Saturday, May 18, 2013

Bandung Part IV - Last Day Dah Ni...T_T

Salam dari Jugra,

Bukanlah suatu suratan mahupun kebetulan yang pada hari terakhir kami di bumi Bandung, kami akan ke Pasar Baru lagi. Itu memang perancangan baik punya dan telah pun dipersetujui oleh rerakan sekalian awal-awal lagi. Betapa keobsesan seorang shopaholic dengan mata bersinar macam Sailormoon begitu menghantui diri kami. Dan aku boleh kata, melancong ke Bandung misi utama tiada yang lain melainkan untuk shopping semata.  

Aku sarankan kalau korang nak datang sini dengan tujuan shopping, tayah guna tourist guide pun tapa. Sebabnya kalau guna tourist guide masa yang diperuntukkan di Pasar Baru mungkin hanya 2 jam ta pun dalam 4 jam gitu. Apakah? Kami yang menghabiskan masa di Pasar Baru hampir 24 jam pun tak habis pusing Pasar Baru tau.

Jadi, hari terakhir ni adalah lebih kurang untuk menghabiskan duit rupiah kami. Kira-kira dah dibuat malam sebelum. Perancangan untuk beli apa lagi di Pasar Baru dengan  pepatah 'Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata" tersemat kejap di sanubari masing-masing.

Aku dah citer pasal Pasar Baru pada entri yang lepas, jadi untuk entri kali ni aku bagi tips je la supaya korang tidak tertipu ketika membeli barangan di Pasar Baru.

1. Harga air di Pasar Baru dijual pada kadar yang sangat cekik darah. Baik bawa air mineral sendiri yang boleh didapati di hotel ta pun bali di mart yang ala-ala Speedmart kalau di Malaysia sebab harga dia harga tetap.

2. Harga beg untuk bawa barangan shopping korang di Pasar Baru adalah dalam Rp20 000 - Rp25 000.(RM6.20 - RM7.70)

3. Untuk baju sulam aku cadangkan korang pergi ke Seruni Jaya. Yang termurah kami jumpa di Pasar Baru. Owner dia pun sangat baik, sangat ramah, sangat helpful. Baju sulam kain jatuh bak kata memberku yang expert beli kain baru Rp90 000 (RM28.00) sepasang. Di kedai lain yang jatuh di tempat kedua murah pun jual dalam Rp120 000 (RM37.00) sepasang. Minta kurang haram nak bagi.

 Halal la eh terpusing cenggini...^_^

4. Untuk kain cotton, pergi kedai ni. Kedai ni telah di cadangkan oleh owner Seruni Jaya. Nak kata kroni, memang sangatlah bukan. Owner Seruni Jaya berbangsa Cina, manakala owner kedai cotton  ni macam mamak gitu. Range harga dalam RM30.00 - RM50.00 sepasang. Ikut jenis kain. Harga di tempat lain tak semurah di sini.


5. Ni kad driver kami. Orangnya Insha Allah baik, sopan, murah senyuman dan tak berkira kalau diminta pertolongan melebihi sepatutnya.

Nombor telpon nya yang bawah sekali tu 081 256 101 097

6. T-shirt Bandung standard harga Rp 100 000 (RM31.80) tuk 5 helai. Kalau korang leh dapat Rp15 000 (RM4.70) sehelai. Baik disambar selajunya.


 Hari terakhir ni kami try naik angkutan. Rp2000 (RM0.70) seorang tuk ke Pasar Baru.
Rupanya macam van tapi di sini femes dengan nama angkutan.

Food Court Pasar Baru, Bandung, Indonesia

Plan asal nak makan dim sum di Bangi Kopitiam. Tapi hujan lebat sangat. Untuk mengoptimumkan penggunaan masa, maka kami tanya orang tempat makan yang ada di Pasar Baru. Satu di atas dan satu di bawah. Kami makan di bawah. Alhamdulillah aku amik pic tempat kami makan dari sisi positif. Hehe. Makanan sedap, tapi kebersihan persekitaran aku tak nak komen. Cara nak makan, pilih lauk dan dia akan gorengkan panas-panas makanan tu. Rasa memang sedap terutama sambalnya dan paling penting tak seorang dari kami sakit perut. Syukur bangat!

