Wednesday, March 15, 2017

Hanoi Vietnam : Halong Bay Part 4

Salam dari Senaling,

Aktiviti kami pada hari kedua kami atas Galaxy Cruise ialah ber tai chi. Jam 6.30 pagi tai chi bermula.
 
Sebelum ber tai chi, meh la ber Titanic. Semalam nak buat, kapten priiiittt priiittt. Durang tak benarkan semasa cruise bergerak. Kalau cruise berhenti, kau nak wat apa buatlah. Janji jangan terjun ke laut sudah.


Titanic tanpa teman.
 
Berteman lebih baik. Hehe


Tai chi class start

 Master tai chi yang kiut. 

Nak berposing pakai bikini tak mampu, posing macam ni pun jadilah.

Pada hari kedua ni, barulah kami nampak cruise Moi, Viet Beauty.

Sebelah cruise kami ja rupanya. Semalam cari haram tak nampak. Kami syak semua cruise bergerak ikut angin. Macam protaktor, sauh ialah paksinya. Itu sebab semalam tak nampak, hari ni nampak. Itu sebab semalam view lain, hari ni lain.

Menjerit mengilai-ngilai panggil Moi dari tingkap bilik aku. Di hari yang ketiga baru dapat jumpa.

Selepas tai chi, kami breakfast. Alhamdulillah, breakfast simple kali ni.

Lepas breakfast, kami akan dibawa ke Sung Sot Cave (aku asyik sebut kafe). Sung Sot bermaksud surprise.


Surprise yang pertama. Ramainya tourist!

Untung pakej kami ni, tiket dah sedia ada awal-awal. Jadi tak perlulah nak beratur tunggu guide beli tiket pulak. Hikmah satu lagi orang ramai, kerja hiking jadi mudah. Perlahan-lahan ja semua mendaki.

Ada banyak chamber, di chamber yang pertama, padat.

Chamber kedua, masih padat tapi kurang sikit dari yang pertama. Sempatlah wefie dengan Hung.

Sehinggalah chamber yang seterusnya, makin lama makin kurang. Heiii mana pergi semua orang yang sesak-sesak ramai-ramai tadi? Makin lama makin cantik view dan macam-macam bentuk unik yang terbentuk dari nature yang dapat kami lihat. Subhanallah

Bermula dari 2013 aku explore gua (baru perasan, tahun depan gua mana pulak yang aku akan masuk?). Aku boleh kata Sung Sot Cave unik untuk...

...siling gua yang berbentuk seperti ini. Terjadi kerana hakisan angin dari laut. Ya, inilah gua pertama yang aku masuk letaknya di tengah lautan. Masa taip ni baru perasan. Kahkah


 Antara pemandangan yang menarik dalam Sung Sot Cave.

Banyak lagi yang menarik dalam gua. Serius. Macam-macam Hung cerita. Seronok dengar. Bila explore nature, takkan pernah jemu. Sampai di mulut gua (keluar), orang kembali ramai. Sebabnya kawasan semakin sempit. Tu aje. Tiada yang mistik misteri k.

Pemandangan dari mulut gua (keluar). Cantik.

Penuh depan ni orang nak amik pic, aku dapat pemandangan 'bersih' ni sebab keberkatan dengar cakap suami. Hehe. Dia yang suh aku bawa selfie stick instead of Compact Camera. Kalaula aku melawan, tak merasalahhhhh. Kena queue plak nak amik pic. 

Aku tarik selfie stick panjang-panjang, angkat tangan dan klik klik klik. Banyak kali aku klik, sebab tangan sokmo bergerak. Aku dengar omputih sebelah aku cakap, "nice, nice". Aku tengok dia bawa compact camera, dan sedang cuba ambil peluang nak capture view. Moga dia dapat idea nak bawa apa lain kali kalau gi travel.

Gua tanpa kelawar. Aku syak kelawar lari keluar sebab lampu warna warni ni. Kesian kelawar. Takpe aku yakin masih banyak gua yang masih boleh diterokai oleh 'mereka'.

Tapi, di Mulu pun guanya ada lampu, tourist ramai, tapi sardin ja kelawar di Mulu stay dalam gua. Wat peace wat lek wat cool ja. Ehmmmm...

Driver boat merangkap kapten cruise. Kacak tapi serius. Susah nak senyum.

Kembali ke cruise, dan bersiap-siap untuk check out dan lepak di dining hall. Hung akan wat cooking class. Bukan cooking, tapi rolling class.

