Thursday, December 8, 2011

Trip To Surabaya Part II

26 November 2011
Lapangan Terbang Internasional Juanda -> Pantai Pasir Putih -> Catimore Homestay, Jember Jawa Timor

Antok amik 5 Musketeers jam 4 pagi dengan senyuman tanpa mengetahui yang kami bakal menghuru harakan trip

Lin solat Subuh jam 3.30 pagi

Naik van yang teramatla selesa sebab kami bajet mahu tido

Our real driver Mr. Black ta sihat. So dia tidur tanpa bergerak2 dari kedudukan asal sampai aku tertanya2 dalam hati. Hidupkah dia?

Perjalanan mengambil masa selama 7 jam. Kami kejanya bangun-makan-minum-tidur-bangun-makan-minum-tidur. (Aku yang lebih tepat macam tu, so aku anggap sumer orang pun macam tu)

Muka tersangatlah huduh ketika tidur. Tudung senget benget. Rambut kusut masai. Heheeee

Antok cum our driver sementara akan singgah berhenti di Pertamina tuk kami terkucil atau kedai serbaneka 'Indomaret' tuk kami shopping secara kecil-kecilan (percubaan mendapatkan duit kecil)

Salah satu Pertamina yang kira paling hebat sebab ada toilet VIP
Masuk bayar Rp5000, kamar kecil yang biasa Rp2000

Kami berenti tuk lunch di Pantai Pasir Putih Probolinggo. Makanannya sedap. Sangat sedap. Errrrr...megi pun ialah salah satu dari menunya. Ala-ala lauk gitu.

Our first meal at Indonesia

Amik kesempatan gi pantainya. Air lautnya cantik bangat. Tada sapa pun mau mandi sebab panas. Sumer pun bajet Puteri Lilin specially ShukFong. Kami cuma men posing-posing.
Soalan terselit : Siapa yang paling pandai posing?
(Clue tuk jawapan : yang pakai baju belang-belang)

Nama pantai Pasir Putih tapi pasirnya hitam sebab kesan dari lahar gunung berapi.

Betulkan hitam? Nda membuyuk bha!

Sampai di homestay ta ingat jam berapa. Homestay kami sangatla homestay. Sangatla klasik. Tapi ada kolam renang! Konpius! Sapa mahu berenang di kolam renang dengan cuaca yang sejuk?

Catimore Homestay


Berani celup kaki ja. Sejuk! Tapi sejuk itu indah

Ada gak kolam air panas tapi airnya ta panas mana pun, panas gi heater dalam bilik air kami

Aku satu bilik ngan Lin, Moi, Shuk Fong and Juliet satu bilik lain.

Petang tu, kami pergi tengok air terjun Belawan , tapi sebelum gi sempat gak aku lelap 7 minit dan bergegas2 bangun bila dengar suara Moi yang serak (sebab dia batuk). Mesti seminggu bising bila tau aku lambat... Berjalan kaki ke air terjun tu (ta jauh pun).

Antok bawa kami lalu denai, lalu belukar. Dan jeng...jeng...jeng... subhanallah. Sangatla cantik! First time tengok air terjun ya amatlah dekat. Airnya deras sangat2. Kalau mandi gerenti meninggalkan dunia (ikut akal logik)
So, sekali lagi kami men snap-snap gambar. Posing siti, situ, sana, sini...
Soalan terselit : Siapa yang paling mengada posing?
(Clue tuk jawapan : masih kekal sama seperti clue di atas)

Oh ya! on the way jumpa kolam air panas yang panas tapi kakiku masih boleh dicelupkan ta macam kat Poring, Ranau Sabah yang ada satu kolam tu kalau celup kaki, leh tanggalkan kulit.

Kolam air panas comel tu yang paling kiri di corner gambar.

Yuran nak masuk tuk tengok air terjun Belawan adalah sebanyak Rp2500. Nak tengok ciptaan Allah pun kena bayar? Konpius lagi!

On the way balik ke Catimore homestay, disapa oleh anak2 pekerja ladang kopi yang sangat peramah. And their English is not bad at all.

