Tuesday, October 4, 2011

Larian KAKOM

Disebabkan Ketua Unit wat entri tentang Larian KAKOM makanya saya pun mau wat entri pasal larian nih. Dan Lin, silalah buat juga entri guna tajuk yang sama ngan Ketua Unit kita memandangkan beliau telah mempromosi kita sebagai model OpenSourceSoftware dalam blog beliau.

Larian KAKOM dilancarkan sempena KAKOM atau nama glamernya Karnival Kolej Matrikulasi yang bakal diadakan di Kolej Matrikulasi Selangor yang berada di hujung dunia ni pada 11.11.11...Woooohoooo tarih KAKOM memang mantap. Di kolej Matrikulasi lain juga dorang akan wat larian ni tapi maybe tarihnya berbeza-beza. Kalau ta buat makanya jatuh hukum sebagai derhaka oleh YM Sultan BMKPM.

Kalau tahun lepas kami ramai2 lari, eh kami (pensyarah-pensyarah) tengok student lari pusing kolej, tapi tahun ni lain macam sket. Ada lari, ada nek basikal, ada maskot gitu, dan ada persembahan gimik paramotor lagi. Ehhh memang hebat la Unit KOKO rancang larian ni. Tahniah ye. Kami tumpang bangga, tumpang menyibuk, tukang memeriahkan lagi majlis ni. Tu pun Ketua Unit KOKO bising nampak kami bertiga-tigaan. Eh, KU KOKO, meh sini saya nak habaq mai, tada kami majlis ta meriah tau...Haihhhhh


Tiga orang supermodel OpenSourceSoftware yang rajin melibatkan diri dalam setiap acara kolej mahu pun wajib atau pun yang sunat.
*tu pun mau bising...haihhh KU KOKO ni*

Kami join dorang wat aerobik ta siap ja, ta join pun larian, ta join pun nek beskal. Memang ntah apa-apa. Tapi join tepuk tangan, join menyibukkan diri kat En. Alias sambil tengok2 paramotor tu dari dekat sampai kena halau. Ka aku sorang ja yg kena halau sebenarnya? Itu ta penting, so sila lupakan.


Pakcik Alias wat gimik paramotor
*terus panggil pakcik sebab dia halau aku..^_^*


Tengok paraglide lagi best sebab ta perlu guna minyak tuk hidupkan motor. Makanya lebih mesra alam.


Gambar sengaja letak effect blur bukan sebab Lin menggeletar nak amik gambar tau. Bukan! Pun bukan sebab dia dengki gambar dia nek basikal ta da... Hehe

Tu aje citer pasal Larian KAKOM. Pas larian (padahal kami kami ni ta lari pun)..gi plak makan nasik lemak. Ada ka patut? Haihhhhhh panjang-panjang....


No comments: