Wednesday, June 26, 2013

D'javu Kinabalu - Last Part

Salam dari Jugra,

Akhirnya selamatlah kami menjejakkan kaki di dorm yang sunyi sepi sebab jam dah menunjukkan pukul 1030 pagi, masa untuk check out sebenarnya.

Sunyiiiii...krik krik

Terlebih sejam kena bayar RM100. Mahal tu. Rm100 leh buat shopping di Gaya Street atau di Pasar Filifin. Kalau member-member lain leh rehat tido bagai, aku lak terus ja turun ke Laban Rata. Dengar-dengar member tapaukan sarapan untuk kami. Timakasih kawan. Rezeki kami yang lambat sudah tertulis di atas butiran nasi goreng tu. Maka dapatlah kami makan.

Sarapan, relaks, aku makan Snickers bar lagi tu. Beli di Bandung skang baru nak makan. Bagus kan? Dan aku siap bagitau geng sekalian, aku bakal menjadi orang terakhir sampai di Timpohon Gate. Ta perlu bermain teka teki siapakah yang bakal melambatkan perjalanan kumpulan ke Kota Kinabalu. Sepertinya aku. Tapi adakah aku? Jeng Jeng Jeng

Last pic di Laban Rata sebelum bergerak turun dengan guide-guide kami.

Sebelum turun En. Zahari telah memberitahu satu info yang mungkin akan mengubah karma aku sebagai orang terakhir turun dari mana-mana gunung di dunia selepas ini. Bagus tul En. Zahari, siap buat pemerhatian. Dia bagitau, ada baiknya turun dengan cara berlari-lari seperti yang porter buat. Mula tu aku pikir, "Biar betul, takan berlari-lari anak? Takanlah?".

Bayangkan, pada tika ini, nak bengkokkan kaki, wohoiiii...ya hamat nikmatnya la hai bila kau rasa tekanan pada otot-otot biseps dan trisep paha dan betis kau. Terutamanya paha lah. Nikmatnya lebih best dari makan aiskrim magnum yang ada kacang tu !!! Waaaaa...leh menitiskan air mata wooo. Tetapi keajaiban telah terjadi sebab rupa-rupanya kalau kau turun berlari-lari anak macam yang porter buat tekanan itu kurang terasa. Ya...karma itu sudah berubah bila aku menjadi insan nombor enam per enam belas yang sampai ke Timpohon Gate.

Mana taknya, aku mula berlari dari Laban Rata. tekanan memang siyes terasa di lutut jadi pandai-pandailah kau aplikasikan ilmu daya impuls di sini. Dan aku tak berani nak slow kan pergerakan aku sebab aku takut kaki cramp. Seboleh-bolehnya nak sampai destinasi dalam keadaan yang hokey hokey ja. Alhamdulillah dipermudahkan perjalananku lagi dan lagi. Syukur sangat.

Lalu Timpohon gerenti lalu air terjun ni

Sebenarnya masa aku turun tu, beberapa kali aku bertembung dengan seorang manusia ni yang aku rasa seorang pengkaji flora kot ditemani dengan seorang guide. Beberapa kali sebab dia memang sangat-sangat laju. Dia naik aku turun, dia turun aku turun dan dia potong aku lagi tu. Hebat sungguh. Dia yang bagitau aku, yang aku dah nak sampai Timpohon. Ayat dia yang aku sedap nak dengar ialah, "Dah nak sampai air terjun, you dengar bunyi air maknanya dah nak sampai da tu". Once sampai air Carson Fall ni, memang bahgia habis aku, maknanya dah nak sampai Timpohon Gate. Lalalalalaaaaaa sangatla kan...tetiba aku nampak pemandangan yang sangatlah meremuk redamkan jiwaku ...Tangga!!! Apakah?

Panjang lagi tangga ni sebenarnya. Ni kasi pendek supaya korang tak seram sangat.

