Wednesday, September 5, 2012

Erti Kemerdekaan

Salam Dari Jugra

Salam Merdeka yang ke 55. Janji Ditepati. Mungkin belum terlambat untuk mengucapkan Salam Kemerdekaan terutamanya untuk aku yang janji ta berapa nak tepat ni. Ya, aku pernah berazam tuk update blog seminggu sekali. Tapi akhirnya aku update jugak kan?

Ramai blogger yang update pasal raya.Aku? Nampak tak betapa jiwa patriotikku lebih hangat berasap berbanding jiwa beraya? Ehemmmm...

Pada tahun ini aku telah hadir ke Malam Ambang Kemerdekaan di Dataran... Dataran Kosmik. Tak kuasa aku mau berasak-asak dan bersesak kat Dataran Merdeka. Dataran Kosmik lebih happening. Car park lot banyak. Siap boleh pilih-pilih lagi. Kalau nak kereta mengadap kiblat pun tada masalah, kalau nak parking keta comel ko sampai amik tujuh lot bajet bas pun tiada siapa mahu marah. Bertambah bahagia bila dipaksa pulak tu tuk makan jamuan. Ada persembahan. Ada bunga api. Ada kuiz (walaupun aku tak layak untuk ambil bahagian sebab atas umur). Ada macam-macam. Fuhhhh mana lagi tempat yang ada tawaran hebat cenggini?

Lagi hebat bila Pengarah Kolej request aku menyanyi! *nangessss*
Beginilah kalau rupa paras dah macam retis kan.Hehe.

Maaf. Tuan salah orang. Saya pandai nyanyi lagu Burung Kakak Tua, ta pun - Nenek, nenek si bongkok tiga je...Hehe

Seronok sangat dapat ambil bahagian dalam program ni sesambil mahu menyokong rakan-rakan KOKO yang bertungkus lumus untuk menjadikan program ini satu kenyataan. Program ni bukan calang-calang. Siap ada pemantauan dari Bahagian Matrikulasi lagi. Biasanya aku & the gang ta kan lupa tuk memeriahkan majlis, Tapi nampaknya aku seorang (bertemankan Amni) ja yang datang memandangkan gang ta sihat dan satu lagi ter miscommuniation.

Jadi apakah erti merdeka untuk aku?
Merdeka untuk aku ialah merdekakan pemikiran sendiri. Jangan terlalu jumud hinggakan apa pun ta bley. Ada aktiviti tambahan - ta bley. Ada aktiviti malam - ta bley. Ada ganti kelas - ta bley . (walhal dah bercuti dulu tu) Ada aktiviti Sabtu dan Ahad - ta bley. Kena ganti gi mesyuarat - ta bley.

Bagi aku, apa pun boleh jika diizinkan-Nya. Dan aku mahu boleh selamanya. Sebab bila aku boleh, tandanya aku sihat. Dan kesihatan ialah rezeki yang nikmatnya ta kan boleh dijual beli di pajak gadai.


Lagu feveret - Tanggal 31, bulan lapan 57...Hari yang mulia, Hari bahagia, Sambut dengan...
(sambil kibar-kibar bendera kiri...kanan...kiri...kanan...)



Pada malam Ambang Kemerdekaan, hanya di dataran ini anda akan dapat lihat manusia-manusia dapat bebas baring di merata-rata tempat ikut suka hati dorang. Di Dataran Merdeka? Nak duduk pun ta tentu lagi kau akan dapat. Bahagia kan?
Tima kasih pada model-model sekalian yang ta leh nak duduk diam-diam. Bagus!

Eh!TuAjeLahKali.Bye.

No comments: