Friday, December 31, 2010

Alkisahnya....

Pada suatu hari Khamis yang suam2 kuku.....

aku bertemankan telefon Nokia yang pastinya bukan model 6630
bersama-sama

Chin Siew Moi, rakan sekerja yang memang adventure giler...
bertemankan kamera Canon (ok Moi aku tukar ke Samsung sebenarnya)
telah berjaya mendaki Bukit Jugra pada 30 Disember 2010, pukul 5.07 petang

yang pastinya kami tak jogging (mampus kalau jog!)
kami walking jer. tu pun macam tak cukup oksigen tengah jalan.
dalam 20 minit sampai puncak bukit dengan jayanya...
kami telah.....

memanjat dan melompat dari pagar melalui lubang itu....
konon2 nak tengok view Pekan Banting...
(nape? tak caya kami panjat atau tak caya kami muat melalui lubang tu?)
padahal....

kat sebelah tu ajer, ada lubang tikus yang lebih mudah dilalui...
tak adventure kata Moi-padahalnya tak nampak....
diberitahu oleh uncle2 yang memang peramah giler...
terkejut agaknya uncle tu yang merupakan saksi utama kejadian panjat dan lompat...
kami tak dapat tengok pun view Pekan Banting tu, sebab salah angle!
Turun Bukit Jugra ditemani 2 orang uncle
yang kurang cute namanya Master Ang, yang cute lupa lak nak tanya nama...^__^

Apa2 pun, memang bangga giler sebab yang naik tu kebanyakkannya tua2...
kami jer wakil orang muda konon......
next time akan carik lagi masa yang sesuai tuk naik Bukit Jugra.

p/s : procinasting is the thief of time
jangan bertangguh kerja sebab bertangguh itu - no good, no good

kami merancang dah lama nak naik Bukit Jugra, hampir 1 bulan
ikutkan plan asal nak naik bertiga, tapi sorang lagi tak dapat nak ikut
cuaca OK, kelengkapan sumer ada, tapi rasa tak confident berdua
SMS petang tu dari aku kepada Moi - It's only two of us. Is that OK?
dari Moi kepada aku - OK maa!! so, what time shall we meet?
bila pikir2kan bila lagi nak gi kalau bukan skang...
so, program ON dan memang BEST!
So Moi jangan pergi IAB hingga aku berjaya mendaki Bukit Jugra buat kali ke 50!
(Kalau tidak sapa nak jadi photographer?)

Thursday, December 30, 2010

Fikiran Bercelaru, Emosi Terganggu, Jiwa Kacau...

Seronok gak letak title yang penuh ngan skandal nie....hehe. So, kali ini teka apa yang dimaksudkan... Lin dan Moi mesti tau!

Semalam kami bertiga gi kelas aerobik di kolej seperti biasa. Masa tukar kulit dari kurung ke baju sukan aku dah perasan satu mende..... tudung aku memang tak masuk lansung dengan baju aku. Cuba bayangkan (ikutla nak tutup mata ke idak) aku pakai seluar grey brand Adidas, Baju hijau brand koperasi SMK SS17 dan part tudungla yang paling menyampah untuk di explain! warna coklat brand Annur.

Ya Allah, sebagai usahawan tudung yang agak nak berjaya, perkara ini memang sangat2 mengganggu fikiran, emosi dan jiwa aku! Ikutkan nak jer aku amik satu lagi tudung baru semata2 tuk mematchkan tudung dan baju supaya aku nampak bergaya dalam kelas aerobik tu. Tapi aku dah amik 2 tudung dalam bulan ni jer. Rasa macam melampau la plak. So, aku belasah jela tudung tu.