Aku naik 10 tangga, bernafas 5 kali, 10 tangga lagi, 5 tarik nafas. Nampaknya teknik tu berjaya. Akhirnya aku dah sampai! Bahgia ganda kuasa lima puluh hoih.Sangat-sangat puas hati. Macam-macam yang aku rasa. Serik tak da dalam senarai. Aku nak naik lagi kalau diizinkan-Nya. Tapi naiklah melalui Mesilau turun lalu Timpohon. Sebab view sangat-sangat cantik kalau lalu Mesilau. Takan nampak kalau lalu Timpohon. Meh aku kasi satu contoh view yang sangat cantik kalau ikut Mesilau.

Subhanallah. Cantikkan? Pic sumbangan En. Zahari

Yes, I am a successful climbers. Wah! Touching weh! 
Awal 2013 aku bergambar di pagar ni. Kali ni aku melimpasinya...Siapa sangka impian jadi kenyataan.

Believe...

Eh!TuAjeLahKali.Bye! 

Sunday, June 23, 2013

D'Javu Kinabalu - Part III

Salam dari Jugra,

Fakta paling menarik di Laban Rata ialah cuaca super duper sejuk. Sangat menarik dan tertarik sebab tahap kesejukannya adalah sangat-sangat sejuk hingga menyukarkan proses hibernasi. Pakai baju 5 lapis dan siap selimut, siap dengan stokin pun masih tidak mampu untuk menaikkan suhu badan. Aku tidur siap pakai tudung tu, pun masih sejuk sesejuk sejuknya. Aku hanya mampu lena dalam 3 jam ja. Selebihnya aku terkebil-kebil sambil mendengar rakan sebelah katil menggeletar kesejukan.

Satu lagi fakta menarik, aku boleh online di Laban Rata. Jadi para pengguna CELCOM silalah gembira awal-awal lagi kerana anda boleh whatsapp, LINE, WeChat dan  KakaoTalk dengan kenalan sekalian mengadu domba hal kesejukan melampau yang telah terjadi di Laban Rata di kala tak mampu nak tido. Hasilnya mungkin anda akan rasa kebengongan dan kepeningan sebab sah-sah anda tidak cukup tidur macam aku. Itu juga mungkin akan memberi impak maksima terhadap prestasi pendakian anda.

Tidur jam 10 malam dan terbangun jam 12 lebih. Jam 2 wajib kena bangun, standby tuk sambung hiking dalam 2.7km. Hoih. Lebam mata. Tapi sejuk sangat sampai taleh nak tido. Tah apa nama tidurku malam tu. Lebih teruk dari tido-tido ayam. Whatever. Yang aku tau, jam 2 lebih memang sumer dah bangun. Ada sarapan di Laban Rata. Tak kuasa nak turun sarapan sebab pendakian akan bermula dari Gunting Lagadan, tempat dimana kami menginap.Maka makan aja lah apa yang ada, yang di bawa dari Mesilau Resort.

Tutup muka sebab sejuk yang bukan main-main punya!

Jam 2.30 pagi, ada taklimat. Kami menyibuk dengar taklimat dari guide kumpulan lain. Aku yang menyibuk adalah lebih tepat sebenarnya. Oh, seperkara. Syukur tak hujan. Tapi malam tu dalam jam 11 malam hujan macam turun sikit dan angin aku sure sangat-sangat kuat. Syukur sangat-sangat. Mungkin sudah tertakdir, rezeki kami nak sampai puncak Gunung Kinabalu.

Pendakian bermula dari pintu belakang tempat kami menginap. Orang sumer ada head lamp. Aku? torchlight. Tu pun Momo punya. Sarung tangan pulak macam mana? Sarung tangan aku sarung tangan stroberi, Moi punya. Beg pinjam Melor punya. Bag aku tertinggal di Jugra. Hehe. Kalutnya la aku kan? Apa pun pendakian bermula juga dalam kegelapan malam, sambil tumpang kasih cahaya dari head lamp orang. Malas nak pegang torchlight. Sementara leh tumpang, maka tumpang ajelah. Masa ni, aku macam tak larat. Seperti ta leh nak dapat rentak lagi. Berenti-renti juga aku di awal-awal pendakian.