Lepas amik gambar guna kamera Moi, budak2 ni serbu Moi nak tengok hasil tangkapan...

Balik homestay, berebut kolam air panas ngan Mat-Mat Jerman. Dan kami kalah. Benci!

Malam makan dan yang paling best ialah jus strawberry yang sangatla berry. Sedap!


Tuan tanah haruslah interframe di celahan jus strawberry berry
(Eh matchingnya baju tuan tanah dengan jus strawberry tu)

Tidur malam dengan nyenyaknya, kecuali Lin yang leh terbangun sebab kepanasan. Huh? Konpius!!!!

Nanti sambung citer lagi perjalanan kami ke Kawah Ijen yang menginsafkan selain kepenatan dan kejatuhan. Haihhhh

Monday, December 5, 2011

Trip To Surabaya Part I

25 November 2011
Banting -> LCCT, Malaysia -> Lapangan Terbang Juanda, Indonesia

Bertolak dari Banting dengan bantuan pesawat JGWXXXX bersama pilot terhormat En. Hairussaleh dengan bantuan Pramugari Aktif Tapi Mengantuk Najla dan Najwa

Ada 3 orang dari banting Moi, Lin dan aku

Hujan turun dengan lebat pada awalnya, tapi alhamdullilah reda bila mahu bertolak

Sampai di LCCT terus serbu MerryBrown, bajet ta mau makan dalam Air Asia

Pertama kali berjumpa dengan Juliet and ShukFong (ex school mate Moi)

Flight delay 30minit

Naik AirAsia version Indonesia. Ayat-ayat cinta dalam flight sangatla best tuk dihayati. Antaranya 'Kebuk Pengaman' dan 'Laluan Darurat'

Aku duk betul2 dekat sayap... So nampakla turbin, kepak kecik, kepak besar of coursela kan. Tetiba teringat pada atok Bernoulli dan adik beradik Wright.

Sampai di Juanda Aiport patutnya jam 1305, tapi sebab waktu Indonesia lewat sejam makanya kami sampai jam 1205

Sebelum tido mau minum dan makan something light2. Masuk Soerabaya Cafe. Order Hot Milo yang ta hot dan soto ayam tapi ada nasi lak (konpius sebab ta sedap).

Yeah stat bayar guna rupiah. Masing2 duit besar Rp 100 000. So volunteer bayarkan tuk Lin n Moi.

Dapat duit kecik uda. Excited!

Cari tempat tido. (Kami tido d airport!) Sementara tunggu tourist guide kami jemput jam 4.

Aku leh tido cam besa walau dimana berada. Moi terkebil2 ta leh tido jadi dia ta da keja len melainkan snap pic kami yang tido. Yang len tido2 ayam.

Jam berapa tah Lin kejut suh gosok gigi, cuci muka dan ta mandi yeahhhhh

Tepat jam 4 Antok (our tourist guide) sampe.... Very punctual!

Next entri citer journey ke Catimor Homestay...7 jam beb... 7JAM!

Friday, December 2, 2011

Energetic Life

Tajuk entri berbahasa Inggeris tapi isi entri berbahasa Melayu.Layannnnn... Energetic Life ialah hidup yang penuh bertenaga. (Agaknya). Aku kepingin bangat mau ada energetic life. Mau terkinja-kinja macam kangaroo yang comel membuat itu dan ini. Mau wat aktiviti itu dan ini. Mau sumbangkan tenaga kepada agama, bangsa dan negara untuk itu dan ini. Mau pergi sana dan sini. Mau wat macam-macam tuk kepuasan diri sendiri. (Ya aku sangat selfish). Tapi hakikatnya tenaga yang aku ada ta memungkinkan aku jadi macam SailorMoon. Pagi jadi pelajar, malam menyelamatkan dunia. Aku ta mampu!

Isk... Kekadang bila baca belog anak beranak MakNani dan anak gadisnya HanisZalikha, aku rasa cemburu. Apa yang dorang makan aku ta makan yang menyebab aku ta punya tenaga macam raksasa dalam citer Ultraman Dyna? Haihhh...Konpius!