Bandung juga femes dengan cemilan atau kerepek kot namanya di Malaysia.
Pisang keju dan tempe goreng adalah antara yang patut dibeli dan di bawa pulang.
Kedai jual cemilan ni adalah on the way nak ke Pasar Baru dari hotel kami. Di Kartika Sari pun ada jual pisang keju tapi kami lebih suka yang di sini sebab lebih ranggup.

Kesimpulannya, aku happy di Bandung walaupun duit habis juta-juta. Makanan sedap-sedap, 90% adalah halal, orang-orangnya ramah dan murah senyuman. Syukur Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan dan kami dilindungi Nya selalu. Jom gi Bandung lagi...nak?

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Friday, May 17, 2013

Bandung Part III - Tangkuban Parahu, Rumah Mode, FOS, Kartika Sari

Salam dari Jugra,

Hari ketiga di Bandung. Ini pun aku dah plan awal-awal yang hari ketiga kami akan ke Tangkuban Parahu tuk melihat kawah gunung berapi. Aku dah pernah tengok di Surabaya, tapi nak tengok juga lagi kawah gunung berapi version Bandung. Tak mengada rasanya. Seperti biasa, google siap-siap jam berapa wisata alam ni di buka. Yeahhh, buka jam 8.00 pagi. Dan jarak perjalanan yang aku baca di internet sepertinya 30 minit. Jadi timing suh driver datang amik jam 7.45 pagi. So dalam jam 8.30 pagi bajet kami patut tercongok di sana. Ta nak lah awal sangat kan. 

Kos sewa supir pusing-pusing Bandung untuk 12 jam ialah sebanyak Rp500 000 bagi satu MPV. Anggaran duit Malaysia ialah sebanyak RM155.00. Itu harga biasa. Kalau minta hotel aturkan kosnya lebih tinggi dalam Rp 300 000 (RM92.00) untuk 4 jam je. Jadi, buat la kali darab sendiri berapa kalau nak amik 12 jam. Paling murah leh dapat Rp400 000 (RM123.00). Tapi sebab aku rasa supir kami yang Rachmat Ramadhan tu baik hati (dan comel), maka kami upah dia je lah. Kos RM155.00 bahagi 3, jadi tadalah banyak sangat nak bayar. Kalau pergi dalam 4 orang lebih jimat. Tapi 3 orang pun dah okay.

Sekali tu, rupa-rupanya hampir 1 jam juga lah nak sampai Tangkuban Parahu. Silap aku tak baca habis agaknya artikel tu. Mungkinkah yang 30 minit jarak perjalanan ialah jika naik helikopter atau naik kereta F1? Mungkin la agaknya. Jadi redha jela bila timing dah lari sikit kat situ.

Sepertinya tiada orang, hakikatnya penuh orang di tepi-tepi. 
Tunggu giliran nak amik gambar kat papan tanda ni. 
Ye lah, bukan hari-hari nak datang Tangkuban Parahu.

Di Tangkuban Parahu, aktiviti utama ialah jadi model sambilan bagi majalah...majalah Rapi sesuai kot, takkan majalah Kuntum plak kan? Hiks. Sejuk, cantik, nyaman dan ada bau sulfur di situ. Apa lagi bau yang diharapkan bila pergi ke kawah gunung berapi? Tak mungkin ada bau ala-ala perfume J'adore takpun Celine. Kalau lah ada juga korang terbau wangi di Tangkuban Parahu, ada baiknya korang balik hotel laju-laju. Seram tau aiii. Selain bergambar, aktiviti lain yang korang leh buat di sini ialah jungle tracking kot, ke apa ke namanya lebih tepat aku tak pasti la pulak. Tapi tujuannya memang untuk tengok kawah gunung berapi yang lebih private

Tak sia-sia booking Rachmat jadi supir. Dia amik pic pun leh tahan cantik.