Belum lagi sampai klimaks citer! Bila aku masuk gym... jeng jeng jeng.... disitu sangat2 terserlah ketidak padanan baju, tudung dan seluar ku.... sebab sepanjang2 dinding penuh ngan cermin. Tetiba rasa gemuk dan macam2 mende yang negatif ngan keterampilan aku. Oh, tidak! Apa2 pun fitness still maintain walau pun jiwa kacau! Start today aku akan stand by tudung hitam always dalam keta, tak kira la hari tu nak g gym atau tidak.


lin - match baju dan tudung, najwa-no comment, aku-memang tak puas ati...moi - steady jer

Moral of story - prepare, prepare, prepare! Kalau tak prepare pun OK jer sebenarnya tuk kes2 yang terpencil macam aku ni. Tapi rasanya lebih gembira dan puas hati kalau kita lebih bersedia....!

Wednesday, December 29, 2010

Jalan-jalan di pantai kelanang cari charger....

.... cari charger tuk beraerobik.... jauh sampai ke Pantai Kelanang.... carik mood.

Alasan sebenarnya, sebab dah lama tak kuar jalan-jalan cari makan. Kali ni ada kesempatan so kitorang zoom naik keta Lin, bersama Moi, Kak Aziah dan Najwa yang sakit mata.


Ada 2 gerai je yang bukak. Kitorang carik yang paling dekat ngan tempat kitorang paking keta.
Alhamdullillah, makan sedap, harga OK dan kakak tu memang sangat peramah dan baik ati melayan kitorang yang juga peramah. Actually takde sapa penah makan kat gerai disini. Kami just gamble.
Dan akhirnya, leh la recommend kat sapa2 yang tak tau sebab tak penah cuba.

Tengah tunggu Moi upload gambar2 makanan yang dimakan di sana....


Nasi Goreng USA pilihan Kak Aziah n Lin

Maggi xxxx (tak ingat tapi nama Thai la) - pilihan Moi
komen skett Moi...-pedas..hehe

Laksa - pilihan aku
tak berniat pun nak interframe laksa tu...
tapi kalau takde aku laksa tu kurang serinya....^__^

moral cerita : Tak Kenal maka Tak Cinta....So, aku dah kenal dengan akak tu dan dah jatuh cinta dengan keperibadiannya (cuma lupa nak tanya nama..hehe)

kira berbaloi2 la gak makan kat sana. So, on Friday nak gi Morib lak.... Morib... here we come...
**Opppss.... cuti la plak... so, postpone ye gang.....

Tuesday, December 28, 2010

Cane leh jatuh cinta ni?

hehehe.... maut punya title.... tapi isinya takdela sehebat titlenya.
Kalau jatuh cinta mesti kepada orang ker? Aku jatuh cinta dengan BLOG aku sendiri.

Dulu aku takde la aktif sangat berblog. Niat tu cuma nak kongsi pengalaman dan harapnya ada story yang leh diambil iktibar..... Tapi memang mula tu malas nak update blog dan ditambah dengan kekangan masa di tempat kerja lama. Sejak berada ditempat baru dan ada kelapangan, leh la menulis di blog ni. Lagi2 ada sokongan dari rakan sejawat....

Dan part yang pelik, aku memang suka membaca hasil tulisan aku sendiri. Tu pasal aku declare yang aku dah jatuh cinta. Baca berulang kali pada hari yang sama pulak tu. Kalau aku check statistik dah ada lebih kurang 55 pembaca kepada blog aku ni. Dan aku sangat2 sure 55 orang tu ialah aku sendiri.... Pelik tapi benar...

End of story- siapa lagi yang akan menghargai diri sendiri kalau bukan kita.
So, Live your Life and Appreciate It.

Sunday, December 26, 2010

Rindu la plak...^_^

agak mengundang fitnah bunyi title aku... tapi kalau terlalu straight to the point pun tak best!
Tak adventure!

Rindu aku sebenarnya lebih kepada apa daripada siapa.
Last week aku tukar gambar profile selepas dok belek2 gambar yang ditag oleh rakan2. Antara yang paling best ialah gambar masa gi kursus EDICT di PNB Ilham, Port Dickson. Kitorang telah memanjat Tanjung Tuan tengok rumah api. Memang best, memang happening! Teringat geng2 satu group dulu yang memang takkan dilupa sampai mati.


