Showing posts with label kolej matrikulasi selangor. Show all posts
Showing posts with label kolej matrikulasi selangor. Show all posts

Friday, August 24, 2018

KAKOM 2018 : KM Selangor

Sekali lagi, seperti yang diidamkan semasa aku bertugas di SMK SS17 dahulu. Kali keenam Allah izinkan aku bawa team basketball. Dari pengurus, update jadi coach, update jadi pengurus-coach. Tak kisahlah apa pun jawatannya, tetap aku akan datang bantu selection, tengok-tengokkan latihan, terkini (tahun ini) aku upgrade diri aku jadi pengadil jelmaan. Hehe

Kali ini KAKOM kembali jadi centralized seperti tahun 2012 di KM Kedah dan 2014 di KM Pulau Pinang. Maknanya, kembali bertanding 16 buah kolej matrikulasi. Maksudnya, bertambah besar jurang nak mendapatkan pingat.

Waktu latihan aku tengok player perghhhh tersusun cantik taktik, teknik dan strategi. Waktu semakin suntuk tapi tup tap tup tap peroleh rezeki nak friendly match tiga kali dalam masa enam hari sebelum menjelangnya KAKOM. 

Pertama dengan Sains Tuanku Jaafar. 

 Kedua dengan kakak senior silver KAKOM 2016. 

Ketiga dengan SJKC Chung Hwa. 

Waaaa... aku rasa ini ialah friendly match terbanyak kami pernah buat sepanjang-panjang aku bawa team basketball. Satu dari tiga friendly match, kami menang. Selebihnya pihak lawan.

Takpe. Kata friendly. Jadi kita chill relax ajelah kan. Aku pun rendahkan expexctation. Sebelum friendly berangan jugalah dapat bulan ke bintang ke matahari ke. Selepas friendly, barulah berpijak dibumi yang nyata dan rata. Aku pun tah pesal rasa plain. Kalau dulu punya berdebar-debar, sekarang... faktor umur agaknya.

Khamis pagi gerak ke KMS. Patut tengahari. Awalkan sebab nak test court kunun. Dah sampai sekali tengok court baru nak prepare daaaaa... Apa nak buat. Jam 3.00 petang khabarnya boleh test court. Sekali datang, satu court ja boleh test. Dua lagi court still in progress. Untunglah juga KMNS sampai awal. Dapatlah cuba sejam. Kolej lain? Berebut-rebut. 

Ketika kolej lain menderu-deru turun. Kami bersurai pergi jalan-jalan tengok gerai. Erata. Budak-budak basket yang pergi merayau. 

Aku naik Bukit Jugra bertemankan Moi dan Fida. Heii sempat ja. Hendak kan seribu daya...

Jumaat, game peringkat kumpulan bermula. Kami Kumpulan D bersama KM Perlis, KM Kelantan dan KM Kulim. Game pertama dengan KM Perlis, menang berdebar 19 - 6. Game kedua menang lagi 13 - 2 bertemu KM Kelantan. Game ketiga, aku baru tau jam 1230 tengahari bahawa KM Kulim tak hantar team perempuan. Tak tau nak gembira ke nak apa. Gembira la kot sebab selamat main dua game ja hari pertama. Maka jadilah kami juara Kumpulan D, bakal bertemu KM Perak di suku akhir esok.

Teng teng teng... masa ni expection aku ialah, tolonglah dapat pingat buat kenangan. Lepas suku akhir sah dapat bronze. Jadilah kan dari tiada. Bukan untuk aku, tapi untuk budak-budak. Aku punya pingat dah banyak aicehhhh... Bila expectation aku begitu, maka stres lah aku menjadi. Aku selalu macam ni. Bercakap kemain ngan player, my intention is to grant you with experiences that you can bring forever and ever in your life. Medal is bonus... cehcehcehhhh.

Dalam hati, tolonglah dapat pingat warna apa tak apa, janji sesuatu untuk kenangan. Biarlah aku stres sorang-sorang. Player tak payah. Lilin sangat kan?

Suku akhir yang berdebar itu, Alhamdulillah menang lagi 17-14. Alhamdulillah, tadi aku kata nak pingat kan? Allah izinkan. Tapi sebagai manusia biasa... alang-alang dapatlah masuk final. Tapi separuh akhir tahu dah jumpa siapa. KM Labuan. Hahaha. Tak tahulah apa badi asyik jumpa KM Labuan setiap tahun (kecuali 2017 sebab basketball tak dipertandingkan). 

Permainan adalah sangat mendebarkan, fight orang putih kata. Aku puas hati sebab KM Labuan menang tak mudah. KM Labuan menang dengan mata 24-20. Beza dua basket dengan dua player utama kami penalti kena keluar court. Masa tu tak tau nak kata apa. Walau pun puas hati sebab game fight tatap rasa... Alahaiii kalaulah menang... Manusia biasa aku ni rupanya belum sampai tahap wali-wali... Sedarlah engkau, bersyukurlah...

Allah beri gangsa. Alhamdulillah. Tempat ketiga dari 15 buah kolej. Heiiii u alls awesome lah!

Team aku tahun ni quite good. Aku ada player yang boleh main dengan baik. Bukan satu tapi lebih dari itu. Cuma rezeki kami nakkkkk juga jumpa KM Labuan di peringkat separuh akhir, maka tersekatlah kami kerana aku minta pingat apa-apa warna kan tadi. Allah dah bagi jangan merungut haaaaippppp!

KMNS untuk KAKOM 2018, mendapat tempat ke-7 dengan 3 perak dan 2 gangsa. Tahniah!

Tahun depan InshaAllah ke Perlis pula. Siap-siap bawa passport lah. Mana tau Allah izinkan, bolehlah aku bersawadikap di sempadan sana. Jommm bersawadikap bersama-sama. Jom.

Friday, June 22, 2018

Jalinan Kerjasama KMNS-KMS

Salam dari Senaling,

Hari Jumaat (17 November 2017), buat pertama kali aku di KMNS, kami keluar gi kolej orang. Selama ni dah dua kolej juga yang datang melawat kolej/unit kami. Dalam masa empat tahun Kolej Matrikulasi Pahang dan Kolej Matrikulasi Melaka dah sampai wat lawatan muhibah pun ke sini.

Tahun ni tah apa mimpi Ketua Unit, dimasukkannya dalam takwim, dan aku lah penyelaras programnya. Aku dah leh agak apa kriteria yang menyebabkan aku dipilih menyelaraskan program ni. Mesti sebab aku ex-KMS. Aku seronok ja, senang nak berurusan sebab ramai gu kat sana.

Lima bulan sebelum nak pergi, dah bagitau siap-siap Ketua Unit KMS. Ketua Unit aku melahirkan kerisauannya kerana terlalu awal aku contact. Ulang-ulang beliau cakap, weiii awal lagi la. Kahkah.

Geng Pilah conquer bas awal.

KMS vs KMNS


Obvious sangat sayang kat aku. seplastik Larrie bekalan pulang.

Sampai unit KMS, aku buat macam unit aku. Riuh rendah unit aku kerjakan. Rindu ah ngan kawan-giler-ini. Tapi itulah, Negeri Sembilan memerlukan aku ecehhhhh. Macam-macam aktiviti kami rancang terutamanya bahagian RnD lah selain ilmu-ilmu ghaib yang lain.

Aktiviti paling top...


Ofkoslah shopping kepek di Fazz Kerepek, Banting. Siap tokei kerepek bekalkan kami macam-macam sebab beliau excited tengok bas KMNS. Anaknya dulu ex KMNS. Tu aje, bukan sebab bas kami design nya meletop atau rare.

Nah lanje gambar penuh bas KMNS yang jadi penyebabkan kami dapat kerepek free hari tersebut.

Entri paling lejen pernah aku post dalam blog ni. Tahun 2017 punya baru nak post hari ni. Baru perasan, sebab ada dalam draft. Hehe

Thursday, October 3, 2013

Kisah-kisah Bulan September

Salam dari Jugra,

Aku nak update citer lama sekali lalu.  Dua kali memang tak lalu. Tengah memikir. Mahu dalam reverse chronological order atau macam mana?Ah...Abaikan. Ikut suka hati aku.