 Cantik kat sini!

Tangkuban Parahu baru je dibuka kepada public dek kerana kawah ni aktif start November 2012. Aku redha ja kalau tak dapat datang sini. Syukur bila kami tiba di Bandung, kawah ni gud-gud ja, dah tak aktif dan boleh dilawati. Rezki kami sangat.

Dahsyat supir kami, siap bagi arahan suh bergambar cenggini. Tapi aku suka pic ni. Chantek!

Pic of the Day. Sporting tau mbak ni. I like!

Disebabkan memberku kali ni bukan jenis yang adventureous sangat. Maka kami pergi tuk bergambar je lah. Tapi atas desakan aku, jauh jugaklah kami menapak ke atas sikit dari orang ramai berkumpul. Aku kata sampai pagar merah baru patah semula. Hehe. Dengan Rachmat, Rachmat sekali kena ikut menapak sebab dia aku lantik secara adhoc sebagai photographer. Hehe. Tapi bagus gak dorang. Mau juga ikut aku sampai pagar merah. Aku rasa dorang sebenarnya leh tawaf satu pusingan kawah Tangkuban Parahu ni, tapi masa la agaknya mencemburui kami. Banyak tempat lagi nak pergi hari ni weh.

Baru sampai pagar putih. So, depan lagi...please.

Pokok-pokok ni nampak misteri sangat. Nama dia pun leh tahan seram.
Pokok Keramat.

Kat Tangkuban Parahu pun shopping lagi. Dasar perempuan. ^_^

Lepas tu supir kami sarankan kami ke Rumah Mode, Jalan Setiabudi. Aku sebenarnya awal-awal lagi dah bagitau tempat yang kami nak pergi satu hari ni. Jadi dia aturkan tuk kami supaya tidaklah dia memusing-musing nanti. Comel je perangai kami kan? Ta mo susahkan orang dan lebih tepat sebenarnya untuk kepentingan sendiri, mo menjimatkan masa. Macet woooo jalan kat Bandung ni.
Suasana dalam Rumah Mode, jeans department. Rate harga less than RM100.00 for branded items.
Department lain tak menyempat aku nak snap pic. Sibuk membelek barang.

Yeahhhh...aku dah shopping di Rumah Mode, Jalan Setiabudi, Bandung Indonesia.
(Sambil pegang paper bag member sebab aku tak beli apa sangat di sini.)

Di Rumah Mode ada macam-macam barang. Contoh macam jeans, blouse, beg, handbag, pakaian anak-anak dan macam-macam lagilah. Original ke tak, aku sendiri tak pasti. Tapi nampak macam eksklusif tempat ni, jadi aku anggap original lah. Tempat makan dan musholla pun ada. Jadi kami shopping, makan dan solat jamak takdim di sini.

Lepas tu, Rachmat bawa kami ke Kartika Sari di Jalan Dago Atas. Kartika Sari femes dengan brownies. Banyak kali aku baca dan dengar pasal brownies Bandung yang tersohor ni. Jadi wajiblah masuk dalam itenary kami kan? Sampai sana, banyakla pulak jenis brownies yang ada. Brownies kukus pun ada macam-macam perisa. Brownies bakar pun. Pisang bollen lah. Eh, peninglah pulak nak beli yang mana satu. Sudahnya aku amik brownies kukus perasa original dengan pisang keju. Bagusnya expired date dia memang pendek. Bagi aku lebih pendek expired date, maka kuranglah bahan pengawet di dalamnya. Betul kot konsep memandai-mandai aku tu. Balik Malaysia, si kembar ulang-ulang kata sedapnya...sedapnya yang perasa original tu. Dan memang sedap pun. Yang perasa pisang keju tu, aku belikan tuk member. So, taleh nak komen pa rasanya.

Amik pic ngan pose yang sama macam kat Rumah Mode. Nampak sangat idea jumud.