Rolling the spring roll. Makanan orang Vietnam paling femes. Lepas tunjuk cara, Hung suh kami lak roll.
 
Lunch terakhir atas cruise, selebihnya lepak kat atas sambil cruise bergerak kembali semula ke jeti.

Bye Halong Bay. Ada rezeki nak datang lagi. Insha Allah.
 
Jadi untuk USD143 ~ RM660.00 yang kami dapat ialah
(1) Transfer Hanoi - Halong vise verse
(2) Penginapan 2h1m atas Galaxy Cruise yang selesa.
(3) Dua kali lunch, sekali dinner, sekali breakfast, welcome drink, party pack dengan rasa makanan yang sedap dan banyak terutamanya lunch dan dinner. 
(4) Berkayak pusing Halong Bay
(5) Hiking dan swimming di Titop Island.
(6) Menyotong (walau pun kami hanya mampu menyotong atas katil. Bukan rezeki).
(7) Explore Sung Sot Cave
(8) Tai Chi class.
(9) Cooking (rolling😀) class.
(10) Layanan yang sangat baik. Alhamdulillah.

Agak-agak berbaloi tak? Aku rasa berbaloi!

Indahnya kenangan. Bertambah pengalaman. Luasnya pandangan. Alhamdulillah.

Moga bermanfaat. Bye!

 

Monday, March 13, 2017

Hanoi Vietnam : Halong Bay Part 3

Salam dari Senaling,

Dari cruise kami, naik bot sampai ke tempat (seperti sebuah pelantar) untuk mula berkayak.

Happiness is in the air!

Berbekalkan ilmu berkayak tahun 2002 ketika Program Bina Insan Guru, KPLI

Starting point.

Perghhh...gaya Lin macam pro beb 

Hahaha... Kenangan berkayak memang kelakar. Kami kayuh dengan betul, Alhamdulillah tapi paling lambat sampai ke spot-spot tertentu. Hung dah cakap kalau tak boleh nak berkayak atau tak yakin boleh ja pusing sekitar pelantar ni. Tapi... heiiii kami semangat sukan. Mestilah nak follow our group pusing sekitar Halong Bay. Semangat tu penting, padahal masa jauh kena tinggal berdebar jugalah aku sebenarnya. Tapi ajet cool.

Hung siap puji kami. Mesti dia tak sangka kami boleh berkayak follow group. Muka masing-masing innocent la katakan. Kahkah

Hung tak galakkan kami bawa kamera. Risau jatuh ke laut agaknya. Jadi terpahat dalam memori ajelah nampaknya tak dapat nak letak kat sini bagaimana kami berkayak melalui sebuah terusan pendek dan betapa berdebarnya aku bila ada bot besar lalu lalang, air berombak aku risau kami terlangkup. Alhamdulillah DIA ada. DIA jaga.

Lebih kurang satu jam disini, kami ke man made beach at Halong Bay.


Titop Island

Aktiviti di sini is my favourite, hiking! Dan swimming? Bulan Februari masih winter di Hanoi. Sejuk yang bukan main-main di Halong Bay sebenarnya. Bila hiking tak rasa sangat sejuknya, tapi swimming?


Masa yang diberikan ialah satu jam. Hung bagi sedikit penerangan, siap bagi tips. Hiking dulu baru swimming. Kalau sebaliknya, Hung risau ada yang keras basah-basah kena tiup angin di atas nun. Hehe. Disebabkan kami budak baik mendengar kata, kami hiking dulu. 

Hiking halfway, wahhhh nampak da clue apa yang bakal menanti di puncak.

Baru halfway dah macam ni cantik.

Sampai on the top of Titop Island.

 Cantiknya

Gugusan batu kapur di lautan. Subhanallah

Rasa nak menitis air mata tengok semua keindahan ni. Tah macam mana agaknya di syurga. Pengsan agaknya tengok cantik sangat. 

Orang ramai kat atas ni, aku ketik ketik amik pic, dan turun ke bawah. Ready tuk swimming. Ooo yeahhh...

Swimming versi aku. Celup kaki takat betis. Memadai dan berpadalah.

Dua ketul lagi tu, jenuh aku ajak turun 'swimming' sama-sama. Punya payah.

Akhirnya. Friendship sign lah tu kunun.

Dalam kesejukan yang mencengkam, ada yang betul-betul swimming. Salute!

