Friday, October 28, 2011

Status FB : Yang Ta Patut

Ini la dia sambungan entri yang janjikan itu kunun. Awal-awal lagi saya minta maaf kalau awak ta bersetuju dengan saya. Saya perasan hanya yang terdekat ja yang akan baca blog ni. Harap2 yang ta setuju tu janganla terblogwalking di sini...fuhhhhh fuhhh. Gi main jauh-jauh...

Ehem...Ehem...Pada pendapat saya status di FB tu sangatla ta patut di manfaatkan untuk seperti yang disenaraikan di bawah :-

1. Menceritakan masalah peribadi
Ta kira la boyfrenz atau gurlfrenz, tunang dan tunangan, kawan dan kawan, bos dan pekerja, dan yang paling ta best suami dan isteri...eh, ta cool la dok menceritakan kes bawah kain ni di public. Alahai perlu ka nak luahkan supaya sumer rakan tahu? Kalau rasa perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan maybe leh PM (private message). Bila PM tentu kita boleh pilih orang yang betul2 kita percaya kan?

"Isteri aku masak kailan ikan masin rasa masin...ptuiii ptuiiii...ta selera aku. Sapa nak gi kedai mamak? Jommm"
Errrr...

"Tadi tunang I kata I gemuk macam tong dram. Macam la dia tu ta gemuk. Perut boroi, @%###??&*& "(mencarut la tu kunun)
Errrr....

2. Meluahkan rasa cinta, kasih, sayang, rindu
Haishhhh...Ni yang paling rimas. Sket2 nak meluahkan rasa cinta. Sket2 rindu. Sket2 sayang. Eh kowang ta leh PM eh? Padahalnya tangan ta lepas2 pegang nfon tu. Saja nak tunjukkan pada dunia? Agaknya Mark Zuckerberg pun da leh agak mende2 macam ni akan berlaku maka dia cipta yang kita leh hide ja aktiviti rakan fb kita yang mabuk bercinta. TQ abang Mark! Even suami isteri pun saya sangatla tidak bersetuju untuk meluahkannya rasa cinta untuk tatapan semua rakan FB. Ingat sumer rakan FB kita bahagia kah dengan hubungan cinta mereka? Bertimbang rasalah.

Fri Oct 28, 7:10:05 pm
"Saya rindu awak, Awak rindu saya?"
Like!

Fri Oct 28, 7:10:06 pm
"Saya cinta awak, Awak cinta saya?"
Errr...

Fri Oct 28, 7:10:07 pm
"Saya ta boleh hidup tanpa awak, Awak boleh hidup tanpa saya?"
Eh...

Fri Oct 28, 7:10:08 pm
"Saya sayang awak, Awak sayang saya?"
Eh Ehhhh...

Fri Oct 28, 7:10:09 pm
"Saya bahagia ada awak, Awak bahagia ada saya?"
klik 'hide activity'

3. Menceritakan tentang hal yang ta sepatutnya
Yang ini memang betul2 mencabar minda. Apakah perasaannya bila nampak rakan fb kita yang islam upload gambar dia memegang secangkir rum. Serba salah dibuat nya. Ditegur nanti satu dunia tau. Patutkah? Kalau ya pun minum rum ta perlu la bagitau semua orang. Diam-diam uda la....Hadoiiii

*ta tau nak taip apa*

4. Menceritakan tentang segala macam kehebatan
Semua orang akan berbangga mendapat kulit halus mulus macam telur dikupas. Sapa ta mau? (saya mau!), berbangga dapat rumah besar macam istana, cincin berlian seberat 1kg, kereta besar sangat2 hinggakan isi dalam serupa macam bas persiaran, ada anak yang bijaksana tahap Einstein, anak baru darjah satu tapi boleh bercakap 7 bahasa. Wowww...Saya pun akan tumpang gembira bila rakan2 kita ada sumer kehebatan2 di atas. Tapi kalau asyik2 citer pasal mende yang sama. Apa cerrrr? Perlukah? Ingat sumer rakan FB kita hebat-hebat macam kita jugakah?