Rentak mendaki semakin baik bila start hike guna tali di kawasan berbatu. Sesungguhnya, tak sia-sia aku mengada-ngada guna tali masa nak naik turun Bukit Jugra yang takdelah tinggi mana. Sekurang-kurangnya, aku tau cane nak lean your body backward from the rope. Sangat-sangat membantu. Alhamdulillah. Laju ja aku naik guna tali. Masa ada tali jelah. Masa tali tak sesuai digunakan, aku kembali menyiput. Hehe.

Jalan dan jalan, kejap tali, kejap guna tongkat akhirnya sampai juga aku di Sayat-sayat Hut. Mendaftar, dan aku boleh tersenyum sebab dapat sijil berwarna uda. Hip Hip Hoorayyyy! Namun perjalanan diteruskan lagi sebab aku mesti sampai Gunting Lagadan. Itu yang kawan-kawan aku pesan, "Kau mesti sampai Gunting Lagadan". Apakah rupanya Gunting Lagadan aku sendiri tak pasti. It must be top of the Kinabalu. Melur yang baik hati pinjamkan beg pulak pesan, "Orangnya tak dapat naik sampai puncak, tapi beg dapat naik pun jadilah". Orang kat kolej pulak suh tangkap gambar dengan bendera KMS . Wah! Banyaknya misi yang nak di selesaikan.

 Sayat-sayat Hut

Mula tu aku ingat ini pengakhirannya, tapi kenapa tali putih masih panjang?
Pandang depan...Okay depan dan naik lagi. Okay...Okay...T_T

Insiden paling best ialah bila aku hampir kehilangan cermin mataku di atas Gunung Kinabalu. Aku tayamum nak solat Subuh. Tapi aku solat cari tempat lain sebab tempat tayamum tu tak berapa rata. Cermin mata selamba badak aku tinggalkan kat tempat aku tayamum tadi. Lepas solat yang aku rasa macam solat gajah ja, dah gabra tak jumpa cari cermin mata. Menggagau-gagau aku mencari. Ah sudah. macam mana ni? Nasiblah Allah nak tolong, dalam kekaburan mata aku tu, aku seperti nampak kelibat manusia pakai seluar celorang celoreng. Macam Rahman. Tapi tak leh nak sure. Macam Korean pun ada. Terus aku speaking, "Excuse mecan you help me ?". "Haaa, napa?". Baru aku tau itu memang Rahman. Lega aku. Story sket. Rahman tunjukkan cermin mata aku. Syukur! Kalau idak...Malas lah nak fikir. Boleh kot? Hehe.

Dan bersama-samalah kami menuju ke puncak. Rahman cakap ini kali pertama dan terakhir dia nak naik Gunung Kinabalu. Aku kata kalau terakhir, meh kita naik sampai atas. Bulat dah nekad ni. Aku sekali sekala pandang ke belakang. Seperti aku insan yang terakhir naik. Aku tak kira. Aku mesti naik!

 Rahman macam perompak profesional, aku perompak amatur. 
Hampir dah nak sampai puncak, tapi aku memang tak larat dah masa ni.

Untung bertembung dengan Azim, so dia tolong capturekan pic ni.
Lebih suka dengan candid pic lately. Looks natural.

Dalam kira-kira 150m, puncak dah nampak. Tapi kudrat dah sangat-sangat tada. Sekarang mental mengambil peranan. Aku kena amik gambar di atas puncak. Mesti-mesti jugak. Dah nak sampai tu, ada lagi orang yang sudi menghulurkan tangan tuk tolong aku naik ke atas. Nampak sangat betapa prihatinnya dia dengan momentum aku yang nampak sangat dah nak sangat hampir kepada nombor sifar. Sebenarnya ada lagi insan yang menghulurkan tangan membantu aku masa di bawah lagi. Phewww. Seperti pertolongan itu macam kecik sebesar kuman. Tapi di saat itu, pertolongan seumpamanya memang sangat-sangat diperlukan. Thank you new friends.

Akhirnya...Aku on the top of Mount Kinabalu!!!