1. Majlis Penutupan Rasmi Sambutan Bulan Kemerdekaan
Sekarang ni menjadi trend untuk mengadakan sambutan kemerdekaan selama sebulan. Dek sebab sambutan Ambang Kemerdekaan aku pergi seorang diri, kali ni aku angkut sumer sekali. Dalam hebahan kata digalakkan pakai pakaian kebangsaan. Beriya aku pakai kebaya, anak-anak pakai baju melayu. Sekali...Cis. Dah la tudung baru, susah nak betul...Eh?


2. Larian Obor SIPMA 2013
Sempena SIPMA bulan Nov ni. Dorang main pas-pas obor. Stat dari Kolej Matrikulasi Perlis. Berakhir di Kolej Matrikulasi Pahang. Aku diamanahkan wat senamtari. Rasa serabut perutlah pulak bila terlibat dengan aktiviti peringkat kebangsaan ni. Cepatlah SIPMA hoiiiiih...


Hari ahad ni weh. Sumer wajib hadir.WAJIB! Amaran keras. Silalah takut.

3. Main masak-masak
Sekali lagi aku makan pasta dengan sambal belacan. When east meet west. Barulah betul-betul anak kampung u alls. Cubalah, pasti hidup lebih adventure.


Tuk anak-anak aku masak donut. Ya donutttttt memanjang. Dorang ialah penyokong tegar si donut, maka donut je la yang aku masakkan. Resepi wat donut leh wat doh pizza. Nantila aku update cara nak wat donut. Ecehhhh, bila si pemalas memasak nak update resepi. Tajuk entri nanti haruslah gempak. Supaya nampak gah walaupun hakikatnya...

4. Latihan senamtari SIPMA
Satu ayat menggambarkan latihan senamtari ni. "Penat". Bukan penat nak berjoget beraerobik. Thats my feveret. Bukan penat ngan students. They are awesome.

Tapi

Penat dengan karenah pihak-pihak berkuasa. Kejap nak pendek. Kejap nak ramai. Kejap orang sana. Kejap orang sini. Kejap jadi itu. Kejap jadi ini. Apakah?


Atas is Ija our kareografer. Nasib kolej hire Ija. Kalau tak... aku pitam banyak kali! Masa ni hari Ahad (sila take note). Patut jam 10 habis tapi takdirnya jam 1130 malam baru habis sebab pengarah kami yang baik hati nak jumpa semua AJK.

Sebab pengarah baik hatilah kami akur walau pun hari Ahad. Walau pun dah nak hampir tengah malam. Walau pun Lin terpaksa mengangkut si kenit Nazmi. Walau pun... Kami redha. Kerna kami berkhidmat untuk negara (sambil ambil bendera Malaysia dan mengibarkannya secara berirama ke kiri ke kanan ke kiri kanan kiri kanan...)

5. KATMO
Kalau pandai tekalah KATMO tu abbreviation tuk apa? Cepat-cepat. Sapa betul dapat hadiah. 


Okay, korang tak kuasa pun nak teka apa tu KATMO kan? KATMO ni ala-ala macam sukantara di sekolah.Bezanya tiada rumah sukan, tapi mengikut sekolah dalam daerah Kuala Langat. Empat acara yang dipertandingkan ialah lari lompat berpagar, 100m, lontar peluru dan lompat jauh. Oh, bukan aku yang masuk KATMO ni. Amni yang masuk. Aku hanyalah pencinta kepada gaya hidup sihat. "Majulah Sukan Untuk Negara"

6. Book & PC Fair
Pertama kali dalam sejarah  KMS adakan Book & PC Fair sekaligus. Jangan dibayangkan macam di PWTC. Satu per empat PWTC pun tak. Tapi jadilah wat cuci-cuci mata selain melampiaskan nafsu sebagai seorang bekas shopaholic. Ya, aku sudah berubah. Tolonglah percaya.


Sumer yang di atas sumer shopaholic. Yang students kemain lagi. Dapat voucher buku 1M kowang buat hapa haaaaa? Nak kena libas dengan rotan sorang-sorang ni (dengan nada suara yang penuh kecemburuan).

September is actually am being super duper busy with lots of activities. Coming one after another. Non-stop. October and November, be nice to me k? Please...