"Anak saya yang berusia 5 tahun sedang mengimamkan kakaknya solat Maghrib"
Errrr....

"Terima kasih sayang sebab adiahkan saya gelang emas ni. Baru sejam yang lalu dapat BMW, skang ni gelang emas lak. Sayanggggggggg Abang..."
Errrr....

Tu aja catatan minggu ini. Bye dan lariiiiiii...

Wednesday, October 26, 2011

Status FB : Yang Patut

Assalamualaikum dan Salam Diwali

Dulu sangat giler ngan FB. Sangat taksub. Da penah citer pun dalam entri dolu-dolu. Giler ngan games di FB dan kadang-kadang letak jugaklah status mengada dan ta mengada tuk tatapan rakan-rakan kunun. Maybe sebab stil mentah dalam FB jadi wat diri sendiri very the excited nak update status. Tetapi ntah macam mana, lama-lama jadi lemau, jadi ta da mud ngan FB. (Ka sebenarnya aku yang ta bijak guna FB tu?) Haihhhh...Pensyarah Sains Komputer ni! Tapi aku tau FB is an example of PaaS one type of cloud computing and categorized as Social Online type of website...Ecehhhhh....

Hasil penelitian, hasil pemerhatian, hasil pemantauan...Saya rasa...Saya rasa...Sekali lagi...Saya rasa... status di FB tu patut di manfaatkan untuk seperti yang disenaraikan di bawah :-

1. Kata-kata motivasi
Saya sedar ta semua orang di lahirkan seperti Prof. Madya A. Samad Said yang pandai bermadah pujangga. Tapi leh google ja tuk dapatkan kata-kata motivasi kan? Jangan lupa lak quote nama orang yang bermadah tu. Sekurang-kurangnya termotivasi juga diri sendiri dan rakan-rakan.

"Success come when preparation met opportunity - anynomous"
(guna anynomous kalau ta pasti sapa yang cakap)

"Kemenangan yang sempurna ialah usaha yang sempurna - Mahatma Gandhi"
(Sejak bila Mahatma Gandhi pandai cakap Bahasa Melayu...heheeee)

2. Mempromosikan peluang
Kekadang ada peluang seperti tempat kerja kita mahukan orang tuk position itu, position ini. Letakla kat status FB tu. Mana tau kot rakan kita, rakan kepada rakan kita atau anak sedara sebelah mak sedara tiri rakan kita tengah tercari-cari pekerjaan yang sesuai. Kan best berita baik di kongsi bersama.

"Weh tempat keja aku nak pakai orang tuk position engineer aircraft. kalau boleh yang ada pengalaman at least setahun, rupa mau yang ensem ta pun sweet. Kalau pandai melawan lagi bagus sebab kalu idak berpotensi tuk kena buli...."

Eh....Eh...Ehhhhhh?

3. Menyampaikan berita bermanfaat
Memang skang ni zaman teknologi. Rumah kalau ta da TV memang menipu sangatla. TV cap ayam ka, cap kaki itik ka...Janji ada TV. Tapi ada TV bukan nak tengok berita pun. Sikit2 sinetron Indon..."Cinta kamu banget", sikit-sikit citer Korea..."saranghaeyo" Jika awak jenis yang rajin selak suratkhabar ta pun baca berita secara online. Pa kata share berita yang bermanfaat lagi terkini. Leh la rakan-rakan kaki sinetron, kaki K-Pop tau gak berita-berita sensasi. (berita artis-artis ta diambil kira...haihhhh)

"Ta sangka Manchester United kalah sampai 6-1 dengan Manchester City...Hadoiiiiii"

"Aku baru beli Samsung Galaksi SII tup tup kuar lak yang lebih terkini, Galaksi Nexus..Hadoiiii lagi"

4. Bisnes
Ni pun tuk orang yang pandai ambil peluang. Mempromosikan bisnes online dalam FB. Jual baju baby la, jual kain baju, jual kosmetik, gajet terkini la, jual itu, jual ini. Ok la tu. Ta yah la kami kami ni gi carik merata tempat. Beli ja online. Yeay...bahagia tau kami sebab ada rakan pandai wat bisnes online.

