Aku tiada akaun Twitter. Ada, dulu tapi aku uninstall. Kali pertama install aku tak boleh nak brain apa gunanya Twitter ni. Semata-mata untuk jadi bahan bantu mengajar ja. Tahun ni aku cuba install lagi, tapi 'dia' bagi aku nickname suka-suka tambah nombor 2 kat belakang. Aku rasa ta catchy, jadi aku uninstall semula.
Selepas bersoal jawab dengan rakan Melaka yang aktif ber twitter aku cuba install sekali lagi tapi tak tahu apa sebab verification code tak sampai-sampai samada di fon atau di emel.
Akhirnya tiada akaun Twitter sampai sekarang.
Aku suka berfikir, suka bermonolog, suka melontar idea dan suka berkongsi. Idea tu datang tiba-tiba kadang-kadang masa aku tengah gosok baju atau sedang goreng ikan atau sedang drive. Idea adhoc macam ni aku cuba nak abadikan melalui blog. Tapi bila tiba masa aku sedikit senggang, idea tu tak muncul.
Hilang idea.
Tu sebab aku nak wujudkan akaun Twitter. Lebih tuk simpanan diri sendiri. Kalau-kalau idea muncul, zasss terus capai fon dan tweet. Tapi tak tahu kenapa DIA belum izinkan.
Atau aku yang sebenarnya belum cukup usaha.
Akan ikhtiar lagi.