Monday, October 29, 2012

Aidiladha Dan Kisah Abah

Salam dari Jugra,

Salam Aidiladha semua. Aidiladha tahun ni merupakan Aidiladha yang pertama tanpa abah dan macamlah Aidiladha seterusnya Abah ada. Kalau tahun-tahun lepas hari-hari sebelum Aidiladha abah mesti akan telefon bertanya dan bertanya bila aku sekeluarga akan balik kampung. Pesanan wajibnya setiap kali telefon ialah "Balik awal, tengok kerbau yang nak dikorbankan". Pastu jawapan degil aku ialah, "Alaaaa, wakilkan orang pun takpe kan?". Pastu skrip abah seterusnya ialah, "Seeloknya tengoklah, itu yang lebih afdal". Abah cakap macam tu je, anak abah yang terdegil ni terus packing barang dan  gigih juga redah jem semata-mata tak nak menghampakan abah.

23 September 2012 (Ahad)
(Panggilan telefon dari Along)
Along : Wei, abah masuk hospital semalam. Mak tak bagitau?
Aku : Sebab apa?
Along : Abah tak makan dari hari Jumaat. Dia muntah-muntah. Kena masuk air. 
Aku : Mak tak bagitau pun. 
Mesti ta serius ni, sebab mak tak bagitau.

Along : Aku nak gi hospital ni. Ko pergi tak tengok abah?
Aku : Tengoklah dulu.

Kebetulan, hampir setiap minggu memang aktiviti hujung minggu penuh. Tak berkesempatan lansung nak duduk di rumah menguruskan hal ehwal rumah. Hati berbelah bahagi. Tapi kali terakhir jumpa abah minggu lepas, abah nampak sangat sihat. Sangat-sangat bertenaga walau pun abah menjalani kimoterapi. Berfikir sejenak...

"Tak perlu kot nak pergi PPUM. Minta BesbesfrenzForever gi jenguk abah la esok sementelah tempat kerjanya dekat dengan PPUM. Call ja lah."

Tahun ni, buat pertama kalinya aku balik pada pagi raya Aidiladha dan tak tengok lah kerbau ensem yang dikorbankan. Kalau Abah ada aku gerenti yang pada pagi Aidiladha aku akan tercongok dekat surau, akad dan tengok kerbau tu dikorbankan. Itu pun lepas Abah bising-bising suruh pergi awal-awal kat surau. 

Membebel-bebel dia suruh cepat, dah boleh bayangkan masa kerbau tu dah terbaring Abah akan panggil aku "Sini cepat akad". Pastu aku pulak akan cakap, "Cane nak akad ni bah?", soalan tipikal yang aku agak Abah pun leh agak apa aku akan cakap walaupun hampir setiap tahun aku akan tumpang kasih bahagian kerbau tuk dikorbankan dengan Abah. "Ikut Abah cakap..." . Abah siyes Dekna tak ingat pun cane nak akad... 

Pasni aku korban kat Myanmar tak pun Kemboja la lah agaknya. Malulah nak mengada ngan pakcik/ustaz kawan Abah, tanya cane nak akad...cane nak akad...Harap muka ja comel tapi akad pun tak tau! Mengharapkan Abah akan ajar dan tak akan dapat ajar dah selepas ni...

24 September 2012 (Isnin Pagi)
Aku telefon mak. Ta dapat. Telefon Yah (adik merangkap driver tegar abah ulang alik gi PPUM). Pun ta dapat. Telefon banyak kali pun ta diangkat-angkat. Mak memang macam tu. Letak telefon merata tempat. Yah pun sama, masa kerja jangan kau harap dia akan akan angkat telefon. Jadi aku menunggu Yah telefon semula guna telefon pejabatnya. Free katanya. Kerja di Menara Telekom la katakan.

