Salam dari Jugra,
9 Zulkaedah 1434H, majlis tahlil dan bacaan Yaseen diadakan bagi mengingati pemergian Abah ke rahmatullah. Genap setahun Abah pergi meninggalkan kami dengan sejuta satu kenangan. Abah yang sentiasa berfikiran terbuka. Abah yang penuh semangat untuk setiap apa yang dia lakukan. Abah yang kuat. Abah yang tabah dalam setiap apa ujian yang menimpa. Itulah Abah yang aku kenal.
Dulu, akulah yang paling manja dengan Abah. Tah apa sebab, tapi aku memang manja dengan Abah. Sampaikan tidur pun aku nak tidur dengan Abah walaupun dah menjangkau belasan tahun. Kena sound direct dengan makcik, barulah aku tak mengendeng dengan Abah kalau nak tidur. Aku tak betah dengan Mak. Misteri Kg Pisang. Tapi itulah aku. Lebih banyak bercerita dengan Abah berbanding Mak.
Dulu, aku jugalah yang Abah nobatkan sebagai anak terdegil dari 7 orang anak-anaknya. Ada ja adik beradik lain yang degil selain aku. Tapi aku yang TERdegil. Aku tak ambil hati pun bila Abah bagi penganugerahan khas berprestij sebegitu. Sebab aku memang degil.
Masa aku nak pilih kursus untuk Ijazah. Berkeras aku nak ambil Sains Komputer walhal Abah bersekongkol dengan nenek melobi aku bertubi-tubi supaya aku amik bidang kedoktoran. Masa aku memilih jodohku. Abah memberi nasihat panjang-panjang, lebar-lebar. Tapi aku tetap aku. Mahu tak mahu, Abah akhirnya akur dengan kekerasan aku.
Dulu, aku menjadi kebanggaan Abah. Aku yang pertama dari seluruh keluarga, baik dari sebelah Mak atau sebelah Abah yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan. Dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah. Akulah yang pertama menjejakkan kaki ke Universiti. Dan sudah semestinya aku yang pertama menggenggam segulung ijazah. Setiap kejayaan yang aku perolehi, Abahlah yang paling beriya mencanangkannya ke seluruh taman. Dulu aku anggap Abah seperti riak. Tapi sekarang bila ku fikirkan semula. Bukan riak sebenarnya. Tapi gembira teramat tersangat-sangat sampai Abah tak boleh nak simpan aura gembira tu seorang-seorang.
Idea Abah supaya gambar kami adik beradik ambil ijazah di framekan. Ikutkan, kami semua macam tak setuju. Segan owh abah nak letak kalau boleh depan pintu rumah, tapi akhirnya sebulat suara letak di main hall. Bertahun, barulah impian Abah kami laksanakan. Itu pun bila Abah dah diagnose kan colon cancer stage IV. Derhaka rasanya kami melambat-lambatkan impian Abah. Maaf Abah, kami salah mentafsir niat hati Abah.
Abah selalu cerita, dulu dia juga bijak. Cuma kemiskinan yang menghalang Abah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Mungkin Abah bahgia tengok kami adik beradik berjaya dalam pelajaran. Masih terngiang-ngiang skrip Abah. "Kau belajar saja. Duit biar Abah yang uruskan. Usah risau"
Aku antara anaknya yang belajar dalam kepayahan. Di kampus aku makan ayam seminggu sekali. Makanan bercatu. Kerja part-time di kedai fotostat untuk menampung hidup di USM. Komputer beli sendiri. Duit pinjaman JPA kena pandai-pandai bajet. Di akhir-akhir hayatnya, Abah selalu ulang-ulang cakap, "Kesian ko dulu. Susahnya belajar. Tak macam adik-adik kau. Minta duit ja dapat". Aku jawab, "Takpela bah, Abah dah berusaha. Mungkin rezeki adik-adik dapat belajar dengan lebih selesa"
Semasa akhir hayatnya, Abah banyak habiskan masanya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Asal jumpa aku, mesti cakap, "Pandai kau. Tak ambil kursus doktor masa Ijazah dulu. Abah sembang-sembang dengan doktor-doktor muda di PPUM. Teruk dorang kerja. Nasib kau tak amik doktor". Aku senyum ja mengingat kembali detik kerasnya aku meletakkan Sains Komputer sebagai kursus pilihan pertama. Doktor aku letak juga untuk cover line. Kalau Abah tanya, aku leh kata aku letak doktor dalam pilihan tapi teda rezeki nak dapat. Padahalnya aku letak doktor sebagai kursus yang paling akhir. Pilihan kelima
Masih ingat, kali terakhir aku bercerita dengan Abah. Dalam kereta semasa perjalanan pulang ke kampung untuk Aidilfitri 1433H. Aku bercerita tentang kenaikan pangkat dan kebarangkalian aku kena berpindah, mungkin ke Labuan. Abah jawab, "Pergilah. Apa salahnya berkhidmat di tempat orang". Aku kata, "Family macam mana bah?". Abah kata, "Kalau itu yang Allah aturkan. Pasti ada hikmah disebaliknya. Kalau tiba masanya, kau akan uruskan segala perkara dengan baik".
Aku senyum laju-laju. Hilang segala gusar. Sekarang tahukan, apa sebabnya aku lebih suka bercerita dengan Abah. Jawapannya mudah, menenangkan dan mendamaikan. Sikap keterbukaan Abah sangat mengagumkan. How I miss him so much! Ah...Touching uda ni...
Sisters. Abah, kami takkan pernah berselisih faham. Kami janji!
Pegang erat janji untuk menjaga dan menggembirakan hati Mak seperti yang Abah nak. Brother & sisters, mudah-mudahan kita akan bersatu hati hingga Jannah. Aaamiiinn.
Anak. Anak Saudara. Sepupu. Cucu.
Kami bersama-sama, berkumpul hari ini kerna Allah. Kerna Abah.
Al-Fatihah...
Eh!TuAjeLahKali.Bye.