"Barang tuk menegangkan kulit muka harimau kumbang awak tu saya da poskan. Esok sampai kot"

Ta da sapa ka nak wat bisnes online jual ikan, ayam, sayur, ikan masin, belacan, telur dan segala barang runcit? Bestkan kalau ada. Order dan tau-tau ja da ada depan pintu rumah.
(Dasar pemalas...huhu)

5. Minta pendapat

Kekadang ada masalah yang bukan bersifat peribadi yang perlu diselesaikan. Macam masalah kereta ka, motorsikal ka, basikal ka atau maybe ada kemusykilan di tempat kerja. Nak carik resepi pun rasanya OK. Kalau-kalau ada yang expert dalam diam. (Rakan keja sebagai guru Teknologi Kejuruteraan tapi hebat giler pasal make up tahap make up artis tau! Siapa sangka?)

"Cloud computing apa ka mendenya. Aku google, baca ta gak faham2. Satu tempat keja aku da pening ni. Ada siapa-siapa leh bantu?"

"Tadi aku try masak laksa, tapi jadi pai epal. Macam mana ni?"

6. Minta doakan
Yelah, kadang-kadang ditimpa musibah. Kadang-kadang ada misi penting yang mahu dilaksanakan tahap nak hantar gas nitrogen ke Afganistan. Jadi mohon doa rakan-rakan. Kalau ramai-ramai doakan (dengan izin Allah) akan ada yang dimakbulkan?

"Kucing aku nga sakit nak bersalin ni. Doakan MeowMeow aku selamat dan sejahtera ya?"

7. Memberitahu berita-berita yang menggembirakan
Berita atau perkhabaran gembira wajarlah di war-warkan. Seperti nak kawin atau dapat baby baru. Wahhhh...tumpang bahagia rakan-rakan FB dengan berita-berita cenggini. Bolehla rakan-rakan pakat-pakat belikan hadiah kan? Selain menjemput pakai FB ja ke majlis-majlis keraian. Jimatkan kertas, GO GREEN! Paperless Environment. Dapat menyelamatkan bumi kita tau! Super duper best kan...?

"Teman-teman dan rakan-rakan, jemputla datang ke majlis perkahwinan suami saya. Nanti saya dapat payung emas. Jangan jeles tau "

The End

Maybe ada banyak lagi. Tapi saya kan fanatik ngan nombor 7 so stop sampai 7 ja. Kalau ada idea letakla kat blog awak pulak ya. Nanti-nanti saya wat satu lagi entri bertajuk Status FB : Yang Ta Patut lak.

Pesanan Penaja #1: Nampak ta perkataan Nanti-nanti tu, maksudnya ta semestinya esok....Mungkin minggu depan, mungkin bulan depan dan mungkin tahun depan? Sabar tau!

Pesanan Penaja #2: Maafin saya ya kalau ada yang tersinggung. Sekadar mengada. Mengada-ngada kan membawa bahagia.

Tuesday, October 25, 2011

Saya tanpa TV...Eh OK ja

Assalamualaikum. Hari ni saya mau wat entri pasal TV. Ehemmmm...adjust channel suara sebelum adjust channel TV... Ehemmmmm...testing, testing... (macam guna suara tuk taip entri..ahakz) City Norhana rasa City Norhana boleh hidup tanpa TV. (Semenjak MCity membelasah MUnited 6-1, haruslah eja nama cenggitu...huhu) Masa belajar di U dulu penah hidup tanpa TV selama dua tahun. DUA TAHUN tau. Wohoooo..Bangga dan riaknya City Norhana.

Rerakan yang tau kami tada TV di umah sewa akan hairan bin pelik. Apa masalahnya tada TV ya. Nak kata ketinggalan berita-berita terkini, macamla yang ada TV tu duk tercatuk mengadap berita terkini kat TV3 jam 8... Alaaa macam la ta tau, jam 7 - 8 layan citer Korea...Annyeong haseyo.. Pastu jam 8 yang patutnya tengok berita, suma pakat-pakat lari nak mandi, solat maghrib g.... tau da tu... Baik ta da TV kan...?

Masa pindah rumah, malas rasanya nak beli TV. Tapi bila kenangkan AminD dan ImanD duk umah tanpa TV, kesian lak. So, beli la gak TV plasma yang leper tu kunun. Udahnya risau ja tengok kembar goyang2kan TV tu..haihhh... Dan akhirnya yang menggunakan TV tu, AmniD, AminD, ImanD dan bibik.. Saya? Tengok TV tu hari2 tapi ta tengok pun siaran dari TV tu bila ada orang lain yang memonopoli TV tu... Redha yang saya dan TV memang ta ngam...

Akhir citer, ta da TV pun ta da hal.....

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

Tada TV tapi mesti ada komputer/laptop
FB dan layan citer Korea bersiri 18 dari laptop jerk..
Lagi best, hari ni tengok, hari yang sama gak tau endingnya...heheeee

Anyong Haseyo!

Chonun ”City Norhana” imnida

ghamsa hamnida!

Thursday, October 20, 2011

Nikmat Yang Ditarik

Nama saya Siti Norhana. Dulu saya dikurniakan pelbagai nikmat Allah. Tapi disebabkan Allah sayang sangat dengan saya maka ada beberapa nikmat yang Allah telah tarik balik

1. Nikmat minum ais
Reaksi kebanyakan orang minum minuman berais di hari yang panas..."Leganya..."
Reaksi kebanyakan orang minum minuman berais di hari yang sejuk..."Indahnya dunia..."
Reaksi kebanyakan orang minum minuman berais di waktu selsema, batuk, pening..."Kebalnya aku..."

Minum ais memang super duper best, tapi aku ta leh minum ais, makan ais krim atau pun minum air yang sejuk. Kalau tidak minum air panas banyak2 selepas degil gak minum air berais maka bersediala untuk sakit tekak yang akhirnya akan melarat ke flu... Alamak, sangat ta best!

Hikmahnya:
Perut ta buncit sangat la kunun. Orang kata kalau ta nak perut buncit jangan minum ais maka aku da kira selamatla part tu...Errrr...perut ta buncit tapi masih ada spare tayar yang berkeliaran bebas. Sayang nak buang semua, so tinggalkan sket wat kenangan.

(semenjak aku stat makan honey pagi dan petang ni, macam leh minum ais... macammmm)

2. Nikmat makan belacan
Awak bukan rakyat Malaysia kalau tidak jatuh cinta pada belacan... Owh belacan, I Love You! Dulu2 makan nasik panas2 ngan belacan Melaka pun jalannnnn... Masa study di U, hari-hari makan nasik berkuahkan belacan ...(sampai naik jerawat kat muka) Memang sangat berselera makan nasik ngan sambal belacan...sedapppp banget!

Tidak lagi kini! Mean ta leh la melantak sehari 3 kali. Stil boleh makan. Tapi kalau makan maka sediakanla jari jemari tuk menggaru seluruh muka...

Hikmahnya:
Makan nasi ta da la bertambah-tambah. Amik sekali, sekali tu ja la. (Time Hari Raya ta leh diambil kira). Dan ta yah pening2 nak tambah stok belacan kalau belacan da abis. Saya beli belacan setahun tiga kali.