Di Kartika Sari tak lama, kami ke Factory Outlet Store (FOS) di Jalan Dago pula. Rupanya macam kedai-kedai jual pakaian atau beg atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Kalau di Rumah Mode aku hanya beli beg Kipling ja. Kat FOS...aku borong baju anak-anak bagi memenuhi misi, visi dan motto aku ke Bandung yakni "Membeli Baju Raya Anak-anak Yang Murah Dengan Kualiti Yang Baik". Lebih kurang begitulah misi, visi dan motto yang aku gabung jalinkan dengan sebegitu kreatif. Apa? Raya lama lagi? Hiks. Aku dah belajar dari kesilapan tahun lalu yang sengaja mencabar diri gi shopping time berpuasa. Hoiiiihhhh memang mencabar tul. Maaf, takkan ku ulangi lagi kesilapan itu.

Di Rumah Mode pun ada baju anak-anak tapi harga lebih mahal dari FOS ni. Kalau di Rumah Mode selai t-shirt dalam RM40 - RM50. Di FOS dapat dalam RM20 dan ke bawah. Dengan pattern pelbagai, kualiti memang baik. So, ikut korang la ya. Bila misi, visi, motto tercapai. Start lah aku shopping tuk diri sendiri bagi menghabiskan rupiah aku. Membawa pulang rupiah ke Malaysia adalah sangat tidak berbaloi. Tak macam dollar. Bawa balik Malaysia leh wat investment. Jadi? Beliiiiiii...Beliiiii...

 Sampai-sampai bilik, nahhhh lambak kan terus barang-barang yang dibeli.

Beg Kipling shocking pink tu je yang aku beli di Rumah Mode. Selebihnya di FOS, Jalan Riau.

Ngam jam 7.30 petang lebih kurang. Kami kembali ke hotel. Perut lapar giler, tak makan nasi tengahari tu. Dasar perut rakyat Malaysia. Nak gak carik nasi. Sekali lagi saja mengada nak cuba makan di tempat makan yang ada 1100 menu. Rachmat memang dah bagitau dari awal kami sampai ke Bandung sal tempat makan ni. Nak cubalah malam ni. Dari hotel, kami jalan kaki ja ke situ. Agaklah jugak jauhnya, tapi tak seorang dari kami pengsan ketika berjalan ke sana. Maka logik kot kalau aku kata korang leh jalan kaki ja gi tempat ni dari Carrcadin Hotel.
Pascal Food Market namanya.

Betul ke ada 1100 menu? Aku tak kira. Tapi memang baaaaaaanyaaaakkkkkkkk gerai dia. Konsep macam food court di JUSCO bezanya tempat makannya open dan ada live band gitu. Punya la banyak gerai, maknanya banyaklah menu. Sampai tak tau nak makan apa. Sudahnya kami pilih menu yang takkan di jumpai di Malaysia.

Ta jumpa menu ni di Malaysia...kot.

Kenyang. Balik. Tidur. Esok? Shopping di Pasar Baru. Lagi.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Wednesday, May 15, 2013

Bandung Part II - Pasar Baru

Salam dari Jugra,
Sambung citer ke Bandung pada hari kedua ni. Sememangnya aku selaku event manager memang dah kata awal-awal, "Today we are going to spend a whole day at Pasar Baru. Yesssss, A WHOLE DAY!" Bukan setengah hari apatah lagi suku hari. Ia seharusnya satu hari. Dan memang siap google perabih sal Pasar Baru ni. Kami akan pergi seawal pagi. Kira dorang buka ja pintu kedai terus serbu. Ya, sampai begitu sekali aku merencanakan trip ke Bandung. Dan untuk pengetahuan sumer, Pasar Baru dibuka jam 8.30 pagi. Jadi kalau berjalan kaki dari Carrcadin Hotel, haruslah mula menapak seawal jam 8. Breakfast jam 7, maka bangun jam 6 pagi. Sangat detail kan? 