Dan apa yang aku paling rindu ialah pada si TUDUNG BAWAL.... Almaklumla setelah menjadi usahawan tudung ni, aku dah bungkus sumer tudung bawal aku dan hampir2 aku nak bagi kat adik2 aku.
Biler aku tengok gambar aku masa EDICT (masa tu masih pakai tudung bawal) rasa cam cute jer.... tu yang rasa rindu tu....
so, aku berazam nak pakai semula bawal dan berselang seli dengan tudung sekarang. Tu pun kalau aku rajin nak iron tudung2 bawal tu....
tengokla next week macam mana... janji dah ada niat kan, kan, kan?

moral cerita - kalau rasa nak berhijrah jangan asyik bercakap dan mengulang2 mende yang sama tapi takde apa2 tindakan pun..... ingat!Doa diiringi usaha.... Kalau rasa taknak buat baik dok diam2....^__^

Saturday, December 25, 2010

JANGAN BACA...korang mungkin tak faham!

mesti korang baca gak kann.... memang betul kata ahli psikologi, semakin ditegah semakin nak buat. Contoh yang paling dekat ngan kiter ialah budak2 kecik, kalau dia berlari, nak suruh dier berenti adalah lebih baik kata jalan jer...jalan jer.... Kalau kita kata jangan lari! makin laju dier lari...

so takyah baca yer. sebab ia akan menyesakkan fikiran dan sangat tak berbaloi membacanya...
BACA JUGA! aku dah tau..lantakla korang...

Minggu yang lepas merupakan minggu melibatkan hati, perasaan dan emosi ditambah dengan ketakstabilan hormon adrenaline dan sebagainya.
Otak bercelaru, dan semuanya jadi ntah apa2!
Rasa menyesal dan macam2 bercampur baur... Dan seperti biasa, dalam setiap masalah aku - pasti ada klimaksnya...

Pada yang berada di tempat kejadian-Ribuan kemaafan kalau aku menakutkan korang pada hari tersebut.....(masih teringat2 riak cuak korang!)
Dan aku paling respek pada sahabatku yang sangat2 memahami. Selama sejam dia tak tanya apa2 dan membiarkan aku cool dengan sendirinya......

Pada yang berkenaan, korang pasti tahu apa yang aku maksudkan.
Pada yang tak berkenaan.. kan aku dah kata.... JANGAN BACA!.... ^__^

Friday, December 24, 2010

Berhemah la di jalan raya....

assalamualaikum... aku suka Jumaat. I've falling in love with Friday.

abis part set induksi, hari ni aku nak citer pasal kereta yang diloweredkan (betul ke idak ejaan aku tu). Penulisan ari ni diilhamkan oleh pemilik kereta jenis ini. Pagi tadi masa aku nak kuar simpang jalan adala sebiji keta yang meluru ngan lajunya macam tak nak bagi can aku kuar simpang. Padahal depan tu ada bumper dan memang tak sepatutnya la korang nak lajukan keta. Apa2 pun dengan nama Allah aku berjaya la kuar dari simpang tu dengan jayanya.

Jumpa bumper, seperti biasa melaluinya dengan steady (keta tak melambung kesimpulannya). Keta kat belakang aku yang laju tu, tetiba aku tengok(dari cermin pandang belakang, of course) macam berenti, tak berenti, macam tak jalan, tapi jalan. Oooo...ketanya lowered rupanya. Kalau korang penah tengok keta yang lowered melampau, macam mana dia lalu kat bumper, dia akan bergerak dalam 30 darjah, means tak lurus. Dalam hati - tadi laju sangat!

Aku bukannya tak suka keta lowered ni, sebab kalau owner keta tu buat pun, tak usik duit aku walau sesen pun....

