Saturday, November 22, 2014

KAKOM 2014 - Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Salam dari Senaling,
Selesai sudah KAKOM bagi tahun 2014 selama seminggu. Bermaksud terbakar hangus jugalah cuti-cutiku. Tapi..."Ada aku kisah?" dan memang aku tak kisah pun. Pagi tadi, habis cycling aku bermonolog. "Uishhh, nasib baik gi KAKOM seminggu. Masuk hari ketiga bercuti ni, leh tahan juga tahap kebuhsanannya". Tak semena-mena aku rindu nak berkaraoke (tapi tiada teman). Rindu nak beraerobik (pun tiada teman). Rindu nak naik kapal terbang (Yang ini tak berteman pun tak mengapa kot) Iskkkk... T_T

Harus tahu ini, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) terletak di Kepala Batas. Banyak tempat makan yang best di sekitarnya. Memang banyak dan bukan calang-calang. Semuanya sedap-sedap. Kalau nak hancurkan diet, silalah bertandang ke sini. Laksa yang dijual kat gerai dalam kolej masa KAKOM pun sedap. Eh, meleleh pulak air liur aku bilang kenangkan makanan kat sana.


Restoran Ikan Bakar Din harus dikunjungi kalau ke KMPP. Wajib!

Kali kedua aku pergi, pergi dengan ex-clique dari KMS. Kali ni aku dapat merasa daging harimau menangis yang tersohor tu. Sedap baq hang. Abaikan muka kami yang sunburn itu.

Namun, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang scenerynya agak plain. Tak secantik Kolej Matrikulasi Perak yang aku posing amik gambar macam ada photoshoot. Ah, itu tak penting. Lebih penting ialah aku akhirnya sampai ke KMPP, kerna KAKOM 2014. Yeay...


Again, aku bawa basketball team. Cintanya aku terhadap basketball tidak dapat disangkal lagi agaknya. Paling sadis, kisah 2012 kini berulang lagi. Peningkatannya ialah kami berjaya ke peringkat suku akhir. Namun masih tidak mendapat sebarang pingat. Bukan rezeki agaknya. Tapi air mata menitik juga. Ah, ralat rasanya. Aku tak layak jadi coach, sebab aku hanya pandai main basket. Oh plis aku nak resign dari KAKOM. Pleaseeeee...

Mau ta ralat...Minggu exam pun turun latihan hoiiih.


Aku dengki dengan manusia yang boleh capture pic candid sebegini indah.



Kaki aku masuk dalam pic candid ni pun dah cukup membahagiakan.

2012

2014

Both Talented. Both Zero Medal.
Sumpahan?

Ni terharu k. Kawan seofis sudi jenguk siap tapau kepek bagai. Tenkiu Am.

Bowling. Pencapaian individu terbaik sebab sedari NH ajar teknik mencampak bola yang betul. Katakan selamat tinggal pada longkang selepas ni.

In action, nampak sangat ta real nya aku. Kasi spoil pic...

KAKOM 2015 di Kolej Matrikulasi Melaka. Tak mo pegi ah.
Dekat sangat...Bye!

Monday, November 3, 2014

Ekspedisi Satu Hari ke Gunung Angsi dan Alkisah Bukit Sampah

Salam dari Senaling,

Pemandangan dari Puncang Gunung Angsi ...Subhanallah.
 
Hutan adalah menakjubkan.
 
Aku cintakan alam sekitar. Nak kata taksub pun aku setuju jer. Manakan mungkin aku tak jatuh hati padanya. Dengannya aku rasa akrab dengan Yang Maha Pencipta. Hilang sumer lelah bila disajikan dengan pemandangan-pemandangan yang mendamaikan jiwa. Patutlah rumah atas bukit sangat mahal, walhal kot tepiiiiii sangat rumah kau dengan lereng bukit. Tapi...ah, abaikan saja.
 
Aku seperti biasa, kalau kata nak tu memang aku nak nak nak juga. Degillah katakan. Nak buat macam mana kan? Hehe. Aku teringin nak ke Gunung Angsi memandangkan gunung tu dah dekat sangat dengan Kuala Pilah. Tengok-tengok ada pulak rakan sekerja terputus kasih jumpa balik di Facebook akhirnya sama-sama di bawah satu bendera. Bendera Negeri Sembilan. Nak ditambahkan perisa, dia giler hiking. Memanjang aku tengok post dia tentang hiking. Rinjani, Angsi, Datuk, Broga, Angsi, Datuk, Angsi, Datuk....Ehhhh...nak la ikut sebab dia rajin gi Angsi.
 
Akhirnya...
 
 Audrey pun teringin nak pergi Angsi tapi orang yang kata nak bawa dia tu siap bagi syarat... Nasib jumpa aku yang baik hati ni. Tiada syarat dan terma. Janji jangan suh aku dukung je...^_^
 
 Itulah Ain Hanny, yang rajin hiking. Masa ni Sabtu, Ahad tu dia plan nak naik Datuk kek Ghombau lak. Memang dahsyat adik sorang ni.
 

Ini mercu tanda atas Angsi. Katanya kapal terbang...Kapal terbangkah itu? Agaknya...Kapal terbang zaman neolitik mungkin...
 
Kami naik jam 7, touch down jam 11. 4 jam is quiet okay kata Ain. Next time aku nak cuba perbaiki masa tu.  Ain penah naik amik masa 1 jam 50 minit ja. Yang pasti aku takan publish kat FB kalau aku berjaya pendekkan masa tu nanti. Eh?...Apa kes?
 
Sebab aku ada niat yang sama bila aku cycling ke Bukit Sampah semalam. Musim hujan ni, aku memang layan on road which is Bukit Sampah lah. Dah nak masuk 4 kali rasanya. Mula-mula dulu aku amik masa 45 minit untuk 7km. Makin lama makin bagus la juga.
 
So, semalam siap set meter, nak show off la katakan. Dan semalam memang agak laju juga aku kayuh naik bukit tu. Fokus toksah citer, tunduk pandang jalan, kayuhan sangat konsisten, dah macam mengayuh tuk Le Tour De Langkawi lagaknya. Lagi dua lap nak sampai puncak.....dannnnnnnnnnnnnnnnnn tetiba aku dengar bunyi sesuatu yang agak menakutkan.
 
Bunyi binatang menderam. Hoihhh...Berhenti terus.
 
Perkara pertama yang terlintas kat kepala aku "Serigala jadian". Nampak sangat banyak baca komik aku ni. Tapi memang seram, lantas aku ajak partner turun ja. Risaunya aku kena terkam ngan serigala jadian yang aku jadi-jadikan itu. Tapi bunyi menderam tu memang siyes menakutkan. Kami patah balik dan tak dapatlah aku nak show off. Kan...?
 
Moral citer. Jangan riak, dan jangan cuba-cuba untuk riak. Tengok, dah kurang kalori  terbakar semalam. Anyway, alhamdulillah. Nampaknya aku masih menjadi pilihanNya. Tenkiu Allah. Luv u.
 
Bye.