Sunday, December 20, 2015

Jamboree Gomeh 2015

Salam dari Senaling,

Ini adalah jamboree terakhir aku pada tahun 2015. Insha allah tahun depan, lebih banyak jamboree menyusul. Insha allah, walau pun jamboree yang baru lepas ni terasa lebih 'sengsara' berbanding Jamboree Jeram Tengkek.

Dengan hidung tersumbat penuh mukus. Srok srek srok srek sepanjang kayuhan. Riders lain sibuk nak fikirkan strategi tuk kekalkan stamina, aku sibuk nak fikir macam mana nak keluarkan mukus yang tersumbat ni. Choiiii sangat...

Dalam kata nak kayuh laju-laju sebab nak kejar dua kenduri kawen, masa tulah pulak rantai basikal jatuh. Dua kali. Itu dah cukup tuk memperlahankan kayuhan. Lom masuk kes paha cramp. Kiri dan kanan. Berhenti lagi tepi sawah tongah paneh tuk sapu krim panas. Kenangan semua tu. Priceless. :)

Tersenyum walau pun kepala nga weng kesan flu.

Baru diizinkan Nya dapat join dua jamboree. Setiap kawasan adalah berbeza. Kalau Jamboree Tengkek dapat view air terjun. Jamboree Gomeh ada jalan keretapi. Siap kayuh atas trail keretapi.
 
 Dah serupa cowboy naik kuda. Pakai seluar padding tebal pun bontot rasa sakit.

Tak cukup dengan tu, kayuh plak kat jirat cina. Ini rare. Kayuh dalam kawasan jirat cina. Susup sebelah-sebelah ja jirat tu. Penaja pesan jangan langgar apa-apa. Nanti 'dia' bangun. Cis.

Masuk kebun getah, lalu sawah, naik turun bukit tu biasa. Tapi psiko sungguh rasanya bila dah nak hujung-hujung tu kena panjat laluan motorsikal melintas jalan keretapi. Perghhh. Otot paha masa tu memang dah tak berapa nak sihat. Tambah ngan srok srek tak henti. Aku memang tak pandang depan masa kayuh kat sini. Tunduk bawah pandang jalan lagi bagus. Kalau aku pandang depan, memang nak jer aku berhenti, tolak basikal. Haha. 

Selain kenangan dan pengalaman, paling best kalau gi jamboree ialah...

dapat finisher medal

dan

t-shirt yang awesome...


Sekian. ^__^

Thursday, December 3, 2015

Syukur Sang Suami

"Alaaaa... tertinggal lagi bekas air di gym", rungutku sebaik melangkah masuk ke rumah.

Suami diam. Khusyuk mencuba untuk melepaskan level 81 permainan Fiend di tablet Amin.

"Banyak dah bekas air Ana tinggalkan merata tempat". Sengaja ku kuatkan volume suara supaya suami maklum, maka dengan ini tiada satu pun bekas air yang tinggal di rumah untuk dibawa semasa aktiviti berbasikal atau badminton nanti.

Suami masih diam. Ini suatu misteri. Ku kira rezeki aku malam tu kerna tiada ulasan bercirikan sinikal dilontarkan. "Berkat solat dhuha agaknya", detik hati kecilku. Aku tersenyum lega, lantas beg yang ku sandang diletakkan atas meja. Tudung yang basah dek peluh semasa berzumba tadi ku lepaskan.

"Lain kali bekas air sangkut kat leher". Sekali suami bersuara. Perghhh... Terngiang-ngiang pula lagu "Sakitnya Tuh Disini" masa berzumba tadi. "Tak khusyuk agaknya dhuha siang tadi", sempat pula hati kecilku berbisik.

Ku rapati suami. Dia masih khusyuk mencuba melepaskan level 81 tersebut, seolah-olah suara tadi datang dari syiling rumah. Ku tepuk-tepuk lembut bahunya menggunakan bil Streamxy yang baru ku ambil dari peti surat tadi.

Sebaik mata kami bertemu, aku beri cadangan.
"Brand Tuuperware ja ada tali kat bekas air. Belikan ya".

Riak wajahnya... Ku kira itu ialah reaksi petanda kesyukuran sang suami kepada Yang Baqa' kerna diberi peluang dapat hidup bersama seorang isteri yang kreatif lagi bijak.

Kreatif mengatur ayat. Bijak menjawab.

Aku tersengih dan suami kekal dengan riak wajah kesyukurannya. Alhamdulillah.