Perjalanan dimulakan, boleh lagi tu singgah gerai beli pulsa (topup) Rp10 000. Tapi sistem Simpati down la plak. So, tak dapat la pulsa. Tapalah... tapi dapat tengok abang sweet bangat yang jual pulsa. Eh?

Kanan : Nga deal ngan abang sweet jual pulsa. Masa ni jalan clear lagi sebab pagi. 
Kiri : Tengahari sket... Nahhh nak berjalan pun seram. Macet!!  (pic amik dari atas bilik kami)

Ikutkan driver kami semalam, dia kata dari Carrcadin Hotel ke Pasar baru, terus ja sampai hujung jalan. Tapi kami, sampai satu simpang. Banyaknya gerai menjual baju-baju terus pesanan driver semalam kami abaikan dengan membuat lencongan berani. Punyala leka tengok baju-baju pakaian tudung seluar di tepi jalan tu. Tetiba terserempak lak dengan Pasar Baru. Hehe. Nasib, kalau idak mau tersesat kami tak jumpa Pasar Baru. Rugi masa woooo. Mungkin bukan main entrance, tapi kami peduli hapa. Janji Pasar baru...kan?

Dari hotel masing-masing dah aim, telekung, telekung, telekung. Kalau nak tau, Pasar Baru bayangan gurauannya adalah seperti Pasar Payang Terengganu kot. Lebih kurang tapi kedainya lebih banyak dan lantainya lebih tinggi. Di lantai 1 ja, punya banyaklah kedai jual telekung. Bab negotiate la yang paling ta lalu. Untung ja kami gerak pagi. Dari satu kedai ke satu kedai bertanya dan membandingkan harga. Lastnya berhenti di kedai abang ni. Tu yang paling murah kami dapat tawar. Rasanya kedai yang ke lima ta pun ke enam kami tanya. Masing-masing dah penat. Duit juta-juta tak luak lagi ni. Risau tak habis wehhhh! (Risau?)

Ni la brader telekung yang rezki nya melimpah ruah hari tu. Lantai 1 Blok C1 kedai nombor 32.
(kalau aku tak silap la!)

Aku borong telekung travel 10 pasang, memang aku nak bagi hadiah tuk adik-adik ipar duai. Dapat Rp50 000, duit Malaysia dalam RM15 dengan kualiti yang lebih baik dari aku beli online di Malaysia ni kena dalam RM28. Mungkin leh dapat murah, tapi rezki abang ni la aku anggap. Member-memberku lagi dahsyat borong telekung. Nak yang sulam goyang lah, sulam melati lah. Aduiiiiii. Aku amik telekung sulam menyulam ja kot. Yang penting dalam bajet aku. Gasak kau member. Duit dorang kan?Hiks.

Lepas beli telekung, jumpa plak kedai jual blouse. Waduhhhhh blouse comel angat, kualitas baik, Rp50 000 jer? Jerrrrrr? Kabur pandanganku saat itu. Beli satu memang rugi lah kan. Kat Malaysia blouse cenggitu mau kena RM59.90 lepas diskaun. Sekali kat sini RM15. Waduh Waduh Waduhhhhh. Terus aku amik 3 helai. Kalu convert duit Malaysia mau aku borong 10 helai kot. Tapi ini bukan misi utama aku ke Bandung Indonesia. Aku ada misi yang lebih penting mau diselesaikan maka simpan baik-baik dulu duit juta-juta anda ya.

Pada ketika itu, tangan dua pasang dah ta cukup tuk mengangkut plastik. Backpack yang ada pun dah penuh. Muka berminyak Badan melekit. Banyak lagi mende nak beli ni. Orang dah start ramai. Sesak. Aku selaku event manager terus dapat idea, "Balik jom, mandi, lunch, solat dan hantar barang". Hantar barang ya. Maksudnya pa? Kalau bijak cuba teka. Hiks. "Tak best dah ni shopping angkut barang macam ni, kang tertinggal tak ke naya". Wah, tak cukup dengan idea utama, aku perincikan lagi hujahku tadi. Maka menapaklah kami pulang ke Carrcadin Hotel. 