Aku bersarapan seperti biasa dengan rerakan tercinta. Bergosip seperti biasa. Sampailah aku dapat call dari Yah. Angkat ja call, dengar Yah menangis cakap bergetar-getar 

Yah : Angah, cepat datang, Abah kritikal. 
Aku : Ko jangan nangis bongok. Angah tak faham pa yang ko cakap ni.
Yah : Angah datang tau. Abah kritikal.
Aku : Ya Angah datang sekarang jugak. Ko jangan nangis. Dah telefon Aika? 
(Aku lak yang menangis dan cakap bergetar-getar)

Pastu Yah letak telefon tak jawab pun soalan aku. Yang aku terfikir masa tu hanyalah...

Ya Allah janganlah jadi apa-apa sebelum aku sampai PPUM. Kalau tidak aku akan menyesal sebab tak datang semalam. Ya Allah, izinkan aku jumpa Abah sebelum apa-apa terjadi.

Malamnya kami sekeluarga adakan tahlil untuk Abah. Sekali dengan takbir raya. Kalau Abah ada memang biasa malam raya Abah akan ajak ahli surau/masjid datang untuk takbir raya di rumah. Bezanya kali ni, Abah dah tiada untuk bising-bising suruh kami cepat-cepat hidangkan makanan. Siangnya masa kami menyediakan makanan pun, aku masih terasa yang Abah masih ada di bilik, sedang tidur. 

Pastu Abah bangun gi tandas mesti sibuk-sibuk tanya apa yang kami buat, usik-usik cucu-cucunya, panggil Amni ..."Amy", usik Asmaa' dengan bahasa Bangladesh, usik Syifaa dengan "Cumi...Cumi" pastu aku akan tambah lagi usikan Abah tu sampai Syifaa menangis. Betapa sumer tu terpeta dalam mindaku dah sama macam peta minda topik Network Topology. Dan memang sepatutnya aku petakan sebab semua itu dah jadi kenangan...

24 September 2012 (Isnin Tengahari)
Aku sampai kat PPUM, tersesat-sesat nak cari Emergency Room. Pok Guard pun satu salah tunjuk jalan. Sampai kat tempat bilik ICU dalam ER (Dalam ER ada ICU okehhhh) Nampak Mak di ruang menunggu dan Mak menangis. Pastu Mak suruh aku tengok Abah dalam bilik. Masuk ja bilik nampak Yah mata bengkak. Aku tengok Abah dan aku lari menyorok belakang langsir, menangis sepuas-puas hati. Aku tak nak menangis depan Abah. Aku rasa macam aku dah OK la kunun, aku dekati Abah. Allahuakbar, penuh wayar, pakai corong oksigen, bernafas pun susah. 

Aku cakap "Abahhh.." dan aku dah tak mampu tuk bercakap lagi , air mata berjurai-jurai kuar macam air terjun. Yah tujal kepala aku, bisik bagitau "Jangan menangis depan Abah" Tapi aku nangis jugak cuma tak meraung ja. Yah bisik pada Abah " Abahhhhh...Angah datang". Pastu Abah cakap dalam kepayahan "Anaaaa...". Aduhai luluh jantung hati hempedu ku. Dan bertambah-tambahlah isipadu air mata yang kuar. Sedihnya Subhanallah. Terus aku jalan laju-laju keluar dari bilik tu. Menenangkan perasaan sendiri.

Kami adik-beradik cuti Aidiladha kali ni lansung tak mengungkit tentang kenangan bersama Abah. Masing-masing cuba untuk tidak menyedihkan Mak yang malam raya dah sedia sedih tatkala takbir bergema. Setiap kali raya tak kiralah Aidilfitri takpun Aidiladha Abah pastilah orang yang paling sibuk. Sibuk buat latihan membaca khutbah raya sebagai persediaan Abah jadi Imam nanti di surau atau masjid. Cuma tahun ini Abah tak lagi mengimamkan solat sunat Aidilfitri sebab masalah kerap buang air besar yang semakin menjadi-jadi. 

