Wednesday, June 22, 2016

Poyo Sungguh Bila Hati Terasa

Salam 17 Ramadhan dari Senaling,

Drama betul semalam. Bersemangat aku nak berbuka di masjid (buat pertama kali tahun ni). Seawal Subuh (ketika pengumuman berbuka puasa di buat) suami je nampak tak bersetuju. Katanya takut budak-budak tak dapat makanan. Jenuh jugalah aku meyakinkan beliau dengan masuk campur sedikit info berkenaan keyakinan dengan rezeki Allah. Siap offer kalau tak dapat makanan (yakni rezeki berbuka itu bukan milik kami sekeluarga), lepas Maghrib jom gi kepsi jew. Apa susah?

Menjelang 4 petang (masa amik anak-anak dari sekolah), mood kodok bermula. Semua kata ta nak pula berbuka di masjid. Kali ni aku keluarkan pulak info kesyukuran, info rezeki, info besederhana, info kemasyarakatan... eh macam-macam info lah tuk menyakinkan mereka dengan nada suara ustazah bagi ceramah keibubapaan di Forum Perdana. Nampaknya tak menjadi juga. Mungkin aku yang belum bijak meyakinkan orang.

Yeah, masa tu seketul kecil fed up mula muncul dalam diri.

Usai Asar, mood Iman dah swing. Muncung, tanak bercakap, muka tak puas hati. Dipujuk-pujuk pun tak berapa nak berjaya. Mungkin aku yang belum bijak memujuk anak.

Maka, total dah ada dua ketul fed up.

Lagi sejam setengah untuk berbuka, dengan harapan masih bersisa di hati. Amin pulak start engine. Dia punya agenda lagi rare. Cakap perlahan je yang dia nak berbuka puasa makan roti di rumah. Pastu berlalu pergi layan cerita di komputer. Suami desak aku pujuk Amin. Suami tak tahu yang aku belum cukup bijak memujuk anak. Disebabkan aku berazam tuk jadi isteri mithali, maka aku cuba juga pujuk.

Guess what? 

Tak berjaya la jawabnya. Siap menangis meraung macam kena cubit-cubit. Walhal aku tarbiyah guna method lembut punya hingga aku sendiri tak sangka aku boleh jadi selembut itu. Bila dipeluk bertambah kuat lak tangisannya.

Masa tu, aku bukan fed up dah. Tapi aku marah. Ya aku marah. Kurang pahala puasa aku semalam.

Jadi aku keluarkan cencaru dari peti ais, masak nasi, panaskan bubur kacang dan kuah asam pedas, keluarkan salad dan kali ni turn aku pulak yang diam seribu bahasa.

Ya, aku kecil hati. Tak berbaloi kecil hati ngan suami dan anak-anak, tapi aku betul-betul terasa hati.

Nak tenangkan hati, aku amik wudhuk, aku baca Quran. Tapi air mata aku berlinang-linang. Baca tafsir Surah An Nahl ayat 19, "Dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan". Berjurai-jurai air mata aku.

Ya, Allah sahaja yang tahu yang aku terasa seperti aku seorang je dalam rumah ni yang bersemangat nak mempelbagaikan aktiviti di bulan Ramadhan. Aku je yang beriya-iya nak istiqamahkan solat Subuh berjemaah di masjid. Aku je yang mahu-mahu sangat sama-sama satu keluarga ke masjid solat tarawih. Aku je yang beriya nak bagus-bagus di bulan puasa ni. Ya aku seorang. Itu yang aku rasa.

Aku terasa seperti aku bertepuk sebelah tangan. Cinta tak berbalas macam tu.

Aku cuba nak tenangkan diri. Nak relax cool chillex. Nak let go. Tapi belum boleh lagi. "Keras hati kau Roy". Aku menangis sepanjang berbuka puasa hingga selesai Maghrib. Poyo betul. Sudahnya aku amik keputusan untuk tidur seawal jam 8.15 malam. Biar reda sikit perasaan poyo aku ni.

Aku cuba muhasabah diri. Mulut aku memang leh tahan juga lasernya. Banyak kali juga aku calarkan hati suami dengan sikap nak menang aku ni. Main Sahibba dengan anak-anak pun aku nak menang. Bayangkan. Mungkin ini juga satu peringatan untuk aku banyakkan diam dari bercakap dan menyakitkan hati orang. 

Dan bila yang dulu aku pot pet pot pet diam (belum sampai 24 jam pun), adakah ia akan menambahkan keharmonian kepada alam sejagat?

Kau rasa?