Cuma nak sampaikan mesej - berhemahla di jalan raya. Apa salahnya menyedekahkan jalan pada kereta-kereta lain. Aku selalu sedekahkan jalan especially pada kereta yang potong queue. Dari kita membebel dan sakit hati, baik dengan senyuman - ko bagi je diorang jalan.

Maybe diorang tu sakit perut or bini dah nak bersalin sangat2 kat umah.....

Thursday, December 23, 2010

Menagntuknya.....

warghh.... Ya Allah mengantuknya tahap gaban. Tulun! Tulun!
Ni yang aku malas kalau bebudak wat assignment. Diorang akan jarang bertanya dan aku akan jadi mengantuk. Ditambah pulak malam tadi tido kul 11.30, kul 2 terbangun. kul 3 tido balik, kul 5 terbangun.........

Aku dah gi toilet, mengirai dan wat per yang patut. Keluar toilet jalan macam siput. Pun ada lagi satu jam tuk habis kelas.

Aku dah round tengok budak, once aku dok kat tepi diorang, terus berhenti menaip dan renung monitor. Membaca konon, dalam hati mesti kata ... pergilah, pergilah madam tengok orang lain. Tu yang aku malas dok lama-lama tengok keje diorang. Padahal sooner or later aku akan tengok jugak keje diorang tu.

Nak wat module, sume bahan dalam laptop nun atas puncak kayangan. Nak gi pejabat amik evaluation PPSMI rasa tak patut lak sebab budak2 ada dalam lab.
Macam mana ni......? Ada sapa-sapa nak bergosip ngan aku tak?

Tuesday, December 21, 2010

Nita,- you are my sunshine.

aku rasa aku nak nyanyi lagu... u are my sunshine, my only sunshine, u make me happy, when skies are blue, u may be know dear how much I love You......
Hari ini aku ingin mendedikasi penulisan blog aku kepada rakanku Anita.... Dia telah menyelamatkan aku dari meeting RnD. Dan bak kata pepatah, Orang berbudi kita berbahasa...Orang memberi kita merasa, aku akan gantikan kelas kau esok rakanku...

Aku sebenarnya bukan anti meeting, tapi kenapa mesti buat hari Selasa? Kenapa? Kenapa? (tambah sket effect echo di situ) Aku dah plan dari last week untuk datang beraerobik. Dahla meeting start kul 4.00ptg. Dan ikut pengalaman aku tak pernah lagi dalam sejarah meeting akan habis dalam masa sejam jer...NEVER! Oooo...ada, ada... meeting Unit TM. Tapi itu sebab En. Kama yang sangat berkarisma ditambah dengan SU yang berkaliber....hehe. Tu pasal meeting cepat, tepat dan betul.

Aku sebenarnya dah lobi Nita pagi tadi, merayu2 suruh gantikan meeting. Mula tu dia taknak tapi ntah macam mana dia nak pulak (sumpah aku tak jampi dier apa2). Tapi pagi tadi pun aku dah rasa sesuatu yang positif akan terjadi dengan aku dan kelas aerobik. Dan akhirnya aku pun dapat la bersenam dengan izinNya jua.....BESTNYA...!

Ok, moral of the story, berfikir la positif untuk apa jua yang anda lakukan...

Monday, December 20, 2010

Indahnya Memberi....

assalamualaikum.... hari ni aku declare sebagai hari yang indah walau pun sepanjang jalan hujan suku lebat sebabbbbb.... gaji day.. hari ni aku terbangun kul 5.15 pagi, buka mata ingat website anm. terus on laptop n login (cepat giler nak open website, sebab subuh lagi, tengah hari sah2 lambat giler). gaji dah masuk dan actually this month is special sebab aku dapat tunggakan. tu sebab terlebih excited.