Masih lagi terdengar bacaan khutbah Abah yang terakhir di rumah pada Aidilfitri yang lepas sebab kami semua lambat gi surau untuk solat sunat Aidilfitri. Pertama kali terjadi kami adik-beradik berjemaah solat sunat raya di rumah diimamkan oleh adik lelaki dan khutbah di baca oleh Abah. Rupanya itu juga merupakan yang terakhir kami bersolat sunat raya bersama Abah.

24 September 2012 (Isnin Petang)
Doktor panggil kami adik beradik untuk membincangkan hal Abah. Yang ada masa tu hanyalah aku, Along, Yah dan Ida. Kamal anak lelaki yang pertama masih lagi dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke PPUM. Doktor bagitau yang Abah sangat kritikal. Kalau dibiarkan keadaannya akan menjadi semakin tenat. Kesan dari muntah berterusan telah menyebabkan Abah kekontangan terlampau sehinggakan buah pinggang Abah rosak kedua-duanya. Abah perlukan dialisis tapi tekanan darah tidak mengizinkan. 

Doktor cadangkan Abah dipengsankan. Tetapi harapan sangat tipis. Mungkin pada detik Abah dipengsankan, itulah detik terakhir kami dapat melihat anak mata Abah dan Abah dapat melihat kami. Serta merta kepala jadi pusing. Tak tahu nak buat keputusan. Segalanya buntu.

Akhirnya kami sepakat untuk Abah dipengsankan. Tak sanggup tengok Abah menahan kesakitan. Saat keputusan dibuat, doktor minta kami bercakap dengan Abah buat kali terakhir sebelum dipengsankan. Seorang demi seorang berbisik di telinga Abah. Dan ayat aku, "Abah maafkan Ana, maafkan kami adik beradik. Redhakan kami bah. Kami sayang Abah..." dan seperti biasa aku menangis sampai tak boleh nak bina ayat lagi. Menyorok di tepi tabir, tempat yang sama ketika aku mula-mula menjenguk Abah.

Tirai ditarik, kami memandang Abah, Abah pandang kami dan Abah hilang di sebalik tirai. Pandangan Abah yang terakhir aku masih ingat lagi sampai sekarang dan hampir serupa macam drama yang kita tonton di Cerekarama. Siyes hampir sama. 

Abah dipengsankan. Tekanan darah Abah semakin lama semakin rendah. Dua doktor India membuat kesimpulan yang sama. "Tiada apa yang boleh kami buat. Pelbagai ubat sudah diberi untuk menaikkan tekanan darah tetapi tekanan semakin rendah. Dialisis tidak boleh diteruskan dengan tekanan yang sangat rendah ini. Panggillah semua keluarga terdekat. Buatlah apa-apa upacara". Tak putus-putus kami berdoa...

"Ya Allah, berikanlah pengakhiran yang terbaik untuk Abah. Ditakdirkan umurnya panjang, biarlah dia mampu berjalan, bersuara, bergurau seadanya sekadarnya. Ditakdirkan ajalnya sampai, permudahkanlah percepatkanlah, tak mahu Abah menderita. Ya Allah Kaulah pembuat keputusan yang terbaik"

Biasanya setiap kali raya tak kiralah Aidilfitri mahupun Aidiladha, Abah pasti akan belikan lemang tanpa gagal. Abah bukannya boleh makan lemang pun sebab darah tinggi dia tu, tapi lemang akan sentiasa ada. sampai aku tak payah fikir-fikir mahu belikan lemang atau tidak.

Pastinya juga Abah akan booking awal kaki kerbau untuk dibawa pulang ke rumah nenek di Pasir Panjang untuk dibuat sup.Sempat juga aku menyinggah di rumah nenek masa dalam perjalanan ke Teluk Intan raya hari tu, dan kisah kaki kerbau yang akan Abah bawa jugalah yang nenek ungkit.