Sampai hotel aku sambung bagi arahan lagi, "Kita kat hotel sejam ja ye. Rehat, solat, mandi pastu gerak ke Pasar Baru semula". Haaaa...gitu. Memang gunakan waktu semaksima yang mungkin. Giler psiko nak shopping. Nasib member-member jenis spesis 'kami yang menurut perintah'. Siap sumer. Gi lunch dulu kat rumah makan padang. Seberang hotel ja pun. Pas lunch menapak semula ke Pasar Baru. Sambung shopping. Aku beli baju sejuk, standby tuk gi tempat sejuk bulan Jun ni, Insyaallah dan beli blouse batik  Member beli kain pasang bersulam, kain cotton, blouse dan kemeja batik, t-shirt Bandung dan...tak kuasa plak nak senaraikan satu-satu. Tapi memang banyak la. Untung ja balik tengahari tadi. Kalu idak mau upah porter suh angkut barang ke hotel.



 Sesi menerai baju berjalan dengan aktifnya di Pasar Baru. 
Tapi percaya atau tidak... Aku tak beli satu pun baju yang aku try di atas.
Ya ampun ya ibuk-ibuk dan bapak-bapak. Lariiiiii

 Kanan : Aku beli sweater dengan harga Rp75 000 = RM23. Aku rasa leh dapat lagi murah tapi bagi aku RM23 tu dah murah sangat tuk dapat sweater macam tu di Malaysia.
Kiri : Kain cotton. Rasa dah murah rupanya ada lagi kedai yang jual lagi murah. T_T

 

Kanan : Lunch kami, Rp 50 000 tuk 3 orang bersamaan dengan RM11. Free air suam lagi. 
Makanan dia sedap! Seberang ja Hotel Carrcadin.
Kiri : Dinner ku. Jus alpukat. Gi Indonesia patut order air ni. Di Malaysia susah nak jumpa. 
Tapi tinggi kalori ya I tell you. Aku makan mie ayam pangsit la lebih kurang namanya. 
Pun sedap! Rumah makan ni sebelah hotel ja.

Jadi nampak tak betapa kepentingan hotel dekat ngan pusat membeli belah. Aku yang beriya suh member carikan hotel yang paling dekat, yang kira logik ko nak berjalan back and forth ke pusat membeli belah. Pengalaman di Ho Chi Minh dan di Jakarta yang mengajar begitu. Aku sebarkan sekarang tuk rakan-rakan nak pergi oversea dengan misi visi dan motto ~ shopping!

Setakat hari kedua di Bandung ni jer yang kami beli. 
Ni jer ya (padahal ada lagi yang di sorokkan) Hari ketiga? Tunggu!!!
Balik bilik terus kira duit. Beli banyak tapi duit ada juta-juta lagi ni. Haha.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Tuesday, May 14, 2013

Bandung Part 1 - Carrcadin Hotel

Salam dari Jugra,
Pada saat dan ketika ini, aku dah siap menvakum lantai rumah 50%. Standby tuk mop lantai. Wah nampaknya aku sudah kembali menjadi Puan Siti Norhana dan bukan lagi Mbak Siti Norhana. Diriku sudah kembali sepenuhnya. Yessss

Sepertinya aku dah bilang yang aku ke Bandung 4H3M bersama 2 orang rakan. Memandangkan yang 2 orang tu kira first time ke oversea, jadinya aku anggap diriku macam tourist guide la kunun. Huhu. Sebetulnya masa aku first time gi oversea, aku pun agak berdebar la jugak. Macam-macam yang aku pikir. Tapi bila dah biasa (3 kali gi oversea leh di kategorikan sebagai biasa eh?) maka keyakinan tu membiak secara automatik. Lepas ni leh kot aku travel sensorang. Travel sensorang gi Sabah dulu ok. Berdebar jugak sensorang ni sebenarnya tapi sepertinya adventure dan kepingin mau cuba!

