assalamualaikum.... hari ni aku declare sebagai hari yang indah walau pun sepanjang jalan hujan suku lebat sebabbbbb.... gaji day.. hari ni aku terbangun kul 5.15 pagi, buka mata ingat website anm. terus on laptop n login (cepat giler nak open website, sebab subuh lagi, tengah hari sah2 lambat giler). gaji dah masuk dan actually this month is special sebab aku dapat tunggakan. tu sebab terlebih excited.
sekarang tiba part isi penting. aku adalah orang yang paling takut dapat duit terlebih. nak tau sebab per....? ikut pengalaman aku, kalau aku dapat duit lebih dan lansung tak berniat tuk kongsi ngan orang lain maka akan sesuatu terjadi yang menyebabkan duit akan keluar juga tuk perkara2 yang memang tak best untuk diexplain di sini. Allah memang sayangkan aku! Aku memang bertuah kerana sentiasa mendapat peringatan dariNya.
aku memang kedekut satu ketika dahulu. tapi disebabkan pengaruh persekitaran n rakan2, aku telah lihat keajaiban dan kelebihan berkongsi atau memberi/bersedekah ni. dan ia MENAKJUBKAN! Disini aku kongsi keajaiban itu (based on a true story). Alamak baru perasan, baru nak masuk isi2 penting ni, so panjang sket la citer kat blog hari ni...
BILA BANYAK MEMBERI duit kita akan sentiasa ada, tak pernah sesak dan sentiasa ada lebihan duit walau pun hingga akhir bulan. memberi la tanpa teragak2, niatkan kerana Allah dan ingat duit yang kita dapat bukan untuk kegunaan kita 100%. ada peratus yang perlu dikongsi dengan orang lain. dan orang bijak pandai pernah berkata, ORANG KAYA MEMBERI ITU DAH BIASA, ORANG YANG MISKIN MEMBERI ITU LUARBIASA. aku pun dalam kategori sederhana jer. kita memberila ikut kemampuan, yang penting ikhlas.
satu lagi keajaiban memberi ialah kita akan gembira dan seronok. memang tak tau nak cakap macam mana rupanya gembira itu. tapi memang tenang dan seronok la. maybe sebab kita menggembirakan orang yang kita beri tu. paling seronok kalau memberi pada orang yang tak mampu. melihat senyuman, kalau dia tak senyum pun, boleh nampak keriangan di mata diorang. silap haribulan boleh menitik air mata. tersentuh melihat orang yang tak mampu gembira mendapat RM50 (yang bagi diorang sangat2 besar jumlahnya) berbanding orang macam kita yang RM50 leh abis kat Pizza Hut sekelip mata.
nak rasa keindahan memberi...? cubalah. takkan rugi... (macam iklan TV la plak!)
No comments:
Post a Comment