Perasaannya sampai ke sini sukar tuk di ceritakan. Pergilah sendiri dan korang akan tahu apakah rasanya. Perkenalkan - dari kiri beg Melor, sarung tangan stroberi Moi dan tongkat ajaib Sir Hafiz. Hiks. Sumer barang pinjam. Tunggulah aku jadikan hiking sebagai aktiviti tahunan, akan ku beli semua sendiri nanti.

Bendera KMS pun di angkut sekali. Antara pembakar semangat tuk aku sampai ke atas. Hiks.

 Muka insan-insan terakhir yang sampai ke puncak gunung pada hari tu. Dah takde orang lain dah. Maka dapatlah kami bergambar dengan tenang lagi aman.

Rahman yang menjadi penyelamat aku pada hari tu. Tada dia...meraba-rabalah aku gamaknya nak naik ke atas. Tenkiu Rahman!

Selesai sesi bergambar sampai hati puas, barulah turun semula ke Laban Rata. Check Out jam 1030 pagi. Breakfast jam 9.30 pagi. Masa tu jam menunjukkan jam 8.00 pagi. Berdasarkan pengalaman, aku tak rasa aku akan turun begitu laju seperti Superman.Maka redha jela ta dapat sarapan. Nasib ja aku dah siap-siap kemas barang-barang. Jadi hal check out tu jadi hal picisan je lah. Tak heran pun. Janji sumer selamat.

 Awal tahun 2013, aku capture puncak ni dari Kundasang. Jun 2013 aku capture puncak ni yang berada di depan mata aku. Alhamdullillah.


Perjalanan turun ditemani Robin dan Juan. Sebagai guide terpaksalah dorang temankan kami-kami yang lambat ni turun. Nak wat cane kan? Keja dorang. Maka layan je lah bersembang sampai ke Laban Rata. Dari hal gunung sampai hal anak-anak. Tapi respect kat dorang yang tak paksa-paksa kami turun laju-laju. Cool ja dorang melayan kadar kelembapan kami yang turun pun lebih kurang macam siput.


Trail berbatu yang kami lalu pagi tadi cerun rupanya. Pagi tadi gelap tak nampak. Bila cerah macam ni. Ohhhhh....Seram aiiii. Nasib aku bukan species yang gayat.
Di bawah tu Pekan Kundasang aku rasa. Heavennya tengok pemandangan macam ni. Subhanallah

Pandangan Laban Rata dari atas

Setakat ni dulu. Last part aku cuba sambung malam ni dengan gemuruh jiwa, semangat membara. Serius rasa nak naik lagi ke Gunung Kinabalu tahun hadapan!

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Friday, June 21, 2013

D'Javu Kinabalu - Part II

Salam dari Jugra,

This is the day!

Ya, inilah harinya di mana pendakian akan bermula. Aku berdebar bukan masa ni, malah lebih awal lagi. Since dari aku bagitau beberapa orang yang aku akan daki Kinabalu. Aku di momokkan dengan macam-macam cerita yang menyeramkan. Hujung jari kebas, hujung jari kaki kebas, kuku jari kaki tercabut, kaki ta leh di bengkokkan, kena beli kusi urut bila balik dari Kinabalu dan macam-macam lagi cerita yang kurang enak tuk di dengar. Aku anggap itu sebagai satu persediaan dan dorongan serta cabaran tuk aku sampai di puncak gunung. Tapi serius, sangat berdebar sampai aku leh dengar degupan jantung aku sendiri!

Tambah mendebarkan bila aku sebenarnya tak berapa sihat. Dilanda flu, batuk berpanjangan hampir sebulan sebelum hiking. Doktor sampai ketawalah dengar aku nak hiking. Ayat doktor yang paling tak boleh blah ialah, "You nak bernafas pun susah, lagi mau naik gunung, Kinabalu pulak tu". Aku jawab, "Tu sebab I jumpa you. I believe in you ". Gitu aku jawab. Ayat ta nak kalah. Hiks. Tapi percaturan Allah itu yang terbaik. Untung aku dianugerahkan flu batuk sebulan sebelum. Kalau seminggu sebelum?