3. Nikmat minum nescafe/kopi
Isk Isk.... (bajet sedih) kalau minum nescafe/kopi maka akan berpusingla seluruh dunia dalam 360 darjah. Pening, sakit kepala... Disebabkan saya anti Panadol (melainkan waktu dah nazak ja) makanya pening bukan la sesuatu yang menggembirakan untuk di harungi. Penah anda jumpa orang cakap ..." Saya pening ni, jangan jeles ya..." Ada???? Tada kan?

Hikmahnya:
Ada setengah orang ta minum kafein, jadi ta tentu arah satu hari. Orang putih kata addicted to kafein. So, kira saya berada di zon selamat.... Yeay...

4. Nikmat makan nasi lemak
Ini yang terkini. Yang terkiniiiiiiii (bajet mau bagitau seluruh dunia) Saya tidak lagi boleh makan nasi lemak. Bila makan ja, dalam 7.5 minit saya akan mengantuk macam Sleeping Beauty. Ta da jalan penyelesaian melainkan tidur. Selagi ta tidur selagi tu la akan ngantuk, ngantuk dan ngantuk.... Arghhh malas la kalau tetiba bertukar jadi harimau betina. Sikit2 mengaum, sikit2 mengaum....

Hikmahnya:
Kurang pilihan makanan kolestrol tuk dimakan. Oh bahagianya.....





Moral of the story :
Hargai dan bersyukurla dengan nikmat yang diberi kepada kita. Jangan merungut!...
(Eh macam cakap ngan diri sendiri lak yang memang ta reti2 nak bersyukur)

Ya Allah...Jangan tarik lagi ya nikmat-nikmat yang len...
Tolong ya Ya Allah...Aminnn
(cepat aminkan ramai-ramai)

Saturday, October 15, 2011

Kegunaan Microwave

Pada suatu masa dahulu saya telah membeli microwave. Ingatkan mahu makan ayam bakar ka, ikan bakar ka...kununnya mahu guna microwave tu, lebih mudah, cepat dan tepat. Tapi rupa-rupanya guna microwave jangan awak pasang angan tinggi-tinggi mahu tengok ayam/ikan tu akan berubah jadi seperti yang dibakar guna api. Dia akan jadi basah dan lembap. Bila dah try tu, memang agak kecewa jugaklah. Rasa mau bakor ja microwave tu kome wehhhhh. Tapi, itula orang ada cakap ta kenal maka ta cinta. Rupa-rupanya banyak bangat kegunaan microwave ni. Meh sini saya senaraikan kegunaan microwave yang berada di luar jangkauan atau batasan ni.

1. Leh micro kan keropok

"Mau gaya hidup sihat?" "Mauuuu...."
"Mau makan keropok tanpa minyak?" "Mauuuu...."
(gaya artis atas pentas tanya penonton depan pentas)

Jangan risau, ini la penyelesaiannya. Masuk keropok dalam micro, pusing butang, goyang kaki... Tadaaaaa...siap uda keropok yang menyihatkan. Ta ya risau minyak terpercik kat tangan gebu kita tau...saya bahagia, awak bahagia?

2. Leh panaskan air

Masak air kekadang memakan masa yang lama, walhal nak guna seciput ja. Caranya masukkan air masak dalam cawan tembikar vintage awak. Masuk cawan dalam micro, pusing butang, goyang kaki...
Siapppp....Wowwww...double bahagia kan?

3. Leh micro kan ikan masin
Hanya ikan masin yang senipis 0.0075mm saja yang lebih berkesan tuk digunakan disini. Jadi, sila ambil micrometer screw gauge awak, putarkan timble dan rachet...Dapatkan bacaan yang tepat ja ya. Seterusnya masukkan ikan masin dalam micro, pusing butang, goyang kaki...Wohoooooo.... da leh dimakan dengan nasik panas-panas... Yummmy...

4. Leh masak megi

Ya, kita sedia maklum, megi memang sedap di makan, cepat di masak. Tapi dengan menggunakan teknologi ini maka yang cepat akan jadi super cepat. Dunia skang sumer nak cepat kan? Nak dokumen cepat, nak makanan siap cepat, nak kawin cepat...ehhhhh? Caranya, amik megi, letak dalam mangkuk comel, masuk dalam micro, pusing butang, goyang kaki lagi dan lagi...Tau tau ja....Da siap?