Raya hari tu, berdua dengan adik Telekom, dia buka cerita yang dia ada mimpikan Abah. Dia kata Abah tak cakap apa-apa pun dalam mimpi tu dan bila adik tanya khabar, Abah hanya tersenyum. Air mata kami berjuraian dan mula buka citer terkenang itu, terkenang ini dan ayat-ayat cover pun kuar seperti; "Bongoknya kau nangis", "Kaulah yang bongok. Tak sangka citer macam tu pun nak nangis". "Pastu kau nangis apahal?"...Pastu Aku lari masuk toilet malas nak layan dah. Aku yakin Abah selesa di 'sana' kerana aku mula belajar untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk Abah, nenek lelaki, nenek perempuan, onyang, atok ketika buka mata di awal pagi.Al-Fatihah...

25 September 2012 (Selasa pagi)
Kami adik beradik dan Mak berada di sisi Abah sepanjang masa. Bacaan Yaasin tak putus-putus dibacakan. Bisikan perkataan Allah terus-terusan dibisikkan di telinga Abah. Dan tekanan darah semakin lama semakin rendah.

Hinggalah tepat jam 1123 pagi, akhirnya Abah pergi kepangkuan Ilahi pada usianya baru mencecah 61 tahun. Kami semua sebenarnya redha dan tahu kami bakal kehilangan Abah dalam jangka masa terdekat ini, tapi entahlah mungkin harapan masih bersisa di hati. Ya Allah, kehilangan seseorang yang sangat hampir dengan kita adalah berat rupanya. 

Abah dimandikan, di kafankan di Masjid Al Mujahideen, tempat Along bekerja. Selepas di sembahyangkan kami adik-beradik dibenarkan mengucup Abah buat kali terakhir. Air mata ditahan, aku kucup dahi Abah lama tapi sedih menyelubungi jiwa dan cepat-cepat aku bangun sebelum air mata jatuh.

Abah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Batu 6, Teluk Intan petang itu juga. Van yang bawa jenazah Abah ya hamat la laju sampai tak terkejar dek kami-kami yang berkaca mata dan mata berkaca-kaca ketika memandu. Tapi kami tidak terkilan, mempercepatkan pengkebumian adalah yang terbaik untuk Abah.

Kematian itu pasti. Redha itu perlu. Abah dah tiada. Tetapi kehadirannya masih aku, kami adik beradik malah kawan-kawan Abah juga terasa. Terlalu banyak kenangan dicipta bersama Abah. Semangatnya, kecekalannya, fikiran positifnya, santainya, guraunya akan kami kenang sampai bila-bila. 

Terima kasih Abah. Kami sayang Abah. Selalu. Selamanya.

Masa ni Abah terperasan aku beli telefon baru, pastu Abah cakap
"Cuba kau ambik gambar Abah dengan Mak kau ni guna telefon kau tu"...:(

Buat pembaca budiman, terima kasih kerna sudi membaca cerpen ini sampai habis.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Sunday, October 21, 2012

DP FB...Yang Indah Saja Dipamerkan

Salam dari Jugra,

Bagi salam dan terus tempek pic ni...

Persoalannya, comelkah ini?

Sebagai mukadimah bicara, aku memang dilahirkan tak fotogenik. Zahirnya pun biasa-biasa sahaja. Bak kata orang tua-tua, sedaplah mata memandang. Muka suci tapi dalam hati niat asyik mo pekenakan orang ja.  Aku jarang tukar profile pic di FB. Melainkan masa aku rasa gatal tangan nak tukar yang biasanya berlaku time aku melagha. Mean, time aku perasan seperti aku masih ada bibik, dan kebetulan ada jugalah gambar yang sepertinya leh blah. Disebabkan aku tak fotogenik maka gambar yang sepertinya leh blah jarang-jarang leh dapat. Once in a blue moon omputih cakap.

Sekali tu aku dapat la plak pic yang bolehlahhhh...di capture masa nak gi keja, muka baru mandi, muka fresh. Nampak la semenggah sket. Bila di upload, banyaklah pulak komen-komen yang tak tau aku nak klasifikasikan macam apa. Ikhlaskah? Main-mainkah? Siniskah? Upload lak pakai hanfon, makanya keja nak edit memang susahlah jawabnya. Pening langau pun ada. Mula tu rasa malu la jugak. Risau la pulak orang cakap perasan cun, perasan muda, perasan bagus, perasan itu, perasan ini...

Tapi bila lelama aku renung pic ni, ni memang muka aku pun. Senyuman pun memang senyuman aku terpaling ikhlas dah tu. Takda pun aku juih mulut aku bajet mulut itik yang jadi trend skang. Kalu tengok lagi lama, macam gambar pasport pun ada. Lama dari lama kalau ditengok macam gambar dalam IC. Dan sebenarnya tiada apa yang istimewa pun pada gambar DP aku ni. Nothing. Makanya aku kekalkan ja lah DP aku ni. Gasaklah orang nak cakap apa. Bagi yang kata aku comel tu...Aku setuju je lah sebab bak kata Abang A - Apa yang kita/orang kata atau fikir adalah satu doa. Yeay...Tahun 2015 aku leh jadi covergirl majalah Kuntum. Yeay!

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Thursday, October 18, 2012

Aku Tak Sempurna.

Salam dari Jugra,

Satu ketika aku ada publish gambar meja kerja aku di FB. Niatku...rasanya nak riak tu tiada dalam senarai. Cuma nak berkongsi keindahan - rasanya lah. Aku pun tak hingat pa sebab aku publish gambar tu. Eh! Da ingat, aku nak promote Kolej Matrikulasi sebab kebetulan ada kekosongan jawatan pensyarah di Matrikulasi masa tu.

Anugerah Meja Tercantik Kini dan Selamanya...Tan Ta Daaa...
(Gambar sengaja di terbalikkan untuk menguji kelenturan leher anda)
Ramai gak yang memuji, tak kurang yang bunyi cam sinis ja, tapi aku anggap komen membina lah. Antara komen yang membina itu ialah "Alahhhh nak tangkap gambar, kemas la meja dia" dan "Meja pensyarah IPG pun macam ni lah". Komen-komen macam ni kadang-kadang wat aku berfikir 75 kali. Apakah???  Dan kategori yang memuji tu pun aku anggap ikhlas belaka mau memuji ke sweet an meja kerja aku. HeHe.

Semalam dan hari ni, keadaan meja kerja aku jadi cenggini...

Tan Ta Daaaaa....

Agak-agaknya lah, apakah komen manusia-manusia di luar sana kalau aku publish pic meja aku ni? Dan aku? ta mungkin aku publish gambar cenggini di FB untuk ditohmah dan dicaci. Aku publish di blog ja sebab blog aku kan blog picisan jewwwww. Bukankah keindahan ja yang patut dikongsi bersama? Kan?

Sesungguhnya gambar paling atas adalah lebih merujuk kepada diriku berbanding gambar seterusnya. (Terus bangun dan kemas baik-baik meja keja)

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Tuesday, October 16, 2012

Nuffnang Ads dan Motivasi Diri

Salam dari Jugra,

Recently aku nampak malas nak update blog. Yang sebenarnya memang aku malas bukan nampak dah. Aku kalau dah mulakan langkah, tetiba terhenti, lepas tu mau sambung mulakan langkah, memanglah...

Jadi aku mencari motivasi diri untuk update blog. Dan aku rasa, aku lah rasa - kalaulah blog aku ni boleh generate duit mungkin aku akan termotivasi untuk update lebih kerap. Nampak tak betapa mata aku ada tanda ringgit menggantikan kornea mata aku sekejap tadi. Aku rasa nuffnang ads mungkin jalan penyelesaiannya. 

Sebenarnya, dari mula aku buat blog memang dah ada orang yang meracuni pemikiranku yang suci lagi murni ni suruh letak nuffnang ads. Tapi aku degil ta mau letak. Ya, selain dari mata duitan, aku juga dilahirkan memang agak degillah jugak. Tapi setelah hampir dua tahun mem blog. Terfikir juga aku nak letak nuffnang ads ni. Aku sebenarnya try nak letak dari bulan, bulan lepas. Tapi tak berjaya. 

Giler weh, kalau ikut step dari nuffnang, bergulung-gulung semua saraf dalam serebelum dan sereberum aku mau cari mana mau tampal html code ni. Serius pening. Dua tiga puluh kali jugaklah aku try. Ta gak berjaya. Dan sampailah satu ketika, aku minta tolong rakan sekerja yang comel, suh dia carikan cara. yang lain Dan hasilnya...Jeng Jeng Jeng. Lihatlah sebelah kiri ni... Yes! Aku memang suka tumpang berbangga dengan kepintaran orang lain. Terima kasih sayang. Cehhh..terus sayang kan?

Jadinya selepas ni ada lah alasan mau update blog seminggu sekali. Eh? Kenapa bukan hari-hari. Aku tengok blogger hebat pun update blog seminggu sekali, makanya aku pun bajet blogger hebat gak kan? Hahaha...aku dapat rasa aku akan jadi blogger hebat gak nanti. Ya, hebat sebab aku ada niat nak paksa sumer students jadi follower. Tahun ini, ada 100 lebih students, tahun depan 100 students lagi. Fuhhhh...tahun 2015 memang beratus-ratus lah followers aku. Tak pun aku tukar nota topic Type Of Website, letak blog sendiri sebagai contoh blog. Paksa students masuk blog aku tuk tengok ciri-ciri blog, apa yang dikatakan time stamped articles, reversed chronologically...

Hahahaaaaa...(gelak jahat)

Nantilah aku buat tutorial macam mana untuk tempek Nuffnang Ads guna cara senang giler. Tu pun kalau rakan comel benarkan. Kan sayang?

Moral cerita : Walaupun nampak macam aku haloba tamak, tapi aku masih mengamalkan etika-etika murni dalam menggunakan Internet. Apa orang kata? Netiquette?

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Monday, October 8, 2012

Entri Ringkas, Tepat Dan Padat


Salam dari Jugra,

Hai rerakan, students, ex students dan readers yang di kasihi.
Saya sibuk tak pasal-pasal dalam tiga minggu ni.

Banyaknya kerja Subhanallah.
1. Ada paper Pre PSPM mo ditanda, tapi skema baru nak mula buat (pening)

2.Bos Jawatankuasa Pemandu Aplikasi TMK dah timbulkan isu Moodle versi baru.
Cerita tentang explore the features (okay saya faham)
Cerita tentang installation (saya faham lagi)
Cerita tentang server yang sebenar. (server yang sebenar? apa tu? selama ni wujud ka server yang tipu-tipu????)

3. RPH kerja terpaling kacang buncis. Buat lambat-lambat sebab senang.

4. Basketbal ada friendly match dengan team netball. (okay ta leh nak me lagha. balik kena on time. sila tinggalkan kerja-kerja untuk diselesaikan esok)

5. Makcik suh datang umah. Amik duit. Hantar tudung. Errr kerja minggu lepas yang ditunda. (aiyoooo...bila mau pergi ni?)

6. Perlu fikir, tutorial nak watpa? kuliah nak watpa? praktikal nak watpa?
Apa? U all nak saya lepaskan u all awal? Cancel kelas? Ok janganharap!

7. Undefined works

8. Debug error works

9. Missing line works

10. Oh lupa tentang RnD. Kena update board. Kena update portal. Kena update website. Nasib baik website tak boleh di access. So ada alasan ta update website. Yeay!

11. Terkini, bos portal suruh padam pelajar yang dah keluar tapi nama masih ada di portal. Oh tidakkkkkk...

Tu tak termasuk kerja-kerja rutin seperti mengemas, memasak, mengemas, melipat, mengemas, membasuh, mengemas, mencuci, mengemas...

"Dato' Seri, pinjam jet. Saya nak dinner di Hawaii malam ni... cari ketenangan"

Merungut? Mana da saya merungut...Saya cuma berkongsi pendapat.
EhTuAjeLahKali!Bye