Okay, sambung citer. Bangun patutnya jam 5 pagi. Tapi terawal. Biasalah bila berubah tempat tido. Dahlah sejuk! Hujan lak pagi tu. Kasi saspen. Tapi kami pikir positif. Ulang-ulang sebut,  "Baguslah hujan awal pagi. Start hiking nanti pasti hujan berhenti". Nah! Sekali memang betul-betul hujan berhenti sebaik kami nak mula breakfast. Hehe. The power of positive thinking. Apa yang kita kata itu satu doa kan?

Breakfast leh tahan juga tapi perutku penuh ngan rama-rama.
(Butterfly in my stomach katanya)

Excited belaka sumer sebelum hike

 Kami akan melalui Mesilau. Lebih 2 km berbanding Timpohon. 
Okay, silalah berdebar dengan lebih lagi.

Guide kami. Kira cam ketua kot. Sebab ada 3 guides semuanya. 
Asyik dia ja yang bercakap maknanya ketua lettew. 
Namanya Robin Hood. Hood tu aku memandai tambah wat penambah perisa. Hehe.


Mesilau trail is totally different from Timpohon
Walaupun lebih 2km, andai takdirNya aku naik lagi nanti. aku tetap pilih Mesilau! 
Yakin dan muktamad. 


Masa ni kami sampai di kilometer yang pertama dalam satu jam. 

Masa ni. bangga la sikit dalam beberapa mikrogram sebab seiring dan sejalan dengan Azim dan Faiz. Ini kalilah. Lepas tu. Jangan harap. Dua orang tu aku pun tak pasti apa jenis genetik yang terkandung dalam DNA dorang. Berdezup ja naik. Aku? Hehe. Siput pun laju lagi aku rasa. Azim dan Faiz sampai jam 3.30 petang di Laban Rata. Aku sampai 5.45 petang. Nampak tak betapa siput nya aku mendaki.

Aku rasala, aku menyiput sebab aku sibuk menikmati alam ciptaan Tuhan. Subhanallah.
Boleh kot terima alasan tu eh? Hiks.

Porter.

Inilah senario yang betul-betul mencabar dan mencengkam kewibawaan aku. Dorang bawa barang lebih berat. Cool kentang ja hiking. Dah sama taraf macam jalan-jalan window shopping di MidValley ja dorang. Siap bersembang-sembang bergurau senda. Aku nak bercakap pun tak mampu hoiiih. Kasut pun kasut Adidas kampung ja. Porter, u all memang awesome!


Simpang pertembungan antara climbers yang naik gunung ikut Timpohon dengan yang naik ikut Mesilau.

Masa ni aku masih OK. Energy dalam 75.0%. Tu sebab aku masih mampu angkat tangan wat peace.

Disini (Curam + Seorang+ Angin sangat-sangat kuat) 
= Energy 7.5% kena bantuan PowerBank @ mental yang sangat super kuat.

Serius masa ni, aku dah nampak bumbung kuning tu. Dalam 250 meter lagi agaknya. Serius aku dah tak lalu sangat-sangat. Hati aku yang paling kecik cakap, baring ja kat sini. Bukan jauh lagi pun. Memang betul-betul rasa nak baring kat jalan. Peeeenaaaattttt toksah citer. Aku rasa sebab aku ta cukup makan yang menyebabkan aku berhalusinasi macam tu.

Laban Rata dormitory.

Nasib ada couple Cina yang memang seiring dengan aku yang lambai-lambai dari atas sket suh aku move jugak. Dorang dah panggil-panggil macam tu, takan aku nak wat nyadin baring lak kan. Aku seret jugaklah kaki aku sampai atas. Betullah, bila kita dah sampai tahap ni, there is no strangers, we just made a new friends!

Di kafe Laban Rata. Makanan sedap. Aku melantak bukan makan dah. Lapar!

Kekenyangan selepas makan. Nak la balik bilik. Sekali tu Robin bagitau yang dorm kami di Gunting Lagadan, nunnnnn 150 meter lagi naik ke atas. Waduh... Mendaki lagi tu dengan perut kenyang! Semput jadinya. Dengan beban tambahan 7kg lagi. Hari lak semakin gelap. WahWahWah...What a sweet memories!

