di sekolah tempat aku first posting tu nama SMK SANZAC. Dan kenapa setiap tahun akan ada orang-orang dari Australia dan New Zealand yang akan datang melawat. Sungguh terasa diri sangat useless. Bayangkan, selepas 10 tahun baru faham ceritera di sebaliknya...T_T Aku patut datang ke Sabah lebih awal...dengan Nits. Kalau aku sorang-sorang, tiada maknanya juga. Sebab aku bukan rajin nak membaca pun! Hehe

Peace No War!

Eh!TuAjeLahKali.Bye!