sekarang tiba part isi penting. aku adalah orang yang paling takut dapat duit terlebih. nak tau sebab per....? ikut pengalaman aku, kalau aku dapat duit lebih dan lansung tak berniat tuk kongsi ngan orang lain maka akan sesuatu terjadi yang menyebabkan duit akan keluar juga tuk perkara2 yang memang tak best untuk diexplain di sini. Allah memang sayangkan aku! Aku memang bertuah kerana sentiasa mendapat peringatan dariNya.

aku memang kedekut satu ketika dahulu. tapi disebabkan pengaruh persekitaran n rakan2, aku telah lihat keajaiban dan kelebihan berkongsi atau memberi/bersedekah ni. dan ia MENAKJUBKAN! Disini aku kongsi keajaiban itu (based on a true story). Alamak baru perasan, baru nak masuk isi2 penting ni, so panjang sket la citer kat blog hari ni...

BILA BANYAK MEMBERI duit kita akan sentiasa ada, tak pernah sesak dan sentiasa ada lebihan duit walau pun hingga akhir bulan. memberi la tanpa teragak2, niatkan kerana Allah dan ingat duit yang kita dapat bukan untuk kegunaan kita 100%. ada peratus yang perlu dikongsi dengan orang lain. dan orang bijak pandai pernah berkata, ORANG KAYA MEMBERI ITU DAH BIASA, ORANG YANG MISKIN MEMBERI ITU LUARBIASA. aku pun dalam kategori sederhana jer. kita memberila ikut kemampuan, yang penting ikhlas.

satu lagi keajaiban memberi ialah kita akan gembira dan seronok. memang tak tau nak cakap macam mana rupanya gembira itu. tapi memang tenang dan seronok la. maybe sebab kita menggembirakan orang yang kita beri tu. paling seronok kalau memberi pada orang yang tak mampu. melihat senyuman, kalau dia tak senyum pun, boleh nampak keriangan di mata diorang. silap haribulan boleh menitik air mata. tersentuh melihat orang yang tak mampu gembira mendapat RM50 (yang bagi diorang sangat2 besar jumlahnya) berbanding orang macam kita yang RM50 leh abis kat Pizza Hut sekelip mata.

nak rasa keindahan memberi...? cubalah. takkan rugi... (macam iklan TV la plak!)

Sunday, December 19, 2010

Kenduri Kendara

assalamualaikum. hari ni akhirnya matahari menunjukkan dirinya setelah malu2 kucing selama beberapa hari.... indahnya dunia aku rasa... tapi hari ni aku bukan nak citer pasal matahari tapi nak citer pasal kenduri kawin.

aku baru je balik dari kenduri anak sepupu mak aku (panjang salasilahnya, malas nak explain). biasanya aku akan pegi kenduri selepas zuhur. sebabnya malas nak bersesak2 ngan orang yang biasanya akan serbu pada perime hour iaitu dalam kul 1230 - 1300. lagi satu aku akan dapat tengok muka pengantin tanpa perlu terintai-intai belakang orang. dan mungkin dapat sembang ngan pengantin lagi. dan biasanya juga sedara mara akan perasan kehadiran aku sekeluarga, maka takdelah nampak aku ni macam anti sosial. lepas makan aku leh lepak kat bangsal makan berapa lama aku suka. kalu rasa nak makan lagi sekali pun takde hal.

tapi hari ni disebabkan aku bertanggungjawab membawa abah ke kenduri, aku terpaksa gi dalam kul 11.30. (ikutkan abah nak gi kul 10!) aku dah wat lambat2 supaya kitorang leh g lewat sket. tapi biasa la sebagai anak yang mengenang jasa, aku ikutla kata abah aku.