Seperkara - Percayalah, aku yang terkenal dengan takut sejuk dan tahap macam hapa ja  kalau di ofis aircond terlajak sejuk -  telah mandi di Laban Rata! Silalah percaya tanpa was-was. Sekian. 
Sambung lagi nanti.

Eh!TuAjeLahKali. Bye!

D'Javu Kinabalu - Part I

Salam dari Jugra,

Sebulan berlalu tanpa sebarang post. Malas nak bagi alasan. Kerna alasan-alasan itu hanya akan menampakkan betapa kurang profesionalnya aku menerajui blog ini. Ehem.

Terus ke topik utama. Mount Kinabalu XPDC. Wuhuhuhuuu... Aku dah sampai Kinabalu weh! Alhamdullillah impian jadi kenyataan. Kira nekad sungguh aku nak naik Kinabalu. Samada ada atau tiada geng@kawan. Gasak situ. Janji aku dapat pengalaman naik ke sana. Nekad! Sumer pun tanya cane aku leh terjebak dengan XPDC ni.

Citernya ialah aku memang dah masukkan hiking Mount Kinabalu dalam wishlist aku pada awal tahun 2013. Satu hari aku terdengar (atau aku curi-curi dengar sebenarnya) sorang student aku dok citer yang bapa dia nak bawa dia nek Kinabalu. Laju-laju aku tanya dia samada masih ada tempat lagi tak. Terus minta nombor organizer. Terus wasap. Terus bayar duit pendahuluan malam tu jugak. Terus beli tiket flight. Hahaha. Nampak tak betapa terdesaknya aku nak naik Gunung Kinabalu.

Perjalanan dimulakan pada pagi Khamis. Kira pertama kali berjumpa dengan kawan-kawan baru dan pertama kali jumpa dengan organizer, nick name leh tahan seram ~ Shah Momo. Tapi orangnya tidak seseram namanya. Very friendly dan murah dengan senyuman.

Dengar-dengar nak makan tengahari di Tanjung Aru. Terus aku terbayang pohon kelapa melambai-lambai dengan deruan ombak menghempas pantai. Sekali tu rupanya di pekan Tg Aru daaaa...Terus musnah segala harapan nak tengok pantai. Mo mengimbau kenangan bah tu. Kat Jugra pun ada pantai kalau nak tengok. Tapi ini Tg Aru Kota Kinabalu Sabah tau...T_T

Walau macam mana sedih pun aku kunun tak dapat gi pantai, makan tetap makan. Semangkuk Soto Jawa Campur licin gak aku sapu. Hehe. Nama ja gi Sabah tapi makan Soto Jawa. Bukan patut aku makan Soto Bajau tapun Soto Kadazan Dusun ke? Tapi tu ja menu yang paling menghairahkan yang ada di restoran tu. Selain soto yang ada ialah lauk sarapan pagi tadi. Jam 11 lebih masih lauk pauk sarapan. Apakah?

Siap makan sumer maka bergeraklah kami ke Kundasang. Dalam perjalanan, Shah Momo baik hati singgahkan kami di Rumah Terbalik. Wohooooo. Satu lagi impian tercapai, Sebenarnya aku dah pernah pergi pun Rumah Terbalik ni. Cuma rasa ralat sebab tak beli key chain tuk diri sendiri kat sini masa tu. Awesome sungguh key chain dia hingga kau rasa nak bawa gi tido sekali tau. Mak aku siap order key chain lagi tu  Tapi aku perasan, macam ada penambahan di sini. Toilet terbalik dan taman terbalik yang ko leh bergambar di luar. Jadi berbaloi juga tu membayar RM10...^_^

Rumah Terbalik for the second time. Cuma kali ni datang dengan kawan-kawan baru.

 Azim dengan toilet terbalik
En Zahari with her daughter, Fatin dengan garden yang terbalik.

Perjalanan diteruskan dengan begitu padu ke Kinabalu Park, Kundasang. Rasa macam dekat lak sebab sibuk dengar orang bersembang dan wat kelakar. Aku masih mengekalkan kesantunan aku di tahap paling maksima. Aku kan memang terkenal dengan kesopanan dan kesusilaan  dikalangan rakan-rakan baru. Jadi ada baiknya aku kekalkan aje perangai comel aku tu. Haha. Nasib ja student aka Fatin ada. Maka bersembang-sembanglah kami berkisar topik yang melaghakan seadanya.

