Tuesday, February 28, 2017

Hanoi Vietnam 2017: Journey Begin

Salam dari Senaling,

Lin dan suami sampai jam 3.30 pagi di Empress Hotel. Jam empat lebih sikit dah sampai KLIA2. Dekat ja sebenarnya. Berdebar selagi tak sampai airport. 

KLIA2. Travelmate forever Insha Allah. Kali ni bawa wefie stick. So, banyaklah pic berempat kali ni.

Tak merayau ke mana pun. Masing-masing terus nak masuk international gate. Zatul edarkan boarding pass, dan masing-masing keluarkan passport. Ada yang tanya, perlu ke IC. Aku cakap tak payah. Anita kata " Kenapa kau tak bawak IC?". Yang tiga orang tu sumer bawa IC, bawa passport.

Ah, berdebar dah masa ni. Seingat aku passport dah cukup. Fungsi dah macam IC lebih kurang. Tapi lama dah aku tak gi oversea. Sempat ke ni kalau aku call Incik Suami suh datang KLIA2 pagi-pagi buta hantar IC? Atau aku hanya melambai pada travelmate, say good bye? Atau aku kena beli tiket kemudian? Ah sudah...

Sardin je aku hulur passport dan boarding pass di kawalan keselamatan pertama. Lepas. Tapi belum lega.

Pemeriksaan imigresen. Pegawai berkenaan ambil passport, scan dan ....

Dia tak cakap apa-apa pun. Lega hoih!

Moral cerita; Ada passport tak perlu IC. Subuh-subuh dah wat jantung kerja lebih.

Disebabkan kes Kim Jong Nam di KLIA2 baru-baru ni, pemeriksaan di boarding gate jadi lain macam ketat. Lepas boarding gate, ada lagi pegawai imigresen wat pengecaman. Patut jam 6.05 pagi boarding, sudahnya jadi jam 6.30 pagi.

Moi yang berlepas ke Hanoi sehari awal dari kami ada mention di Whatsapp grup; "We are a set of foreigner here (at boarding gate)"

Barulah faham apa yang Moi maksudnya. Malaysian pagi tu hanya kami je kot. Selebihnya omputih dan Vietnamese. Lama dulu aku fly ke Ho Chi Minh, ke Bandung, ke Jakarta ramai ja Malaysian. Ohhhh... Macam faham je apa inferensnya. Sebab utama ialah; Hanoi bukan tempat shopping. 

Patutlah harga barang di Malaysia asyik naik tak pandai nak turun. Malaysian banyak duit. Suka shopping. Masa kami balik, nampak boarding gate ramai pakcik makcik, penuh. Zatul agak, orang nak gi umrah. Aku intai-intai; ke Padang, Indonesia. Pun tempat shopping!

Inferens diterima.

Atas flight, masing-masing kelaparan, last meal aku ialah petang semalam.
Terbayang-bayang nasi lemak, nasi goreng halia, nasi ayam. Meleleh air liur.

Tah pesal, lepas sejam baru dapat makanan. Pelik pulak rasanya. Mungkinkah kerana perjalanan yang lebih jauh (tiga jam) menyebabkan mereka hidang lambat. Kalau tahu tadi, lepak makan di Old Town White Coffee dulu.

Dalam flight aku pinjam buku Lin. Nak membaca kunun, haram tak baca pun. Baca sikit dah pening. Aku ingat naik kereta ja aku jadi macam tu. Rupanya atas flight pun. Tiga jam layan tido, makan, tido, gi toilet, tido dan sampai akhirnya, Alhamdulillah.

Bila aku gi travel ke negara orang, mende pertama yang buat aku teruja ialah perkataan dan bahasanya.

Hantar pic ni pada Incik Suami nak bagitahu selamat sampai. Respon beliau? Lain kali amik wefie jangan bagi nampak stick tu. Iyolah...

Di Noi Bai Airport, ASEAN tayah visa. Masuk je hulur passport cam biasa. Terus cari kedai jual sim kad Vietnam. Anita bawa satu fon lebih,, kami dah bersetuju awal-awal nak beli satu sim kad je. Untuk emergency. Kalau nak online guna ja wifi awam. Roaming sungguh mahal. 

Sampai Hanoi jam lapan lebih. Masa di sini lewat satu jam dari Malaysia. Bersadailah kami di luar airport tunggu airport transfer yang kami booked awal dari hotel. Boleh tahan jugalah menunggu. Tak lama, tapi di negara orang buat aku berdebar lebih. Dah plan nak buat City Tour hari ni. Banyak tempat nak pergi. Takut tak sempat nak gi semua.

Call hotel, tak dapat sebab tak pandai nak dail nombor gaya Vietnam. Lupa lak nak tanya di kedai simkad ja macam mana nak dial. Aku hotspot macam tak jadi. Lupa di airport ada wifi. Hehe

On wifi, dan whatsapp Mr Tung. Lambat pula dia reply. Mean dia tak reply terus. Tak sabar tul aku masa tu. Siap plan nak naik teksi ja pergi hotel kalau menjelang jam sembilan tak sampai lagi.

Tak lama pastu abam Tung reply. Masa tulah aku dah start bertenang. "Two minutes", katanya. Barulah tak panas bontot kami ni bangun duduk cari orang pegang kertas tulis nama aku lagi. Tak lama pastu, nampak sorang brader berlesung pipit mendekati kami. "From Malaysia?".  Yes! Aku intai kertas yang dia pegang ada nama aku. Haaaa... akhirnya.

Driver kami namanya Duan. Yang kiut miut pegang kertas tadi tak sempat nak interbiu. Susah nak berkomunikasi di Vietnam, sangat sedikit yang boleh berbahasa Inggeris. 

Inilah hotel kami. Royale Palace Hotel 2. Terletak di 95, Jalan Hang Bong. Sekitar Old Quarter. Langsing bangunannya. Di Vietnam, perkara ni normal.

Melangkah masuk ke hotel di sambut senyuman manis. 

"Mr Tung?", aku tanya. 
"Yes". 
"You looks different from your whatsapp profile picture".
"There are two people handle the same number"

Ooooo... Sebab dalam whatsapp, profile pic nya diva sangat. Sekali jumpa. Eh, kiut molek aje.

Berbincang lak kami lepas tu tentang airport transfer tuk balik pulak, dan paling penting book Halong Bay (orang Vietnam sebut Halong Bai) tuk esok. 

Kami request itinerary untuk explore Sung Sot Cave selain aktiviti-aktiviti utama. Jadi kami akan join Galaxy Cruise. Harga USD143. Eh? Murah dua dolar pulak dari perbincangan awal dalam emel. Rezeki. Dua dolar lepas beli air mineral dua botol besar kot. Masing-masing bayar laju-laju sebab tanak pegang duit dengan nilai banyak.

Setel sumer, dan tak boleh masuk bilik lagi pun sebab masih awal. Kami tinggalkan beg di lobi hotel untuk mulakan City Tour secara sendirian berhad. Nak jimat USD35 - 45 punya pasal.

Hanoi, Vietnam. City of motorcyclist. 

Hustle bustle street. Crazy traffic.

"Don't panic. Don't run. Above all, don't change your mind. (keep on moving)" 
~taken from article Hanoi Last Minute, September 2011
Alhamdulillah. Indahnya kenangan. Moga bermanfaat. Bye!

Thursday, February 23, 2017

Tips ke Hanoi, Vietnam

Salam dari Senaling,

Alhamdulillah selamat sampai dari Hanoi jam 1.30 petang waktu Malaysia. Naik bas dari KLIA2 ke Terminal 1 Seremban. Tiket RM10 je. Pastu naik bas ke Kuala Pilah jam 4.30 petang. Selamat sampai jam 5.30 dan barulah Incik Suami amik balik Senaling.

Daebak juga pengangkutan awam di Malaysia ni.
Hakak bagi lima bintang.

Aku nak kongsi antara perkara-perkara penting kalau anda berminat ke Hanoi.

1. Harga tiket (samada AirAsia, MAS, atau Vietnam Airline) kalau dapat RM400 atau lebih murah untuk perjalanan dua hala Hanoi - KL adalah harga promo. Maksudnya murah! Rebut cepat-cepat.

2. Hanoi ialah tempat untuk sightseeing. Shopping? Gi Ho Chi Minh.

3. Seperti di Ho Chi Minh, Vietnam Dong dan US Dollar digunakan secara meluas. Sesetengah tempat boleh terima Ringgit Malaysia.

4. Banyak aktiviti sightseeing yang menarik di Hanoi. Antaranya ialah City Tour, Halong Bay Tour, Sapa Tour, Tam Coc Tour, dan macam macam lagi sightseeing tour leh wat di sini.

Nak buat semua memang tak sempat. Memerlukan tiga hingga empat minggu kot nak habis explore semua. Jarak perjalanan; contoh dari bandar Hanoi ke Halong Bay 160km mengambil masa selama tiga jam setengah. Dari bandar Hanoi ke Tam Coc Village pun makan ratus-ratus kilometer ambil masa dalam empat jam. Sapa lagi jauh. 

City Tour keliling bandar Hanoi pun tak cukup satu hari kalau nak hayati betul-betul budaya dan sejarah rakyat Vietnam.

Kami sempat buat City Tour sehari suntuk. Mula tu relaks-relaks, lama-lama laju-laju. Masa tak cukup. Dua hari satu malam di Halong Bay. Yang ini memang cukup sangat.

5. Kos untuk buat City Tour (in group) ialah USD30. Private tour harga USD45 untuk satu kepala. hampir RM150. Kami buat sendiri. Tilik Google Maps sebelum ke Hanoi. Doa banyak-banyak. Alhamdulillah DIA permudahkan semua. Boleh baca detail itinerary di City Tour Part I. Part II dan Part III. 😊

6. Kos untuk Halong Bay Tour ada macam-macam pakej. Aku kira tour yang kami ambil agak mewah. Harga USD143 menyamai RM700 lebih kurang. Termasuk makan tengahari dua kali, sarapan sekali, makan malam sekali. Makan mewah sampai tak lalu nak makan semua. Ada dalam tujuh ke lapan menu sekali makan. Lengkap pakej untuk aktiviti berkayak, ke pantai, dan ke Sung Sot Cave. Maknanya bayaran RM700 untuk semua. Termasuk transfer dari hotel kami menginap ke Halong pergi balik dan seorang guide yang kiut. Hehe.

Servis memang terbaik. Bilik pun bagus. Komplen apa-apa cepat ja dia layan. Kami ambil pakej dengan hotel kami menginap. Nama cruise kami, Galaxy Cruise. Boleh terus ke laman web cruise tu. Mungkin dapat lagi murah.

Seperkara lagi boleh request macam-macam sebab susah nak dapat 100% muslim. Kami minta seafood di bakar atau di stim ja. Siap tanya apa jenis minyak dia guna. Siap tanya minyak yang samakah yang digunakan untuk menggoreng semua mende. Vavi memang ada di hidangkan untuk pelancong yang lain. Kami tawakal je lah, sebab dah request awal-awal. Alhamdulillah, aku masih ingat ayat-ayat dari surah Al-Lail, Al-Bayyinah, Al-Zalzalah; antara surah-surah dari Juz Amma yang baru aku hafal. 😅

Baca detail itinerary sal Halong Bay Part IPart IIPart IIIPart IV.

7. Boleh buat day trip ke Halong Bay. Harga pun lebih murah. Tapi penat badan. Recommend memang dua hari satu malam.

8. Masjid di Hanoi ada satu ja, terletak di jalan Hang Luoc, Masjid Al Nour. Berdekatan dengan night market dan Dong Xuan Market. Kalau korang menghadap masjid, pusingkan kepala ke kiri. Korang akan nampak perkataan halal food. Itu tempat kami lunch merangkap dinner di bandar Hanoi.

9. Dong Xuan Market, kalau nak juga shopping kain ela Vietnam Silk tuk buat baju kurung dibuka dari jam lapan pagi hingga lima petang ja. Sepatutnya sampai jam sebelas malam, tapi lima petang tu pun kalut dah peniaga di Dong Xuan Market bungkus barang. Kebanyakan barang dijual secara bundle.

10. Nak beli souvenirs seperti fridge magnetis, keychain, atau handicrafts cari di night market. Di sini harga yang paling murah kami dapat tuk barang-barang tersebut. Antara Dong 15k - 30k, dalam ringgit lebih kurang RM3 - RM6. Night market di Hanoi dibuka pada malam Jumaat, malam Sabtu dan malam Ahad ja. Kalau datang lain dari hari yang dinyatakan, pergi ke kedai souvenirs berdekatan dengan Water Puppet Theatre. Nanti kalau aku update entri tentang apa nak shopping di Hanoi. Aku letak link di sini. Moga aku buat dan aku ingat. Aamiiin.

Aku citer kat sini je la sal tempat shopping souvenirs (kalau tak dapat gi night market) sekali ngan pengalaman gi Water Puppet, shopping coffe, Hoan Kiem Lake dan egg coffee.