Dari kiri: Pencetus idea ke Bandung
Tengah-tengah : Tourist guide kunun yang comel
Paling kanan : Yang sponsor bahulu dan Milo 3in1 merangkap dinner hari pertama.

Perjalanan ke Bandung mengambil masa dua jam. Aku pikir 1 jam lebih seperti ke Jakarta dan ke Surabaya. Sekali tu dua jam. Hadoiiiii kebosanan jugaklah dalam flight. Dahlah duk jauh-jauh ngan dua member tadi. Baru dua jam aku dah bosan. Kalau 7.5 jam? Jangan pikir, jangan pikir. Dah jadi baru pikir. Seperti biasa naik AirAsia. Tapi kali ni dapat naik Indonesian AirAsia. So, situasinya agak berbeda gitu.

Sabuk Pengaman dan Pintu Darurat. Berbeda bukan? Hiks.

Waktu Indonesia lewat sejam dari Malaysia. Sampai di airport Bandung ~ berdasarkan pengalaman. Terus laju-laju tuju ke kaunter taksi yang sah. Yang memang wujud di airport tu. Kena Rp100k lebih kurang RM31.80. Ta mo dah amik yang main lambai-lambai suh kita nek taksi dia. Sebab kita bukan tahu pun rate sebenar dia. Rasanya lebih redha guna taksi yang ada di airport jer.

Masuk ja dalam MPV taksi tu, terus laju-laju cakap. Kami nak beli simkad Indonesia yang ada data plan. Terus ja driver comel kami hentikan taksi dia di gerai (gerai?) jual simkad. Memang rupanya macam gerai bukan kedai. Hehe. Kami ambil Simpati dalam Rp25k. Pastu siap driver comel suh aktifkan servis percuma supaya aku leh call nombor Indon free. Tapi kena topup Rp10k dulu. Maka total sumer tuk ber Wasap, We Chat atau LINE tanpa sempadan ialah hanya RM11 lebih kurang sepanjang kami di Bandung. Jimat bangat dong kalau di bandingkan dengan roaming. Celcom roaming, 1 hari RM38. Kalau 3 hari nak dekat RM100 tu. Beza RM90. Leh dapat 3 pasang Japanese cotton tau! Jadi? Pilihlah untuk mengundi ya kerana pilihan di tangan anda.

Rachmat Ramadhan, driver kami - ajarin bagaimana mau dapat bonus baik punya. ^_^

Sampai di Carrcadin Hotel, check in dan plan nak merayau di sekitar hotel. Paling tidak cari dinner. Tahan tu tak makan dalam flight sebab nak makan di Bandung. Sekali, hujan. Terus terkansel plan nak merayap dan merayau. So dinner? Pau bahulu ngan Milo 3in1 member. Haha. Jadi malam tu, kejanya membelek hotel.

Carrcadin ~ The Best Hotel at Bandung (in my opinion)
 Bilik kami yang luas

Ruang legar hotel

Carrcadin Hotel ialah hotel 4 bintang. Memang class sangat hotelnya dengan harga Rp 1 610 000. Ya, sejuta lebih. Jutawan la katakan. Harusnya nginap di hotel juta-juta. Rp1610k tu lebih kurang dalam RM493 untuk 3 malam dan dibahagi dengan 3 orang. Makanya kos penginapan di hotel ialah RM164. Termasuk breakfast 2 orang tu. Maka yang seorang lagi beli masa nak makan jer. So cincai-cincai dalam RM200 - total penginapan dan breakfast. Murah kan?