Lepak tepi pantai, tunggu waktu nak balik ke cruise.

 Antara aktiviti yang boleh dibuat di Titop Island.

 Kedai makan/ngopi ada. Kedai souvenirs ada.

Aku terfikir-fikir kenapa kami tak mendekati tempat ni hanya sekadar amik pic. Ooooo... baru teringat pasaipa. Kami tak bawa duit! Mana tau ada tempat shopping. 

Kami awal kali ni menunggu bot tuk bawa kami pulang ke cruise.

Untuk semua aktiviti yang kami buat sepanjang di Halong Bay setakat ni, kami tak keluarkan duit lansung. USD143 tu dah termasuk semua. Untuk pengetahuan, nak masuk Titop Island pun kena bayar. Harga masuk aku rasa takdelah melampau sangat, tapi nak beratur tu yang aku tak tahan.

Kalau siap-siap ada tiket, leh terus masuk.

Itulah yang kami bayar tuk pakej kami yang aku rasa agak luxury ni. Berbaloi aku rasa.

Seperkara lagi, durang sangat care pasal keselamatan. Sangat. Masa nak masuk semula ke bot, Hung and the gang sediakan besen muat-muat tuk celup kaki supaya bot kurang berpasir. Orang beratur, aku turun nak celup kaki di tangga ja kot, heiiii menjerit Hung tak bagi.

Tu belum aku cerita aku kena priiittt dengan kapten kapal sebab cuba nak buat adegan Titanic di cruise. Heh

Sampai di cruise, mandi, rehat dan masa solat Hung dah ketuk-ketuk pintu. "Party timeeeee", katanya. Dah tahu awal tapi aku fikir siapa yang sampai awal pergila party dulu kot. Kami follow kemudian.

Naik ke atas, ohhhh durang nak cheers lebih kurang gitu. Dan ada empat wine belum tersentuh. Hehe. Kami tolak baik-baik dan offer pada group member yang lain. Actually party ni lebih kurang cam bersosial ah sesama group member. Disebabkan kami berempat, kami bersosial sesama kami je sambil kunyah keropok udang cicah sos. Aku nak try juga masuk dengar cerita-cerita travel durang. Tapi tak tahu nak masuk cane.

Sampai ke sudah kami berempat. Cuma ada yang mengusik-usik cenggitu. Paling friendly, cikgu dari Australia. Dia panggil kami "budak nakal". Sebab asyik lambat buat hal aku rasa,

Angin malam tu sejuk. Burrrrrr... Lepas party (aku leh dengar cruise sebelah siap pasang lagu cucuk langit), kami ke dining hall. Yeahhhh. Lapan menu lagi terhidang, Allahuakbar.

Sebelum dua menu ni, kami dah makan entree. Sup sayur kot.

Inilah spring roll vege version. Makanan tradisional Vietnam yang sangat popular. Mesti cuba!


Tiga menu yang terakhir. 

Masa lunch, ada crew datang tanya kami, boleh tak dia nak masak nasi goreng vege. Kami tanya macam-macam masa ni, sal minyak yang digunakan dan macam-macamlah. Bagus durang beri penerangan satu-satu. Jadi aku fikir, malam ni hidangan kami ialah nasi goreng vege je lah. Sekali tengok nasi goreng vege tu ialah salah satu dari lapan hidangan yang lain. Semua hidangan rasa sedap-sedap. Terbaik.

Alhamdulillah.

Sebenarnya ke Halong Bay Tour ni tak sepenat City Tour. Lebih relax. View cantik, tenang ja di sini dan new experience. Nak bawa mak ayah anak-anak kecik sesuai la ke sini. Nak honeymoon pun okay. Highly recommend!

Malam tu ada aktiviti tangkap sotong sebenarnya. Tapi aku macam terlupa sebab Hung tak highlight sangat. Ke dia highlight aku yang tak dengar. Hehe. Jadi menyotong je la kami atas katil.

Nyenyak kami tidur. Alhamdulillah.

Indahnya kenangan. Bertambah pengalaman. Moga bermanfaat. Bye!

Saturday, March 11, 2017

Hanoi Vietnam : Halong Bay Part 2

Salam dari Senaling,

Sejujurnya inilah kenangan TERpaling manis (yang lain-lain tu paling manis) yang aku rasa tuk travel ke Hanoi kali ni. Yang ditunggu-tunggu. Yang dinanti-nanti.