5. Leh panaskan lauk
Ni yang paling best, makanan semalam yang ta abis, masukkan dalam peti ais dulu. Esok tu, terus dari peti ais ke microwave, pusing butang, goyang kaki, nak menari poco-poco pun ok bha...Dan terusssss ke dalam mulut, dan pasti mulut awak melecur lepas tu...hehe

6. Leh masakkan masakan

Apakah maksudnya? Besanya ini tuk makanan seperti ayam goreng segera, nuget segera dan macam2 segera la. Bila digoreng, kekadang dalamnya ta masak. Stil nampak hemoglobin nya. Digoreng lama hangus lak. Penyelesaiannya...Yeay, Abang MicroWave yang gagah perkasa kan ada....Masuk ja yang da di goreng tadi dalam micro, pusing butang, goyang kaki...(errrr...mende2 segera ni kalau masak terus guna micro ta sedap. ngeri ja nak makan)

7. Leh defrost kan lauk beku
Mula tu rasa macam ta nak masak. tetiba tah macam mana angin berubah nak masak lak. Nak tunggu lauk defrost, wehhhh sempatla mud malas tu datang balik. Jadi sementara mud rajin menghantui jiwa, pa kata defrrost ja guna micro....

So, skang ni, microwave tu dipergunakan sebaik mungkin. Sayang sangat ngan Abang Micro ni selain si kacak saya BHV yang tetap unggul di tangga pertama...Sayang awak...Muahhhhs'

Sunday, October 9, 2011

mari berdiet di hujung minggu

Cuti hujung minggu biasanya akan dikaitkan dengan lepak di umah. Memang akan ada insan terpilih yang berkerja pada hujung minggu. Ya, mereka itu biasanya Indonesian, Myanmar, Pakistani, Vietnam, Filifino, Bangladeshi dan... Eh Ehh Ehhh awak Malaysian tapi bekerja juga hari ni? Ya, tandanya anda juga terpilih bersama-sama mereka berkhidmat untuk negara tercinta... Malaysia.

Tapi saya ta kerja hujung minggu ni. Makanya dudukla daku ngan jayanya di umah. Tidur, makan, layan AmniD, AminD dan ImanD tengok Wonderpets dan segala macam kartun di dunia ni sambil tidur lagi...Wohoooo bosan tengok citer berulang tau. Pernah alaminya? Jika ta pernah maka rugi besar. Maha besar kerana tidak tahu apakah nama tiga sahabat baik dalam Wonderpet (mimi, tak, min min), ataupun apakah alat femes dalam poket Doraemon (pintu suka hati) atau siapakah nama sepupu Dora (Diego) atau sifat Hagemaru dan famili yang paling melampau (kedekut melampau)... Saya tahu...Awak tahu???

Ok, nak bagi info yang ta seberapa ni iaitu apakah apakah yang anda perlu buat untuk mengelakkan makan banyak di umah.

1. Sila kenalpasti isipadu peti ais anda
Ya, silalah isi peti ais anda yang leh wat cermin tu dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan lauk pauk yang segar sahaja. Yang ta segar tidak diperlukan. Say No to chocolate, sweet, and to all unnecessary junk food. Bila tiada makanan2 yang melalaikan ni, anda tiada pilihan selain makan apa ja yang ada bila kebulur.

Rumah awak tiada peti ais? So abaikan saranan nombor 1

2. Standby sekotak atau berkotak-kotak Dentyne/chewing gum
Sejak dua menjak ni saya da bijak mengunyah Dentyne/chewing gum (Dentyne kotak ungu dan merah paling best!) Memang bahagia sebab rupa-rupanya dengan mengunyah Dentyne/chewing gum memang keinginan untuk makan hampir boleh dilupuskan. Saya da banyak kali baca di majalah tapi ta pernah pun mengaplikasikannya. Dan selepas mencubanya ternyata memang benar ia berkesan. Maka cubalah.