dan apa yang aku cuba nak elak dalam mana2 kenduri kawin pun berlaku la tadi. lepas makan (nasib orang tak ramai lagi masa tu), kitorang tak tau nak g mana. nasib cuaca mendung so kitorang lepak je kat luar. umah pengantin sah2 full! bangsal makan pun full. dan aku sangat yakin kak lang (nama manja pengantin) takkan perasan yang aku sekeluarga datang. sume jadi serba tak menentu dan akhirnya aku amik keputusan balik awal. kebetulan abah sakit perut, so wat alasan nak balik awal sebab itu.

kesimpulannya, takkan pegi lagi kenduri kawin before zuhur, dan aku rasa sangat2 letih walhal yang kawin bukannya aku! dan aku datang semata2 tuk makan jer..... weekend aku pun jadi lebih pendek sebab penuh ngan xtvt. malam ni nak anta abah ke damansara lak...

Friday, December 17, 2010

Takde Mood@Mood Down

assalamualaikum. topik utama hari ini ialah takde mood atau kadang kala orang kata mood down.

sebenarnya mood aku yang down since semalam. dan yang paling best ia bukan start dari pagi, tapi dari pukul 2 petang. aku jadi malas semacam. padahal aku yang konon2 berstruktur ni dah menyusun atur jadual aku dengan jayanya. ikutkan semalam pagi aku patut siapkan SKT (siap ikut jadual) then kelas then petang aku nak siapkan module. part siapkan module yang aku fail.

lepas kelas aku telah spend masa di kafe pentadbiran ALONE sambil baca buku Shopaholic Abroad. pastu aku kunyah makanan 44 kali sebab nak ikut sunnah nabi. dan aku tengok pakcik kafe, adik kafe, makcik kafe wat keje..... aku malas nak naik atas, tapi akhirnya aku naik juga sebab pakcik, adik dan makcik kafe lak yang tengok aku. (sebab dah takde orang lain kat kafe masa tu)

aku sambung baca buku sampai aku rasa menyampah lak kat Rebecca Bloomward (heroin utama dalam buku tu) sebab melampau giler tahap shopaholicnya. pastu aku pun memaksa diri buat GIMP. tapi disebabkan mood aku yang dah gi ke mana2 aku jadi takde idea nak letak gambar apa. nak wat apa....IDEA JADI JUMUD....

dan sekarang hari Jumaat yang sentiasa indah (sebab esok biasanya cuti) aku masih lagi tercari-cari dimana hilangnya mood baik dan rajin aku....... Oooooo Mooooooddddd... Where Are You?

Thursday, December 16, 2010

Aku, FaceBook dan Games!

Ok hari ni aku nak citer pasal FB, FV, CV, Typing Maniac dan bermacam2 games lagi didalamnya.

Aku memang giler games since sekolah menengah. atas sebab giler games jualah aku pilih Sc Comp untuk first degree aku walaupun mendapat tentangan yang hebat dari abah, mak dan arwah nenek yang beria2 suruh aku jadi doktor. (aku paling ngeri nak cucuk atau nak kerat orang!)

aku diperkenalkan dengan FB pada tahun 2008, kononnya masa tu nak share gambar masa reunion SEMESTI di Sunway Lagoon. dari situla aku aktif ngan FB dan aku tak ingat sapa yang invite aku tuk join FV (Farm Ville) dan seterusnya World Cafe dan terkini City Ville, sumer games2 yang menepati citarasa aku.

aku tak fanatik sangat ngan FB. kadang2 komen jugala aktiviti2 kawan atau share apa yang aku fikir di FB. tapi aku sangat addicted dengan games yang ditawarkan di sana. sangat giler hingga sanggup bangun kul 3 pagi semata2 nak tuai hasil ladang. kalau lambat nanti layu plak. juga sanggup marah2 ngan anak2 sebab kacau aku nak berkoperasi di FV. bila waktu tido aku tak menentu mulalah aku rasa penat, letih dan marah2.. sian anak2 aku tak pasal2 kena marah.

so mulai hari yang indah ini, hari khamis 10 muharram aku berazam tuk tidak begitu giler bermain games. maybe aku patut bersederhana dalam segalanya, membahagikan kasih sayang seadilnya antara FB, FV, anak2, suami dan career.....

*maknanya aku masih nak teruskan FV..hehe

Wednesday, December 15, 2010

Akhirnya aku pergi juaa...

semalam pada 14 disember 2010 aku telah berjaya memergikan diriku ke kelas exercise anjuran KMS setelah berbulan-bulan asyik delay. banyak sangat kekangan yang aku cipta sendiri sebenarnya.... memang best, memang release tension. aku berazam akan pergi lagi dan lagi dan lagi.

sebenarnya aku hampir-hampir tak pergi walau pun aku dah bawa semua kelengkapan. aku ada hati nak gi pasar malam sebenarnya tapi aku pakai kebaya yang agak blink blink. segan la plak nak pegi macam tu so aku lencongkan keta ke gym sebab nak salin baju sebenarnya. on the way nak ke bilik persalinan, tengok-tengok gym buka la pulak. aku pun terus tukar plan on the spot. tu sebab aku berjaya ber exercise dan adala citer nak disampaikan kat blog ni..hehe

tapi aku rasa aku agak over acting semalam. excited sangat sebab dah 2 tahun lebih tak gi gym. next week aku patut dok kat belakang so bila aku excited giler orang tak nampak. tapi nanti tak nampak cermin la plak... tak best, tak best. tengok la next week cane.

tapi kredit patut diberi pada Kak Jem, pensyarah KOKO yang memang all out semalam. tapi aku memang tertanya-tanya (sebab aku belum tanya Kak Jem) kenapa sampai 1 jam setengah? bukan patutnya 1 jam atau sebab tetiba Datin-Datin datang? kena tanya ni sebelum aku membuat spekulasi dan dakyah2 palsu.

Lin, Kak Aziah dan geng2 TM. (takleh nak promote kat sumer orang, kang tak muat gym la plak...hehe) jom kita join kelas next week... BEST dan paling BEST....kelas ni FREE...

Monday, December 6, 2010

Yang Terkini Lagi Sensasi

Hari ini pagi-pagi Lin bagitau yang kawan kami, Moi mendapat tawaran ke IAB.
Tiba-tiba aku rasa sebak padahal kami baru sahaja berkenalan dan bekerja bersama-sama selama 6 bulan. Perasaan itu datang tiba-tiba.
Aku sendiri rasa hairan kenapa aku perlu berperasaan sedemikian.

Dari kiri : Chin Siew Moi (Moi), Siti Haslina (Lin), Chong Pei Yee dan yang dua lagi tu tak tau nama
(Gambar ihsan Moi...aku amik dari FB....^__^)

Dia memang seorang yang baik hati, sporting, easy going, sekepala walau pun kami berlainan agama, berlainan kaum.
Dia adalah salah seorang rakan pergi shopping di pekan Banting (cari kasut,baju dan barang-barang runcit),
ke TESCO Banting (dia ambil troli tapi beli sebungkus KOPIKO, aku dan Lin yang borong habis)
ke The Store (kena marah dengan mak guard yang garang giler)
ke Econsave (saja nak tengok betul ke ramai orang kat sana...ini idea aku!)
Dia adalah team Jalan-jalan Cari Makan versi Unit TM ke restoran Ani Sup Utara, Merry Brown dan gerai cendol Kamarudin Banting.

Sebagai seorang RAKAN, aku akan kata JANGAN PERGI
Sebagai seorang SAHABAT, aku akan kata PERGILAH UNTUK MEMAJUKAN DIRI

so, BEST OF LUCK MOI, I ALREADY MISS YOU!
(sebenarnya dia belum buat kata putus samada nak pergi atau tidak...^__^)

*agaknya inilah rasanya rakan-rakan yang baik di SMK SS17 bila aku berpindah ke Kolej Matrikulasi Selangor*Cehhh...perasan glamer