11. Guna aplikasi Uber kalau nak bergerak dalam bandar Hanoi, teksi mahal. Rate lingkungan Dong 15k-40k ikut lokasi.

12. Jalan di Hanoi is crazy. Tips nak melintas ialah; Jangan panic, jangan berlari, Jangan sesekali teragak-agak once dah melintas. Keep on moving. Tengok orang tempatan melintas caner.

13. Water Puppet adalah highly recommend! Tapi pastikan amik tiket awal, dan kalau dapat ambillah kerusi depan agar berbaloi-baloi. Nak dapat tiket flight murah ke Hanoi susah woooo. Harga tiket water puppet ikut kerusi. Semakin jauh, semakin sayup harga lebih murah. Kami amik 3rd row. Harga VD100 000 (RM20.00). 

14. Makanan yang harus dicuba di Hanoi ialah spring roll atau pho (mihun sup). Kami dapat cuba spring roll halal dua versi. Versi vege atas kapal Galaxy Cruise. Versi meat iaitu ayam (digoreng) di restoran halal Zayynab dekat Masjid Al-Nour. Satu gi harus cuba ialah kopi. Aroma dan rasa kopi Vietnam istimewa. Nak unik lagi cubalah egg coffee. Lemak berkrim pahit eksklusif, lengkap. Berpusing kepala aku selepas minum kopi tu 10 minit.

Di Old Quarter ada banyak kafe yang menghidangkan egg coffee. Kalau korang google, egg coffee yang femes terdapat di jalan Hang Gai. Lupa lak namanya. Kami minum egg coffee dekat ngan Water Puppet Theater sementara menunggu Moi dan family sampai. Pho ja kami ta rasa sebab ta jumpa cari yang halal.

15. Komunikasi adalah agak sukar di sini. Terutamanya masa buat City Tour tanpa tourist guide. Atau masa nak tawar menawar. Bawalah pen dan kertas. Korang tulis apa yang korang maksudnya. Insha Allah damai sejahtera korang merayau merayap di Hanoi.

16. Segala macam tour yang aku mentioned di 4, 5, 6 dan 7 boleh booking di Hanoi. Kebanyakan hotel menawarkan pakej-pakej tour yang tersebut.

17. Nak cari hotel di Hanoi, carilah di area Old Quarter. Berhampiran dengan Hoan Kiem Lake, Water Puppet Theater, Dong Xuan Market dan night market. Walking distance semuanya. Hotel kami ialah Royal Palace Hotel 2 di 95, Jalan Hang Bong. Empat hari tiga malam kami bayar RM356/sebilik.

18. Ada beberapa restoran halal di Hanoi. Antaranya Namaste (berdekatan Hoa Lo Prison), Khazaana (belakang hotel kami), D'lions di Hotel Casiona (di simpang jalan Nguyen Khuyen on the way ke Temple of Literature). Kami sempat pergi satu ja, restoran Zayynab dekat Masjid Al-Nour di jalan Hang Luoc.

Namaste dan Khazaana menghidangkan makanan India, kalau untuk aku macam kureng sikit sebab kat Malaysia senang nak jumpa. Dalam Air Asia pun ada onboard meal Nasi Beriyani. Melainkan darurat lah kot. Secara peribadi aku rekemen D'Lions atau restoran Zayynab. Boleh rasa makanan Vietnam.

19. Buat City Tour di Hanoi, kena tengok hari. Kebanyakan tempat menarik di bandar Hanoi tutup pada hari Isnin dan sesetengah hari Jumaat. Ada sesetengah tempat tutup ketika waktu rehat. Contohnya; Muzium Ho Chi Minh. Ada tempat tutup jam 4.00 petang. Ada yang 5.00 petang. Nak selamat sebelum jam 4.00 petang pergilah ke semua tempat ni. Confirm selepas jam 5.00 petang semua tutup. Kawasan open sekitar Ho Kiem Lake ja buka 24 jam.

20. Pada hari Tet (ala-ala tahun baru di Vietnam), kebanyakan kedai tutup. Jalan dan bandar jadi lengang. Aku baca, boleh melarat sampai satu minggu. Khabarnya majoriti warga Hanoi pulang ke kampung. Elakkan ke Hanoi waktu ni. Tahun 2016 hari Tet jatuh pada 19 Februari 2016. Tahun 2017 pada akhir Januari.