Baik...
Berhenti mengharap...
Selagi SIPMA tak habis.
Selagi tulah...
Baik. Titik

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Saturday, August 31, 2013

Merdeka Kali Ini

Salam Merdeka dari Jugra,

Sudah 56 tahun Malaysia merdeka. Saban tahun haruslah dapat memo untuk menghadiri Sambutan Ambang Merdeka. Setakat ini, aku masih konsisten menghadirkan diri untuk sambutan kemerdekaan peringkat kolej. Nak ke Dataran Merdeka atau ke Putrajaya untuk menyambut tarikh bersejarah ni, memang tak pernah termaktub dalam agenda hidup. Jadi dah ada yang mudah di depan mata. Maka hadir sajalah kan.

Tahun ni, Amni tak ikut sebab tahun lepas aku bawa dia, end up dia tidur. Sekali tu, ramai pulak kawan-kawan dia yang hadir. Tapi nak wat cane. Dia dah selamat tidur pun kat rumah bersama-sama aku awal lagi. Takan nak dikejutkan. Aku ni pun, nasib je lah Ketua Unit call. Kalau tidak, tengok fireworks dengan mata tertutup je lah jawabnya...^_^

Seperti biasa, persembahan sama ja setiap tahun. Dah boleh agak apa di permulaan, apa di pertengahan dan apa di penghujungnya. Sampaikan menu makan dia pun aku dah leh agak. Bihun goreng dan teh tarik. Lagu 31 Ogos nyanyian Allahyarham Sudirman tu wajib ada. Tapi semangat weh nak nyanyikan sama-sama.

Filem pendek macam mana Malaysia mencapai kemerdekaan pun ada seperti biasa. Tapi kali ni, aku tengok dengan emosi la pulak. Baru nak rasa betapa susahnya kita nak mencapai kemerdekaan. Baru sedar betapa pentingnya perpaduan kaum. Baru tahu hak istimewa kaum Melayu tidak boleh dipertikaikan. Barulah... Dah menginjak dewasa baru nak faham. Baru nak menghayati.

Bila baca status student KMS di FB tulis;

"Bosannya kena paksa sambut Ambang Merdeka. Tidur lagi bagus", 

Aku tak marah. Sebab masa aku seusia mereka, aku juga berfikiran yang sama. Doakan mereka akan sedar jugak macam aku sekarang. Wah, touching!

 Sketsa Musikal, siaran lansung menghitung detik 12 malam, dan antara pensyarah yang hadir malam tu.

Pertunjukan bunga api tahun ini agak mewah sikit dari tahun lepas. Sampai tiga kali.
Tenkiu Aimi (yang bajet naik beskal tu), I amik pic dari FB you. Harap you redha.
sebab pensyarah you yang comel ni malas nak upload video fireworks...Hehe

Malaysia kita sudah berjaya, 
Aman Makmur Bahagia,
Malaysia......,
Lalalalalaaaaa...
Dari Perlis sampailah ke Sabah,
Kita sudah merdeka,
Lalalalaaaa...
Merdeka!

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Wednesday, November 28, 2012

Gi KAKOM 2012 Best!

Salam dari Jugra,

Ya masih berkisar dengan KAKOM lagi, Vietnam nanti dulu sebab Vietnam banyak gambar. KAKOM haram satu gambar pun aku tak capture. Sibuk nak tengok game dan sibuk nak menyorak. Terasa muda masa menyorak ta hingat di KAKOM hari tu.

Best weiiii gi KAKOM sebab :-
1. Dapat t-shirt free banyak. Adala dalam 5 - 7 helai t-shirt. Murah pun stil t-shirt kan. Cer bayangkan wat kerja rumah pakai tshirt sukan. Bergaya sporty sangat kan?

2. Kulit jadi dark. Ceh tanak cakap hitam, mo mention jugak dark.Kalau kulit ko tak berubah warna memang nampak sangat ko tak wat keja masa gi KAKOM. Apa cerrrr gi bawa budak bersukan tapi kulit menjadi semakin suci, putih, mulus dan gebu berseri? Ingat gi kursus mak andam pa?