Sebenarnya boleh dapat hotel yang jauh lebih murah dari Carrcadin Hotel. Tetapi lokasi hotel ni sangatlah hampir dengan Pasar Baru. Hampir dengan rumah makan. Cakap ja nak tempat makan gaya apa. Gaya mewah? Betul-betul bawah hotel ada Bangi Kopitiam memang menyediakan makanan ala Malaysia. Nak gaya sederhana? Ada rumah makan Minang seberang jalan je weh. Tak pun rumah makan Ibu... Tak ingat la pulak apa namanya. Pun dekat. Jalan kaki pun sampai. Apotik aka farmasi pun dekat. Nak tempat makan terbuka siap dengan live band pun ada. Yang ni agaklah jauh sket nak menapak. Tapi kami relaks ja jalan kaki. Namanya Food Market dengan 1100 menu. Pendek citer kalau tertakdir nak gi Bandung lagi, aku mau Carrcadin Hotel jugak!


Breakfast yang sedap!

Satu gi hotel ni sebenarnya menyediakan aiport shuttle dengan percuma! Cuma tak tau masa nak datang. Masa balik dah tau maka naik ajelah tranport free. Jadi yang RM200 tadi total penginapan 4H3M termasuk breakfast tuk 2 orang dan pengangkutan pergi dan balik airport. Jadi kenapa pilih yang lain? Puas hati sangat di sini. Makanan tuk breakfast pun sedap-sedap banyak pilihan. Angkutan pun lalu lalang ja depan hotel. Malas nak jalan kaki gi Pasar Baru, naik angkutan Rp2000 lebih kurang 70 sen. Dan staff nya juga ramah tamah, very helpful dan ensem macam pelakon filem sinetron. Bukan aku yang cakap ya. Member yang cakap. Aku iyakan ja. Hiks.

At last, I'm here at Bandung, Indonesia. Smile & Peace Yo!

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Monday, May 13, 2013

Travel -> (Penat+ Malas)

Salam dari Jugra,

Tahap kemalasan aku skang ni berada di paras bahaya. Kalau mahu disama ratakan dengan langkah-langkah menghadapi musim banjir, aku rasa mungkin lebih kurang sama seperti, 'okay kena pindah skang'. Malasnya weiiiiii. Malas-malas aku, aku gi update blog. Apakah? Ini entriku yang kedua tau. Riaknya aku. Dahlah malas. riak pula. Astagfirullah...T_T

Banyak mende nak buat. Tersusun-susun macam page or card based type of authoring tools. Baik - merapu uda aku. Aku cuma terkonpius jap. Pergi travel naik kapal terbang memang akan keletihan dan kemalasan serta kepenatan sampai 2 hari eh? Macam tu? Sememangnya, mula ja cuti Matrikulasi, terus aku satu family fly gi Penang. 3H2M. Balik rehat satu hari, aku fly ke Bandung. 4H3M. Memang akan penat ke? Aku pikir kalau travel jejauh macam gi Europe ke ja yang patut kepenatan? Takan ke Penang dan Bandung pun? 

Untung ja 3 hari sebelum gi Penang tu aku di anugerahkan demam. Kalau idak plan nak gi Pesta Buku kat PWTC tu. Phew. Aku selalu perasan aku ialah Iron Man. Hakikatnya aku ialah manusia biasa. Dan terpenting sekali perancangan Allah jua yang terbaik. Thank you Allah sebab kasi aku demam hari tu. Kalu tak demam, tah apa la yang jadi kat aku hari ni. Pengsan pa. Dah diberi cuti ta nak bercuti. Masa kerja sibuk nak lepak umah kunun. Nah...2 hari aku melepak di umah tanpa batasan. Wat kerja umah ala kadar. Selebihnya tido, melepak online, tengok Running Man dan segala macam aktiviti yang melalaikan aku wat hari ni. Memang betul-betul cuti.

Aku (sambil angkat tangan kanan ala-ala nak baca Rukun Negara) bajet nak melepak sampai jam 3.30 petang ja. Pastu, no more. Diriku sebenar akan muncul tak lama lagi. Nantikan kemunculannya. Up up and away!

Ada kawanku, cuti-cuti ni buat fail ISO. Ohhhh kawan. Seramnya aku korang rajin weiiiii...

 Dah!NakTido.Bye!