Dalam kepala dan otakku ini macam-macam yang aku nak wat yang kengkununnya mau dijadikan azam MaalHijrah 1433H. Mampukah? Meh sini aku nak senaraikan untuk tontonan ramai (Ceh bajet follower ribu-ribu). Ku mahu...

1. brisk walk setiap pagi dan petang.
2. minum air masak sebanyak 1.6ml setiap hari
3. update belog 2 kali seminggu x 2 belog
4. wat sumbangan tambahan tuk pengajaran dan pembelajaran at least sebulan sekali
5. aerobik 2 kali dan 1 kali outdoor leisure seminggu
6. basuh+polish+vacuum kereta 1 kali seminggu
7. check email kolej + email yahoo + utusan malaysia + belog orang setiap pagi
8. manage barang-barang recycle 2 minggu sekali

dan macam-macam lagi sebenarnya...banyak dan sangat banyak...bolehkah? mampukah?

Dan penghalang paling besar dalam menjayakan hasrat suci murni ku ini ialah ketaksuban diriku dengan waktu tidur. Serius dan sangat serius kalau aku ta cukup tidur aku akan berubah jadi raksasa bermata tiga. Aku ta leh nak fokus kalau tidur malam diganggu atau terganggu. Mud akan jadi down, down, down. Rasa sangat-sangat ta best dan hidup jadi kurang bermakna.

Bukan aku ta pernah cuba tuk mengurangkan ketaksuban. Tapi bila dibuat akan menambahkan stres dalam hidup. Sangat2 stres. Aku rasa sumer orang ta kan faham. Yang faham hanya aku. Salahkah? Berdosakah? Haihhhhh. Wat kepala pusing aja dong...

Kesimpulannya, wajib mempunyai impian. Dari impian akan hadirnya kenyataan. Yang selebihnya kita redha dengan ketentuan Ilahi yang lebih mengerti apa yang terbaik tuk diri kiter. Wowww... sejak balik dari adventurous trip nih aku rasa lebih matang dalam tutur kata. Dalam tutur kata aja tau yang len aku mau maintain. Dah...aku mahu tidur. Ehhhh...?


Adventurous Trip = Energetic Life
Boleh gitu?

Next entri mau citer trip ke Surabaya. Jia you!Jia you! (Sebutan 'chia yu' bermaksud Usaha Lagi dalam Mandarin)


Thursday, November 24, 2011

KAKOM abis uda

Oh Ok... Tadi da taip entri ni dan terhilang. Wow la sangat bila kena taip sekali lagi. Haih

Genap seminggu KAKOM meninggalkan kami di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). Ingat kami sedih? Ceh jangan harap nak bermuram durjana. Kami di KMS sangat la happy.... Fuhhhhh setel juga akhirnya majlis peringkat kebangsaan ni. Penat bangat walhal kami ta wakil kolej pun tuk apa2 permainan atau acara olahraga. Tapi serius penat. Bukan daku ja yang rasa tapi suma rasa macam tu. Tandanya aku masih lagi manusia biasa bukan Sleeping Beauty.

Bermula pada
10hb November 2011
Tan Sri Muhyiddin Yasin TPM datang. Orang bz tanya soalan, kami bz belek bodyguard beliau yang mana satu ta kelip2 mata.


Eh ta tercapture lak gambar bodyguard Tan Sri...

11hb November 2011
Permainan bermula. KMS yang baik hati telah memberikan banyak kemenangan kepada kolej lain. Bukankah itu tanggungjawab tuan rumah? Membahagiakan tetamu. Tapi kami menangkan juga la untuk beberapa permainan seperti tenis, squash, bola keranjang wanita bagi macam ceria skett. Kalah suma macam ta patut la plakkan. Bagi suma balance la kesimpulannya.


12hb November 2011
Pagi permainan lagi, petang acara perasmiaan pembukaan.