3. Leh melancong ke tempat berdekatan atau melencong lebih tepat? Macam kami hari tu sempat gi melencong ke Kuala Perlis makan seafood. Kalau langkah dan kewangan ko lebih panjang dan mantap, pergilah Hatyai, Langkawi atau Padang Besar - shopping. Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun tu memang dekat sangat dah ngan tempat-tempat tu.

Kuala Perlis waktu malam (ke waktu pagi yang lebih tepat?).

Sedap dan murah. Semua ni hanya RM175 ja.
Rempah masak ketam tu teringat-ingat aku sampai skang.
Psstttt...gossip. Pembantu kedai ni lelaki tapi jambu habis. Kulit muka fulamak licin, halus, mulus, gebu. 
Ada ka En. Awang ingat perempuan. Aku tengok sekali pun dah tau lelaki...;)

4. Leh main hujan sesuka hati tanpa risau orang akan kata ko buang tebiat. Aku last men hujan adalah dalam 24 tahun dahulu. Duk dalam hujan pun leh cool ja. Alahhhhh air je pun. Bukan batu.

5. Dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan duk asrama. Berebut bilik air, air tadak,  panjat bilik sampai tingkat empat. Pastu nak gi toilet jam 2-3 pagi rasa seram semacam ja specially bila nak pandang cermin. Takut terlihat makhluk-makhluk yang sewaktu dengannya. Kalau comel macam Taylor Swift  tak pun ensem cam Taylor Lautner ta pa gak. Niiiii...Fuhhh sebijik perasaan masa nak gi toilet masa zaman budak-budak dulu. Memang terimbau sangatlah kenangan duk asrama tu buat ex-gangster asrama macam aku ni tapi penakut.

Kesimpulannya gi KAKOM memang syiok habis. Jadinya, marilah kita beramai-ramai menyerahkan diri untuk menjadi pengurus tak pun coach pada KAKOM 2013 yang akan berlansung di Pulau Pinang plak. Aku rasa aku nak rehat tahun depan. Kasi can orang lain menikmati kebahagiaan ke KAKOM. Bukankah kebahagiaan harus dikongsi bersama-sama?

Errrr...ayat di perenggan atas ta da double meaning. Serius happy terpilih ke KAKOM! 

Lebih-lebih lagi..
.

...secara tak sengaja terbawa pulang 'silver' la pulak...;)

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Saturday, November 24, 2012

Kisah Kami di KAKOM 2012 - Kolej Matrikulasi Kedah

Salam dari Jugra,

Sebenarnya, citer trip ke Vietnam ta habis gi tapi aku langkah bendul citer pasal KAKOM lak. Mud kata nak citer pasal KAKOM. Maka KAKOM la kan entri kali ni. Untuk pengetahuan, akhirnya berakhirlah trip aku bagi tahun 2012. Rasanya la kan. Tak tau la pulak kot tetiba aku terpergi New Zealand next month.

Balik dari Vietnam hari Jumaat, rehat Sabtu, dan pagi Ahad fly ke Alor Star pulak. Dalam jam 8.15 pagi dah sampai Alor Star. En. Lutfi mai amik kami di Airport. Ta sampai 30 minit dah sampai Kolej Matrikulasi Kedah. Gi bilik dan bersiap ke court basketball. First game kami jam 10.40 pagi. Matahari terik ya amat. Pendek citer, kami menang game pertama dengan KMTK 22-2.

Hari kedua, team kami jumpa KMPH. Pun menang 16-2. Tapi bila sampai game petang. Kami kalah tipis 4-3 dengan KMTJ dalam keadaan hujan dan budak-budak lebih kepada main ice skating dari men basketball. Hanya sebab budak-budak beli kasut khas tuk men basketball yang menyebabkan dorang ta leh nak berlari lansung berbanding team KMTJ. Bukan nak kata KMTJ tak bagus. Mereka juga bagus tapi dalam keadaan yang tidak sempurna kenapa game masih juga diterukan?

Frustnya aku terasa sampai skang. Aku tau menang kalah adat pertandingan. Tapi aku tak puas hati kalah dalam keadaan macam tu. Pengadil pulak bila kami minta tangguhkan game sampai hujan reda, leh cakap, "Main slow slow". Apakah mangkuknya mereka?