Nak kata aku jakun, katalah. Tapi memang aku jakun bila dapat naik cruise untuk pertama kalinya. Walaupun bukan yang paling besar, tapi aku suka sebab lebih privasi. Kabin ada sepuluh. Jumlah pelancong adalah dua puluh orang sahaja.

Excited pula aku nak cerita di sini. Sampai tak tahu nak mula dari mana.

Okay, aku mula dari saat kami menarik bag ke cruise kami. Naik terus ke tingkat dua, iaitu dining hall. Galaxy Cruise ni ada tiga tingkat. Kabin penumpang ada di tingkat paling bawah. Paling hampir dengan air. Paling atas adalah tempat lepak-lepak pakai bikini sambil tengok bintang di langit kaedahnya.

Hung, our tourist guide di Halong Bay.

Welcome drink. Kami tanya ini air apa. "Don't worry this is lemon tea". Versi panas dan sikit  banget. 

Hung bagi housekeeping dan taklimat untuk apa aktiviti seterusnya di dining hall. Selepas kunci diagihkan kami ke bilik masing-masing untuk mandi dan solat.

Saat masuk dalam bilik tu aku rasa, wow kami akan tidur dalam cruise atas air malam ni. Allahuakbar!

 
Bilik kami, tepi tu ada tingkap selebar alam leh tengok pemandangan luar. Terharu rasanya di panjangkan umur, dipermudahkan urusan untuk menatap sendiri keajaiban ciptaan Yang Maha Kuasa depan mata. 

Paling best semua toilet tempat kami menginap tersedia air paip tepi jamban.

 Keindahan, keajaiban, ciptaanNya.

Masa ni cruise sedang bergerak. Dan semua-semua cruise depan tu pun sedang bergerak ke core of Halong Bay yang diwartakan oleh UNESCO sebagai satu lagi World Cultural Heritage. Wefie sekejap dan gi lunch. Haaaa part lunch memang paling win.

Sebelum semua ni dihidangkan kami diberikan sup seafood, as entree aku agak.

Jadi inilah hidangan kami (aku fikir). Nasi tiada, tak mengapa sebab kenyang dah makan ini sahaja. Rupanya selepas semua yang di atas dihidangkan, datang lagi sotong, sayur dan nasi. Lapan menu semuanya! Tak habislah jawapannya. Sesungguhnya kami sangat kenyang!

Rasa semua makanan di Galaxy Cruise memang sedap dan durang penuhi semua permintaan kami yang hanya mahu seafood kami di stim atau di grill sahaja. Tung (pihak hotel) awal lagi dah bagitau, hanya package USD143 ja yang kami leh mengada minta itu ini. Kalau yang USD99, makan apa yang dihidangkan kaedahnya. Patutlah kawan kami pernah bagitau, nak ke Halong Bay request for Muslim package atau kau akan berlapar. 

Aku ulang-ulang cakap. Kita bayar mahal untuk mewahnya makanan rasanya ni.

Lepas makan, sementara nak tunggu jam tiga petang untuk naik tingkat paling atas. Amik peluang capture keindahan. Subhanallah.

 


Antara cruise yang berada di keliling cruise kami. Sampan kecik tu ialah penjual yang cuba menjual air, buah atau makanan ringan. Maaflah, kami kenyang sangat da ni. Kesian juga tengok kegigihan mereka ni mencari rezeki.

Melihat mereka ini, insaf rasanya. Bersyukurlah dengan kerja yang ada wahai manusia!

Jam tiga petang dah kena get ready. Hung siap ketuk pintu kami, aku jeling jam belum lagi jam tiga ni. Dalam lima minit macam tu, kami menuju ke bot yang akan membawa kami ke tempat berkayak. Kami adalah yang terakhir sampai. Yang lain menunggu kami rupanya. Hehe.

Our boat our group. The most friendly member. From Australia. Music teacher. 

Dia sedang menghabiskan cuti sempena 10 tahun dia bekerja sebagai seorang guru. Sebulan. Sepanjang-panjang kami travel ni memang bertebaran tourist kulit putih ni. Yang dah berumur aku fahamlah, bersara ke apa ke. Yang muda-muda ni... Kerja apakah yang membenarkan mereka travel berbulan-bulan? 

Tertanya-tanya tapi tak bertanya. Apakah?

Sambung cerita berkayak dan ke man made beach nanti. Ada view cantik nak tunjuk 😊

Alhamdulillah. Indahnya kenangan. Moga bermanfaat. Bye!