Awak makan chewing gum yang ada gambar kanak2 riang pembalut warna merah dan gumnya ada 4partition tu? Oh itu pun boleh diterima pakai.

3. Jadikan botol air 2L sebagai skandal #1
Anda pikir anda di rumah maka anda akan minum 7 gelas air kosong??? Setakat yang berlaku pada diri sendiri, saya lebih berdisiplin di tempat keja berbanding di rumah. Sebab datang ja ofis terus isi botol air besar tu dengan air kosong. Pastu angkut ke mana-mana kecuali ke bilik air. Tapi di rumah ta leh jadi macam tu. Makanya kena praktik sama seperti dibuat di ofis. Isi botol 2L ngan air dan kendong ke mana-mana. Maka perut akan sentiasa penuh.

Dan kalau rasa lapar maknanya anda memang betul2 lapar...Yang real punya...Bukan sebab perut awak yang tadi pada jam 10.05 pagi da makan 4 keping roti canai, tetiba jam 10.57 pagi mengidam nak makan nasi Bukhara kambing lak...Cehhhh perut mengada namanya.

4. Aktifkan diri anda di setiap pelusuk rumah
Rumah awak, rumah saya ialah rumah yang macam rumah manusia sebab awak dan saya manusia. Iyela maksudnya yang paling asas mesti ada ruang tamu, dapur, bilik air dan bilik tidur. Ada sesetengah orang paling aktif di ruang tamu (giler TV), di dapur (suka memasak), bilik tidur (hobi membuta) dan bilik air (sakit perut???).

So, entri ni khas untuk yang sangat produktif di dapur. Kalau anda disiplin, baguslah. Tapi biasanya tidak. Sambil masak sambil makan dan makan lagi. Kuantiti yang dimasak lebih sedikit berbanding yang dimakan kannnn? Jadi apa kata sebaik saja masak (sambil kunyah Dentyne/chewing gum) lari gi ruang tamu tengok Jalan2 Cari Makan (jadilaaaa ta dapat makan, tengok ja la orang len makan) atau gi bilik tidur tuk mengemas...Mengemas tau bukan membuta.

Tu sebab saya ta suka ke dapur, bukan sebab saya malas nak memasak... Eh eh ehhhh...awak pun malas gak kan?

5.Jadikan penimbang berat skandal #2
Sila jadikan rutin untuk menimbang berat pada hari Jumaat pagi. Dan selepas tu timbang berat lagi pada Sabtu petang dan Ahad petang. Kalau naik? Sila kecutkan usus2 kecil dan besar selain saluran esofagus anda (bajet macam doktor la plak). Kalau stay the way you are? Maka leh la makan secara bersukat (Sila ambil penimbang makanan dan timbang nasi yang anda mahu makan) Tapiiiii kalau kurang?... terus kuar umah gi Pizza Hut makan lasagna.... (walau pun hanya turun 105.75 gram ja)

Oh awak kurus uda dan rasa macam ta bermanfaat entri ni untuk awak?
Kalau macam tu saya dedikasikan perenggan pertama dan kedua tu khas untuk awak la....
Bahagia?

Thursday, October 6, 2011

Aku nda tau pun!

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

Aku sebenarnya lama uda mo tulis entri guna bahasa Sabah. Ingatkan mau tunggu Sabahan itu ajarkan. Tapi asyik sibuk memanjang, Jadi aku pandai2 tulis ikut suka hati. Aku mo cuba juga...

Ehem Ehem...
Hari Selasa yang lepas aku pergi satu bank. Orang ramai bha. Rasa mau pengsan tapi nda cun la kalau pengsan di tempat public. Aku pergi sana sebab mau minta penyata bank. Aku amik nombor, Alahaiiiii panjang-panjang sebab ada satu ratus lagi orang mo tunggu. Tapi sabar aja la.