Team yang aku uruskan ni adalah yang terbaik dari disiplin, komitmen, sikap, hormat, toleransi, kerjasama dan macam-macam nilai murni yang aku ta tau nak senaraikan lagi. Praktis selama 5 bulan dengan komitmen yang tak berbelah bagi. Tapi mereka tak dapat sebarang pingat. Warna pingat tu aku tak heran sangat. Tapi sekurang-kurang aku mengharap mereka dapat pingat tuk disesuaikan dengan usaha mereka.

Aduh sedih tul bila mengenang air mata masing-masing termasuklah air mata aku bila kami kalah dengan KMP di suku akhir pada hari ketiga. Menandakan berakhirnya perjuangan kami. Menangis bukan sebab kalah dengan KMP sebab ternyata KMP bukan lawan kami. Tapi sebab kekalahan yang tah apa-apa dengan KMTJ.

Aku bercakap yang baik-baik ja tuk menyedapkan hati dorang. Tapi sebenarnya aku sendiri masih berbaki ralatnya dalam 0.0075mikrogram bagi pihak dorang sampai sekarang. Lebih-lebih lagi bila... biarlah rahsia. Nak tau jumpa aku sendiri secara personal dengan 4 kotak pizza domino extra cheese. Tayah bajet nak tanya sebab kalu diberi satu kedai pizza Domino pun aku takan citer.

Aku mencari hikmah yang tersembunyi di atas apa yang berlaku. Mungkinkah untuk mengelakkan sikap riak dalam diri aku? Ataupun sebab betapa bagusnya mereka maka mereka terpilih untuk diuji dengan kekalahan walaupun berusaha tanpa sempadan? Aku yakin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Pasti!

Girls you are the best!

Be happy no matter what...;)

I know you guys had done your best.
Seriously, I can see your maximum effort in every game.

Captain, I amaze with your leadership. Keep it up!

Girls, be strong. U all dah belajar banyak mende sepanjang kita bersama. The experiences we go through together is priceless. I wish best of luck for your future. Hopefully we are going to keep in touch forever. Girls you are the best no matter what.

Maaf jika saya ada terlepas kata.
Sekian dari pengurus pasukan yang leh tahan gak comelnya.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Thursday, October 18, 2012

Aku Tak Sempurna.

Salam dari Jugra,

Satu ketika aku ada publish gambar meja kerja aku di FB. Niatku...rasanya nak riak tu tiada dalam senarai. Cuma nak berkongsi keindahan - rasanya lah. Aku pun tak hingat pa sebab aku publish gambar tu. Eh! Da ingat, aku nak promote Kolej Matrikulasi sebab kebetulan ada kekosongan jawatan pensyarah di Matrikulasi masa tu.

Anugerah Meja Tercantik Kini dan Selamanya...Tan Ta Daaa...
(Gambar sengaja di terbalikkan untuk menguji kelenturan leher anda)
Ramai gak yang memuji, tak kurang yang bunyi cam sinis ja, tapi aku anggap komen membina lah. Antara komen yang membina itu ialah "Alahhhh nak tangkap gambar, kemas la meja dia" dan "Meja pensyarah IPG pun macam ni lah". Komen-komen macam ni kadang-kadang wat aku berfikir 75 kali. Apakah???  Dan kategori yang memuji tu pun aku anggap ikhlas belaka mau memuji ke sweet an meja kerja aku. HeHe.

Semalam dan hari ni, keadaan meja kerja aku jadi cenggini...

Tan Ta Daaaaa....

Agak-agaknya lah, apakah komen manusia-manusia di luar sana kalau aku publish pic meja aku ni? Dan aku? ta mungkin aku publish gambar cenggini di FB untuk ditohmah dan dicaci. Aku publish di blog ja sebab blog aku kan blog picisan jewwwww. Bukankah keindahan ja yang patut dikongsi bersama? Kan?

Sesungguhnya gambar paling atas adalah lebih merujuk kepada diriku berbanding gambar seterusnya. (Terus bangun dan kemas baik-baik meja keja)

Eh!TuAjeLahKali.Bye!