21. Airport transfer dari Noi Bai airport adalah sekitar USD18 - USD20 ikut kereta apa yang korang naik. Kami booked dari hotel kami menginap. 4 car seater USD18, 6 car seater USD20. Nak guna Uber pun boleh. Pastikan range harga lebih kurang atau lebih murah lebih bagus. Paling murah naik bas. Tapi kalau tak pasti di mana hotel korang baik lupakan dulu hasrat nak adventure tu. Bas-bas tu tak tentu lagi akan berhenti betul-betul depan hotel kau menginap. Membazir masa pulak nak mencari hotel nanti.  Melainkan kau nak stay sebulan di Hanoi.

22. Kos keseluruhan di Hanoi :
Accomodation ~ Royal Palace 2 Hotel (2 bilik bertingkap, 4 hari 3 malam, dengan breakfast) RM692.19/4 orang. Per person RM173.04

Bayaran di buat pada November 2016.

B Tiket flight pergi balik KLIA2 ⇄ Hanoi (RM388/personplus dua kali onboard meal (RM20.00/person) plus travel insuran (RM30.00/person) plus baggage 25kg + 25kg (RM150.00/4 person).  Per person RM475.50

Bayaran berperingkat di buat pada dari Mac - April 2016 hingga adds on masa check in Feb 2017

C Halong Bay Tour ~ USD143  Masa aku tukar duit nilai USD1 = RM4.42 so RM632.06

D Entrance fee for City Tour (1)Hoa Lo Prison VD30 000 (2)Temple of Literature VD30 000 (3)Ho Chi Minh Museum VD40 000 (4) Presidential Palace VD40 000 (5) Hanoi Citadel DV30 000. Per person VD170 000 =  RM16.83

E Makan; (1)Air kelapa VD25 000 x 2 / 4 person = VD12 500 (2) Buah-buahan VD10 000/ person (3)Dinner Zayynab Restaurant VD120 000/person (4)Egg Coffee VD77 000 (5)Cake VD55 000. Total per person VD274 500 = RM27.17

Uber Taxi; Citadel - Al Nour Mosque VD20 000 + Hotel - Dong Xuan Market VD25 000 + Hoan Kiem Lake - Hotel VD15 000. Total per person VD60 000 / 4 person = RM1.49

G Water Puppet VD100 000 = RM20.00

Bayaran dibuat di Hanoi RM697.61

Souvenirs tak termasuk sebab tak fix ikut poket masing-masing

Kalau ada lagi tips, mohon travelmate comment. Aku tambah nanti.

Doakan moga aku update entri ke Hanoi dengan pantas, jitu, padu dan paling penting boleh bagi manfaat pada orang lain.

Aamiiin... Tunggu tau 😁

Sunday, February 19, 2017

Hanoi 2017, Here We Come

Salam dari Empress Hotel Bandar Baru Salak Tinggi,

Skang dah menunjukkan jam 3.04 pagi. Kami sedang menunggu pilot dan suri hati Mr Pilot pick up kami di sini. Katanya baru bertolak dari Banting. Vah vah vah lena member tido, kami terkebil-kebil tak boleh tido. Jam 9 tido, 10.30 bangun. 11.30 tido jam 1 bangun dan terus bersiap-siap je la sebab dah memang tak boleh nak tido. 

Mata lebam.

Geng Me Time kali ni ialah geng yang sama ke Miri - Kuching last year. Perjalanan kami ke Miri dan bersambung ke Kuching leh baca di sini.
Tahun 2017, kami maju setapak. Kali ni travel bawa passport.

Hanoi, be nice to us... Aamiiin

Tiket dibeli pada bulan Mac 2016 dengan harga murah RM388++ pergi balik. Rezeki dapat ke Hanoi dengan harga ni pada ketika kami cuti semester break. DIA izinkan Alhamdulillah.

Flight kami awal pagi - 6.05 pagi. Perjalanan ke Hanoi dua kali sehari (AirAsia). Normal kalau yang promo ialah flight awal pagi.

Secara pendeknya, plan kami di Hanoi
Day 1 : City Tour secara sendirian berhad. Gigih mengkaji Google Maps dan membaca untuk ini. Moga dipermudahkanNya.
Day 2 : Halong Bay Tour
Day 3 : Halong and back to Hanoi
Day 4 : Explore airport Noi Bai sebelum balik ke semula ke tanah air.

Nanti balik dari Hanoi aku tampal detail plan itinerary kami untuk rujukan bagi yang memerlukan.

Tolong doakan sama perjalanan kami dalam keadaan sejahtera hendaknya ya.

Terima kasih

Nota kaki : Taip blog masa mengantuk kepala pun macam tak tentu hala, serius entri ni jadinya ya :)