Syawal dan puasa enam sangat sinonim. Jangan stress kalau tak buat puasa enam. Sebab untuk aku, puasa enam ialah peluang untuk meng-qada-kan puasa yang tertinggal Ramadhan tu hari. Sekali dengan dapat sunat puasa enam itu sendiri.
Dua tiga tahun kebelakangan, style aku puasa enam ada lain maciam sikit. Rutinnya aku akan puasa berturut-turut, kali ni aku cuba buat Isnin-Khamis. Harapan supaya akan jadi habit, maka dapatlah aku kekal dengan sunat Isnin-Khamis pula selepas Syawal.
Sayang seribu empat puluh tujuh kali sayang, pun tak jadi. Once selesai puasa enam plus qada, aku tak cukup kuat nak puasa sunat. I enjoy foods. That's the thing.
Tahun ini yakni tahun 2019, aku tambah lagi level kemaciaman style aku berpuasa. Ini kali aku puasa sunat sahaja tiada sekalikan dengan qada'. Hebatnya kamu. Yakinnya kamu.
Berdebar ah juga ni, haha tengok apa yang akan terjadi kelak. Setakat ni aku berjaya sunat enam Syawal Isnin-Khamis dah dapat tiga hari. Ada rezeki dapat lagi tiga dan ikut kira-kira akan diberikan cuti rehat oleh Yang Maha Tahu 8 hari, dannnnn sambung terus qada'. Cadangnya nak amik satu hari je seminggu. Mungkin Isnin.
Untuk menguatkan lagi semangat, aku isytiharkan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ialah cheating day yeay. Jadi puasa sunat Isnin kelak ialah cara aku berterima kasih kepada Yang Maha Tahu kerana membenarkan perut dan sekutu bekerja dengan awesome-nya selama tiga hari.
Ya, aku tahu niat tak berapa nak betul. Tapi kalau cara ini dapat mengekalkan aku untuk berpuasa sunat, apa salahnya. Kan?
Teringin nak update kesudahan kisah ni pada akhir tahun 2019. Tengok nanti ini kisah-sembang- kencang-gajah-terbang-kasi-bimbang ke macam mana heeee 😁.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Sekian dari sis acah-acah kandid di 1 Syawal.