Tuesday, June 7, 2016

Fairy Cave, Wind Cave & Tasik Biru

Salam dari Senaling,

Mari #throwback journey di Sarawak. Kira last la kot entri travelogue ke Kuching ni.
Setel di Miri
Gua Niah
Tusan Beach & Canada Hill
Taman Awam Miri & Miri City Fan
Miri Crocodile Farm & Grand Old Lady

Kuching
Waterfront Kuching
Outdoor di Kuching is awesome, cumanya bila hujan terusik jugalah hati kecil ini. T_T
 
Angin semakin kuat, immediately lepas kami habis explore Kampung Budaya. Can I say immediately? Aku rasa memang immediately... (Exploremate tolong komen sikit nanti)

Alhamdulillah. Ya, syukur pada Allah sebab Dia telah perkenankan doa kami. Kami mohon dipermudahkan segala urusan (pastu list kan semua itenary dari Miri sampai Kuching yang kami rancang untuk pergi) dalam group wasap. Semuanya diperkenankan. Dari Miri lagi aku dah perasan. Sampai destinasi, walaupun awan berarak mendung dan hujan renyai, tapi bila sampai destinasi mesti cuaca cerah. Subhanallah, nikmat Allah mana lagi yang aku mahu dustakan? Mana?

Tapi yang ini, ialah plan adhoc. Tak sangka habis explore tiga tempat (Kampung Budaya, kaki Gunung Santubong dan Damai Beach) dalam masa setengah hari ja - sebab tempat dekat-dekat. Jadi apa salahnya kami ke Tasik Biru, Fairy Cave dan Wind Cave yang terletak di satu daerah pulak kan? Disebabkan itenary ni tak tersenarai dalam itenary yang didoakan saban hari, maka turunlah hujan rahmat bila kami tiba di destinasi adhoc tersebut.

Ada la rasa ralat sikit sebab aku manusia biasa. Hikmahnya; menyebabkan aku berazam nak bawa family pula ke Kuching. Mihmih. Dah tiga tahun berturut-turut ke Langkawi. Moh kita tukar angin pulak nanti ya. Insha Allah. Aamiiin.

Pssttt... info. Untuk pengetahuan semua, mencari masjid tidak semudah macam di Semenanjung. Jadi kalau dah nampak masjid tu, berhenti dan solat ja terus k.

Tasik Biru,, Fairy Cave & Wind Cave letaknya di daerah Bau. Jadi boleh habis explore tiga tempat ni dalam masa setengah hari. Perjalanannya ke dua gua tersebut tidaklah sehavoc ke Gua Niah. Tapi worth it tuk masukkan destinasi ni dalam itenary terutamanya kalau anda minat outdoor!

Hujan yang mencurah. me'limit'kan perjalanan kami. Pintu masuk ke Fairy Cave tutup terus. Berkunci bermangga. Bahaya agaknya nak naik tangga dalam keadaan hujan macam ni walau pun belum masanya tuk di tutup.
 
Hujan tapi tegar nak bergambar juga di signage ni.
 
Kami ke Wind Cave pula lepas tu. Wind Cave dibuka. Tapi kami dicadangkan untuk meninjau gua pertama sahaja atas faktor keselamatan. Aku boleh bayangkan, kalau cuaca baik. Perghhhh mesti lagi best ni. Tak mengapa, ada rezeki lagi tu tuk aku bawa keluarga pulak nanti.
 
Ini ja picture yang jadi. Selebihnya... T_T
 
Dan destinasi terakhir ialah ke Tasik Biru. Masa ni, hujannnn... fuhhhh.. Memang lebat habis. Cats and dogs omputih kata. Tapi nak juga nak juga...

Can you see the cats and dogs? Lebat teruk tapi bertuah sangat dapat kawan travel yang giler nak layan semua kegilaan ini. Bahahaha
 
Maka selesailah itenary kami pada hari kedua di Kuching. Alhamdulillah. Best sangat ke sini. Nak datang lagi tahun depan rasanya sambil kuis-kuis mouse sebab leh tahan juga harga tiket flight nak bawa lima orang ke Kuching. Mihmih

Mengharap sangat moga bermanfaatlah entri-entri ku buat insan-insan yang ingin ke Miri atau Kuching, terutamanya bagi yang suka bertadabur mencari cinta Allah melalui alam. Perghhh ayattt. Tapi betul kot, sebab kami memang banyak spend masa tuk sight seeing daripada shopping/ food hunting. :)

Bayangkan, empat hari tiga malam tanpa proper lunch. Antara senarai lunch kami ialah KitKat, biskut Tiger, roti Gardenia, pisang goreng, dan burger jual depan sekolah tuk budak sekolah tapi kami sapu juga. Hehe. Tapiiii kan... sekali shopping; amek kau.... tiga jam dalam satu kedai ja. Haha.
 
Dasar perempuan dan bermanfaatlah hendaknya perkongsian ini. Aamiiin. :)
 
Bye loves