13hb November 2011

14hb November 2011

15hb November 2011

16hb November 2011
Hari terakhir KAKOM. Excited bangat tengok acara terakhir KAKOM iaitu 4x400m (L) bila KMS dapat pingat emas akhirnya. Weeeee... Bersorak sambil melompat atas kerusi (Harap kerusi tu masih dalam keadaan yang baik-baik sahaja)

(nanti hapdate isi penting lagi sikit-sikit. malas la pulak bila hati tiada lagi d sini...ecehhh)

Wednesday, November 23, 2011

Friday, November 18, 2011

Hitam Vs Putih


Ini kereta kesayangan saya. Warnanya hitam.


Ini kereta kesayangan orang. Warnanya putih.

Masa beli kereta pada tahun 2005, aku ta pernah kesah apa pun warna keta aku. Janji aku ada keta dan keta itu haruslah baru. Tapi bila drive ke sana dan ke sini, apatah lagi bila tinggal plak kat area subang yang ngetop dengan jalan yang jem maka ta dapat la daku mengelakkan diri dari melihat ke arah keta orang len. Aku ta berapa nak heran sangat dengan jenama keta ni sebab aku pandai ukur baju di badan sendiri (dalam erti kata lain ta mampu). Tapi rajin gak aku peratikan warna keta orang.

Antara warna yang paling la paling menarik perhatian ialah warna putih. Nampak suci ja keta kalau warna putih dan pemandunya plak nampak lebih ensem dan sweet (ta da kaitan). Terus pasang impian kalau ada second car mau yang warna putih juga. Kalau ta mampu second car, keta skang ni aku nak tukar catnya jadi warna putih. Dasat tul penangan warna putih ni dalam hidup haku dan keta haku. Memang agak taksub juga la aku dengan keta putih lagi-lagi bila terbaca satu artikel yang mengatakan keta putih paling kurang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tapi info tu memang betul especially kalau malam. Keta warna putih memang akan lebih jelas kelihatan.

Namun, bila satu ketika berpeluang memerhatikan kereta rakan sekerja yang berwarna putih dari dekat....Alahai, runtun jiwa bila tengok ketanya berbelak-belak, atau orang jawa kata bertompok-tompok, atau omputih said stain. Bukan di seluruh body tapi di part-part tertentu. Ketanya masih baru lagi, WR... Baru la tu kan kalau nak dibandingkan dengan keta daku.Member bilang kena rajin polish keta putih dan sangat susah mau dijaga warnanya....Hadoiii

Nak dijadikan citer, balik kampung.... Banyaklah pulak jumpa keta warna putih. Honda, MyVi, Nissan.... Tapi comot bangat! (Sebab musim hujan masa tu) Jadi benarlah kata orang yang kereta putih memang susah nak dijaga. Dan kesimpulannya, aku akan kekal setia dengan warna hitam asal Savvy daku. Sebab aku sangatla kurang rajin tuk membelek body keta. Dalam satu tahun, aku basuh keta 7 kali ja. Bukan kurang rajin mau basuh keta tapi sebab aku suka nombor 7. Jadi lepas cukup 7 kali basuh aku bagi kedai lak yang basuh.

Lagi satu smart giler ah kalau pakai kita hitam. Nampak gengster sangat kalau drive keta warna hitam. Ta nampak pun berbelak-belak warna keta, calar balar pun ta berapa nak nampak melainkan guna mikroskop. Dan yang paling super duper best bila ta basuh puluh-puluh hari, stil ta nampak sangat kotor. Kesimpulannya masih boleh bergaya pakai keta hitam ni. Lagi satu kalau habuk da tebal sangat kita leh ukir nama kita atas bonet depan keta dengan jelasnya. Contohnya : Keta ni Ana punya...Stylo kan? Dan sudah pasti proses mengukir tu dibuat dengan jari. Jadi awak diluar sana, maybe mau ubah fikiran tukar warna keta jadi hitam?

Pesanan penaja : Pernah jumpa satu keta warna putih yang memang sangat2 bersih tahap boleh buat cermin muka. Teringin sangat sangat sangat nak jumpa ownernya tuk cakap "I adore you so much. I Love You. Leh sign di tapak tangan saya?"...Heheee