Dua tahun lepas gigih aku taip entri sal betapa hots nya tangan aku sampai sumer pokok mati dikerjakan aku. Flashback disini. Tapi kan, tapi kat belakang rumah aku di Senaling skang, ada kebun la weh...
Siapa sangka...
Kat pagar, menjalar pokok ni...Teka apa?
Pokok timun...mihmihmih
Pagi tadi aku intai dah besar dan dah mula menampakkan rupanya yang sebenar.
Sungguh tak ku sangka, rupanya semua orang mampu tuk bercucuk tanam. Dengan ini aku isytiharkan istilah tangan panas tu tak valid.
Semua orang boleh tanam pokok dengan ilmu. Alhamdulillah aku berguru ngan pakcik makcik suami isteri di Pasar Tani Kuala Pilah, tempat aku beli sumer anak-anak pokok ni. Aku juga berguru ngan Anie dan Liza, rakan sekerja kat ofis.
Aku kongsi ilmu ngan korang lak supaya pasni tayah dah beli sayur kat kedai, walau pun sayur tada GST...
#1 Tanah kena sesuai. Beli ja tanah hitam kat nursery, biasa boleh dapat 3 beg RM10 campur 1 beg tanah merah.
#2 Guna polybag ja tanam pokok, tayah beli pasu, pasu leceh, mungkin boleh pecah. Guna bekas mineral botol yang besar, atau bekas minyak pun leh, tapi kena cucuk-cucuk supaya air leh kuar.
#3 Nisbah tanah hitam : tanah merah ialah 3:1.
#4 Beli anak pokok, pindah ke polybag letak dulu kat tempat redup (tapi masih dapat cahaya matahari) dalam 4-5 hari, pastu baru letak luar.
#5 Jumlah air, tempat nak letak pokok bergantung kepada jenis tanaman.
#6 Pokok pandan mesti letak tempat redup forever, air kena banyak.
#7 Pokok menjalar, letaklah ia dekat pagar.
#8 Pokok cili, tanam dia condong supaya akan ada banyak cabang tumbuh nanti.
#9 Baja letak 2 minggu sekali, aku guna baja organic (tahi ayam di proses)
#10 Siram pokok dua kali sehari, aku siram pagi sekali, petang sekali.
Berdasarkan pemerhatian aku, pokok cili dan pokok timun sangat mudah mengundang pelesit. Eh, parasite. Parasit ke? Semut, hama (hama ke?), ladybird orange adalah antara yang rajin bertandang. Kalau setakat bertandang nananana, takpe juga....Ni kasi pokok rosak, cane tu?
Mula tu aku malas ah nak guna racun, nak organiclah kunun. Tapi bila aku tengok pokok cili dan timun semakin berlubang, kecut dan tidak bermaya... Datanglah Anie menyelamatkan keadaan. Hehe. Kena dengar kata orang berpengalaman, baru berkat ilmu. Maka belilah aku racun dari Pasar Tani.
Selepas sembur racun kat pokok, barulah takde pelesit ni. Aku bajet nak sembur kalau bilangan pelesit semakin bertambah. Setakat 3 hari ni, pokok cili masih terpelihara. Pokok timun dah kurang menerima kunjungan Lady Orange. Jadi tip seterusnya...
#11 Racun kena ada, tapi sembur bila perlu ja.
Setakat ni ada pokok cili, pokok timun, pokok bendi, pokok terung, pandan dan kunyit belakang umah. Tapi buah yang aku nampak baru buah timun...jadilah. Alhamdulillah
Citer belakang umah ja, depan umah...hehe
Ada pokok hiasan.
Tapi jenis berdaunlah setakat ni menjadi. Yang berbunga lom cuba lagi. Hehe. Asalnya ada satu, dua pasu...sekarang ni membiak, aku alihkan jadi berpasu-pasu. Dua species ja aku ada. Dapat di Selangor. Kek Pilah subur nya la haiiii...
Ada pokok betik di luar pagar. Tiga pokok semuanya. Doakan berbuah segera ya.
#12 Satu gi, kalau tanam sayuran buahan masa musim hujan, adalah lebih afdal. Pokok senang nak naik compare to musim panas.
Aku niat, kalau sumer dah berbuah...kalau jiran belakang, sebelah nak amik. Silakanlah. Aku sedekah, moga dengannya pokok-pokok ni akan berbuah dengan jayanya.
Nak sedekah, gi cakap kat blog...Ko bajet jiran ko baca blog ko ke?
Maafkan saya, saya pemalu orangnya. Hikhik (ketawa sambil tutup mulut)