Akhirnya sampailah ke Kinabalu Park. Sementara Momo daftarkan kami, kami diarahkan untuk melaksanakan satu tugasan yang hamat la mencabar minda dan kewibawaan aku sebagai pendaki amatur - kalah tugasan dalam program Running Man ~ memilih barang-barang tertentu sahaja untuk di bawa ke Mesilau seterusnya ke Laban Rata. Karena kami naik kut Mesilau, balik kut Timpohon. Hohohohooiiiii.

Apa nak bawa ni? Berapa helai baju. Seluar. Eh, konpiusnya! Barang taleh bawa banyak-banyak. Sebab upah porter leh tahan juga kosnya RM10 untuk 1kg. Dah la aku pertama kali nak naik Gunung Kinabalu. Kalau kali yang ke seratus lima puluh  juta, mungkin itu merupakan satu tugasan mudah tahap picit jerawat ja.

Pening nak memilih. Habis satu beg aku selongkar. Wat kira-kira. Aplikasikan sumer prinsip Fizik yang aku ingat masa nak pilih barang ~ Bernoulli, Newton, graviti, inersia, momentum, daya impuls habis sumer aku pertimbangkan. Harap-harap membantu hendaknya.

Disitu kami dengar berita yang kurang enak. Group hari itu (Khamis) tidak dapat naik ke Low's Peak kerana hujan yang sangat-sangat lebat pada jam 2 pagi. Alamak, berdebarnya. Kalau tertakdir nasib kami sama ngan dorang. Alahai sedihnya. Sumer pun berdoa, harap-harap cuaca akan baik-baik sahaja. Habis sumer orang aku wasap. Mohon doakan perjalanan kami akan dipermudahkan olehNya.

Para peserta D'Javu Kinabalu. Teka mana satu student itu? 
Taleh nak agak? Sebab lebih kurang sama serupa sebaya ja kan? Hehe.

Disitu perut aku mula mendendangkan lagu Aku Anak Kampung - Jimmy Palikat ft One Nation Emcee. Satu hari ni cuma makan Soto Jawa...bayangkan. Dahlah Kundasang sejuk! Maka singgahlah pula makan di Pekan Kundasang. Makan sup campur lagi ngan nasi putih dan telur asin. Perghhhh. Lazat sungguh! Orang kebuluran begitulah. Makan nasi ngan kicap pun akanku klasifikasikan sebagai lazat juga pada tika itu. Hehe. Setelah masing-masing kekenyangan, van kami meneruskan lagi perjalanan ke Mesilau Nature Resort yang leh tahan juga masuk ke dalam di hujungggggggggg jalan.

Mesilau Nature Resort...Here We Come...

Dormitory kami.

Dorm peserta perempuan nun depan pintu masuk. Dorm peserta lelaki is the opposite way.

Nak gi dinner bukan setakat kena menapak, tapi kena hike juga. Hoih.

Nasib makanan leh tahan sedap walau pun lambat nak top up.

Setelah kekenyangan, organizer bagi taklimat dengan penuh semangat juang...

Kami pula mendengar dengan dengan penuh khusyuk sambil aku bertukar serta merta menjadi hamster yang tak henti-henti mengopek dan makan kuaci untuk mengurangkan kadar kemengantukkan. Sepertinya teknik itu berjaya.

Habis taklimat. Bermulalah sesi mandi minyak sebab risau kesejukan akan mencengkam diri hingga mengganggu gugat sistem hibernasi we all. Orang lain guna DeepHeat dan apa saja jenama yang sewaktu dengannya. Aku? Guna minyak Yu Yee Cap Limau. Boleh?
^_^

Sambung lagi nanti. and thank you Azim bagi kebenaran gunakan gambar dari FB dia. Esok lusa I selongkar lagi album dari FB you. Thank you Very Much!

Eh...TuAjeLahKali!Bye!