15 minit jua aku tunggu. Bosan uda tengok orang limpas depan aku dan tiba2 terlintas..."Eh, ntah2 kena isi borang?" Jadi aku buat-buat comel n tanya kerani di kaunter. Sambil kelip-kelip mata aku tanya..."Saya mo buat penyata bank, kena isi borang ka?" Pastu kerani tu wat signal dengan tangan minta buku bank aku sambil tanya..."Mo penyata bank ja kan"...Aku jawab "Ya..." sambil angguk laju-laju. Dan kesimpulannya sebelum jam dua aku uda ada di ofis menyambung tugasan.

Jadi rakan taulan sekalian. Kalau kamu mo penyata bank ta perlu ambil nombor. Wat ja muka comel dan sila ampaikan diri kamu terusssss ke kaunter ( yang teda pelanggan di situ ya ) tuk dapatkan penyata tu. Errr kalau bank len aku nda tau, tapi BSN boleh wat macam tu...

Tu aja. Lariiiii sebelum Sabahan yang tersayang itu ketawakan aku membabun buta.

Tuesday, October 4, 2011

Larian KAKOM

Disebabkan Ketua Unit wat entri tentang Larian KAKOM makanya saya pun mau wat entri pasal larian nih. Dan Lin, silalah buat juga entri guna tajuk yang sama ngan Ketua Unit kita memandangkan beliau telah mempromosi kita sebagai model OpenSourceSoftware dalam blog beliau.

Larian KAKOM dilancarkan sempena KAKOM atau nama glamernya Karnival Kolej Matrikulasi yang bakal diadakan di Kolej Matrikulasi Selangor yang berada di hujung dunia ni pada 11.11.11...Woooohoooo tarih KAKOM memang mantap. Di kolej Matrikulasi lain juga dorang akan wat larian ni tapi maybe tarihnya berbeza-beza. Kalau ta buat makanya jatuh hukum sebagai derhaka oleh YM Sultan BMKPM.

Kalau tahun lepas kami ramai2 lari, eh kami (pensyarah-pensyarah) tengok student lari pusing kolej, tapi tahun ni lain macam sket. Ada lari, ada nek basikal, ada maskot gitu, dan ada persembahan gimik paramotor lagi. Ehhh memang hebat la Unit KOKO rancang larian ni. Tahniah ye. Kami tumpang bangga, tumpang menyibuk, tukang memeriahkan lagi majlis ni. Tu pun Ketua Unit KOKO bising nampak kami bertiga-tigaan. Eh, KU KOKO, meh sini saya nak habaq mai, tada kami majlis ta meriah tau...Haihhhhh


Tiga orang supermodel OpenSourceSoftware yang rajin melibatkan diri dalam setiap acara kolej mahu pun wajib atau pun yang sunat.
*tu pun mau bising...haihhh KU KOKO ni*

Kami join dorang wat aerobik ta siap ja, ta join pun larian, ta join pun nek beskal. Memang ntah apa-apa. Tapi join tepuk tangan, join menyibukkan diri kat En. Alias sambil tengok2 paramotor tu dari dekat sampai kena halau. Ka aku sorang ja yg kena halau sebenarnya? Itu ta penting, so sila lupakan.


Pakcik Alias wat gimik paramotor
*terus panggil pakcik sebab dia halau aku..^_^*


Tengok paraglide lagi best sebab ta perlu guna minyak tuk hidupkan motor. Makanya lebih mesra alam.


Gambar sengaja letak effect blur bukan sebab Lin menggeletar nak amik gambar tau. Bukan! Pun bukan sebab dia dengki gambar dia nek basikal ta da... Hehe

Tu aje citer pasal Larian KAKOM. Pas larian (padahal kami kami ni ta lari pun)..gi plak makan nasik lemak. Ada ka patut? Haihhhhhh panjang-panjang....